Jumaat, 30 Oktober 2015

Telur Separuh Masak Rupanya..!


Awalnya bagus dan terbukti bertelur kerana berani menyahut cabaran..!

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda, sedia bersemuka dengan Tony Pua dalam program televisyen secara langsung dengan syarat Ahli Parlimen Petaling Jaya itu melepaskan jawatannya sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). 

Arul Kanda berkata demikian bagi menyahut cabaran Pua melalui blognya agar mereka mengambil bahagian dalam rancangan bual bicara secara langsung, dengan Pua menjadi pihak yang mengemukakan soalan. 

Katanya, beliau bersedia memenuhi permintaan Chua itu dengan syarat Ahli Parlimen itu terlebih dahulu meletak jawatannya daripada PAC, yang sedang menjalankan siasatan terhadap 1MDB.


Bersyarat rupanya..! Ada telur tapi separuh masak ler..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

19 ulasan:

  1. Begitulah...lidah bercabang..pac nii wujud untuk apa..? Mungkin segala bukti slh laku 1mdb dh dilupuskan..byk sgt tangguh..entahlah..prOoOtT

    BalasPadam
    Balasan
    1. ted.. kn sy da bgtau... pac ni cme sembang kedai kopi jerrr dan menjadi filter kepada salah laku najib rosmah 1mdb dan soldadu2 nye...
      tiada tindakkan langsung sesudah kes dibentangkan....choii

      Padam
  2. Merujuk kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkenaan pelan rasionalisasi, pertukaran hutang ekuiti, jualan aset / ekuiti dalam TRX, Bandar Malaysia, keupayaan untuk membayar caj faedah dan kewajipan serta tanggungjawab membayar hutang pada masa ini.

    Kami hanyalah rakyat marhaen yang ingin memahami permasalahan 1Mdb dan sila perbetulkan jika terdapat pertanyaan kami yang tidak tepat.

    Adakah kita sepatutnya merasa berbangga dengan semua langkah-langkah yang disebut oleh Arul Kanda, iaitu, 1MDB kini mempunyai pelan rasionalisasi, mampu membayar caj faedah dan kewajipan serta tanggungjawab membayar hutang tepat pada masa ?

    Adakah kita sepatutnya berbangga dengan semua langkah-langkah yang disebut oleh Arul Kanda dan menjual lebih banyak aset milik negara yang amat berharga / ekuiti untuk mendapatkan wang tunai?

    T Chua - petikan dari jebat must die blogspot.

    Bersambung....

    BalasPadam
  3. Bagaimanakah syarikat strategik 1mdb dengan mendapat keseluruhan sokongan, jaminan kerajaan berskala besar , berakhir bercakap tentang rancangan rasionalisasi dan membayar hutang, caj, faedah setiap hari?

    Terus terang, kami rakyat marhaen mempunyai masalah memahami model perniagaan 1MDB. Secara dasarnya perkara yang dibangkitkan adalah kenapa 1MDB membeli apa yang dikenali sebagai aset strategik dan kemudiannya menjual aset-aset ini untuk membayar hutang?

    Rakyat marhaen teruja dan menilai bahawa 1MDB telah memperoleh aset pada nilai yang baik, seperti TRX dan Bandar Malaysia (mari kita melupakan aset tenaga yang pada masa itu). Rakyat marhaen berfikir aset-aset ini sudah pasti melonjakkan 1MDB kearah kemasyhuran. Tetapi mengapa pula tanah milik rakyat ini dipecah bahagikan dan kemudian menjual untuk mendapatkan wang tunai untuk membayar hutang?

    Rakyat marhaen tidak faham, dan terfikir , kebanyakan daripada kita jika akan ingin memulakan sebuah syarikat adalah untuk membuat wang dan seterusnya untuk mencipta nilai harga sebuah syarikat.

    TK Chua - petikan dari jebat must die blogspot

    Bersambung......

    BalasPadam
  4. Tetapi dalam kes 1MDB, pada hemat kami perbadanan 1mdb ini bermula dengan rasionalisasi hutang sebelum ia menjana aset seterusnya keuntungan.

    Kini 1MDB gembira hanya dengan menjual aset dan membayar caj faedah serta kewajipan membayar hutang atau untuk menikmati pertukaran hutang ekuiti semata mata untuk melindungi syarikat dari pemiutang dan lintah darat.

    Semua ini kedengaran sangat ganjil dan sangat aneh kepada kami rakyat marhaen. Kami tanggung hutang hutang 1mdb untuk membeli aset. Selepas itu, aset-aset ini digunakan dan dijual untuk membayar hutang?

    Di pertengahan urusan ini, ia menanggung caj kewangan besar-besaran. Boleh saya tahu apa perniagaan 1MDB telah lakukan selama ini?


    TK Chua - petikan dari jebat must die blogspot

    Bersambung......

    BalasPadam
  5. Kami, rakyat marhaen mempunyai satu soalan akhir - maaf lah jika ianya kedengaran cetek. Apabila 1MDB telah dibersihkan dari semua kewajipan dan tanggungjawab membayar hutangnya, apakah yang masih tinggal harta milik syarikat ini?

    Jika ia sangat sedikit atau tiada apa pun yang tinggal, boleh kah rakyat marhaen berkata, tanah-tanah di TRX dan Bandar Malaysia telah diberikan kepada 1MDB secara percuma dan rakyat marhaen tidak mendapat sebarang hasil dan faedahnya?

    ****** end of article *******

    TK Chua - petikan dari jebat must die blogspot

    Alihbahasa dari rakyat marhaen.

    BalasPadam
  6. 1MDB...apa yg nak dibanggakan kalau jual harta bayar bunga,duit negara bukan duit mak bapak depa.Najib yg patut letak jawatan bukan Tony Pua,Apa yg admin cakap memang betul telur separuh masak.Arul ni dah jadi mangkok berayon tukang cuci najis orang.Jenis paria mabok todi aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah dia orang yang tak tahu pasal 1MDB. Dapat maklumat tepi longkang dan blogger telur separuh masak macam blogger ni.

      Padam
    2. klu hujah orang tu semua maklumat tepi longkang... ko tu ape yg ko taw psl 1mdb... aku rasa yg ko taw mentekedarah dedak najibngok je... selain mengutuk dan memaki... cuba ka ko keluarkn fakta yg ko taw utk membetulkn hujah jebat tu... klu tkde mmg betul la ko ni jenis belaan mkn dedak yg dicampor dgn batang keladi mcm belaan siam kg di sempadan tu... kn kn kn

      Padam
    3. jadi saya pulangkan soalan kepada tuan apa maklumat yang tuan tahu orang lain sangat tidak tahu?? harap boleh kemukakan.

      Padam
  7. Balasan
    1. tu je komen... standard cai najibngok... bkn ade sbrg hujah pun... ingatkn telor je elek otak pun kosong jgk....

      Padam
    2. Aku dah agak.

      Ada yg sindir aku asyik melelak kat Putra je.

      Aku boleh melepak kat mana2.
      Nak kenal JMD, korang kena kenal geng dia jugak.

      Geng2 BSKL, BNM, security2, ramai yg joint.

      Mana2 pengampu Najib yg pakar dlm ekonomi, come joint us.
      Kita sembang2 utk negara.

      Padam
  8. tony pua tu salah satu ahli PAC kot, kalau nak mempertikaikan pun agak2lah. dia sendiri dalam komiti tersebut menilai dah keputusan telah diberi. kalau betul salah kenapa dia tak lapor kepada sprm tetapi bocorkan maklumat kepada agensi asing, dengan kata lain menjual maklumat kepada pihak ketiga yang berkepentingan bagi mengganggu kedaulatan malaysia secara tak langsung.

    jangan kata tak percaya sprm, hari tu bukan main bergambar menyokong sprm.

    permintaan arul tu adalah logik contoh telah pun di beri di mana mana2 peguam atau hakim mahupun pegawai dan saksi yang terlibat dengan sesubuah perbicaraan tidak dibenarkan membuat sebarang komen di mana akan mempenagaruhi kes yang sedang dibicarakan secara langsung dan tidak langsung.

    dalam kes cabaran arul ni ternyata ada logik nya dengan sikap tony pua yang telah pun menjual maklumat negara kepada agensi luar.

    jadi kalau berani kerana benar keluar sahajalah dari PAC tony pua tak rugi apa2 kerana hakikat dan kebenarannya PAC mestilah ditubuhkan dikalangan ahli parlimen campuran kerajaan dan pembangkang.

    sekiranya PAC ditubukan tanpa 2 gabungan ini barulah dikatakan tidak adil pelaksanaannya.

    jadi telur separuh masak saya pulang kepada tony pua.

    BalasPadam
  9. Mungkin byk bukti dah di hapuskan kerana arul kanda nampak macam bersedia nak jawab. Jawablah apa pun, susah nak percaya, rakyat di bebankan dgn gst utk bayar gaji. Hebat pemerintahan naji.

    BalasPadam
  10. Tanpa nama 4:06
    Bekokok kuat nampak...g bg tau bos ko tu yek supaya ambik cuti jugak supaya senang orang lain nak buat siasatan...suh dia cuti lepak atas kapal ngan j.low pun xpe sambil pk dedak kualiti tinggi nak bagi kat macai semua...

    BalasPadam
  11. Dari dulu pun bn byk buat kesilapan dlm mengurus sesuatu projek, bukan hanya dr zmn najib. Sejak zmn tun lg dah ada tp cover baik punya. Bila tiba zmn najib, yg berada dlm kabinet dan penguatkuasa di zmn tun tetibe meroyan seolah2 waktu dorang dulu tu perfect sgt. Kalo xde ISA dan internet dh ada zmn tu....dah kantoi big time.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah

      Jawapan slenge utk lepas tengkuk mcm Najib jugak.

      Sebab tak de internet je.
      Habih skandal Watergate tu ada internet ke?

      Padam
    2. Bodoh rupanya ko ni adzzam. Watergate tu ada buktinya.
      1mdb ni kata ada salahlaku tp bila mintak tunjukkan bukti, xcukup pulak. Suruh tunggu siasatan, ada pulak yg bocorkan siasatan kt org luar. Mcm2 lah cai ni.

      Padam