Khamis, 20 November 2014

Apabila Penjawat Awam Menyangkal Menteri Secara Terbuka..!


Sebuah kerajaan perlu dihormati, untuk dihormati ia perlu terlebih dahulu disenangi oleh pekerjanya secara langsung sebuah kerajaan akan berjalan dengan baik dan berkesan bagi membentuk perasaan  disayangi oleh rakyat yang ditadbir oleh kerajaan tersebut..!

Tapi apa jadi kepada sebuah kerajaan yang tidak lagi disenangi oleh pekerjanya..! Apakah mampu melahirkan perasaan 'disayangi oleh rakyat' kesan dari sikap pekerja yang tidak menyenanginya?

Soalnya kenapa secara serentak semua orang boleh bersuara? kenapa kini semua boleh 'berperang' secara terbuka? Kenapa tiada satu pihak pun yang mampu memikirkan kesannya kepada rakyat khususnya dan pandangan dunia secara amnya dengan sikap kerajaan dan pekerja yang tidak sehaluan sebegini..! 

Apakah ini namanya integriti? apakah ini namanya transformasi? apakah ini menjadikan kerajaan dipandang tinggi lagi dihormati? ATAU adakah ini juga satu cara untuk terus melemahkan kerajaan yang ada selama ini? Jika kerajaan ini lemah dan jatuh tentu ada pihak yang meraih laba? 

Siapa? dikalangan kerajaan atau pekerjanya?

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyangkal kenyataan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa negeri Sabah tidak selamat untuk dilawati.

Tegasnya, ia dapat dibuktikan dengan kehadiran pelancong yang masih ramai di negeri berkenaan.

"Sabah kini masih selamat, tidak seperti yang dinyatakan Nazri ... kalau kita tengok masih lagi ramai pelancong yang pergi.

"Saya tidak mahu kata Sabah tidak selamat, tetapi kita telah, sedang dan akan mengambil semua langkah yang patut dalam kita memastikan Sabah terutama pantai timur Sabah selamat," katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri satu forum anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Abdul Khalid mengulas kenyataan Nazri pada Isnin semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 yang enggan mengambil risiko mempromosikan Sabah selagi kes penculikan melibatkan pelancong asing di Negeri di Bawah Bayu itu masih belum selesai.

Kata Nazri, dia sendiri tidak mahu pergi ke Lahad Datu buat masa ini selain enggan menggesa duta Malaysia di luar negara mempromosikan kawasan pelancongan yang masih belum selamat.

Mengulas lanjut Abdul Khalid menjelaskan, Sabah kini selamat untuk pelancong tetapi juga untuk warganya di sana.

Nazri sebelum ini turut memaklumkan Malaysia Airlines telah membatalkan 10 penerbangan berjadual dari Shanghai-Kota Kinabalu, manakala syarikat penerbangan China, Southern Airlines membatalkan 22 penerbangan berjadual dari Shenzen-Kota Kinabalu.

Selain itu, penerbangan tambang murah Spring Airlines juga membatalkan 44 penerbangan dari Shanghai ke Kota Kinabalu.

Sementara kita terus berselisih sesama kita, dalang diluar pulak semakin menekan dengan data dan statistik yang mereka cipta..! 

Apakah hidup kita hanya untuk memenuhi tuntutan mereka semata atau mengurus keperluan dan kesejahteraan kita yang utama?

Malaysia telah melonjak 41 tangga ke kedudukan ke-48 dalam Indeks Keganasan Global (GTI) 2014. Pada kali pertama senarai itu diperkenalkan pada tahun 2012, Malaysia berada di tangga ke-91.

Iraq menduduki carta teratas indeks tersebut dengan 10 mata diikuti Afghanistan, Pakistan, Nigeria, Syria, India, Somalia, Yemen, Filipina dan Thailand.

Syria memasuki senarai lima teratas berbanding kedudukan ke-14 pada tahun 2012 berikutan perkembangan yang berlaku sekarang ini di negara tersebut.

United Kingdom menduduki tangga ke-27 dengan 5.17 mata, manakala Amerika Syarikat (AS) di tangga ke-30 dengan 4.71 mata. Indonesia menyusul selepas AS dengan 4.67 mata.

Di Asia Tenggara hanya Singapura dan Vietnam yang tidak berada dalam senarai GTI. Kedua-dua negara tersebut menyertai kelompok 39 buah negara yang langsung bebas daripada aktiviti keganasan.

Indeks Keganasan Global (GTI) merupakan penarafan (ranking) automatik bagi negara-negara dunia berdasarkan aktiviti pengganas. Ia menggabungkan beberapa faktor yang mempunyai kaitan dengan serangan pengganas seterusnya memberi gambaran tentang impak dan trend keganasan dalam tempoh 10 tahun.

Selain itu, indeks tersebut juga membekalkan siri data bagi membantu analisis para penyelidik dan penggubal polisi.


Apakah kita sudah dijajah atau kita masih lagi kekal Merdeka?

Lu FIkir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. nazri yg salah kalau nk buat kenyataan mengenai keselamatan negari atau negara dia kena lah rujuk pada polis atau mkn dulu baru lah bercakap. pm dengar negeri tk selamat abis lah hasil pelancungan. pm buang je nazri ganti ornang lain jadi menteri pelancungan.i

    BalasPadam
  2. Macam mana PM nak buang Nazri, PM Najib tak der telor, lagi bodoh drp nazri yang banggang tu

    BalasPadam
  3. MENTERI TAK PA,KAI KIJA...

    BalasPadam
  4. Aku rasa ..nazri ni kalau dah tak ada nilai dalam BN ..mau dia ikut jejak langkah Mike Tyson ...

    BalasPadam
  5. Aku tak salahkan nazri walaupun kebodohan dia setinggi planet nameck,cuma aku salahkan orang yang lantik beliau!!!!!siapakah dia?????

    BalasPadam