Isnin, 10 November 2014

Rakyat Terkejut...Muhyiddin Terkejut ~ Najib Terkezuuttt..!!!

hakim yang membuatkan Muhyiddin terkejut..!!!
Dah kalau pemimpin terperanjat tentu la kita semua sebagai rakyat biasa lebih lebih terperanjat..! Tengok hakim kat atas tu pun boleh terperanjat..! betul tak?

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan Enakmen Agama Islam Negeri Sembilan menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan sebagai sesuatu yang mengejutkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun bukan pakar dalam hal berkenaan, beliau merasakan keputusan itu perlu diteliti semula kerana ia memberi implikasi besar kepada masyarakat, apatah lagi ia berkaitan dengan Perlembagaan.


"Ia satu keputusan yang agak luar biasa, mengejutkan walaupun mahkamah yang putuskan.


"Saya baca kenyataan pihak pimpinan Islam seperti mufti dan persatuan wakili peguam Muslim yang merasa hairan bagaimana keputusan itu dibuat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini, Ahad.


Muhyiddin berkata kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan itu, namun pihak Jabatan Agama Islam Negeri dan Peguam Negara boleh 'mencelah' untuk mengemukakan rayuan supaya keputusan itu diteliti semula.


"Jadi, elok diserah pada pihak Peguam Negara, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri untuk membuat apa-apa rayuan atau sebagainya," katanya.


Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.


Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang mengetuai panel tiga hakim membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu. - Bernama.



Najib terkejut tak..? kalau terkejut kita orang pun lebih lebih lagi terkejut..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. terkejut....terkezut.....TERKENTUT.

    BalasPadam
  2. Muka pun semacam aje...sama spesis kot

    BalasPadam
  3. Ini lah akibatnya jika kita mempunyai seorang PM yang ikut cakap bini sangat...

    BalasPadam
  4. Woi kerajaan, peruntukan suatu akta yang menghalang makamah civil dari turut campur hal makamah syariah.

    BalasPadam
  5. Undang undang syariah, mahkamah sivil yg putuskan ?

    BalasPadam
  6. Apa la nak jadi kepada Negara Islam bernama Malaysia? Mana suara pemimpin yang memperjuangkan Agama Islam?

    BalasPadam
  7. najib lebih selesa pegi tengok rosmah lawan badminton (yg dah tentu di beri kenangan)...dari terkezuttt dgn ancaman2 terhadap Islam...

    BalasPadam
  8. Tulah kalau orang Islam tak kuat, begiinilah jadinya ....
    PAS pun senyap...tak nak tunujukkan perpaduan....

    Masalah di Malaysia ialah PAS dan PKR . Dua dua memang perosak perpaduan islam

    BalasPadam