Ahad, 7 Februari 2016

Ada Yang Nak Jolok Sarang Tebuan..?


Diharap desas desus yang cuba membawa angin Kedah agar dibawa ke Johor dapat di rentikan segera..! Tak payah la berangan..! Ketua Bahagian yang dikenalpasti sebagai pengampu@penjilat tegar tak payah la nak jual temberang..! 

Konon Najib tu Najib ni..! Mentang mentang dia dilihat rapat dengan Najib maka semua hanyir yang di muntahkan dari mulutnya konon mahu di gambarkan seakan wahyu suci dari bosnya..! CUKUP..! UMNO Johor berbeza, cerdik dan matang mendepani sampah hanyut sebegini..!

Sedangkan Khaled begitu berhati hati dan bersusah payah dalam mempastikan rakyat dan negeri terus maju..! UMNO Johor terus subur dan bersatu..! 

Usaha Khaled selaku Menteri Besar dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri sewajibnya dibantu dan inilah yang telah, sedang dan akan terus berlaku apabila setiap langkah dan gerak Khaled terus disambut seiring dari pihak Istana, Kakitangan awam, rakyat, parti komponen dan ahli UMNO di setiap cawangan di semua 26 Bahagian..!

Dalam kenyataan terbaru...

Pencapaian kita sebagai sebuah negeri dan sebuah masyarakat semakin positif dan baik. Johor berada di landasan yang kukuh untuk menjadi sebuah negeri dan masyarakat yang jauh lebih sejahtera.
Namun apa jua pencapaian kita selama ini, banyak atau sedikit, biarlah rakyat yang menilainya. Biarlah sejarah merakamnya. Sebaliknya, yang harus kita selalu ingat dan insaf, betapa usaha membangunkan Johor dan bangsanya ini, adalah sebahagian daripada sebuah perjuangan yang panjang dan besar.
Perjuangan yang tidak mengizinkan kita untuk leka dan tersasar. Perjuangan yang harus kekal menjadi agenda, tugas dan tanggungjawab utama kita. Malah, perjuangan yang mesti dirancakkan dan diberikan nafas baharu. Agar tertanam dalam benak kita semua, bahawa tiada satu hari pun, harus dibiar berlalu tanpa kegigihan memikirkan jalan terbaik untuk menjadikan Johor dan masyarakatnya maju dan sejahtera.

YAB MB Johor.

Jadi, kepada beberapa kerat pengampu@penjilat...rakyat Johor tidak pernah peduli dengan usaha ampuan dan jilatan kamu..! Teruskan sekiranya itu baik bagi kamu..! Silakan..!

Namun apa yang rakyat Johor sedang perhatikan secara dekat ialah usaha sia sia yang merosakkan..! usaha jahat yang cuba meracun pokok subur bumi bertuah Johor adalah satu percubaan terkutuk yang hanya merupakan cubaan menjolok sarang tebuan..! 

Hubaya..hubaya..! takut tak cukup tanah nanti..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Caii dedak berlendir dh gelabah.. xde angin ribut tiba2 takut dgn byg2 sndiri? Itulah gmbaran pengkhianat2 pemakan dedak busuk... semoga rejim dedak jahanam ini dihancurkan Tuhan.. sekat pengaruh jht mereka, matikan fitnah nereka, hentikan nyawa mereka spy aman damai bumi tercinta ini..

    BalasPadam
  2. Eh!.......Apa ni....?????
    Hujan tidak, ribut pun tidak tetiba BANJIR!!!!
    Apa kes..........???????????

    BalasPadam
  3. Nasib baik dia tak ckp kuasa ekonomi donia....kahkahkah
    Kihkihkih

    BalasPadam