Selasa, 27 Oktober 2015

PAC Berfungsi Atau Tidak?


Sejak disejukbekukan..! Sejak dicacat celakan..! Kini PAC telah berjaya di'tubuh'kan semula..! Soalnya sejauh mana PAC yang baru dibina bentuk ni mampu berfungsi..!

PARLIMEN Jawatankuasa Pemilihan hari ini melantik lima ahli parlimen menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Empat daripada mereka adalah ahli parlimen BN yang akan menggantikan bekas anggota PAC yang kini memegang jawatan dalam jemaah menteri. Manakala PAS pula menggantikan seorang daripada anggotanya yang meninggalkan parti itu.
Ahli jawatankuasa baru BN itu terdiri daripada Ahli Parlimen Putatan Datuk Marcus Mojigoh, Ahli Parlimen Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah, Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad dan Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwong.
Mereka menggantikan Datuk Madius Tangau, Datuk Mas Ermieyati Shamsudin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dan Datuk Chua Tee Yong yang dinaikkan pangkat dalam rombakan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
PAS pula melantik ahli parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan sebagai wakilnya dalam PAC, untuk menggantikan anggota Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar yang melompat parti menyertai PKR bulan lalu.
Perlantikan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Khamis lalu.
Isnin lalu, Ahli Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin dilantik sebagai ketua PAC, yang baru bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang kini Timbalan Menteri Dalam Negeri.
PAC kini di bawah penelitian awam kerana sedang menyiasat skandal 1MDB yang kini sarat hutang.
Patung Barbie atau Barbie Doll diakui dunia merupakan patung yang cantik dan menjadi kegilaan kanak kanak malah orang dewasa..! 
Walau cantik dan lengkap pakejnya ia tetap PATUNG..!
Patung yang memerlukan tangan orang lain untuk menjadikannya 'berfungsi'..!
PAC?
Lu Fikir La Sendiri!!!

82 ulasan:

  1. PAC mana ada upaya dan bidang kuasa nak siasat skandal sebesar 1MDB. Ini kerja main sebut dan sebat sahaja ketika terdesak dulu. Tak penting mana pun siasatan oleh PAC berbanding dengan Task Force yang terdiri daripada AG (Ghani), BNM, PDRM dan SPRM. Mereka punya cukup kaki tangan yang berkebolehan untuk menyiasat serta bidang kuasa yang luas bagi mengambil tindakan. Semua jadi caca marba bila AG digantikan dengan Apandi. Berapa orang anggota PAC dan berapa orang kaki tangan yang mereka ada untuk menjalankan siasatan? Tidak salah jika dikatakan arahan supaya PAC membuat siasatan adalah satu cara melencongkan perhatian. Secara tidak langsung kita terlupa untuk memberi tekanan supaya Task Force dipulihkan semula. Tidak perlu badan siasatan yang lain untuk buat tugas yang bertindan. Kita khuatir jika laporan siasatan akan bercanggah antara satu sama lain. Bila orang politik terlibat menyiasat, kita boleh jangka ke arah mana kecenderungan mereka kelak. Jika terbit laporan dari PAC, sudah tentu kepentingan politik akan diutamakan berbanding dengan tahap profesionalime. Sewajarnya cukuplah Task Force dan Jabatan Audit Negara membuat siasatan. Mereka lebih profesional dalam melaksanakan tugas dengan pengaruh politik yang minimum. Dengan kata lain, PAC tak payahlah menyibuk. Pulihkan Task Force, berikan peruntukan yang mencukupi kepada Auditor General. Itu lebih utama. PAC boleh dianggap remeh dalam hal 1MDB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Andaian macai pemakan dedak Tun M dah bermula...Ini lah kisahnya serangan berterusan damage dan propaganda murahan...

      Brother dah baca kisah bistari.net oleh audit negara...jgn plak lepas ni kata audit hanya buat utk najib...Ingat ya bistari.net itu bkn smalam baru ditubuhkan..

      Padam
    2. 10.11,

      "Andaian macai pemakan dedak Tun M dah bermula.."

      Cer citer skit beri fakta, patahkan jika benar sekadar dakwaan dan andaian.

      Bistari net ka apa kah, tak yah lantik tsmy, zahid tin kosong, sotong, yang penting pemimpin umno tu mesti bersih, suci dan murni.

      Boleh ka chai? Apakata azalina othman sebagai PM? pheeeewwwwit!

      Chai, kami rakyat marhaen nak selamatkan umno menjelang PRU14 ini, marilah kita memulakan pembersihan umno dari dalam.

      Padam
    3. Layanlah sekejap mamat yang takdak nama yang cuma ikut skrip ni. Sekadar tanya, Bestarinet tu ada berapa bilion hutang yang dijamin oleh gomen? Perancangan dan pelaksanaan Bestarinet tu tak dimaklum kepada Kabinet macam 1MDB ka? Bestarinet ada dapat tanah kerajaan pada harga rendah ka? Bestarinet ada mohon duit kerajaan untuk bayar faedah hutang kepada bank ka?

      Padam
    4. Zaman Tun M aku yakin semua pakat tak dengar apa itu PAC...la ni bila dengar semua merapu..ada yg kata PAC dah bungkus dan ghaib..macam la PAC itu satu entiti bunian..


      PAC kerjanya periksa dan pantau perbelanjaan negara..Faham tak ini?

      Jadi sapa yg pi check akaun? Audit negara la faham tak? Audit negara bila dah check akan bentangkan pada parlimen..itu lah PAC...jadi dalam PAC ada ahli parlimen pakatan dan Bn..

      Alahai jgn la bodoh sangat...andaian yg kau buat takda amenda la..msalah geng Tun M semua bodoh bab agensi kerajaan..Belajar la setiap pekerjaan dan peranan agensi...

      Padam
    5. yg dilantik pemakan dedak....com4m laa xde siasatan ...cm sembang kedai kopi jerr laaa...baik x pyh ade pac cmtue...

      Padam
    6. la kesitu pulak..sembang kedai kopi macam Tun M..berbelas-belas bulan attack Najib akhirnya bgtahu dgn selamba takda bukti..hanya bergantung pada WSJ dan SR sahaja...payahla camni...dah rosak UMNO pastu blah camtu je..


      PAC bukan kedai kopi la...camna nak terangkan lagi? macam ini lah apa kata tunggu sampai bulan 12...Kita tengok Tony Pua pemakan dedak Tun M ada telor setengah masak ke tak?

      Padam
    7. berkenaan bistari.net dan GAGAL baca laporan Audit negara bkn sembang kedai kopi...ya

      Padam
    8. 10.41

      Lu nak citer aper?

      Padam
    9. apa yg tak brape faham brother?

      Padam
    10. 10.48,

      Apa masalahnya beri fahaman kepada rakyat marhaen patahkan dakwaan SR dan WSJ tu? betul tak Jv ngan petrosaudi dah dibubarkan? Kenapa?Betulkah Ipic tak terima duit dari1mdb? Kenapa 1mdb lalai dan cuai? Siapa yang terima duit 1 mdb ini?

      Ini hanya sekumit kecil dari persoalan berbillion billion yang sepatutnya di jawab oleh najib dan 1mdb

      Padam
    11. 11.03

      "Audit negara bila dah check akan bentangkan pada parlimen..itu lah PAC..."

      Perjelaskan.

      Padam
    12. 10 54

      "berkenaan bistari.net dan GAGAL baca laporan Audit negara bkn sembang kedai kopi...ya"

      Adakah bistari net tidak berfungsi hari ini?

      Padam
    13. oooo.ok bagus...camni zaman Najib berbeza dgn zaman Tun M...Zaman Tun M yg hanya bercakap Tun M ja yg lain2 kena senyap...

      Zaman Najib semua siasatan jenayah mesti ikut perlembagaan dan undang-undang negara.Maknaya apa?

      Rakyat mesti patuh pada undang2 dan agensi bertauliah..

      Apa sahaja jenayah yg dilakukan oleh GLC kerajaan mesti melalui siasatan yg telus lagi adil.

      Auidt adalah agensi bertauliah negara..begitu PAC yg mana tercatat didlam Parlimen sebagai pemantau perbelanjaan kerajaan.

      Bagi isu 1MDB agensi yg menyiasat termasuk Bank Negara,PDRM dan SPRM.

      Maaf ya brother hari ini RAKYAT sudah mula memberi dokongan kpd agensi utk menyisat..Golongan-golongan Ahli Politik anda sudah TIDAK BERKUASA...yg berkuasa adalah agensi KERAJAAN.

      Padam
    14. 10.54,

      Bro,

      Bestari net tu dibawah kem. Pendidikan tsmy adalah kes lah agree to diasgree ok fine. Kita tolak tsmy ketepi.

      Tapi najib perlu letak jawatan hari ini bukan esok atau lusa jika ingin melihat umno selamat pada PRU14!

      Padam
    15. 11.12

      "Maaf ya brother hari ini RAKYAT sudah mula memberi dokongan kpd agensi utk menyisat..Golongan-golongan Ahli Politik anda sudah TIDAK BERKUASA...yg berkuasa adalah agensi KERAJAAN."

      Dah rakyat beri dokongan kepada agensi menyiasat, kenapa PAC disejuk bekukan, kemudian lantik lembu baru sebagai pengerusi? Begitu juga dengan task force dibubarkan, lantik pula panel baru tanpa sprm?

      Apa citer?

      Pegawai penyiasat diugut, ditukar dibesarawalkan.

      Apa citer?

      Padam
    16. UMNO baru je selesai buat program KERIS 2314...
      UMNO sudah menguasai multimedia...
      Kabinet baru najib pantas neutralesdkan fitnah dimedia masa.
      UMNO semakin kukuh dibawah satu Ketua.

      Cuma masalah engkorang masih berfikiran tahun 2013 ketika GST dilaksanakan...

      Masalah rakyat adalah DUIT...bila sebuat cash is king ramai yg bingai...Bila sebuat Pru semua bersetuju undi bawah 40 penetu....tapi bila suruh baca budget utk golongan B40 semua bingai...ini lah msalahnya...

      Ingat ya tahun depan cash is king gaji minimum.

      Padam
    17. TSMY cuma jadi menteri pendidikan. Dia tak jadi pengerusi lembaga penasihat bestari net. Bandingkan menteri kewangan yang jadi pengerusi lembaga penasihat 1mdb. Menteri ada tahap kebertangung jawabannya. Pengerusi lembaga penasihat yang ada kuasa eksekutif ada tanggung jawab. Bawa ke tengah semua, jangan tolak tepi sapa2. Dua orang lembaga pengarah letak jawatan pada peringkat awal campur Samad Alias yang cuma berapa bulan dilantik. Lagi mahu perbodohkan orang.

      Padam
    18. Alahai kesitu plak.....Maknaya sebagai menteri pendidikan tak payah la pantau kegagalan Bistari.net ya..

      Isunya bkn sahaja gagal tetapi perjanjian gelap ala IPP yg hanya untungkan kroni..

      Malah yg paling panas semua dah tahu menantu seorang menteri ada share la...kita tunggu je la...cuma buat masa ni menteri tersebut diam ja...

      Kalau aku jadi menteri tersebut aku jawab style Tun Mahathir anak saya nak meniaga pun salah ke?

      Padam
    19. 11.27

      "UMNO sudah menguasai multimedia..."

      Jadi takder masalah nak buat tinjauan umum berkenaan pemerintahan rejim najib?

      Padam
    20. 1mdb punya urusan terang berderang bak mentari pagi berbanding bestarinet agaknya. Cuma kabinet sahaja yang buta dan rabun selama ni. Kabinet tak nampak gajah 1mdb tu merayau. Sebab tu bestarinet dah ada audit oleh audit negara tapi 1mdb tertangguh audit berbayar banyak kali. Gajah halimunan agaknya 1mdb tu dulu. Dah jadi bangkai baru menjelma. Nak tanam jadi masalah negara.

      Padam
    21. UMNO sudah menguasai internet maksud saya perancangan Najib sudah mula berhasil...Kalau zaman Tun M dan Pak lah lagi teruk...

      aku harap bandingkan isu menguasai internet zaman Tun M la...jgn bandingkan dgn PAKATAn...mampus kita...depa masih kuat tapi rapuh...

      Padam
    22. Isu 1MDB jadi msalah bila TUN M yg tiada maklumat bikin kacau itu aje..Audit takda masalah la..

      Padam
    23. Selagi Najib masih berada di situ, selagi itulah siasatan tidak akan telus.

      Bukti2 dah banyak menunjukkan kacau ganggu berlaku.

      Jika kerajaan betul2 berani buat Suruhanjaya Diraja.

      Dah ada berita yg mengaitkan KJ tidak puas hati dgn siasatan.

      Pada aku, ini wayang KJ supaya rakyat mempersoal Najib, kemudian Najib akan melengah2kan lagi siasatan dgn menggunakan KJ sebagai penampan.

      Mereka sekapal, Najib, Zahid, KJ....siapa yg malam2 pergi hantar paspot?

      Padam
  2. Melalui kenyataan mantan pm (bukan mamakutty) bolehlah dirumuskn gelaran gunting dlm lipatan atau duri dlm daging yg diberikn kpd tsmy amat bersesuain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 10.00,

      Lantik ajelah mana2 pemimpin umno yang tak terlibat dengan skandal.

      Gerakan pembersihan umno mesti dimulakan dengan najib disingkirkan, lepastu lantiklah mana2 pemimpin oleh ahli ummo sendiri.

      Mudahkan?

      Padam
    2. Ng korang semua kata2 hikmat Tun M tidak boleh dilawan..Kalau Tun M kata seluruh ahli bahagian pemakanan dedak Najib..korang kena tunduk dan patut...

      Jgn baca perlembagaan UMNO ikut kepala Tun M la..Yang menetukan bersalah mahkamah faham tak?

      La ni isu 1MDB dah nak selesai la...SPRM dh bgtahu siasatan hanya pada SRC ja...sabau ja la..

      duit derma UMNO ada lagi lanjutan sabar la kita tengok Najib kena ka atau pakatan yg kena..Aku nak tengok sapa hebat Najib(UMNO) atau DAP..

      Padam
    3. Dah tahu tugas PAC untuk periksa audit yang dibuat oleh Audit Nagara, memang bukan tugas dan fungsi PAC untuk buat siasatanlah. Audit Negara baru keluarkan laporan interim tentang 1MDB, PAC patut tumpu kepada laporan berkenaan. Bukan diarah buat siasatan menyeluruh tentang 1MDB. Periksa laporan interim berkenaan sambil tunggu laporan penuh Audit Negara. Ini dua2 nak buat siasatan, aper ke jadahnya. Bijak sangatlah yang mengarahkan PAC yang cuma berapa kerat ahli parlimen tu menyiasat. Laporan interim dah siap, PAC nilailah laporan tu. Sapa yang permainkan institusi ni. Sapa pula yang konon macam faham tapi nampak ceteknya. Soalan tentang bestari net kat atas tu pun belum dapat skrip nak jawab agaknya.

      Padam
    4. Soalan bistari.net dah saya jawab..Baca laporan audit negara..Kalau saya yg jawab adalah lebih baik saya kena satu injection kerana kapala ada biol..

      Nak siasat Bistari.net dah tentula perlua ada akses segala dokumen yg boleh tentulah agensi negara..betul tak...dah keluar laporan cuma tindakan lembap pada mereka yg GAGAL...biasa la..

      ISU PAC dan AUIDT jadi kelam kabut bkn kerana kedua2 agensi itu mengarut...

      Audit buat kerja ja depa tak bercakap pun...cuma msalahnya banyak sangat kaki sembang kedai kopi...akhirnyta semua salahkan Najib...

      Begitu juga PAC...tukar pengerusinya semua kaki kencing kata laporang dah ghaib dan diubah...jgn la bodoh sangat...ini bukan main monop[oly la..

      Msalah engkorang jenis panik cepat...tunggu je la takkan itu pun tak boleh...dah nak abis pun.

      Satu perkara kena faham zaman Najib bkn zman Tun m yg suka bercakap semua perkara....Najib dah serahkan kpd agensi yg sepatutnya maka sabar dan sabar...jgn nak sembang..bg depa buat kerja...

      Padam
    5. Nak kena inject berapa lagi baru nak jawab. Dah tugas menjawab jawab ajalah. Bagi tau aja skrip tak cover topik tu sampai sedalam itu cukuplah. Lagipun soalan di atas tu nampak jelas tak ada kaitan dengan laporan bestarinet. Soalan tu tentang perbandingan bestarinet dengan 1mdb. Lepas ni mintak skrip baru yang cover hal macam tu. Innection cash is king pun mesti dapat tu.

      Padam
    6. 11.20

      "Satu perkara kena faham zaman Najib bkn zman Tun m yg suka bercakap semua perkara....Najib dah serahkan kpd agensi yg sepatutnya maka sabar dan sabar...jgn nak sembang..bg depa buat kerja..."

      Sabar punya sabar lah, pegawai penyiasat diugut ditukar dibesara awalkan.

      Sementara bersabar jugalah, parti ummo bakal ditenggelamkan oleh najib dan pencacainya.

      Padam
    7. Bagi golongan emosi tiada tempat di UMNO...Anda perlu sedar UMNO adalah parti berasakan perjuangan rakyat...

      Ingat tahap emosi anda semasa GST dilaksanakn cukup teruk...ada masa baca balik2 komen geng2 anda ...

      Seperti yg saya katakan isu GST rakyat sudah memahami ketirisanlah yg merosakkan negara..Cukai SST banyak diklepet geng kroni...

      Berkenaan UMNO bakal kalah itu hanya persepsi murahan ja....tunggu je la...dan jgn lupa buat survey bulan julai tahun depan ketika gaji minimum dinaikkan...

      Padam
    8. 12:08

      GST terang2 PAKSA rakyat SERAH duit kpd kerajaan.
      BUKAN CUKAI. !!!

      Ko ingat semua rakyat bangang.
      Mak cik aku yg sekolah sampai tingkatan tiga pun tahu ekonomi simple GST yg cekik leher.

      Dulu ,beli barang yg kena GST sekarang ni, contoh PVC paip, harga RM10 kita bayar RM10...di situ dah ada SST.

      Bila ada GST , utk PVC tadi kena bayar RM10.60, bermakna, SST pun kena GST 0.60 sen, tu duit paksaan/rompakan ke atas rakyat.

      Aku cabar ko, tunjuk bukti duit SST dah dikelepet kroni2....kroni siapa?

      Najib dah lebih 10 tahun bebas drpd arahan org tua tu.

      Tapi masih gagal utk menjana idea utk merangsang ekonomi.

      Semasa krisis 1998, BSKL merudum bawah 500 mata, harga minyak pun merosot ketika tu.

      Rakyat masih selesa, bonus pun masih ada.

      Padam
    9. 12:08

      GST terang2 PAKSA rakyat SERAH duit kpd kerajaan.
      BUKAN CUKAI. !!!

      Ko ingat semua rakyat bangang.
      Mak cik aku yg sekolah sampai tingkatan tiga pun tahu ekonomi simple GST yg cekik leher.

      Dulu ,beli barang yg kena GST sekarang ni, contoh PVC paip, harga RM10 kita bayar RM10...di situ dah ada SST.

      Bila ada GST , utk PVC tadi kena bayar RM10.60, bermakna, SST pun kena GST 0.60 sen, tu duit paksaan/rompakan ke atas rakyat.

      Aku cabar ko, tunjuk bukti duit SST dah dikelepet kroni2....kroni siapa?

      Najib dah lebih 10 tahun bebas drpd arahan org tua tu.

      Tapi masih gagal utk menjana idea utk merangsang ekonomi.

      Semasa krisis 1998, BSKL merudum bawah 500 mata, harga minyak pun merosot ketika tu.

      Rakyat masih selesa, bonus pun masih ada.

      Padam
  3. Asslamualaikum Putramerdeka...

    Itu ari aku angin gak dgn engkau ni tak nyempat-nyempat asyik kuar artikel ja...rupa2nya baru aku faham cara kau la putra...

    Hebat la kau putra ...Zaman sekarang zaman viral maka setiap berita lepas 5 jam kira dah basi...Mulanya aku tak suka la psal komen tak selesai...baru komen dah terpaksa hentikan psal datang berita baru...

    Tapi bagusnya kau melahirkan geng cepat dan pantas la...Ok la putra syabas..Moga msa PRU14 UMNO VS DAP cara engkau kendali isu memenagkan UMNO...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf putra jgn terlampau bergantung pada berita malaysiakini...Isu 13 ahli cawangan sudah dineutralise oleh tan Sri Mat isa...yg bakal kena buang hanya 5 sahaja..yg lain kena perangkap...Baca la berita sahih tersebut..

      Padam
    2. oooo isa samun yerrr.... penyamun

      Padam
  4. Kepada Adzam....

    Berkenaan isu pru akan datang golongan bawah 40 penentu...jgn lupa pendapatan golongan ni dah meningkat 12.5%..

    Yg penting baca budget utk golongan ini...Fahami depa nakkan duit lebih...cuma kena fahami ayat CASH IS King...

    Cash is King bkn sekadar duit tetapi bantuan perniagaan dan perumahan..Baca bagaimana UMNO bantu rakyat yg berpendapatan rendah didalam memiliki rumah kawasan bandar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. budget tue ckp kosong jerr....

      Padam
    2. ha ha ha..jgn lacamtu brother ...Macam ni la...katakan engkau seorang Dr PHD dalam bidang ekonomi..Tenaga pengajar dan dekan Universiti,,,Agak2nya la klau kau kata camtu kena terajang tak dari universiti...?

      Brother kita hidup zaman Najib semua penafaran dibuat oleh Agensi Dunia tau...kalau main tipu2 adalah lebih baik hang pi beli monopoly main dgn dinturtle.

      Padam
    3. 10.15

      "Baca bagaimana UMNO bantu rakyat yg berpendapatan rendah didalam memiliki rumah kawasan bandar....."

      Jadi bersetujulah umno dah bantu rakyat sebelum rejim najib memerintah? Dan bersetuju jugakah kontrak projek prima kebanyakan majoriti di anugerah kepada kontraktor cina?

      Setuju juga jho low jadi billionair segera?

      Padam
    4. Projek Prima geng tun m tak faham....
      Ingat ya projek prima adalah projek zaman Najib yg bantu terus kepada golongan B40....maknaya apa?
      Tanah2 semakin mahal susah golongan ni nak beli rumah dan perlu dibantu...

      Itu aja..yg penting bagaimana mahal pun tanah hak2 rakyat golongan B40 penentu kemenganan BN sentiasa menjadi keutamaan.

      Padam
    5. Aku sokong.
      Betul la tu dah meningkat..
      Agaknya....

      Kemudian ko pergi jumpa, penyelaras2 peti undi kawasan, ketua2 kg dan ketua2 masyarakat, tanya berapa peratus yg undi BN masa PRU13 dulu.

      Ada saluran 1,2,3.
      Jgn lupa tanya.

      Jgan cepat dabik dada kata B40 ,gaji dah naik tapi undi pergi ke PR.

      Kemudian tanya DAP dan Umno, berapa ramai yg dah masuk keahlian dan yg dah mendaftar mengundi.

      Jangan jadi Mat Jenin, Lebai Malang.

      Padam
  5. Kepada rakan2 yg lain buat kajian KDNK zaman Tun M terus negtif selepas ringgit menjunam jatuh....tetapi zaman Najib terus berkembang...

    Dan seperti biasa zaman tun M kebergantungan hasil minyak brapa? Zaman Najib brapa?

    Dan pengangkutan darat yg sistemaik bantu tak golongan sederhana dan rendah?

    Semua projek bakal terasa dalam 1-2 tahun....Masa itu jgn lupa buar survey ya...

    Bgtahu dinturle jgn buat survey sekarang itu namanya bangang...la ni buat kerja utk rakyat bkn dalam kapala 2..6b duit derma UMNO ja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. negetif psl di beritahu cerita sebenar...zaman najib semua auta...cash jd unit ape cite...siap klentong lg kt parlimen...choiiii

      Padam
    2. Cssh jadi unit dah dijelaskan...aku malas nak tolong search utk engkau..
      Ingat ya 1MDB dalam siasatan..engkau ingat isu cash vs unit tak da la ya?

      Aku nak tanya pemakanan dedak Tun M tony pua ada telor tak masa mesyuarat PAC? berani tak dia minta penjelasan cash vs unit?


      Ingat ya semua andaian yg dibuat oleh Din turle tentang 1MDB semuanya kelentong ja...korang kena percaya pada Audit dan PAC.

      Padam
    3. 11.00

      "berani tak dia minta penjelasan cash vs unit?"

      Bukan penjelasan yang diberi, malah menambah kekeliruan...

      najib dan pencacainya cakap dari cash tukar kepada asset kemudian tukar lagi kepada unit

      Mana satu yang betul?

      Padam
    4. Macam aku cakap tadi dah buat penjelasan..baca penjelasan terkini Arul..bukan nya kau amik masa dia mula kerja....Macam biasa aku malas serach la...cari sendiri,,


      Yg penting kita sebagai rakyat bagi la kepercayaan kat agensi yg bercakap bkn golongan politik.

      Agensi audit depa buat kerja la..apahal nak suruh ketua cawangan port dikson plak...ketua cawangan PD dia kerja apa? auidt ka?

      apa yg aku nk bgtahu ...semua urusan serahkan kat Audit...Yg lain2 senyap ja..

      Jgn lupa ya PAC bakal panggil Arul...semua nya rakyat akan tahu psal PAC bukan sembang pakai buku 555.lepas abis senmbang campak minit mesyuarat kat tong sampah...

      Padam
    5. 11.45

      Apa penjelasan arul tu jika beribu persoalan balas pula yang bangkit?

      Bukan golongan politik bertanya, rakyat yang nak tahu bagaimana duit 1mdb boleh hilang? Bagaimana ipic boleh tak terima duit 1mdb? Kenapa 1mdb dan najib yg tandatangan boleh cuai? Boleh lalai?

      Padam
    6. bagus brother anda suah memahami banyak persoalan yg akan timbul bukan...Jadi bagaimana nak selesaikan..Inilah peranan Audit dan PAC...

      Yg penting bila bercakap perlu berdasarkan fakta...Akaun adalah fakta segala2 tercatatat..

      .Sekiranya terbukti ada kehilangan SPRM dan PDRM perlu buat siasatan....PAC sebagai sistem check and balance perlu menjadi suara rakyat keseluruhan...

      Padam
    7. 12.00

      "Yg penting bila bercakap perlu berdasarkan fakta...Akaun adalah fakta segala2 tercatatat.."

      IPIC tak terima duit bukan fakta? Kenapa najib dan 1mdb begitu cuai? Begitu lalai?

      Padam
    8. Kenapa pulak ko fobia sgt bila sebut 2.6b?

      Sebab mmg dah nyata Najib munafik.

      Berucap dlm satu program integriti bukan main bongkak minta parti2 politik masukkn duit derma/sumbangan ke akaun parti.

      Duit yg diguna mesti ada hitam putih.
      Najib kata takut nanti ada salahguna dan penyelewangan.
      Bukan main manis mulut.

      Itu ucapan bulan Februari 2012, dlm program anjuran SPRM.
      Rakaman masih ada di Youtube.

      Tahun 2015, Najib terus munafik, tak mengaku ada duit 2.6b dlm akaun sendiri. SPRM dah kantoikan dia baru nak mengaku.

      Najib mmg sial bila kaitkan Umno utk lepas tengkuk dari tuduhan isu duit tersebut.

      Bijak je dia kata duit tu utk Umno.
      Ini mmg sesuatu yg mendatangkan kecelakaan besar kpd Umno.

      Najib betul2 membusukkan dan memalukan nama Islam, Melayu dan negara.

      Bila mintak bukti hitam putih ttg penggunaan duit mula pusing kata penderma tak mahu dihebahkan.

      Bila tanya mana baki, senyap.
      Sekarang Azalina berkokok kata kerajaan akan jawab isu 2.6b.

      Kenapa pulak kerajaan yg jawab?

      Adakah mana2 perbelanjaan kerajaan persekutuan/negeri ada mendapat duit tersebut?
      Ada bukti?

      Duit tu terkait dgn derma peribadi NAJIB. Dia yg mesti jawab.

      Kerajaan dan rakyat dapat bala kerana perbuatan Najib.

      Bukan main gah konon pendapatan meningkat sebab buat GST.
      Secara terang Najib guna GST utk tampung perbelanjaan kerajaan.

      Sebelum April 2015 ,harga asal tetap sama, barang/material tetap sama, dah ada SST dlm harga tu.

      Selepas April 2015, barang yg sama, harga dah campur GST, RM10 dah jadi RM10.60.

      Maknanya disitu ada SST dan GST.
      Bukti jelas Najib guna GST utk perah duit rakyat.

      Dalam bajet 2016, JPM dapat peruntukan sehingga 20.3b.

      Kenyang la pemakan2 dedak.
      Siapa yg boleh audit JPM secara telus?
      Audit negara, perbendaharaan?

      Semua ni bawah telunjuk Najib.
      Najib kena kosongkan kerusi jawatan tu buat sementara, pergi bercuti, biar siasatan dapat dijalankan dgn sempurna.

      Paling baik Najib, berambus terus dari jawatan tersebut.




      Padam
  6. Melayu tak sebodoh Yg disangka kecuali ajk umno je...pencuci Najib nampak sangat dah ketakutan.... Untuk me yedapkan hati sendiri n pm katalah umno akan menang...Tetapi akikatnya orang melayu takan percaya pd pemimpin umno... Penakut...pembohongan menjadi santapan harian...rajin rajinlah bertemu org Yg bukan ahli sendiri baru bolih mengatakan Yg pm n kuncu kuncunya mendapat sokongan rakyat... Selasa hari ni
    ...dah saman?
    .

    .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan berpolitik kais pagi makan pagi kais petang makan petang....

      Ingat tak isu GST? Masa itu kalau buat survet oleh dinturtle agak2 brapa peratus najib dapat?

      La ni kenapa bila Najib kata GST penyelamat tak bising? yg bising ada gak tapi sapa ya?

      Ingat ya GST baru dilaksanakan tetapi gaji minimun bakal terlaksana tahun depan..

      Kesimpulanya rakyat sudah mula nak dengar peranan GST dalam pembangunan negara ada aham tak?

      Last sekali antara cukai SST zaman Tun M dan Cukai GST zaman Najib mana yg tiris dan kuat rasuah?

      Cth macam ni la..Kalau 10 kontena masuk pelabuhan yg bayar cukai brapa kontena........... zaman Tun brapa? Zaman Najibbrapa?

      Nak tahu sapa kelepet sapa pandai tengok hasil duitnya...

      Padam
    2. mmg laaa kalu ckp mcm tue....tp duit tue spe yg sapu...bkn najib ngn rosmah ker yg sapu.... ade perasan tak najib ckp kalu x buat gst mungkin kerajaan x mmpu byr gaji. kakitangan awam...zamn tun ade x cite psl bnda ni....kalu mkn dedak pon jadikn laa otak...jgn jd najis semua

      Padam
    3. Maaf la ya bila kau kaitkan isu rosmah...rakyat yg kurang membaca sahaja jadi mangsa fitnah...

      Aku nak tanya la ya

      kenapa najib kata GST penyelamat ekonomi?

      Kenapa kalau tiada GST maka gaji tak boleh dibayar maka Malaysia bakal menghadapi keruntuhan eokomi:?

      ..kira meleset la cam zaman Tun M ...kdnk jadi negetif wei...

      Padam
    4. ok laa ...x pyh gaduh pnjg2... sy nk tnye 1 jerr sbgai rakyat bawahan... knpe 1mdb tidak termasuk dlm budget? sedangkn penjaminnyer adalah kerajaan.. tlg terangkn...tq

      Padam
    5. Maksud engkau adakah hutang 1MDB tiada dalam akaun bank negara ka?

      1MDB dia GLC kerajaan macam petronas la..Dia harus bergerak mencari dana dan bagi dividen kpd kerajaan..

      Isu 1MDB adalah isu syarikat tak berdaya maju ...cuba bila semua nak bercakap seolah 1MDB bakal bankrap kan negara...Hutang 1MDb tak banyak la...dia buat pinjamkan terhadap perniagaanyanya...

      1MDB banyak projek....Cth projek TRX...

      projek TRX bukan jual tanah la .....macam dinturlej ual tanah sawah padinya...bacalah impak bandar malaysia kepada negara...hebat la projek ini...

      Padam
    6. 10.30

      "La ni kenapa bila Najib kata GST penyelamat tak bising? yg bising ada gak tapi sapa ya?"

      Lawak ke chai? Gst penyelamat 1mdb adalah...ohh ye untuk bayar habuan pencacai beliau juga.

      Padam
    7. Ok saya berhenti sini...saya cabar anda teruskan dengan komen GST penyelamat 1MDB ya....kepada semua chai2 pemakan dedak ayam yg jenis pemalas nak baca laporan budget teruskan ya...

      Ingat ya zaman sekarang zaman orang2 pandai...yg berhak sembang isu ekonomi adalah...pakar ekonomi...sudah sampai msanya pemakan dedak ayam sedar anda hanyalah berotak udang sahaja...

      Padam
    8. 12.04,

      "Ok saya berhenti sini...saya cabar anda teruskan dengan komen GST penyelamat 1MDB ya"

      Jangan lah camtu chai

      Padam
    9. Maafla dah letih nak fahamkan engkorang...

      Suruh buat kajian hasil minyak petronas zaman Tun M dan zaman Najib malas...pemakan dedak ayam ja..bangun lah wahai pejuang tun M..jadilah bijak..makan lah nasi ayam bkn dedak ayam..

      Padam
    10. 12.21

      "Maafla dah letih nak fahamkan engkorang..."

      Maaf la jugak ye, jawapan yang diberi tak memuaskan kami rakyat marhaen.

      Padam
    11. doowg mne nk fhm...dah mkn dedak anon 1221 oittt....spin slagi blh...bila tnye psl 1mdb x msk budget dowg kona psl tue cmpny glc... khzanah x pena pon ade prblm cm 1mdb ..sengal dowg tue...

      Padam
    12. 12:21

      Ko kata pasal duit Petronas zaman M dan N.

      Ko nak mintak nyawa utk berhujah harga minyak dan dvdn dah merosot.

      Dah berapa tahun harga ni merosot?

      Najib dah berada dipuncak kuasa berapa lama?
      Mana pergi keuntungan2 minyak selama dia perintah ni?

      Apa projek mega yg guna banyak sgt duit ni?

      Apa projek mega yg berkeuntungan besar dibuat oleh Najib?

      Kenapa masa org tua tu pegang, walaupun BSKL merudum, harga minyak jugak merosot, rakyat masih steady?

      Aku masih akan bertanya, kenapa JPM dapat sehingga 20.3b.

      Apa sgt fungsi menteri dan timbalan di JPM ni?

      Padam
  7. Najib dah tau kerajaan tak ada duit...dah habis dia buat Joli...nak mengatasi masaalah itu maka gst dikenakan kpd semua rakyat dr dlm perut ibu lg....Betulah gst menyelesaikan kewangan kerajaan... Sekarang bukan kerajaan Yg membantu. Rakyat tp rakyat Yg membantu kerajaan Tampa rela.. Bukan rakyat didahului tp kerajaan alias Najib didahului...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu kau yg cakap...Zaman najib dia kurangkan ketirisan...baca tak isu RnD universiti syok sendiri..Brapa billion habis Rnd tapi tak dikormesialkan?

      Isu duit dah habis.?

      Kau ingat buat pan borneo pakai air lir ka..takda TOLL tau..

      Macam ni lah ada masa baca pelan pengangkutan awam di bandar kuala lumpur...Jgn lupa masa pi kl tengok projek2 tersebut tergendala ke atau masih berjalan...

      Dan macam biasa bila pilihan raya kecil agak2 BN bagi tak janji projek?
      Dan program keris 2314 itu sekali ja ka atau berterusan?
      .

      Padam
    2. 11.53

      "Kau ingat buat pan borneo pakai air lir ka..takda TOLL tau.."

      1.Kalau jadi lah projek tu...jangan plak hanya letak papan projek je kat tapak pembinaan.

      2.najib sayangkan kaum cina ni tak der batasan disebalik chai2nya memaki hamun dap, tak caya? Tengoklah nanti kaum mana yang dapat projek ni.

      3.tak caya lagi? Jho low jadi billionair segera siapa yang tolong?

      Padam
    3. Ha ha ha kira macam projek lebuhraya kelantan la ya...kelakau la kau ini...

      Isu najib sayang kaum cina dan Jh Low maaf la malas nak ulas....

      Perjuangan engkorang dah berakhir terima lah hakikat..Tun M juga dah angkat bendera putih...Ini zaman kami pulak..Yg penting dalam 2 tahun tiada lagi pengacau...

      Saya tahu anda akan terus berdoa agar ada isu2 lagi...Ingat ya isu Najib 1MDB dab 2.6B..kedua-duanya under siasatan bkn sembang kedai kopi....

      Insyallah anda lihat sahaja nanti ya..PRU 14 sapa menang

      UMNO VS DAP...

      Padam
    4. 12.19


      "Perjuangan engkorang dah berakhir terima lah hakikat..Tun M juga dah angkat bendera putih...Ini zaman kami pulak..Yg penting dalam 2 tahun tiada lagi pengacau..."

      Terimalah juga hakikat, pendapat umum menunjukkan sokongan orang melayu terhadap najib hanyalah 23% ha ha ha ha.

      Padam
    5. 12.19

      "Insyallah anda lihat sahaja nanti ya..PRU 14 sapa menang "

      Insya Allah jugalah jika najib dan pengampu serta pencacai dapat disingkirkan hari ini mungkin umno boleh dipulihkan....mungkin jer....

      Padam
    6. doktrin puak macai madet tanam dlm kepata hotak org yg tk bersandar Tuhan ialah najib mesti kalah PRU14..

      mereka ulang dan ulang pd masa yg sama merekalah yg sedang jd anai2 utk jatuhkan BN UMNO supaya apa yg mereka doktrinkan jd betul di dlm prancagn mereka.. PENGKHIANAT SEJATI >>> Mahaadet!

      Padam
    7. 12.19

      "Isu najib sayang kaum cina dan Jh Low maaf la malas nak ulas...."

      Malas nak ulas ker..????

      Atau x tau nak ulas mcm mana..?? Kantoi sana sini

      Padam
  8. Apa yang berlaku kini adalah rakyat makin meluat, makin bertambah menyampah, makin bertambah benci dengan kelakuan pemimpin yang sanggup mengkhianati parti, mengkhianati negara, mengkhianati rakyat.

    Isu seperti pelaburan 1MDB sebanyak RM 15.4 bilion di dalam Brazen Sky, GIL Fund, dan Aabar Deposit, hingga kini tidak diketahui apakah bidang pelaburannya dan di manakah pelaburan itu dibuat dan apakah benar pelaburan itu memang dibuat atau sebaliknya hanya dongengan untuk menipu rakyat sedangkan wang itu lesap entah ke mana.

    Kemudian pembelian stesen janakuasa elektrik yang nak tamat lesen operasi hanya dua hingga tiga tahun masa pembelian itu dibuat dengan kos pembelian sebanyak RM 12 bilion kemudian tanggung lagi hutang warisan stesen janakuasa itu sebanyak RM 6 bilion menjadikan kos keseluruhan sebanyak RM 18 bilion, apakah kebodohan membuat urusniaga sebegini? Mengapakah sanggup keluarkan belanja yang sangat besar sedangkan kalau ditunggu hingga lesen tamat maka boleh mendapatkan penjimatan mungkin melebihi 70 - 80% dari kos belian tersebut? Malahan terdapat sebuah stesen janakuasa elektrik iaitu Genting Sanyen, harga pasaran RM 400 juta, tapi dibeli oleh 1MDB dengan harga RM 2.3 bilion, lima kali ganda lebih mahal dari harga pasaran melibatkan lebih dari harga pasaran sebanyak RM 1.9 bilion, apa semua ini? Ini semua pun langsung tak dijelaskan dengan teratur dan memuaskan oleh 1MDB.

    Bersambung......................

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambungan.............................

      Kemudian 1MDB memperolehi tanah kerajaan berstatus freehol (milikan kekal) di TRX berkeluasan 70 ekar dan Sungai Besi hampir 500 ekar dengan harga masing-masing RM 230 juta dan RM 400 juta sedangkan hartanah berkenaan berharga melebihi RM 30 bilion ringgit. Tak cukup dengan itu, 1MDB menjual sebahagian tanah di TRX yang hanya berkeluasan 1.56 ekar kepada tabung haji dengan harga RM 188.5 juta melebihi 60 kali ganda dari harga asal yang diperolehi oleh 1MDB dengan harga RM 4 juta sahaja, apa semua ini? Semuanya tak dijawab dengan jujur dan jelas oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

      Begitu juga dengan wang RM 2.63 bilion a.k.a. USD 700 juta dalam akaun peribadi Najib, pada mulanya Najib tak mengaku, kemudian bila terdedah dilaporkan oleh SPRM, maka Najib kata itu derma untuk UMNO, tapi mengapakah masuk dalam akaun peribadi Najib yang hanya dibuka lebih kurang 6 bulan sahaja? Malahan tak ada waima satu sen pun wang itu diserahkan kepada akaun UMNO, macam mana boleh kata itu derma kepada UMNO sedangkan Najib menjoli wang itu sesuka hatinya beri RM 2 juta dalam bentuk cek kepada Ahmad Maslan, RM 1 juta dalam bentuk cek kepada Shahrir Samad, RM 50 ribu dalam bentuk cek kepada Mas Ermiyati, malahan pemberian itu apakah dimasukkan ke dalam akaun parti di peringkat bahagian atau dimasukkan ke dalam akaun peribadi individu tersebut? Semuanya tak berjawab hingga kini.

      Malahan pasal wang USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion itu, Najib juga kata kepada 146 ketua bahagian sebagaimana pendedahan oleh Ketua UMNO Bahagian Kuantan dalam suatu perjumpaan di mana Najib kata kepada ketua-ketua bahagian berkenaan bahawa wang itu adalah derma dari Arab Saudi kepada Malaysia pula, sebelum ini kata derma kepada UMNO, tapi pasal apa boleh berubah kepada derma kepada Malaysia pula?

      Bersambung............................

      Padam
    2. Sambungan ......................

      Malahan Ahmad Zahid Hamidi pun menokok tambah dengan mengatakan bahawa dia dah jumpa dengan wakil keluarga diraja Arab Saudi yang menerangkan panjang lebar kepadanya mengenai derma itu, malahan siap tengok cek USD 100 juta yang dikatakan pemberian keluarga diraja Arab Saudi itu, macam Zahid Hamidi boleh tengok sedangkan wang itu didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib berlaku pada tahun 2013? Sedangkan Tan Sri Muhyiddin yang merupakan timbalan perdana menteri malahan timbalan presiden UMNO ketika itu pun tak tahu pasal hal ini, malahan Tan Sri Muhyiddin adalah Pengarah jentera pilihanraya UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU 13 pun tak pernah tengok cek USD 100 juta tersebut, apakah keistimewaan Zahid Hamidi yang boleh lihat cek itu, siapa yang tunjukkan? Najib ke wakil keluarga diraja Arab Saudi itu? Hingga kini semuanya tak berjawab oleh Najib atau Zahid sekali pun.

      Wang RM 2 juta dalam akaun Affin Bank milik Rosmah bini Najib, dari mana sumber wang itu memandangkan terdapat beberapa transaksi kewangan melibatkan jumlah antara RM 150 ribu hingga RM 300 ribu ke dalam akaun Rosmah hingga jumlahnya RM 2 juta, dari mana sumber wang itu? Rosmah bukannya ada pekerjaan tetap dan bergaji pun, apakah Rosmah ada buat kerja sambilan di Mc'Donald atau KFC? Tapi takkan boleh dapat gaji sampai RM 2 juta pula?

      Tiadanya tindakan yang serius dari pihak berkuasa, malahan ada pasukan siasatan yang ditangkap dan diheret ke pejabat polis kerana menyiasat kes berkaitan penyelewengan Najib, kata Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar, itu adalah nak ambil keterangan, apa punya ambil keterangan bila geledah rumah, rampas barangan siasatan serta diheret ke pejabat polis pada jam 1 pagi? Malahan mereka adalah pasukan penyiasat, bukannya penjenayah, pasal apa polis nak tangkap mereka? Semua ini menyebabkan rakyat makin meluat.

      Tak cukup dengan itu, bila ada individu tertentu yang buat laporan polis sampai dua kali untuk menyiasat kes 1MDB ini, tetapi tidak disiasat dengan betul oleh polis, malahan peguam negara pun menjadi talibarut Najib dan 1MDB, maka individu berkenaan membuat laporan polis melibatkan penyelewengan 1MDB di luar negara, kemudian individu berkenaan ditangkap kononnya cuba mensabotaj ekonomi negara dan mengancam demokrasi, sedangkan dia bukannya buat laporan terhadap kerajaan, tetapi laporan terhadap sebuah syarikat yang disyaki terlibat dalam salah guna kuasa dan penyelewengan, itu mengancam demokrasi ke?

      Makin hari rakyat makin meluat dan makin menyampah, cuma Najib dan kuncu-kuncunya tak sedar diri, malahan ahli-ahli UMNO pun ramai yang tak sedar diri lagi, syok melantak 'dedak' yang ditabur oleh Najib dari Tabung RM 2.63 bilion itu.

      Sedarlah bahawa dalam PRU 14 Barisan Nasional akan menjadi mangsa perbuatan keji Najib dan kuncu-kuncunya ini, ini adalah kerana Ketua Bahagian UMNO, malahan presiden parti komponen Barisan Nasional sendiri pun menyokong Najib sedangkan sudah terang lagi bersuluh Najib terlibat dalam kegiatan jenayah dan isu yang melibatkan Najib tidak dapat dijawab dengan teratur, tunggulah pengajaran rakyat dalam PRU 14 kelak. Berubahlah kalau masih mahu Barisan Nasional menjadi pemerintah negara ini, dengan syarat Najib dan kuncu-kuncu perlu ditumbangkan diheret ke muka pengadilan.

      Sedarlah semua. Salam Perjuangan A Ba Ta,

      Iklhas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  9. Najib dapat jd pn malaysia Yg paling bangang atas sokongan siapa....dahsat kuasa semua jasa kawan dilupakan.... Tak sehaluan n bertanya pun tak bolih....Najib manusia biasa juga terimalah apa Yg kurang....gila kuasa...
    Tamak....Silap je zahir bercakap mesti Kena tendang
    .

    BalasPadam
  10. Sarawakians.....let us show our true values and colours this coming state election.

    Whilst we love our state and adenan, never forget we have been ditipu hidup2 oleh najib and his 1MDB monster.

    We may get toll free pan borneo express way, please jangan suka dibangsatkan waima you are a malay or dayak or chinese or melanau or kayan and many other minority groups.


    BalasPadam
  11. Dah xde masa nk menjatuhkan sesape. Sokong lah apa yg ada skrg. Nnt tu kot melepas segala wahai org melayu.
    Ambil contoh: mcmana byk penyelewengan dan penipuan oleh dap, mca dan gerakan takde nk bising2. Kalo bersuara pun buat syarat krn mcmana penipu pun dap tetap menguntungkan kaum mereka.
    Org melayu ni sbnrnya sibuk nk kuasa. Perjuangan A ba ta patut tumpu pd melawan pakatan. Dah settle ngan pakatan bru perbetulkan yg dlm kain. Ini belum apa2, nk londehkan kain sesama sendiri. Tu bangang namanya. Ini politik...permainannya mmg begini. Itu pun kalo korang fhm.

    BalasPadam
  12. Kesimpulan dari pemerhatian aku.komen2 dari pro najib lebih bagus.mereka bersandarkan kepada fakta.manakala pengomen yg pro tun m kebanyakan merapu dn kebudakan.terimalh hakikat sekarang dgr cakap dn cyco sudah lapuk.berubahlh wahai macai pro tuun m.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian saja yg dapat dipersembahkan oleh group setengah masak Najib.

      Woi, keluar dari kepompong la.
      Meh kita layan laman Jebat Must Die.
      Ada berani.

      Padam
  13. Chai ternakan 9.16..

    Cyco ke saiko? Atau nak rakyat marhaen tolong terjemahkan dalam bahasa omputih ker?

    Cer mintak Dan tanya elok2 tanpa maki hamun tolong terjemahkan dalam bahasa omputih...ingat chai bukan cyco tapi.......

    Kami rakyat marhaen sedia membantu...jangan segan, jangan maki hamun.

    BalasPadam