Selasa, 1 Mac 2016

Skandal 1MDB Semakin Sukar Di Pertahankan..!


Bukan main laju bingkas 1MDB menafikan penglibatannya dalam isu terbaru yang dikeluarkan oleh WSJ...!

1MDB sekali lagi mengulangi bahawa firma pelaburan negara itu tidak pernah menyalurkan sebarang dana ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan dakwaan terbaru The Wall Street Journal (WSJ) hari ini.
Akhbar itu dalam laporannya mendakwa deposit ke akaun Najib berjumlah lebih daripada AS$1 bilion, termasuk RM2.6 bilion yang perdana menteri dan pihak berkuasa Malaysia telah kenal pasti sebagai sumbangan politik dari Arab Saudi.
Ia juga mendakwa bahawa sebahagian besar wang AS$1 bilion itu berasal dari 1MDB, dan bukannya dari Arab Saudi.
"1MDB secara konsisten menegaskan bahawa ia tidak membayar apa-apa wang ke dalam akaun peribadi perdana menteri," katanya kepadaMalaysiakini menerusi e-mel hari ini.
Menurut 1MDB, ini telah berulang kali dijelaskan oleh pelbagai pihak berkuasa di Malaysia, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.
Di sebalik semua ini, 1MDB berkata WSJ terus mengulangi dakwaan sama tanpa menawarkan sebarang bukti bagi menyokong dakwaannya.
"Justifikasi mengenai serangan berterusan mereka adalah maklumat itu diperolehi daripada sumber yang tidak dinamakan dan tanpa nama.
"Bersandar kepada sumber tanpa nama, yang belum tentu wujud, pihak Wall Street Journal mengkhianati piawaiaan kewartawanan asas dan tersasar daripada membuat laporan yang seimbang," kata 1MDB.
1MDB yang diilhamkan Najib, secara konsisten menafikan bahawa ia membuat sebarang bayaran kepada Najib.
Firma pelaburan negara itu juga sedang disiasat atas dakwaan rasuah di beberapa negara, termasuk Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Amerika Syarikat.
Najib berulang kali menafikan dakwaan bahawa beliau menerima wang daripada 1MDB dan mengecam laporan WSJ sebagai palsu dan berniat jahat.
Anggota jemaah menteri juga membidas WSJ berhubung laporan berkenaan.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah ‘membersihkan’ perdana menteri daripada sebarang salah laku jenayah berkenaan dengan sumbangan RM2.6 bilion dan wang RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.
Apandi juga berkata, sebahagian besar wang RM2.6 bilion itu telah dipulangkan.
Sekadar nafi..nafi..nafi..! lepas ni pulak si Paul akan menulis skrip untuk diberi kepada Menteri bagi menafi, mengutuk dan membidas WSJ..! 
Satu lagi rancangan jahat dunia asing mahu menjatuhkan pemimpin suci Malaysia - macai dedak..!
Sedangkan kenyataan WSJ ini perlu di pertanggungjawabkan..! Satu dunia sedang mentertawakan negara..!
Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dalam laporan terbaru mendakwa deposit ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjumlah lebih daripada AS$1 bilion.
Ini termasuk desposit AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang menurut Najib dan pihak berkuasa Malaysia sebagai sumbangan politik.
Walau bagaimanapun, laporan WSJ itu tidak memperincikan bagaimana baki AS$1 bilion itu disalurkan ke dalam akaun bank Najib dan dari mana dana itu berasal.
Memetik sumber, laporan WSJ itu hanya berkata baki jumlah wang yang tidak didedahkan itu didepositkan ke dalam akaun Najib sebelum pemindahan RM2.6 bilion berkenaan.
"Sebahagian besar wang di luar daripada dana AS$681 juta yang dikenal pasti sebelum ini datang pada tahun 2011 dan 2012, kata dua orang yang biasa dengan aliran wang ke akaunnya dan seorang yang rapat dengan siasatan di luar negara," petik laporan WSJ.
Ia juga mendakwa bahawa sebahagian besar wang AS$1 bilion itu berasal dari 1MDB, dan bukannya dari Arab Saudi.
"Bagi kesimpulan AG Malaysia bahawa AS$ 681 juta yang didepositkan ke akaun Najib adalah sumbangan keluarga diraja Arab, penyiasat antarabangsa mendapati tiada bukti yang menunjukan demikian, menurut mereka yang biasa dengan siasatan," petik laporan itu lagi.
Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan maklum balas dari Pejabat Perdana Menteri dan 1MDB mengenai dakwaan terbaru WSJ ini.
Najib telah berulang kali menafikan dakwaan bahawa beliau menerima wang daripada 1MDB, dan mengecam laporan WSJ itu sebagai palsu dan berniat jahat.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah ‘membersihkan’ Najib daripada sebarang salah laku jenayah berkenaan dengan sumbangan RM2.6 bilion dan wang RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang juga disalurkan ke akaunnya.
Apandi juga mendakwa sebahagian besar wang RM2.6 bilion itu telah dipulangkan.
Menurut WSJ, siasatan di dua negara lain juga bersetuju bahawa sebahagian besar wang RM2.6 bilion itu telah dikembalikan, tetapi memetik mereka sebagai berkata mereka mempercayai bahawa wang itu datang daripada 1MDB.
"Para penyiasat percaya wang itu bergerak melalui transaksi web yang kompleks di beberapa negara dan dengan bantuan dua bekas pegawai Abu Dhabi dan kerajaan di Teluk Parsi yang mana 1MDB mempunyai hubungan mendalam," kata laporan WSJ.
1MDB hanya mengulang zikir nafi..! sementara penjilat masih menunggu skrip yang akan diberi oleh penasihat Paul..! Cerita Paul sebagai pengarang skrip kita cerita lain kali..!
Kenapa tak bingkas bangun bangkit menyaman WSJ seperti mana lajunya menafikan kenyataan akhbar tersebut..!  
Apa yang takut, bacul, dayus dan pondan?
Apa sebenarnya yang mahu disembunyikan?
Atau apa yang sedang goyah untuk dipertahankan???
Lu Fikir La Sendiri!!!

43 ulasan:

  1. Pondan betul. Dah 3 kali kena serang masih tak nak bertindak. Pengecut!!!

    BalasPadam
  2. Party all the time Jho Low di hollywood. Di Msia Najib masih takut nak saman. Tunggu ajelah makin banyak yg terbongkar.
    Damn....US$1billion.

    BalasPadam
  3. panhlawan bugis dah hilang teloq...gebang ja. percayalah sampai mati pun xkan saman punya. gempaq ja

    BalasPadam
  4. Mana 1mdb berani saman wsj... Asyik ulang kenyataan nafi nafi Dan nafi.

    Dari atas pemimpin bernama Najib, menteri2,punahsihat2, pencacai sehinggalah ke 1mdb....semua takder TELOQ!

    Bodoh piang!!!

    BalasPadam
  5. Mudah je kalau takut nak saman WSJ bermakna BERSALAH lah tu.

    BalasPadam
  6. Berkemungkinan besar wang RM 2.03 bilion itu dimasukkan semula ke dalam akaun peribadi Najib di luar negara, bukannya dipulangkan kepada mana-mana Tok Arab pun, sebab wang itu bukannya dari Tok Arab, tetapi dari 1MDB.

    Sebab hingga kini wang berjumlah USD 1.83 bilion yang merupakan 'pinjaman murabahah' oleh 1MDB kepada Petrosaudi tidak dapat dipulangkan ke negara ini.

    Persoalannya di manakah wang USD 1.83 bilion itu berada sekarang ini?

    Pekung dah bukan setakat membusuk, malahan dah makin berulat, itu pun Najib dan kuncu-kuncu mau putar lagi ke?

    Sudah berapa kali hari Selasa sejak Julai 2015, hari ni pun hari Selasa juga, sampai sekarang Najib takut saman WSJ, malahan Najib masa isu RM 2.6 bilion itu terbongkar, Najib turut menuduh Tun Dr. Mahathir sebagai dalang fitnah pasal isu RM 2.6 bilion itu, kalau Najib takut nak saman WSJ kononnya Speech Act bagai, maka sila Najib saman Tun Dr. Mahathir yang Najib tuduh sebagai mendalangi isu RM 2.6 bilion itu bersama agensi berita asing seperti WSJ dan portal Sarawak Report itu.

    Kalau Najib saman Tun Dr. Mahathir, maka tak ada kena mengena lagi dengan Speech Act bagai tu, kerana Tun Dr. Mahathir adalah rakyat Malaysia, maka silalah saman Tun Dr. Mahathir, biar Tun Dr. Mahathir dedahkan semuanya di mahkamah kelak.

    Ada berani ke Najib yang kononnya pahlawan bagai tu? Tun Dr. Mahathir selamba saja, Najib sahajalah yang terkulat-kulat takut nak saman Tun Dr. Mahathir pasal isu RM 2.6 bilion itu, sebabnya Najib takut kebenaran akan terbongkar jika Najib saman Tun Dr. Mahathir di mahkamah kelak.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. SDR,

      Benarlah penafian najib dan 1mdb, bahawa 1mdb tidak pernah salurkan duit kedlm akaun najib. Tak boleh dinafikan mereka betul...

      tapi..

      Apa yg berlaku ialah 1mdb pusing2 duit tu sampai masuk akaun dia. Kenapa buat gitu. Mungkinkah, supaya sukar untuk orang siasat. Atau supaya dari segi teknikal terlepas Dari undang2. Atau kalau belit2 macam ITU dengan harapan orang Tak tahu. Atau sekiranya ada orang tahupun boleh kata "derma". Duit tu pun bukan kemana. Untuk pemakan dedak aje.
      Pusing selagi boleh...

      Mereka lupa, rakyat masakini dah faham, Tak boleh diperlekehkan lagi. Bukan semua pemakan dedak... Ramai yg masih waras dan sentiasa memikirkan APA yg kita akan wariskn kepada anak cucu kita..

      Padam
    2. Seorang anak lelaki Allahyarham Raja Arab Saudi mendermakan wang RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

      Peguam negara itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti penderma tersebut.

      “Kami tahu namanya. Beliau bukan Allahyarham Raja Arab Saudi tetapi anak lelakinya. Beliau masih lagi hidup,” katanya dalam satu temubual dengan Sin Chew Daily.

      Mohamed Apandi berkata pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merekodkan keterangan daripada penderma tersebut dan beliau sudah membaca laporan itu.

      “Mengapa orang bertanya sebab derma itu? Soalan ini perlu ditanya kepada penderma tersebut. Beliau mempunyai berbilion-bilion wang. Beliau mahu memberikan wang itu kepada sesiapa, jadi apa?

      “Ia adalah wang milik beliau. Ini adalah perkara peribadinya. Negara kita tidak mempunyai undang-undang yang menyatakan menerima sumbangan dana politik adalah salah disisi undang-undang,” katanya.

      Kalau lah laporan AG ni palsu.....mengapa Raja Arab Saudi menerima mengadap Ds Najib?

      Padam
    3. Siapa anak lelaki Raja Abdullah tu? Pasal apa Najib tak mau dedahkan? Takut kena saman dengan anak lelaki Raja Abdullah sebab Najib fitnah anak Raja Abdullah tu ke?

      Sila nyatakan siapakah anak lelaki Raja Abdullah itu.

      Lagi satu wang itu dikatakan derma kepada UMNO, tapi pasal apa tak masuk ke akaun UMNO pun, tak ada walau satu sen pun wang itu diserahkan kepada akaun UMNO, pasal apa?

      Akaun yang diletakkan wang RM 2.6 bilion itu adalah akaun peribadi Najib, bukannya akaun amanah sebab tak ada pun kebenaran dari parti untuk tubuhkan akaun tersebut, malahan pasal apa akaun tu hanya dibuka lebih kurang dalam lapan bulan sahaja dan kemudiannya ditutup? Pasal apa?

      Sila jelaskan mengenai perkara itu.

      Sedalah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    4. Ada seorang anak lelaki raja tu...yg terlibat dengan 1mdb...yg bergambar dlm kapal mewah...
      Takkan korang pura2 tak tahu...dan adakah itu sebabnya ajip takut nak dedahkan identiti dia? Logik kan?

      Lagipun menteri luar saudi cakap itu BUKAN DERMA. TAPI PELABURAN. FAHAM TAK? INVESTMENT!!!

      masih nak nafikan ke wahai keris berayon?

      Padam
    5. Keris Berayon.

      Bukti, mana bukti?
      Cakap, berhujah pongpang2 tanpa bukti sokongan lebih baik ko diam.

      Rakyat nak tengok semua bukti2 dokumen asal, segala yg berkait dgn 2.6b ini.

      Daripada mula masuk ke acc Najib, penggurusan perbelanjaan/rekod kewangan membalun sebahagian daripada duit tersebut, hinggalah kpd pemulangan kembali 2.03b.

      Semua ni mesti ada rekod, dokumen.
      Bukan mcm meniaga petai 4 ikat kat tepi jalan ni bro.

      Lebih elok dan kalau berani, jadikan hasil siasatan SPRM ini sebagai dokumen terbitan awam.

      Sebab yg terlibat, Najib, seorang ketua negara Islam berketurunan Bugis.

      Padam
  7. Selagi WSJ tidak disaman..maka rakyat tetap beranggapan bahawa apa yang dipapar adalah kebenaran. Selagi tiada dokumen resmi dari pemberi dana dan tiada dokumen pemulangan dana tersebut..Najib dan kerajaanya tetap dianggap korup oleh rakyat dan juga dunia.

    BalasPadam
  8. Selagi WSJ tidak disaman..maka rakyat tetap beranggapan bahawa apa yang dipapar adalah kebenaran. Selagi tiada dokumen resmi dari pemberi dana dan tiada dokumen pemulangan dana tersebut..Najib dan kerajaanya tetap dianggap korup oleh rakyat dan juga dunia.

    BalasPadam
  9. Tun Dr. Mahathir juga mendakwa pada hari tunang anak Najib sebanyak 16 tong hadiah pada hari itu, maka kalau tuduh Tun Dr. Mahathir fitnah, sila Najib saman Tun Dr. Mahathir pasal isu 16 tong hadiah itu, kita tengoklah apakah benar apa yang Tun Dr. Mahathir dedahkan itu, ada berani ke Najib?

    Mana Najib nak berani saman, program Nothing To Hide yang kononnya Najib nak jelaskan semua perkara termasuklah isu RM 2.6 bilion tu pun Najib sendiri larikan diri, inikan pula nak saman Tun Dr. Mahathir dan berhadapan dengan Tun Dr. Mahathir di mahkamah, tercirit dan terkencinglah Najib jawabnya.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  10. Perlu diingatkan juga, Najib masih tidak menjelaskan lagi apakah dia dah pulangkan wang RM 42 juta milik SRC International yang entah macam mana boleh ada dalam akaun peribadi Najib yang begitu rahsia itu.

    Kepada Najib silalah beri penjelasan, suruh Annuar Musa buat penerangan, sebab dia Ketua Penerangan UMNO sekarang ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  11. Mana dia USD 1.103 bilion yang kononnya di simpan di BSI Singapore Limited sebagaimana jawapan oleh Najib pada sesi parlimen bulan Mac 2015? Bulan Mei dah berubah jadi aset, lepas tu ubah lagi jadi unit pula, mana dia unit-unit tu sekarang ini? Apahal sampai kena berhutang dengan IPIC Abu Dhabi sebanyak USD 3.5 bilion untuk bayar faedah bank dan hutang dengan beberapa buah bank di luar negara? Pasal apa tak gunakan sahaja unit-unit itu untuk membayar hutang tersebut? Pasal apa tak gunakan pelabuaran 1MDB sebanyak RM 15.4 bilion dalam Aabar Deposit, Brazen Sky dan GIL Fund tu untuk bayar hutang? Pasal apa kena hutang dengan IPIC Abu Dhabi pula?

    Sila 1MDB jelaskan perkara ini, kalau asyik nafi saja tak gunalah, beri jawapan, lepas sertakan dengan bukti.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  12. Dalam jawapan oleh Arul Kanda mengenai RM 42 bilion hutang 1MDB itu, Arul Kanda senaraikan itu dan ini digunakan untuk perbelanjaan RM 42 bilion itu.

    Saya ingat lagi bahawa Arul Kanda kata RM 6 bilion digunakan untuk bayar hutang warisan stesen janakuasa elektrik yang dibeli oleh 1MDB.

    Tetapi semasa 1MDB menjual Edra beserta stesen janakuasa elektrik itu kepada pihak China General Nuclear Power Ltd, yang dimilik oleh kerajaan China, terdapat kenyataan dari 1MDB bahawa China General Nuclear Power Ltd akan turut menanggung hutang Edra sebanyak RM 7.43 bilion.

    Menjadi persoalan kepada kita adalah RM 7.43 bilion itu hutang apa? Hutang baharu Edra selepas diwujudkan atau hutang termasuk dengan hutang warisan RM 6 bilion yang kononnya dah dibayar menggunakan wang RM 42 bilion yang dihutang oleh 1MDB itu?

    Kalau hutang itu berasal dari RM 6 bilion yang dihutang itu, maka RM 6 bilion daripada RM 42 bilion wang hutang oleh 1MDB itu sebenarnya digunakan untuk apa? Malahan Arul boleh didakwa menipu kerana memberikan kenyataan RM 6 bilion itu digunakan untuk bayar hutang warisan stesen janakuasa sedangkan sehingga stesen janakuasa itu dijual, masih ada hutang sebanyak RM 7.43 bilion, jadi hutang RM 7.43 bilion itu perlu dijelaskan oleh 1MDB terutamanya Arul Kanda, sebab dia yang bertanggungjawab buat kenyataan.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kasi hadam baik2 ok. Kurangkan makan dedak....

      PENJUALAN ASET PENJANAAN TENAGA 1MDB, JANGAN MENGELABAH TAK TENTU PASAL!

      Coretan Ringkas Lokman Adam


      Akibat dari serangan bertubi-tubi pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga imej 1MDB rosak, 1MDB tidak dapat menerbitkan IPO mereka pada November 2014 dan Mac 2015. Ini membawa kepada masalah aliran tunai.  Bagi mengurangkan hutang, 1MDB terpaksa menjual semula aset penjanaan tenaga mereka yang sebenarnya menyumbang kepada kewujudan hutang tersebut. Semalam, perjanjian telah dimetrai bersama China General Nuclear Power Corporation dan anak syarikatnya (CGN Group) dengan bayaran tunai ekuiti sebanyak RM9.83 bilion dan pemindahan hutang sebanyak RM7.43 bilion (pada 31 Mac 2015).  Ini bermakna Aset tersebut telah dijual dengan harga RM17.26 bilion. Ini adalah hampir sama dengan harga pembelian oleh 1MDB terlebih dahulu iaitu sebanyak RM 18 billion. Tambahan pula, harga RM17.26 billion ini adalah lebih tinggi daripada harga bidaan TNB yang dikhabarkan sebanyak RM15 bilion.

      Padam
    2. Saya bertanya mengenai hutang RM 7.43 bilion tu, adakah hutang baharu selepas Edra ditubuhkan atau hutang warisan RM 6 bilion yang kononnya telah dibayar menggunakan wang daripada hutang RM 42 bilion 1MDB itu?

      Kamu faham ke tidak wahai Keris Berayon pasal pertanyaan saya itu.

      Ini tak ada kena mengena dengan IPO bagai, sebab yang saya tanya adalah hutang RM 7.43 bilion, bukannya pasal IPO, bukannya pasal harga dia RM 17.26 bilion, apa yang saya tanya adalah RM 7.43 bilion tu hutang apa? Hutang baharu atau hutang yang berasal dari RM 6 bilion hutang warisan itu?

      Maka tak payahlah putar belit sana sini lagi, sila jawab perkara yang ditanya, bukannya melalut tak tentu hala ke lain pula.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  13. Apa dah jadi dengan perniagaan 1MDB sekarang ini? 1MDB ni pendapatan dia dari mana lagi, sebab stesen janakuasa dah dijual, hanya tinggal tanah di TRX, Bandar Malaysia dan di Air Hitam Penang sahajalah lagi, dan pelaburan RM 15.4 bilion di dalam Brazen Sky, GIL Fund, dan Aabar Deposit, apakah penjanaan yang dibuat oleh aset-aset 1MDB itu?

    Bagaimanakah 1MDB membiayai operasinya selama ini? Dari mana 1MDB dapat wang? Apa yang kita risau adalah wang rakyat dalam perbendaharaan negara dipelingkupkan masuk ke dalam akaun 1MDB pula untuk operasi 1MDB.

    Macam mana 1DB nak bayar faedah bank kepada pemiutang-pemiutang? Berapa banyak lagi hutang 1MDB yang masih ada? Berapa banyak faedah bank yang perlu dibayar oleh 1MDB setiap tahun?

    Jadi celiklah rakyat sekalian terutama ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional bahawa Malaysia berhadapan dengan risiko muflis jika isu 1MDB ini masih berlarutan, sebab hutang 1MDB makin meningkat, kos bayar faedah bank makin meningkat, malahan kerajaan adalah pemilik 1MDB walaupun wang 1MDB disonglap oleh Najib dan kuncu-kuncu, maka nanti wang kerajaan juga yang akan dipergunakan untuk bayar segala hutang piutang 1MDB itu.

    Perlu sedar juga sehingga hujung tahun lalu, hutang kerajaan sendiri pun dah menjangkau RM 667 bilion, sedangkan pada masa zaman Tun Dr. Mahathir serahkan jawatan Perdana Menteri kepada Pak Lah pun lebih kurang dalam RM 180 bilion sahaja hutang negara, kini zaman Najib melambung sampai RM 667 bilion, kita tak tahulah sampai sekarang ini berapa jumlah hutang terkini yang ditanggung oleh kerajaan.

    Jangan terpesona dengan tipu daya Najib dan kuncu-kuncu untuk mengaburi mata rakyat dari melihat kebenaran, kita perlu pertahankan negara ini, kita perlu pertahankan hak kita sebagai rakyat negara ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Definisi hutang negara terkini termasuk hutang swasta dan rakyat Malaysia. Dizaman tun mamak, definisi hutang adalah khusus hutang luar oleh kerajaan. Paling rendah adalah 80% berbanding kdnk dan paling tinggi pada kadar 120% berbading kdnk. Ini fakta dizaman tu mamamk.

      Kala ini hutang negara walau sudah diambil kira hutang swasta dan rakyat Malaysia, berada dibawah 60% kdnk. Fitch rating memberi A dan A- taraf ekonomi Malaysia. Kau tahap mana tentang ekonomi ni? Pakar ekonomi kedai kopi atau cuma pemakan dedak?

      Padam
    2. Apa yang saya nyatakan sebagai RM 667 bilion hutang kerajaan itu adalah hutang yang dibuat oleh kerajaan, kalau nak dikira dengan hutang swasta bagai, jumlahnya hampir RM 900 bilion.

      Kalau ikut undang-undang kewangan kerajaan, hutang kerjaan tidak boleh melebihi 55% dari nilai KDNK, RM 667 bilion itu hampir 55% KDNK, jadi janganlah awak nak menipu pula.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  14. 1mdb nazak berhutang sekarang ni. Kesian duit tabung haji, duit petronas, duit kwap, duit trx, duit tnb, duit rhb, duit ambank, duit pembayar cukai dan duit.....makcik/pakcik felda...share felda jatuh merudum.

    Semua ni disebabkan seorang bernama bugis. Menyesal mempertahankan umno selama ini. Bagai melepas anjjng tersepit (aku guna anjing sbb ada menteri suka anjingkan org lain).

    BalasPadam
  15. Meroyan sekor2 die abu kabar lahanat ni.
    Depa tabur fitnah mcmn tabur dedak, lps tu suruh Najib saman.. gile mcm bongok je... seronok ler group pemfitnah bile konsep mcm ni..

    Bak kata abg Ustaz Kazem.. mereka2 ini HATI mereka SAKIT... iaitu org2 yg gemar fitnah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang fitnahnya? Apa yang saya nyatakan adalah fakta yang diketahui umum, sila nyatakan dimanakah tulisan saya itu sebagai fitnah.

      Jika kamu gagal menjelaskan perkara itum kamulah kaki fitnah yang tanpa segan silu fitnah saya semata-mata kamu mahu membela sebuah kejahata dan jenayah yang sangat jijik.

      Sila beri penjelasan berhubung perkara itu.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  16. Kesian Abu Bakar.
    Citer 16 tong dan edra dah di jawab dan org sume xulas lg dah.
    Hanya Abu Bakar sorang masih ketinggalan. Aku dh kata...si Abu Bakar ni malas membaca. Kutip fitnah dr kedai kopi dan post komen dlm blog ni yg 2X5 sengal. Move on lah Abu Bakar and Putra Merdeka.

    BalasPadam
  17. Pasal Edra, tak pernah ada penjelasan mengenai hutang RM 7.43 bilion itu pun, hutang itu sebenarnya apa, hutang baharu edra, atau hutang yang berasal dari RM 6 bilion hutang warisan yang kononnya dah dibayar guna wang hutang 1MDB seperti yang dicakap oleh Arul Kanda sebelum ini? Sila fam isu bukannya terjah tak tentu hala.

    Pasal 16 tong hadiah tu, saya tanya pasal apa Najib tak saman Tun Dr. Mahathir? Kalau Tun Dr. Mahathir fitnah dan cakap bohong, maka Najib samanlah Tun Dr. Mahathir, pasal apa Najib takut saman Tun Dr. Mahathir mengenai perkara itu?

    Ini menunjukkan Tun Dr. Mahathir bercakap benar.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasal edra aku dah jawap kat atas tu. Pasal 16 tong ti sudah dijawap oleh tuan punya badan.

      Yang belum dijawap bagaimana anak2 si mamakdey dan kroni2 jadi kaya raya dalam masa yg singkat? Pandai sangatkah anak2 mamakdey ni? Kau tolonglah jawap untuk simamak pooojaan hati waklu. Boleh abu?

      Padam
    2. Mangkok ayun..cmana pulak anak mohd najib boleh beli umah berjuta dolar di amerika..? Pandai sgtkah anak mohd najib boogiss..? ProOO00ootTt

      Padam
    3. Saya bertanya mengenai hutang RM 7.43 bilion tu, adakah hutang baharu selepas Edra ditubuhkan atau hutang warisan RM 6 bilion yang kononnya telah dibayar menggunakan wang daripada hutang RM 42 bilion 1MDB itu?

      Kamu faham ke tidak wahai Keris Berayon pasal pertanyaan saya itu.

      Ini tak ada kena mengena dengan IPO bagai, sebab yang saya tanya adalah hutang RM 7.43 bilion, bukannya pasal IPO, bukannya pasal harga dia RM 17.26 bilion, apa yang saya tanya adalah RM 7.43 bilion tu hutang apa? Hutang baharu atau hutang yang berasal dari RM 6 bilion hutang warisan itu?

      Maka tak payahlah putar belit sana sini lagi, sila jawab perkara yang ditanya, bukannya melalut tak tentu hala ke lain pula.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    4. Pasal 16 tong hadiah tu, barang-barang dalam tong itu adalah barang-barang jenis mahal, apakah besan Najib atau menantu Najib itu seorang billionaire yang boleh memberikan hadiah-hadiah mahal dalam 16 tong sebegitu?

      Sudahlah perbelanjaan majlis perkahwinana sampai berjuta-juta ringgit, bunga hiasan sahaja RM 3 juta, itu pun Najib dan bininya kata menantu mereka yang sponsor.

      Tak puas lagi menipu, kapal terbang sewa khas membawa 250 ke Kazakhstan, itu pun kata Najib dan bini bahawa menantu mereka juga yang sponsor.

      Siapakah menantu Najib ini? Billionaire ke?

      Sekadar cakap tanpa bukti, tak guna, kalau Najib kata Tun Dr. Mahathir fitnah Najib, dan cakap bohong pasal isu itu, maka silalah Najib saman, apahal takut sangat nak saman?

      Oleh itu, jika kamu nak berhujah, sila semak maklumat dan telitilah soalan dahulu jangan merapu tak tentu hala yang mana yang ditanya lain, yang kamu jawab benda lain pula.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    5. Bukan sahaja 16 TONG, ada berpuluh-puluh trolli penuh sarat dengan barang-barang berjenama pada hari perkahwinan anak Najib. Gambarnya tersebar di merata-rata forum, terutama di CARI. Memang sah satu pembaziran besar berlaku untuk majlis kawen tu. Belum disebut duit USD30 juta dibelanjakan untuk buat filem WOLF OF WALL STREET. Di mana anak rosmah bolehd apat duit sebanyak itu.....???????

      Padam
  18. Usah dilayanlah Abu Bakar ni.Biarkanlah dia dengan imiginasi dia.Menyalak disini buat apa.Arul dah berpuluh kali dah buat penerangan sekor pun orang yang bernama Abu Bakar takdak muncul buat pertanyaan.Tidak kah pelik namanya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa yang imaginasi? Kamu yang berimaginasi yang bukan-bukan.

      Soalan saya mengenai isu 1MDB pasal apa tak jawab tapi merapu ke lain pula?

      Isu hutang RM 7.43 bilion Edra yang ditanggung oleh CGN tu, apakah hutang baharu atau hutang yang berasal dari RM 6 bilion itu?

      Sila jawablah, tak payah merapu yang bukan-bukan lagi.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Ok oklah jika si Tony Pua takut untuk berdebat dgn aArul setelah membuat cabaran apa kata kita cadangkan pulak debat diantara si Abu Bakar dgn Arul..aku rasa byak stasen yg mau buat live..ni mesti tinggi rating yg akan diraih oleh stesen tv,

      Padam
    3. Aku setuju...hehe

      Padam
    4. aku pun setuju. abu bakar ni cybertrooper tajaan Tun specialize on 1mdb je, tu pun bahan rujukan dikedai kopi. Yg lain2 dia tak tahu sbb mls membaca.

      Padam
    5. Pasal apa merapu tak tentu hala, jawablah soalan saya.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  19. Kes 16 tong tu, menantu Najib dah jawab Tun Mahathir dgn jelas.
    Abu Bakar, kt kedai kopi xde bincang ke psl ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam FORUM CARI, budak-budak sudah sebarkan gambar tong dan trolli berisi barang-barang hantaran mewah masa anak Najib kahwen. Kalau blog ni boleh dimuatkan gambar-gambar itu, aku tepekkan sebagai bukti. Tak payahlah cuba nak tegakkan benang basah. Blog-blog macam ni sangat terhad keupayaannya. Nak tahu, pergi ke forum-forum. Macam-macam gambar ada.

      Padam
    2. Tambahan: penjelasan menantu Najib tak jelas. Dia tak beritahu dari mana datangnya duit beli semua tu...?
      Mak dia sendiri tak mampo nak bayar beg berjenama di New York, siap cakap kat kedai tu besan dia PM Malaysia akan bayar!!!!!!

      Padam
    3. Cik Minah....cari maklumat di google. Jgn ikut mcm Abu Bakar, kutip cerita dr kedai kopi.

      Padam
  20. Rakyat Malaysia Keja kilang kt shah alam...gaji hanya rm797 sebulan...jarang dpt mkn nasi selalu mkn Meggie je..ada korang kisah...Ini lah Malaysia yg kecundang

    BalasPadam