Sabtu, 3 Oktober 2015

Pendedahan Kenapa 1MDB Istimewa..!


Persoalan kenapa melibatkan 1MDB sahaja ianya mesti istimewa?

Baca tulisan saudara rausyanfikir.disini.

Layan dibawah ni...

1. Ada dua persoalan besar seputar skandal 1MDB: (1) perjanjian [contractual] dan (2) jenayah [criminal]. (rujuk tulisan saya paling awal: Krisis 1MDB: Diagnosis, Prognosis dan Cara Mewaratnya http://goo.gl/honXyp) juga video Menyelamatkan Aset 1MDB demi Kedaulatan Negarahttps://goo.gl/YMdTJ2)

2. Kedua-dua itu mungkin berkait tapi ketika saya mula-mula menulis tentang 1MDB dahulu, yang paling utama saya tumpukan ialah persoalan perjanjian. 

3. Kenapa soal perjanjian? Kerana disitulah risiko terbesar aset strategik negara yang terletak di bawah 1MDB akan bertukar tangan kalau mana hutang yang dipikul 1MDB tidak dibayar kepada pemiutang (lender).

4. Suka atau tidak, 1MDB perlu diselamatkan demi memastikan aset milik negara tidak terjatuh ke tangan pihak asing melalui cara penukaran “debt to equity”. Semua negara-negara yang pernah terkena jerat “debt to equity” akibat menerima pinjaman yang menjerat (predatory lending) seperti yang paling baru Greece, atau Indonesia di bawah IMF dan juga banyak negara-negara Latin Amerika dan Afrika. 

5. Atas dasar risiko kehilangan aset strategik negara inilah saya menulis seawal bulan March yang lalu untuk memberi cadangan demi menyelamatkan aset negara di bawah 1MDB. (rujuk tulisan saya (1) Geopolitical Risk of 1MDB could be a reality: http://goo.gl/ADbcmR, (2) Ways to save 1MDB’s assetshttp://goo.gl/Dl2wxC)

6. Strategi asal 1MDB untuk menampung hutang dan pinjaman yang tinggi (high gearing) adalah dengan mengapungkan anak syarikat janakuasa tenaganya iaitu Edra Energy melalui penawaran IPO di pasaran saham. Walaupun pada awalnya 1MDB yakin IPO boleh dibuat, saya telah mengulas pada bulan March yang ianya adalah satu pilihan sukar untuk 1MDB tawarkan IPO kerana sentimen dan persepsi yang buruk berhubung skandal 1MDB dan hutangnya yang menimbun. (rujuk tulisan saya: Is Edra Energy’s IPO the best way forward for 1MDB? http://goo.gl/iPKFXZ)

7. Bila sudah selamatkan aset 1MDB dengan cara melunaskan ke semua hutang 1MDB (interest [bunga] dan principal [pokok]) kemudian serahkan aset-aset tersebut kepada GLCs yang lain barulah 1MDB boleh ditutup (wind down).

8. Apa yang 1MDB sedang buat dibawah CEO yang baru iaitu Arul Kandasamy inilah yang beliau secara canggih mengungkapkan sebagai “rationalization plan” kerana 1MDB kata beliau dalam siaran rakaman Soal Jawab TV3 beberapa bulan yang lalu sedang berhadapan dengan masalah “cash flow mismatch”.

9. Saya dan ramai lagi peniliti 1MDB kurang faham apa itu “cashflow mismatch” yang Arul cakap. Tapi kini saya boleh faham setelah meniliti perkembangan terbaru yang dilaporkan oleh banyak media perniagaan arus perdana yang mengikuti dan melaporkan 1MDB dari dekat dan profesional seperti Wall Street Journal (WSJ), Bloomberg, Financial Times.

10.  Arul tidak berbohong. Arul tidak berbohong berkisar tentang “units” yang tersimpan di bank BSI di Singapura. Arul juga tidak berbohong berhubung “cashflow mismatch”. Soalnya sekarang apa yang beliau maksudkan dengan “mismatch”? Istilah “mismatch” itu secara “taṣawwur-nya” (conceptually) merujuk kepada kegagalan dua objek bilamana dibanding beda seharusnya menunjukkan persamaan atau keseimbangan (failure of one to correspond to the another). Soalnya apa yang “mismatch”? 

11. Jawapannya ialah: laporan akaun 1MDB yang sedang diaudit Deloitte bagi tahun 2014 vis-à-vis laporan akaun International Petroleum Investment Company (IPIC) yang telah diaudit oleh Ernst & Young (E&Y). Laporan akaun 1MDB inilah yang “mismatch”, tidak menyamai, seimbang dengan laporan akaun IPIC bagi tahun kewangan 2014. 1MDB masih tidak hantar laporannya dan meminta penangguhan sampai 6 bulan lagi manakalah IPIC sudah pun terbitkan laporan akaun 2014 kepada pemegang saham dan pelabur mereka di seluruh dunia seperti yang telah dimuat naik dalam laman rasmi mereka. (rujuk laporan kewangan IPIC 2014: http://goo.gl/9Qhiy5)

12. IPIC adalah syarikat milik kerajaan al-Nahyan di UAE. IPIC tersenarai di Pasaran Saham London. Tata urus dan kelola (governance) IPIC haruslah bersifat jujur, amanah dan telus (transparent) sesuai dengan peruntukan perundangan dan reputasi tinggi yang digariskan dan dijaga oleh Pasaran Saham London. Oleh kerana itu sebarang keputusan yang akan memberi dampak ke atas akaun atau “balance sheet” IPIC, ianya harus dimaklumkan kepada umum bagi memenuhi syarat “governance” di Bursa London. Sebab itu bulan Jun lalu bilamana IPIC telah bersetuju membantu membayar hutang milik 1MDB (pulangannya 1MDB akan bagi aset kepada IPIC) melalui “binding term sheet agreement” bila Deustche Bank minta 1MDB cepatkan bayaran, IPIC harus umumkan transaksi ini di London (rujuk: http://goo.gl/HCUwpe)

13.  Apa hubungan IPIC dan 1MDB? Seperti yang dijelaskan dalam laporan akaun IPIC yang telah diaudit juga laporan akaun 1MDB yang lampau, IPIC adalah penjamin bagi beberapa transaksi besar yang 1MDB buat untuk membeli dua janakuasa (IPP) daripada Tanjong (dulunya milik Ananda Krishnan) dan Genting. Kedua-dua pembelian ini dibuat melalui penerbitan kertas hutang (bon) yang diurus oleh Goldman Sachs. IPIC banyak menyerahkan urusan transaksi melibatkan 1MDB kepada anak syarikatnya Aabar yang dahulunya dipimpin oleh rakan Jho Low iaitu Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Badawy Al-Husseiny yang kini telah dipecat daripada Aabar dan IPIC sebaik saja skandal 1MDB meletus satu dunia. 

14. Sepanjang minggu ini YB Tony Pua yang menganggotai PAC amat bising dan menuduh bahawa pinjaman yang dibuat dan dijamin bersama antara 1MDB dan IPIC yang diurus oleh Goldman Sachs menyerupai Ah Long dan berat sebelah kepada IPIC. Ini kerana 1MDB seperti ulas Tony Pua, hanya walaupun meminjam US$ 3.5 bilion, ia telah dikesan mempunyai akses kepada hanya US$ 326 juta atau kurang daripada 10% daripada dana yang diperoleh. Manakala IPIC selaku penjamin bersama dan Goldman Sachs sebagai pengurus hutang mendapat kelebihan daripada penerbitan itu dengan kadar yang luar biasa sekali daripada apa yang selalu dibuat di pasaran. (rujuk: (1) http://goo.gl/78zQhJ dan (2) http://goo.gl/UX8gyw)

15. Lebih misteri seperti dilaporkan WSJ (http://goo.gl/cT5tXb) dan dibangkitkan Tony Pua minggu ini, walaupun tercatat dalam akaun 2014 yang telah dirangkum (consolidated) milik IPIC dan anak syarikatnya Aabar menunjukkan bahawa 1MDB telah membayar hutangnya kepada IPIC melalui Aabar, duit hampir sejumlah US $2.4 bilion (dalam kadar sekarang ~ RM 10 bilion) masih belum diterima IPIC. Seperti yang dipersoalkan Tony Pua, mana mungkin setelah 1MDB meminjam sekian banyak (baca: gali lubang, tutup lubang) syarikat tersebut masih berhadapan dengan kekurangan tunai yang serius. 

16. Inilah antara “cashflow mismatch” yang mungkin benar-benar dimaksudkan CEO 1MDB Arul. Ini menimbulkan tanda Tanya, dalam banyak-banyak calon CEO 1MDB untuk menggantikan Shahrol dan Hazem, mengapa Arul? Ya Arul rakyat Malaysia tetapi Arul telah berkhidmat lama di Abu Dhabi khusus dengan Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB) yang pada awalnya telah membeli bank RHB. ADCB juga merupakan bank yang bersama-sama dengan konsortium bank di bawa Deustche Bank yang telah memberi pinjaman kepada 1MDB pada hujung 2014. 

17. Daripada butiran ini, mungkinkah peranan sebenar Arul ialah untuk menjaga kepentingan UAE khususnya IPIC yang banyak menjamin hutang 1MDB? 

18. Apabila kita sudah memahami mengapa “mismatch” antara akaun IPIC dan 1MDB berlaku, maka tidak sukar untuk kita faham mengapa 1MDB meminta penyerahan akaun 2014 mereka ditunda selama 6 bulan lagi. Penundaan dibuat kerana 1MDB seperti ulas Arul dalam temubual media UK tersohor BBC News (http://goo.gl/rlUn4r) adalah kerana 1MDB kini sedang giat untuk “monetizing 1MDB assets” iaitu menjual/melelong aset-aset 1MDB kepada pembeli yang mampu tawarkan harga yang paling tinggi (highest bidder) agar dapat menjana aliran tunai kepada 1MDB bagi melunaskan hutang-hutang yang tertunggak. 

19. Lebih yang perlu dirisaukan 1MDB ialah untuk mengelak “technical default” yang serius bilamana kalau 3 kali bunga (interest) tidak berbayar, 1MDB kena bayar kesemua hutang (bunga+pokok) kepada pemiutang. Kegagalan membuat demikian akan menyebabkan aset 1MDB dilelong oleh bank dan pemegang hutang 1MDB kepada sesiapa saja – termasuklah apa yang saya amat-amat risau iaitu risiko geopolitik daripada “vulture funds” yang gemar membeli hutang strategik negara dengan niat bukan untuk membantu tetapi untuk menjajah negara seperti mana yang dikenakan ke atas Argentina.

20. Tetapi dalam usaha untuk “monetize” aset-aset 1MDB khusus berhubung IPP, cabaran utama ialah bagaimana 1MDB dapat tawarkan nilai yang adil berhubung IPP yang telah dibeli pada awalnya dengan harga yang cukup-cukup tinggi? Ini kerana banyak IPP yang dibeli 1MDB merupakan IPP yang telah hampir tamat tempoh konsesinya. Siapakah yang membuat penilaian (valuation) setinggi itu? Jawapannya adalah Goldman Sachs (rujuk: http://goo.gl/Ov7ATy). Ini tidak adil kerana Goldman Sachs juga merupakan pemiutang kepada 1MDB bagi kertas bon untuk membeli Genting. Sepatutnya perlu ada “independent evaluator”.

21. Antara cabaran kedua ialah kalau nak jual aset 1MDB khusus IPP yang ada di bawah Edra Energy, sejauh mana pegangan ekuiti yang ingin dibuka kepada pihak luar khusus pihak asing? Ini kerana syarat yang diletakkan oleh Suruhanjaya Tenaga, pihak asing hanya boleh pegang setakat 49% ekuiti mana-mana syarikat tenaga negara kerana faktor keselamatan dan kedaulatan aset penting negara. Soalnya sekarang, kalau sekadar 49%, apakah pelabur luar berminat untuk membayar aset 1MDB dengan harga yang premium yang telah dinilai secara luar biasa oleh Goldman Sachs pada awal pembelian oleh 1MDB dahulu? 

22. Atau kalau ingin TNB, syarikat tenaga milik negara beli semua aset 1MDB, apakah TNB juga perlu bayar harga aset 1MDB dengan kadar yang premium sedangkan pada awalnya TNB boleh saja membeli kesemua IPP itu dengan harga yang jauh lebih murah daripada pemilik konsensi yang asal tanpa perlu ada pengantara (middle man/broker) bernama 1MDB. 

23. 1MDB mendapat aset-aset seperti tanah dengan kadar yang amat-amat rendah di bawah harga pasaran dengan niat dan tujuan asalnya ialah untuk menjadi sebuah syarikat pembangunan strategik negara. Tapi kini 1MDB dengan strategi “assets monetization” sudah tidak lagi mencerminkan tujuan asalnya sebaliknya menjadi seperti broker saja. Maka dari segi moral, bukankah sepatutnya lebihan yang dijana daripada penjualan aset 1MDB itu patut diserahkan kembali kepada kerajaan Malaysia dan rakyat; bukan kepada pemiutang 1MDB yang kini mengambil kesempatan ke atas kegagalan urus tadbir atau apa yang diistilahkan oleh DS Najib selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB sewaktu berucap di New York kelmarin sebagai satu model perniagaan yang idealistik dan salah. (rujuk: http://goo.gl/55A6TE).

24. Saya telah pun mencadangkan sekadar kemampuan saya untuk selamatkan aset strategik negara di bawah 1MDB tanpa perlu kita gadaikan aset kepada pihak asing kerana melibatkan kedaulatan negara. Boleh rujuk koleksi tulisan tersebut di sini: http://goo.gl/NdGw3d

Sekian, Wallahua’lam (God knows best).


Tu yang Najib sayang..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Kalau dkt jpn..mungkin mohd najib dh terjun lombong..malu skandal sana/sini...mungkinkah BAPAK RAHMAD BASTIAN akn muncul sebagai penyelamat mohd najib..? Togel..tadi beli tk kena plk aduhh...

    BalasPadam
  2. YANG ISTIMEWA SEBAB MADEY TAK SETUJU....KECOH SEBAB ORANG LAIN LAGI CERDIK. HA HA HA........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah
      Ko gelakkan kebodohan diri sendiri ke.
      Kalau tak ada suara Tun M pun 1MDB tetap akan meletup bau busuk bangkainya.
      Najib ingat dia hidup zaman darurat lagi ke?

      Padam
    2. Ada ler sikit kitorang mahu bongkar
      Citer Pak Adzzam tua agak kelakar
      Si tua tu ada masalah lembik zakar
      Terlentuk jer serupa terung dibakar

      Padam
    3. Kahkahkah
      Kejora?
      Dah lap hingus?

      Padam