Khamis, 3 Mac 2016

Apa Yang 3 x ?


Benar tetap benar..! Salah tetap salah..! Kaya dan miskin tetap sama dihadapan kebenaran..!

KALAU DAH SAMPAI TIGA KALI, MAKCIK FELDA PUN LARI

Sehingga ini sudah tiga kali akhbar perniagaan terkemuka dunia, The Wall Street Journal atau WSJ mendedahkan secara terbuka ke seluruh dunia mengenai skandal kewangan yang melibatkan Najib Razak.

Pertama, tentang wang berjumlah AS$681 juta atau RM2,600 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, kedua, mengatakan wang itu bukan derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya  datang daripada beberapa akuan berkaitan 1MDB dan yang terbaru ini, mendedahkan pula bahawa sebenarnya lebih AS$1 bilion atau lebih kurang RM4,300 juta telah pun dimasukkan ke akaun Najib.
Woww...ini belanja guna duit atau makan nasi berlaukkan duit?

Malangnya, dengan dakwaan yang sebegitu mencemarkan namanya sendiri, keturunan Tun Razak, rakyat dan negara keseluruhannya, masih juga tiada keberanian di pihak Najib untuk mengambil sebarang tindakan saman terhadap WSJ.
Dalam dakwaan terbaru oleh WSJ, bukan saja perkataan saman tidak berani lagi disebut, malah Najib juga dilihat keberatan untuk memberi sebarang komen dan ulasan mengenainya.

Mengapa? Rakyat kini tertanya-tanya, kalau benar ianya fitnah, kenapa takut berhujah di mahkamah?
Atau,  jangan-jangan apa yang ditanggapi oleh Tun Mahathir Mohamad ini memang ada benarnya.

Iyalah, kalau sudah sampai tiga kali dibaling batu, tetapi tidak juga berani melawan, makcik Felda pun tidak sukar memahami siapa salah, siapa benarnya.


Manusia tidak boleh mencipta pengalaman tapi manusia perlu mengalami dan melaluinya..!

Api tidak boleh dibungkus dengan kertas..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

15 ulasan:

  1. Eh jangan saman dulu bugis. Kami nak tengok apa lagi yg akan keluar. Lagi lama lg kronik. Wsj ni direct, takde selindung2 atau dikontrol mana2 menteri.
    Lagi bugis tak jawab atau menafikan secara kosong, lagi dunia nak tahu.

    BalasPadam
  2. Duit RM 2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib tu derma kepada UMNO ke derma kepada Najib? Sebabnya kalau derma kepada UMNO, pasal apa Najib langsung tak pernah serahkan wang itu kepada akaun UMNO? Pasal apa Najib menjoli sebahagian wang itu sebanyak RM 570 juta tanpa sebarang resit perbelanjaan dan senarai perbelanjaan diserahkan kepada parti untuk rekod? Pasal apa Najib 'kembalikan' baki wang itu sebanyak RM 2.03 bilion kepada Tok Arab yang beri derma itu tanpa mendapat kebenaran dari parti? Malahan ahli-ahli UMNO pun tak tahu yang UMNO dapat derma dan tak pernah pun ahli-ahli UMNO beri kebenaran supaya wang itu dikembalikan, pasal apa Najib gatal-gatal buat macam itu pula?

    Betul ke wang itu dikembalikan? Macam mana wang itu dikembalikan? Kerana kalau wang itu derma kepada UMNO, maka wang itu adalah wang milik UMNO, oleh itu Najib kena buat permohonan kepada Bank Negara untuk memulangkan wang tersebut bagi pihak UMNO, kerana sebarang transaksi kewangan melebihi RM 50 juta perlu mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.

    Persoalannya di sini, adalah apakah Najib telah buat permohonan kepada Bank Negara Malaysia dan apakah Najib telah dapat kebenaran dari Bank Negara Malaysia untuk memulangkan wang itu? Najib buat permohonan itu atas kapasiti apa, adakah kapasiti individu atau atas kapasiti parti? Wang itu wang derma untuk UMNO, sepatutnya permohonan itu mestilah atas kapasiti parti, macam mana Najib buat permohonan itu sedangkan parti tidak pernah memberikan sebarang keizinan wang itu dikembalikan?

    Malahan sila Najib tunjuk dokumen permohonan dan surat kelulusan dari Bank Negara Malaysia mengenai pemulangan wang itu. Apakah dokumen itu ada dalam simpanan rekod parti?

    Perkara ini tidak dapat dibuat oleh Najib kerana sebenarnya diyakini wang RM 2.6 bilion itu bukannya wang derma kepada UMNO, tetapi berkemungkinan besar wang pengubahan wang haram untuk kegiatan Najib dan kuncu-kuncunya.

    Malahan apa perlunya wang itu kalau didermakan kepada UMNO tetapi dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dan pengaliran wang itu melalui beberapa peringkat? Mengapakah tak masuk terus dalam akaun UMNO sahaja?

    Najib takut nak ulas laporan oleh WSJ itu kerana takut nak berhadapan dengan kebenaran.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  3. Nafi dan hanya nafi dan buat2 bodoh...tu jelah..muka selamba katak si Najib ni, tak ada perasaan malu...sikit2..lama2 terbongkar juga..pekong tak boleh tutup lama2, nanti berbau, makin lama makin busuk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat bodoh dengan orang bodoh itu la strategi namanya

      Padam
    2. Memang bodoh pun...byk mkn duit derma.

      Padam
  4. Dalam sidang media oleh Tan Sri Muhyiddin pada hari ini, beliau telah menyatakan bahawa Adnan Mansor yang perasan tengku itu adalah antara orang yang datang berjumpa dengan beliau dan mendesak beliau supaya membangkitkan isu 1MDB dan beberapa isu lain yang telah menyebabkan imej buruk kepada kerajaan dan parti.

    Tetapi sekarang ni Adnan Mansor yang perasan tengku dah lain nada dia, menjadi kuncu utama kepada Najib pula.

    Sila Adnan Mansor nafikan perkara ini, malahan sila Adnan Mansor saman Tan Sri Muhyiddin jika apa yang dicakapkan oleh Tan Sri Muhyiddin ini adalah palsu dan tidak benar.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu dia...dah macam main billiard pula. .tembak sana untuk tembak sini...hangus juga Muhyiddin akhirnya..Sian. .

      Padam
    2. Tengoklah apa respon Adnan Mansor yang perasan tengku tu berhubung pendedahan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ini.

      Adakah Adnan Mansor akan membuat penafian dan menyaman Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika tak ada sebarang penafian dan tak saman Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pendedahan ini, maka betullah apa yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

      Kita tengoklah berapa lama Adnan Mansor ni nak auta, malahan silap hari bulan dia pun dah tak dipercayai oleh Najib dan kena buang pula.

      Itulah bersubahat dengan kejahatan tak akan ke mana, hanya merugikan diri sendiri sahajalah.

      Bersikap jujurlah dalam hidup ini, kerana itu akan memberi ketenangan dan keamanan hidup kepada kita semua.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    3. Lg bagus bila adnan menafikan, pastu tsmy keluarkan bukti...baru dia tahu.

      Padam
  5. Baling 1000x lagi pun makcik felda x berubah punya...

    Naik pe em baru pun atau mana2lah pemimpin umnu, makcik felda pikir, x larinye dari main RM. Cuma bezanya puluh ribu atau ratus ribu atau ribu2...

    Nak buat mcmana? Udah semua dlm umnu dahagakan RM. MELAYU MISKIN/DIMISKINKAN LAGI TERUK DAHAGANYA.

    Dapat kain batik sama beskal sama briEm.... sukur...

    Pemberi briEm main billion2.

    Melayu x cerdik je sokong be end.

    BalasPadam


  6. MB Selangor cemerlang 'menjual dan menghabis harta yang dikumpul semasa zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini'.

    Bila mereka memerintah, kerja mereka nak menjual harta.Yayasan Selangor pun nak dijual, PKNS pun nak dijual, padang bola pun nak dijual, loji najis pun nak dijual.. itu cemerlang dia, menghabiskan harta.

    Terbaru nak jual aset lain pula. Selepas itu nak umum duit simpanan banyak? Itukah kejayaan? Masalah Denggi di Selangor paling teruk. Malahan kawasan Kuala Langat yang mana Abdullah Sani jadi Ahli Parlimen, tak turun dan selesaikan.

    Apa masalah Selangor yang mereka selesaikan? Jalan berlubang, masalah sampah, masalah air. Kata banyak duit kenapa tak selesaikan? Bukankah sesuatu yang tersembunyi dengan semua penjualan yang berlaku?

    K7L : Biasa yang jual dapat persen..
    Email This
    BlogThis!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa bezanya dengan Najib yang menjual harta negara kepada pihak asing? Tanah di Bandar Malaysia yang berkeluasan 488 ekar, 30% daripadanya telah dijual kepada syarikat dari China milik kerajaan China.

      Begitu juga dengan stesen janakuasa elektrik yang membekalkan 14 peratus bekalan elektrik di negara ini juga telah dijual kepada syarikat dari China milik kerajaan China.

      Dan yang terkini tanah di Air Hitam di Penang juga hendak dijual, tapi tak tahulah lagi kepada pihak mana nak dijual, tetapi yang pastinya 1MDB dah merancang nak jual tanah itu.

      Walau apa pun sila jawab persoalan mengenai isu RM 2.6 bilion dan RM 42 juta yang berada dalam akaun peribadi Najib itu.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  7. 2:58 MB BN sebelum ini khir toyo lah dua kumpul harta apa kat negeri selangor ngok....
    Klau dia kumpul harta untuk diri dia tu aku percayala...


    BalasPadam
  8. 2x5=10 SAJA ANTARA najib 1MDB dengan
    Kerajaan Selangor, PKR - Dua-dua jual
    asset negara.
    Bezanya, setelah menjual asset,
    Kerajaan PKR Selangor akan UMUMkan
    simpana Selangor sekian-sekian banyak.
    Najib 1MDB pulak, jual semua asset negara,
    tapi, satu sen pun rakyat tak nampak.
    Duit hasil jualan asset habis digunakan
    untuk bayar hutang berbilion 1mdb.
    Inilah yang dikatakan MENIAGA BULUH KASAP.
    At least, kerajaan PKR Selangor gunakan
    duit hasil jualan tu untuk rakyat.
    Rumah-rumah low cost di Selangor tak
    perlu bayar cukai pintu, semua kerajaan
    PKR tanggong.
    Najib pulak kenakan GST kepada rakyat
    untuk bayar hutang 1MDB.
    Inilah bezanya antara Kerajaan UMNO Najib
    dengan Kerajaan Selangor pkr.

    BalasPadam
  9. patutlah pak arab pelangkung pala najib ngan sekipar. nampak bengkak bengkil pala najib. ini semua sebab melibatkan keluarga diraja arab saudi. kih kih kih...
    baca bolih percaya jangan. ini aku buat citer jer. sebab orang kata..orang kata. 2x aku sebut. keluarga diraja arab saudi tak sukakan najib. pada aku hanya Allah jer yang tau semua perkara.

    BalasPadam