Isnin, 1 Februari 2016

AG Swiss Perlu Di Pecat..!


Malaysia perlu mengarahkan kerajaan Switzerland memecat Peguam Negara Switzerland Michael Lauber..! Seribu satu kesalahan boleh dibuktikan..! 

Lebih lagi apabila lancang bercakap mengenai 1MDB..! Pasti ianya menimbulkan kemarahan dunia..! Dunia perlu mengutuk AG Swiss ni..!

Kerana 1MDB hubungan baik dua negara boleh menjadi renggang..! Dahsyat penangan 1MDB..!

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan rasa kurang senang terhadap pihak berkuasa Switzerland yang membuat kenyataan terbuka berhubung kerjasama dalam siasatan mengenai 1MDB.
Kata timbalan perdana menteri, permohonan rasmi mengenai perkara itu sewajarnya dilakukan melalui saluran rasmi.
"Dengan membuat kenyataan terbuka begitu pada hemat saya ia tidak baik kerana bukan sahaja akan menyebabkan kerenggangan hubungan antara dua negara tetapi juga menyebabkan bias (memihak) dalam laporan media," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum itu Ahmad Zahid menyampaikan ucapan penutup di Tourism Fair 2016.
Beliau mengulas mengenai laporan media bahawa Peguam Negara Switzerland Michael Lauber telah meminta Putrajaya membantu siasatan berhubung kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang negara itu berkaitan dakwaan sogokan kepada pegawai asing, salah laku pejabat awam, pengubahan wang haram dan jenayah salah urus 1MDB.
Kata Pejabat Peguam Negara Switzerland ia adalah sebahagian daripada proses siasatan ke atas dana 1MDB.
Kalau boleh agensi yang mencegah rasuah seperti SPRM dan Bank pusat yang mengendalikan urusan dan dokumen yang berkaitan dengan 1MDB pun perlu diserbu..! Mungkin Khalid IGP boleh bertindak..!
Periksa tahap kesihatan si Lauber..! Kalau ada sakit terutama sakit buah pinggang lagi senang..! Suruh dia cari kerja lain..!
Tak gitu???
Lu Fikir La Sendiri!!! 

7 ulasan:

  1. AG depa makan cheese...

    BalasPadam
  2. Juak-juak najib terutama cybertrooper belaan Najib dan Ahmad Maslan akan melompat kepanasan, sudah tentu akan berkoyan-koyan tuduhan terhadap blogger Putra Merdeka akan dibuat oleh mereka.

    Pelbagai tuduhan seperti fitnah, bohong, hasutan jahat dan menyuruh pihak SKMM menyekat blog ini akan dijadikan komen oleh cybertrooper belaan Najib ini.

    Malahan Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz yang tak ada kena mengena pun akan dibantai sepuas-puasnya kononnya blogger Putra Merdeka adalah agen Tun Dr. Mahathir pula.

    Malahan yang paling dashyat adalah Nek Tempoyak mungkin akan kembali ke alam siber serta merta walaupun kini sedang bertapa di gua untuk menuntut jurus maki hamun dan sumpah seranah yang lebih hebat lagi.

    Kita lihatlah apa pula komen bodoh serta merapu tak tentu hala yang akan dikomen di blog ini kelak, kerana komen mereka itu hanya mencerminkan percubaan menegakkan benang yang basah sahajalah, sebab mereka tak jawab soalan, tapi merapu tak tentu hala pula.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  3. blok pun boleh guna tool untuk access...oh my Malaysia.!

    BalasPadam
  4. Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands apa cerita Najib? Pung pang pung pang sana sini, lepas tu biarkan tanah kerajaan diceroboh secara haram, apahal tak pecat saja Nan Yaakob tu?

    Bukan isu pencerobohan tanah di Cameron Highlands sahaja, isu bauksit tu yang menyusahkan puluhan ribu rakyat di Kuantan, apahal tak pecat sahaja Nan Yaakob tu?

    Apahal nak pecat Datuk Seri Mukhriz pula? Ada kes pencerobohan tanah besar-besar macam Cameron Highlands tu di Kedah ke? Tak ada pun.

    Ada kes perlombongan bauksit hingga mencemarkan alam sekitar dan menyusahkan puluhan ribu rakyat seperti di Kuantan tu berlaku di Kedah juga ke? Tak ada pun.

    Jadi apasal Najib buat gila tak tentu hala kacau dan mengainaya Menteri Besar yang tak ada skandal, dan tak ada masalah sedangkan Menteri Besar Pahang yang di negeri Pahang tu bersepah-sepah masalah, tapi tak diambil tindakan apa-apa pun?

    Ketua Bahagian di Pahang apa cerita? Semua sokong pencerobohan tanah dan perlombongan bauksit yang mencemarkan alam sekitar dan menyusahkan puluhan ribu rakyat di kuantan tu ke?

    Bukan apa, Nan Yaakob adalah Menteri Besar Pahang, banyak maslah di Pahang sekarang ni tak diuruskan dengan baik oleh Nan Yaakob, maka apahal Ketua-Ketua Bahagian di Pahang tak ambil tindakan hilang kepercayaan terhadap Nan Yaakob akibat kegagalan tersebut?

    Sila beri penjelasan.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  5. psl ikut saluran...ag mlysia suruh tutup kes...tu yg kne bt pc tue....kan da kantoi...rasekn ko najib rosmah soldadu nyerrr..ko tggu laa...ckitttt jerr lg...

    BalasPadam
  6. Sekarang ni UMNO dah jadi seperti harta benda persendirian Najib, Najib bebas buat apa sahaja.

    Buktinya sebelum ini 9 orang ketua cawangan UMNO di Telok Kemang telah adakan sidang media mendesak Najib supaya berundur kerana Najib banyak sangat masalah, maka Najib dengan dibantu oleh Adnan bin Mansor (nama sebenarnya sejak lahir, tapi gatal tambah tengku pada tahun 1972, kononnya dia ada pertalian dengan kesultanan melaka), telah menghukum 9 ketua cawangan itu dengan penggantungan hak keahlian selama 6 tahun dengan alasan salah berdasarkan undang-undang parti buat sidang media mendesak pemimpin letak jawatan.

    Tapi bila Bashah Boboi dan kuncu-kuncu buat sidang media mendesak Datuk Seri Mukhriz disingkirkan dari jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah dan dari jawatan Menteri Besar, Adnan bin Mansor Khianatusaha Agung UMNO kata tak salah apa yang dibuat oleh Bashah Boboi tu, sedangkan apa yang dibuat oleh 9 ketua cawangan yang digantung hak keahlian itu sama saja dengan apa yang dibuat oleh Bashah Boboi, tapi Adnan Mansor salah gunakan kuasa untuk bertindak bagi kepentingan Najib, bukannya kepentingan parti.

    Sedarlah semau.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  7. kalaulah ahjibgor dapat disumbatkan ke dlm jel, pastikan jugak menteri-menteri pasola yg kuat mengampu juga dikenakan tindakan..pecat segala jawatan dalam UMNO dan bagi lepak sama2 dengan nuar berahim...tunggu ye menteri2 yg kuat berkokok...terutama yg ada blog syok sendiri asal dari Sabah tu...ha.ha..

    BalasPadam