Ahad, 4 Oktober 2015

Kenapa Indonesia Berjaya Memenjarakan Rakyat Malaysia..!


Tak tentu pasal rakyat kita dipaksa untuk diam di rumah..! Tak pasal pasal anak anak kita tak boleh meneruskan persekolahan mereka..! Sedangkan minggu ini ialah minggu periksa UPSR(A) bagi pelajar Islam di seluruh negara..!

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) serta Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) pada Isnin dan Selasa (5 dan 6 Oktober), ditangguhkan ekoran pengumuman penutupan semua sekolah di beberapa negeri oleh Kementerian Pendidikan berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk. 
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, pelaksanaan peperiksaan UPKK kepada 207,343 calon yang diselaraskan jabatan itu di seluruh negara bagi subjek Ulum Syariah (UPKK 02/01) pada 2.30 petang Isnin, dan subjek Sirah (UPKK 03/01) serta Jawi Dan Khat (UPKK 05/01) pada Selasa, adalah ditangguhkan. 
"Penangguhan ini melibatkan semua pusat peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baharu bagi pelaksanaan peperiksaan bagi tiga subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada suasana dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa.
"Pelaksanaan peperiksaan pada Rabu dan Khamis berjalan mengikut jadual," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.
Beliau juga menyarankan kepada semua agensi bertanggungjawab melaksanakan Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) mengambil tindakan segera memaklumkan arahan penangguhan peperiksaan itu kepada setiap pihak terlibat.
Selain itu, Othman berkata, JAKIM juga menyambut baik keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menangguhkan peperiksaan UPSRA pada Isnin dan Selasa ini, selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan.
"Peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan Jawi di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan ditunda kepada Isnin dan Selasa depan (12 dan 13 Oktober).
"Bagi jadual hari Rabu dan Khamis berjalan seperti dijadualkan kecuali ada arahan lain daripada Kementerian Pendidikan," katanya. 
Sebelum itu, Menteri Pendidikan dalam kenyataan nya dilaporkan berkata..

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara kecuali Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah ditutup pada Isnin dan Selasa ini ekoran keadaan jerebu yang semakin merosot.

Penutupan sekolah di beberapa negeri itu dinyatakan oleh Mahdzir melalui laman Facebook dan Twitternya hari ini.

Tambah beliau, selain murid, guru-guru juga tidak perlu hadir ke sekolah.

"Sekolah-sekolah terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini. PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual.

"Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu," katanya.

Situasi jerebu pada pagi Ahad semakin kritikal dengan lima kawasan setakat jam 11 pagi tadi mencatat bacaan IPU yang sangat tidak sihat.


Indonesia melalui Timbalan Presidennya sebelum ini dengan angkuh dilaporkan berkata..

Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata, Indonesia tidak perlu meminta maaf berhubung asap daripada kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan yang menyebabkan pencemaran udara di beberapa negara.
Jusuf berkata, apa yang perlu dilakukan oleh republik itu ialah mengatasi masalah kebakaran hutan supaya masalah pencemaran udara akibat asap kebakaran itu tidak berulang lagi, lapor Kompas.
"Berapa lama mereka (negara jiran) nikmati udara segar daripada kawasan hijau dan hutan-hutan kita semasa ia tidak terbakar? Berbulan-bulan. Adakah mereka berterima kasih?
“Tetapi, semasa terjadinya kebakaran hutan paling lama sebulan, asap-asap itu cemari wilayah mereka. Jadi, mengapa mesti meminta maaf," katanya.
Malah pada 18 September lalu, Jusuf turut memberi kenyataan sama ketika bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di pejabatnya.
Tak pulak kita dengar Zahid mengulas isu ini semasa lawatan beliau tempohari, tapi hari ni Zahid dilaporkan berkata...
Malaysia mahu Indonesia memberikan komitmen lebih serius dalam menangani jerebu memandangkan masalah itu sering kali berulang hampir setiap tahun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata meskipun kepimpinan dan rakyat Indonesia dilihat prihatin  terhadap keadaan itu namun dirasakan sesuatu yang diusahakan belum mencukupi untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Patut la di Jakarta hari tu tak bercakap, buat kenyataan di negara sendiri pun bukan main lembut..! Itu sebab Indonesia yang memang sedia lebih besar dari sudut geografinya dari kita tetap merasa 'besar' dalam apa jua rundingan yang melibatkan dua negara..!

Itu sebab Indonesia dilihat semakin 'besar kepala'..!

Nak berdepan dengan puak besar kepala ni perlukan pemimpin yang besar jiwa..! 

Menteri yang jaga keselamatan dan bencana pun macam tak ada didalam negara..! Diam bisu seribu bahasa..!

Dah teruk berjerebu la tu..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Pendek kata...pemimpin k¡Ta nii takut tk bertempt ...panjang kata..pemimpin kita tkde telo..dgn indon pn takut..apalagi nk menghadapi IS..entahlah..prOtT

    BalasPadam
    Balasan
    1. pencacai jamban clone ted penunggu setia blogger macai..
      ko tk bertenggek di KD dh ke macai hanyir?

      Padam
  2. Zaman mahadey setan jd PM dulu awat xdk jerebu ka?
    tahun 1997-1998 jerebu mahadahsyat melanda Malaysia.. apa pasai Maddey setan tak arahkan tentera kita tembak indonesia sbg tanda 'wibawa' berani mcm hanjing2 upahannya skrg?

    bila Mahadey setan nak buat laporan polis kunun Najib sgt banyak rasuah?

    keling tun penipu ckp banyak.. dia sendiri perompak.. skrg dia takut pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 7:29@7:31..mengapa harus mengamuk..? Kenapa perlu kaitkn dr.m plk..? Kita bicara tentang jerebu..kenapa pemimpin pujaan hati saudara tkt sama indon...? Saudara/i nii baru dpt wang derma dari mohd najib kee..? PrOotT arggh leganya

      Padam
  3. Zahid lembek...cakap depan org umno semangat dgn jari sekali.Bila pula pemimpin indon beri udara segar kat malaysia.yg aku tahu rakyat indon yg berada d malaysia banyak merosakkan kebersihan alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zahid malas nak layan org bodoh dr Indon.
      Kalau ayat begitu boleh keluar dr pemimpin tertinggi Indon..iaitu ayat bodoh sombong.. dia rasa megah dengan bekalan oksigen kita nak layan ke org mcm tu?

      Nk suruh Zahid serang indon? gaduh habis semua rumpun Melayu.. happy lah cina dan keling.????

      Padam
  4. ayoh pak mari kita perang...indonesia tangga ke 16 tentara terkuat dunia manakala msia tangga ke 35...kami biasa makan singkong..lu bisa minum air sungai enggak...

    BalasPadam