Jumaat, 30 Oktober 2015

PANAS ~ Perhimpunan Agong UMNO Tahun Ini Di Tunda..?


Apa perlunya lagi perhimpunan Agong UMNO jika..!

Masa depan Umno ditentukan kumpulan sembang?


Sebahagian besar ahli akar umbi Umno dikatakan bimbang dengan perkembangan semasa parti itu yang dilihat membenarkan masa depan mereka ditentukan hanya melalui aplikasi kumpulan sembang.
Memetik laporan mendakwa 80 peratus pemimpin Umno bahagian mahu tindakan terhadap 'pemimpin derhaka', seorang ketua bahagian berkata, sangat lucu apabila pertimbangan itu dibuat melalui kumpulan sembang Telegram.
"Lebih penting, ia adalah penghinaan kepada parti apabila masa depan bangsa dan negara ditentukan oleh sekumpulan orang dalam kumpulan sembang Telegram," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Terdahulu Malaysiakini menyiarkan laporan mengenai bancian di kalangan 170 pemimpin bahagian dalam aplikasi sembang itu yang tidak menyebut sebarang nama secara khusus.
Ketua Umno Kapar, Datuk Faizal Abdullah mendakwa "sentimen menyeluruh mereka (ketua bahagian) adalah, cukuplah dengan apa yang dilakukan" oleh pengkritik perdana menteri.
Mengulas kenyataan itu, pemimpin bahagian yang enggan didedahkan identitinya itu berkata, agak aneh apabila kumpulan sembang Telegram itu tidak memasukkan semua ketua bahagian.
"Mengapa hanya 170 orang dan bukan semua pemimpin 191 bahagian Umno?
"Jika keahliannya berpilih-pilih mengikut kehendak pentadbir kumpulan itu, memang tidak anehlah sentimen mahu mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan lain-lain begitu tinggi," katanya.
'Seseorang' di pejabat PM
Secara sinis beliau juga mencadangkan supaya Umno menggubal perlembagaannya untuk membenarkan sebarang keputusan parti dibuat melalui perbincangan dalam kumpulan sembang Telegram atau WhatsApp.
Ditanya mengenai identiti pengendali kumpulan sembang itu, beliau enggan memberi maklumat secara khusus namun menyatakan ia “seseorang” di pejabat perdana menteri.
Sementara itu sumber lain memberitahu, kecenderungan sesetengah pemimpin Umno menggunakan kaedah kumpulan sembang menentukan masa depan parti sangat bahaya.
"Keadaan kini menunjukkan sebahagian pemimpin lebih risaukan kedudukan dan kuasa Datuk Seri Najib Razak berbanding kesinambungan perjuangan Umno.
"Mereka sepatutnya lebih bimbangkan jika belanjawan dibentang perdana menteri ditolak di parlimen berbanding sibuk mendesak parti mengambil tindakan terhadap pengkritik Najib.
"Parti lebih perlukan penerangan mengenai belanjawan serta peruntukan besar diberi kepada Jabatan Perdana Menteri berbanding leka mencaturkan masa depan pemimpin yang tidak sehaluan dengan presiden," katanya.
Bagaimanapun, pemimpin akar umbi yang dihubungi Malaysiakini itu bersetuju apa yang berlaku ketika ini adalah cubaan pihak tertentu menghalang pengkritik Najib hadir dalam Perhimpunan Agung Umno akan datang.
"Apa yang kami katakan ini adalah suara majoriti senyap peringkat akar Umno yang masih lagi cuba mempertahankan integriti parti.
"Tetapi jika begini keadaan parti yang diajar oleh sesetengah pimpinan atasan, jumlah tiga juta ahli Umno yang ada sekarang memang tidak menjamin BN akan kekal berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang," katanya.
Ditambah pulak sudah ada dikalangan MT yang akan menjadi Panglima Muhyiddin untuk mempertahankan kedudukannya...
Walaupun Umno dilaporkan mahu bertindak ke atas timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin, ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Nazri Abdul Aziz memberi jaminan bahawa beliau akan melakukan apa yang terdaya supaya pemimpin veteran itu tidak digantung.
Katanya, parti Melayu itu harus berjiwa besar untuk membenarkan perbezaan pendapat di kalangan ahli-ahlinya.
"Kami sepatutnya adakan mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini (30 Oktober). Tetapi dalam mesyuarat akan datang, saya akan bersuara. Saya akan usahakan terbaik supaya dia (Muhyiddin) tidak digantung.
"Sebagai sebuah parti yang bakal meraikan ulang tahun ke-70 tahun depan, kita mesti mempunyai ruang yang cukup untuk menerima pendapat yang berbeza," katanya kepada Malaysiakini semalam.
"Jika Muhyiddin mahu melakukan ini (menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak), sudah lama beliau akan dilakukannya dulu bersama (Tun) Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
Beliau juga berkata Muhyiddin harus dibiarkan kekal sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan parti akan datang.
"Biarlah dia berkhidmat hingga tempoh penggalnya berakhir. Kemudian, saya akan minta Zahid (Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) untuk melawannya. Saya pasti Muhyiddin akan kalah," katanya.
Nazri bagaimanapun mengakui beliau tidak tahu mengenai dakwaan Umno akan bertindak terhadap Muhyiddin.
Nazri sudah potong stim la..! boleh pulak Nazri kata Jamal tak penting..! tentu si Jamal Pak Tongkol jurucakap sembang sembang akan mengusulkan pula pemecatan Nazri dari MT..! Usul akan dicadang dan dibahas di telegram@whatsapp..!
Jadi ibu pejabat UMNO boleh lah mencadangkan agar Perhimpunan Agong UMNO di tunda atau di batalkan kerana kelab sembang sudah memberikan keputusan mereka..! 
Kalau ikut ukuran kelab sembang mesti dah lulus dengan sebulat suara..! Suara apa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

12 ulasan:

  1. yg lebih2 adalah macai2 PahlawanBugis serta Pendekar Kapunden Marang Sekepher ......WTF

    BalasPadam
  2. Perjuangan..? Perjuangan untuk membesarkan lagi perut masing 2...ketua bahagian dh dpt 'bahagian' dari mohd najib..rakyat hanya penting time pilihanraya saja...

    BalasPadam
  3. Siapa lagi Kapala kumpulan sembang kalau bukan si Jamal Yunus, Pengampu Prepaid dan Pemakan Dedak Tegar Najib....!!! Hancuss UMNO kalau begini.

    BalasPadam
  4. Umno, umno, sedihnya, bila kita nak sedar bahawa umno lebih penting dari ketuanya yang banyak masalah. Kenapalah najib dan kroninya sanggup menggadaikan maruah umno.

    BalasPadam
  5. Wakaka Umno bawah Najib dah jadi macam taraf sampah sedih aku tengok...

    BalasPadam
  6. Sampah di pasar borong bro...busuknya x terkira

    BalasPadam
  7. Bagus gak tu. Ini lah yg dikatakan trial by media. Bila kena kat ' dia' tak pa , bila kena kat 'aku' tak boleh. Bapak marah.....Dak....bapak tak marah. Grow up bros.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Grow up bros???!!... Did you??..

      Padam
  8. Apa gunanya dan perlunya perhimpunan agung UMNO .

    BalasPadam
  9. Jangan terkejut nanti..Nostalgia PRU paklah bakal BERULANG

    Rakyat dah BENCI sangat kpd KABINET NAJIB. Pergilah mana2, sapa g sokng lagi.



    PRU ke 15, menteri2 Nazri, Shaberi Chik, Ku Nan, Najib, akan dicampak & kalah di tempat sendiri..

    Baik berundur sebelum diBUANG

    teringat Shahrizad, Sami Velu, Isa Samad dicampak RAKYAT MALYSIA, 2008

    BalasPadam
  10. aku dah hantar surat keluar ahli UMNO semalam....aku dah makin menyampah dgn kepimpinan UMNO skrh.........

    BalasPadam
  11. Buat aja pau secara on9. Semua perwakilan daftar dalam grup pau. Lepas tu jalankanlah pau. Ucapan pun tulis dan poskan aja. Nak audio & video pun boleh rakamkan. Yang malas baca teks boleh dgr audio/video. Buat sehari je pun dah cukup, non stop. Byk jimat tu. Kbu pun blh kemut lagi byk. Takyah sewa hotel bagai. Alang2 nak buat semua urusan melalui laman sembang. Umno kan makin tua makin canggih.

    BalasPadam