Giliran Tun Daim pulak menyatakan pandangan dan memberikan pendapat..!
Kalau kita ikhlas dan jujur tentu terdetik didalam hati takkan la semua pemimpin lama yang berjasa membangunkan negara secara tiba tiba bersuara..! Dari Tun Dr Mahathir, Tun Daim, Tengku Razaleigh, Sanusi Junid dan ramai lagi yang suaranya kedengaran sayup sayup..!
Takkan la mereka semua tiba tiba benci Najib..! Takkan tiba tiba mereka tak suka BN..! Takkan tiba tiba mereka tak sayang UMNO..! Mesti bersebab..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin membidas usaha Putrajaya ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi sehingga mengabaikan kedudukan ekonomi majoriti rakyat.
Beliau mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang bercita-cita mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi tetapi dalam masa sama, rakyatnya masih tidak mampu memiliki sebuah rumah sendiri.
"Tidak ada maknanya kerajaan mendabik dada mengatakan kita sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi jika masih ramai rakyat tidak mampu memiliki sebuah rumah biasa," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan buku berjudul “The Colour of Inequality” di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Kuala Lumpur hari ini.
Lebih membimbangkan Daim adalah hartanah kini sukar untuk dimiliki khususnya mereka yang berumur bawah 40 tahun kerana nilai yang melambung naik akibat spekulasi.
"Hakmilik hartanah antara yang membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya mereka bawah umur 40 tahun, berdepan kesukaran untuk memiliki aset penting ini.
"Perumahan menjadi kelas aset kewangan, malah ia menjadi alat spekulasi daripada menjadi tempat untuk kita tinggal," katanya.
Daim menegaskan rakyat Malaysia masih tidak mencapai tahap pendapatan yang baik dan ramai yang masih berpendapatan di bawah tahap kemiskinan.
"Tiada maknanya kita ke arah negara berpendapatan tinggi, pada ketika rakyat, anak-anak kita, jiran dan rakan kita masih berpendapatan bawah tahap kemiskinan," katanya.
Walaupun negara memiliki pengguna barangan mewah terbesar di rantau Asia, Daim berkata masih ramai rakyat yang masih terpaksa bergelut dengan kehidupan.
"Masih ramai pakcik dan makcik di kampung dan bandar yang masih bergelut untuk mendapat sesuap nasi dan menghantar anak mereka ke sekolah setiap hari."
Pentadbiran Najib menyasarkan negara beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Bagaimanapun, usaha tersebut dilihat tidak memberi gambaran sebenar terhadap situasi kewangan dan ekonomi rakyat Malaysia, malah satu kajian bersama Universiti Malaya dan Institut Penyelidikan Khazanah mendapati jurang semakin melebar di kalangan rakyat Malaysia dari segi pendapatan dan pemilikan rumah.
Menurut data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dana persaraan terbesar di Malaysia, pekali Gini daripada akaun simpanan meningkat daripada 0,643 pada 2004 kepada 0.661 pada 2013.
Gaji pekerja berumur 26-35 juga berkembang pada kadar lebih perlahan daripada 2004 hingga 2013, dan tertinggal di belakang pendapatan yang berumur 40 tahun ke atas, kata mereka.
Sementara itu dalam sektor awam, pangkat pengurus dan profesional berkembang lebih cepat secara tidak seimbang sejak 1999 hingga 2012, menurut kompilasi mereka daripada Senarai Pekerjaan Kementerian dan Jabatan dalam Anggaran Belanjawan Persekutuan.
Kaji selidik itu juga mengatakan pekali Gini Malaysia berkaitan hartanah kediaman dijual tahun meningkat daripada 0.51 pada 1996 kepada 0.53 pada 2011, menurut perkiraan mereka berdasarkan data daripada Napic.
"Nilai harta yang dibeli pembeli atasan berkembang lebih cepat daripada harta yang dibeli pembeli ‘low-end’ sepanjang tahun," kata kajian tersebut.
Bahagian daripada jumlah nilai harta dengan bahagian bawah 20% dari 2006 hingga 2011 kekal tidak berubah pada 5%, manakala 10% menikmati pertumbuhan daripada 35% kepada 40% dalam tempoh yang sama, menurut data.
Saya setuju sekali dengan pandangan Tun Daim yang harga rumah pada masa ini naik tak masuk akal disebabkan oleh kegiatan spekulasi yang dahsat dan tak terkawal. harga pada masa ini diluar kemampuan rakyat biasa dan tak usah ceritalah pasal kekangan lain. Kerajaan tak buat apa apa ke untuk membendung kegiatan spekulasi ini ?. Kita mudah lupa kemelesetan ekonomi kita dalam tahun 90han adalah disebabkan oleh kegiatan spekulasi. Bila dah terantuk baru nak tengadah kerana kesanya nanti amat dahsyat dari segi ekonomi negara. Kalau ekonomi merudum nanti sektor perumahan dan pembinaan yng kena dulu.
BalasPadamPerkataan Tranformasi itu sendiri seakan cuba menyaingi Reformasi. Bermaksud aliran pemikiran liberal mereka sama. Najib dan Anwar adalah sama. Berkiblatkan AS dalam segala tindakan.
BalasPadamnampaknya orang muda kena berhijrah ke luar bandar semula. harga tanah tak mahal. satu lot boleh dapat RM50k. Kena kerja luar bandar lah nampaknya
BalasPadamKepada saya, apa yg dikatakan bekas pemimpin yg berpengalaman itu ada benarnya.
BalasPadamKalau pendapatan perkapita semakin tinggi, maka tahap miskin tegar akan semakin bertambah juga.
Mengenai rumah sebagai bahan spakulasi, juga ada benarnya. Yg penting diperhatikan ialah siapa yg jadi spakulatornya?
Kalau tak silap, spakulator hartanah dinegara ini dikuasai oleh kaum imigran cina yg ada banyak 'wang hitam'. Dgn menubuhkan ikat property mereka mampu membeli hartanah amanya unit rumah kedai yg dibangunkan tanpa perlu kuota untuk bumiputra.
Matlamatnya, selain memutihkan wang hitam mereka juga akan jadi kaum yg dapat menguasai tanah di negara ini.
Akibatnya, tanah milik Melayu akan susut hari demi hari.
Perlu diingat bahawa para spakulator itu adalah golongan gangster yg menjalankan perlabagai aktiviti haram seperti ke mesin judi, menjual nombor ekor tanpa lesen, penyeludup keluar barangan bersubsisi dll.
Jika dibiarkan berterusan, Melayu di Tanah Melayu (Malaysia) akan jadi seperti rakyat Palestin pada peringkat awal kedatangan kaum Yahudi.
a'lam.
Malaysia tak boleh MENDABIK DADA menjadi NEGARA MAJU jika 6 Juta Warga ASINg menjadi pekerja..Manakala orang tempatak tak ada kerja & dilabel PEMALAS..
BalasPadamDi Europe/Jpn kerja angkat najis, cuci jamban, sapu long dibuat oleh rakyat sendiri & orang2 lain RESPECt pekerjaan itu.
Perlu juga diikut saranan TUN DAIM, PECAT pegawai2 yg merugikan wang 1 juta ke atas dalam alopran audit. Langkah pertama GANTUNG TAMPA GAJI dahulu, jika terbukti salah PENJARAKAN.
Yang senior2 tu bukan benci Najib. Mereka memberi pandangan membina kepada Najib dannnnnnnnnnn............... semua menteri dan orang2 kanan Najib untuk mengembeling tenaga memakmurkan negara Malaysia. Yang senior2 tu sayangkan Malaysia yang telah mereka bangunkan dengan penat dan jerih mereka. Kalau boleh.... mereka hendakkan negara ini aman, makmur dan sejahtera. Itu je.....
BalasPadam