Isnin, 12 Oktober 2015

Jangan Bodoh Sombong..!


Bodoh tak boleh diajar..! cerdik tak boleh di ikut..! 

Layan...

Tindakan beberapa pimpinan yang membangkitkan tentang kontroversi syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan untuk menimbulkan provokasi sebaliknya kerana sayang akan parti.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menerusi blognya, zamkata.blogspot.com, hari ini mempertikai tindakan Timbalan Perdana  Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menegur pimpinan BN berhubung perkara itu.

“Teguran dari dalam bukan bersifat provokasi tetapi simpati sayang pada parti. Tidakkah Datuk Zahid terfikir bahawa keraguan terhadap agensi-agensi itu, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Bank Negara dan lain-lain lagi yang sebelumnya mempunyai integriti yang tinggi telah dihakis kredibiliti mereka oleh berbagai tindakan tidak berbudaya dan tidak profesional tetapi lebih bersifat politik?

“Lupakah pada sembahyang hajat pegawai-pegawai SPRM? Rakyat tidak lupa pegawai SPRM ditangkap dan dilepaskan, pegawai tinggi polis dipindahkan dan institusi penyiasatan lenyap tanpa kuburan,” katanya.

Ahmad Zahid dalam kenyataannya semalam berkata, hak untuk menyuarakan pendapat secara bebas merupakan asas kepada sistem demokrasi yang diraikan namun sebarang kenyataan yang bersifat provokasi tidak seharusnya dijadikan sandaran untuk menggambarkan seolah-olah agensi penguatkuasaan tidak mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan penyiasatan dan melakukan pendakwaan segera.

Menurut Zainuddin, Ahmad Zahid seolah-olah menafikan terus perasaan rakyat dan penyokong-penyokong Umno serta penyokong dari kalangan terpelajar dan penyokong yang tidak berkepentingan.

“Terutama selepas Majlis Raja-Raja sendiri menuntut penjelasan segera mengenai 1MDB,” katanya.

Selasa lalu, Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Kenyataan itu mendapat reaksi yang positif dari kalangan pemimpin kerajaan dan pembangkang yang menyokong gesaan itu.


Lu Fikir La Sendiri!!!

12 ulasan:

  1. Zahid ini dari dulu lagi tin kosong suka retorik berlagak diala berani

    Namun insiden berikut menguatkan lagi yang zahid ni sama IQ dengan ahmad maslan

    1. Cakap bedegar2 akhirnya MINTA MAAF DENGAN LEE KUAN YEW

    2. kutuk mahathir pasal nepotisma dan kronisma last kena hentam balik dengan bukti berjela2.....SENYAP

    3. Datang ke sabah jadi hero di lahad datu konon pengkhianat akan didedah sehingga ke hari ini HABUK TAK DER.

    Najib suka orang sebegini who give him blind loyalty....namun keintellectualism zahid is almost ZERO

    Sedih dengan orang bernana zahid bodoh sombong

    Daripada; orang malaysia timur.......heeeehaa

    BalasPadam
  2. Masalah dengan pencacai Najib ni...dia masih rasa Najib tu hebat tahap dewa...suci bersih bak kain putih...hakikatnya Najib tu lah Pembohong...Penipu...Penyamun paling besaq dalam sejarah Malaysia. Macam macai2 kata kononnya 1embdebi tu bersih tak buat salah...untung berjuta2...hakikatnya setiap tindakan 1emdebe tu sendiri pun dah pelik...audit untuk tahun 2015 dah lewat berapa lama? Sampai sekarang 1emdebe tak lantik juru audit...tapi bagi macai Najib benda ni tak pelik sebab awal2 lagi dia dah anggap segala tuduhan terhadap 1emdebe adalah fitnah tanpa guna kepala otak dah tu macam mana? Ikut ja membabi buta....1 emdebe kata tunai jadi unit pun ikut ja....tak pernah persoalkan sikit pun. Ni la budaya yang dibawak oleh penasihat2 Najib dalam Umno SOKONG MEMBABI BUTA.

    BalasPadam
  3. Playing God.....tak lama lg jatuh terduduk.

    BalasPadam
  4. Sape yg sebenarnye tahap dewa denee..aku rasa mahataiklah sebenarnya yg korang anggap tahap dewa.diarak kesana sini demi untuk memuaskn hati korang.sepatutnya di usia 90 korng biarknlah si mahataik ni rest...sian2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Disebabkan oleh angkara PAHLAWAN TAIK lah , veteran-veteran UMNO di peringkat usia lanjut ni terpaksa bangun nak memperbetulkan yang mana tidak betul atas semangat sayangkan parti. Kami ahli-ahli akar umbi yang masih muda-muda ini pun dapat menilai yang mana intan atau berlian. Sokongan anda hanya membawa rebah sebab ingin mempertahankan individu tertentu dan bukannya sayang pada parti.

      Padam
    2. Dan biarkan ahjib dgn macai2nya mcm kau bermaharajalela menjahanamkan negara ini?? Ohh tidakkkk sama sekali

      Padam
    3. Anon 2.31 anda seorang bebal dan sanggup menjadi pencacai seorang PM yg akan menghancurkan masa depan anak cucu anda sendiri.Bertaubatlah...

      Padam
  5. Zam ni bukan boleh pakai pun. Masa bersih 1 atau 2 dulu, al jazeera tya lain dia jwb lain. Poorah! Buek malu jo.

    BalasPadam
  6. Najib boleh pakai...
    Sedang dipakai oleh yahudi...

    BalasPadam
  7. 2.31... AT LEAST MAHATHIR IS A THINKING PERSON ... JASANYA YANG BERJELA KPD NEGARA... KO APE ADE... MENYALAK KAT SINI JE LA YANG KO TAW... MENGALAHKAN ANJING BELAAN FLOM... MEMAKI BAGAI... HABOK PUN TAK BOLEH TUMPANG SPRTMANA KATA PEMILIK BLOG INI...

    BalasPadam
  8. dah tua renta....dok masjid....muhasabah diri. harta..pangkat..jawatan tak bawak kekubor.

    BalasPadam
  9. Pemikul Najib ramai yang tak BODOH walau bodoh tuh memang tak boleh diajar sebab BODOH nih semula jadi, tapi yang ikut Najib nih RELA diBODOHkan hanya menanti secebis daging yang dilemparkan kearah ANJING-ANJING....begitu lah hikayat BUGIS!

    BalasPadam