Sabtu, 8 November 2014

Bala Menimpa Negara..!

gambar hiasan - tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah mati
atau yang bakal mampos..!

Apa dah jadi dengan negara kita sekarang ni..! Apa dah jadi dengan kerenah kepimpinan yang menggejala sama ada dipihak pembangkang mahupun pihak kerajaan..! Apa dah jadi dengan sistem ekonomi yang semakin menjerut leher rakyat saban hari..!

Apa dah jadi dengan sistem pendidikan yang melahirkan lebih ramai pelajar pelajar pembuli dikalangan rakan sebaya..! Apa dah jadi dengan nilai budi dan nilai insan yang menjadi asas kepada pembentukan komuniti yang sihat dan sejahtera? Apa dah jadi dengan sistem sosial negara?

Apa dah jadi dengan barisan penggubal dan pemutus undang undang..! Apa yang nak kita wariskan kepada generasi pewaris yang bakal mewarisi negara ini..! APA...! Apa..! apa..!!!

Kenapa mahu diruntuh tiang seri dan asas pembentukan negara ini?

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengistiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan perlembagaan sebagai tindakan mencabar hukum Allah S.W.T.
Menurut beliau, lelaki berpakaian seperti perempuan atau pun sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam justeru ianya perlu disekat.
Katanya, tindakan Mahkamah Rayuan itu diibaratkannya sebagai menghalalkan perkara yang haram dan ianya akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.
“Ianya adalah kehendak dan juga hukum agama Islam bukannya adat untuk kita sesuka hati menghalalkan. Haram untuk lelaki menyerupai wanita.
“Saya amat sedih, udang-udang tersebut diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam untuk tidak melanggar hukum syarak Islam. Tetapi sekarang ianya seperti dihalalkan.
“Dengan keputusan yang dibuat, masyrakat khususnya orang Islam akan bebas melakukan dosa dan melanggar syarak Islam tanpa rasa takut. Jangan kita mengundang bala” katanya ketika ditemui di pejabatnya pada Jumaat.
Dr. Harussani juga turut menasihatkan orang ramai untuk memahami ilmu agama dengan lebih mendalaman supaya setiap perbuatan tidak akan bercanggah dengan fahaman agama Islam.
“Saya harap orang ramai faham kehendak agama, belajar dan kenal Allah S.W.T serta hukum-hukumnya.
“Memang kita digalak menjadi liberal, tetapi liberal dalam soal pembangunan, jangan sampai kita mencabar tuhan dan mengubah hukumnya sendiri,” ujarnya.
Kena cabar keputusan ni...
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) hari ini diminta segera memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan tiga lelaki Islam berpakaian seperti wanita.
Pengerusi Gabungan Peguam-peguam Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Luthfi Abdul Khalid berkata rayuan itu penting kerana ia melibatkan kewibawaan Mains sebagai pemelihara kepentingan umat Islam.
"Jika tiada rayuan dibuat, keputusan itu (Mahkamah Rayuan) akan menjadi satu duluan (keputusan yang mengikat) terhadap mana-mana isu serupa yang mungkin timbul pada masa akan datang.
"Keputusan itu juga akan menjadi rujukan bagi negeri-negeri lain dan juga di Wilayah Persekutuan sendiri sekiranya kes yang serupa berulang, kerana pihak berkuasa agama Islam negeri tiada pilihan melainkan terikat dengan keputusan itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mahkamah Rayuan, dalam satu keputusan penting, hari ini mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi Perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.
Luthfi berkata, rayuan Mains juga penting untuk menjunjung ketegasan pihak berkuasa agama Islam negeri bagi membendung aktiviti yang cenderung kepada amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat Islam.
"Oleh kerana kes ini melibatkan isu perlembagaan, rayuan ini sangat penting sebagai satu ikhtiar tertinggi dan pemutus terhadap bidang penguatkuasaan enakmen agama Islam negeri, sebagaimana yang  diperuntukkan dalam Seksyen 97 Akta Mahkamah Kehakiman 1964," katanya.
Menurutnya, umat Islam di negara ini sewajarnya melahirkan kebimbangan dan keprihatinan mereka terhadap sebarang usaha untuk mempertikaikan kewibawaan institusi agama Islam negeri. – Bernama, 7 November, 2014.
Ini semua kerana transformasi ke???
Lu FIkir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ وَقَالَ أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ قَالَ فَأَخْرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فُلَانًا وَأَخْرَجَ عُمَرُ فُلَانًا - رواه البخاري

    Dari Ibnu Abbas ra berkata, bahwasanya Rasulullah SAW melaknat mukhannasin (laki-laki yang menyerupai perempuan) dan mutarajjilat (perempuan yang menyerupai laki-laki). Beliau bersabda, ”Keluarkanlah mereka dari rumah-rumah kalian.” Maka Rasulullah SAW mengeluarkan Fulan dari rumahnya dan Umar juga mengeluarkan Fulan dari rumahnya.

    (HR. Bukhari)

    BalasPadam
  2. Nafsu, instinct, naluri manusia yg berbagai bagai, bukanlah utk dibiarkan, diikuti atau dikembangkan, tp utk dibendung dan dikawal dgn akal, peraturan dan agama agar sesuai dgn kemanusiaan. Jika tidak, apa bezanya dgn haiwan.

    BalasPadam
  3. laki-laki boleh berpakaian seperti perempuan. alasannnya kebebasan individu, atau penyakit psiaktrik. tak tahu yg mana alasan yg sebetulnya. kalau kebebasan, tentu ada akta yg menyekat kebebasan mutlak. contoh tak boleh berbogel tepi pantai. kalau penyakit, kenapa tak ditangkap masukkan hospital (yg sesuai). knp orang berpenyakit dibiarkan berkeliaran di kawasan awam. kalau belum ada ubat, letakkan lah dihospital, macam penyakit aids sebelum ada ubatnya dulu.

    BalasPadam
  4. INI LAH AKIBAT NYA APABILA BADAN PERUNDANGAN KITA SUDAH DIKUASAI HAMPIR SEPNUH NYA OLEH PUAK PUAK MEREKA ATU PUN YG BERSIMPATI DGN MEREKA.BERTINDAK LAH WAHAI PENGUASA SEBELUM TERLAMBAT.

    BalasPadam
  5. berlaku kesilapan di sini. mahkamah rayuan sivil tidak mempunyai kuasa untuk membicarakan kes-kes di dalam bidang kuasa mahkamah syariah. dalam kes ini, tidak timbul mahkamah mana mempunyai kuasa lebih, cuma tafsiran undang2 ialah mahkamah sivil mesti menghormati bidang ilmu yang digunakan dalam mahkamah syariah. begitu juga sebaliknya. kesalahan berpakaian dan berlagak perempuan oleh lelaki Islam adalah tertakluk dalam kesalahan syariah, oleh itu kes2 rayuan tidak boleh difailkan dan dibicarakan di mahkamah sivil. kesilapan ini mesti dibetulkan kerana kes2 begini akan dijadikan rujukan akan datang. kerosakan lebih besar akan berlaku jika sesuatu kes dibicarakan di mahkamah yang salah, tafsiran undang2nya salah dan pasti keputusannya juga salah . mohon pihak yang berkaitan bertindak memfailkan rayuan terhadap keputusan salah ini.

    BalasPadam