Selasa, 18 November 2014

Giliran Cina Ni Pukul MCA...!


Bukan main seronok lagi kau peluk laki orang yer..! Ini ler cara MCA...dakap dalam paksa..! mesra sangat la tu..! pttuuiihhh...!!!

Baca dan fahamkan...

Cara Memartabatkan BM di SJK


Saya ucapkan tahniah atas inisiatif MCA yang telah menubuhkan sebuah jawatan kuasa bertujuan membuat kajian, bagi memandai anak-anak SJKC menguasai Bahasa Kebangsaan (BM). 

Jangan lupa masukkan pakar bahasa dan linguistik, terutama dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Begitu juga di UKM, tempat presiden MCA hari ini belajar suatu masa dahulu. Jangan asyik fokus dan ambil ahli akademik UTAR sahaja. 

Saya menawarkan diri, jika sudi. Begitu juga pakar lain seperti, Profesor Teo Kok Siong. Sebelum itu, izinkan membuat beberapa cadangan.

Pertama, tambahkan waktu BM seperti mana yang telah diarahkan oleh kerajaan dan ditentang hebat oleh Dong Zong dan Jiao Zong (DJZ) serta MCA sendiri.

Sejak dahulu, kerajaan cadangkan agar BM diajar 240 minit seminggu di SJKC. Tetapi tidak pernah dipersetuji dan tidak dilaksanakan. Mereka hanya mahukan 180 minit sahaja. Atas alasan, jika ditambahkan waktu BM, maka mata pelajaran lain akan terjejas. Murid SJKC tidak dapat menguasai Bahasa Cina (BC) dengan baik. 

Kenapa tidak mahu bersusah sedikit untuk masa depan negara? Pada saya, 240 minit tidak cukup. Gandakan kepada 600 minit seminggu yakni 2 jam setiap hari. 

Kedua, guru yang mengajar BM tidak perlu disyaratkan mesti mendapat  kredit dalam BC peringkat SPM. Interaksi amat penting dalam menguasai BM. Jika pekerja Bangladesh boleh menguasai BM dalam masa yang singkat ketika berada di negara ini, kenapa tidak rakyat negara tercinta ini? BM adalah bahasa paling mudah di dunia berbanding bahasa lain. 

Ketiga, beberapa subjek lain seperti sejarah juga hendaklah diajar dalam BM, bukan dalam bahasa ibunda (BC). SJKC tidak wajar beroperasi penuh kecinaan, dalam sebuah negara yang meletakkan BM sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Kita tidak perlu menjadi terlampau kecinaan. Cukuplah sekadar boleh bertutur dan berinteraksi dengan baik. 

Subjek sejarah yang hanya menekankan sumbangan orang Cina sahaja seperti yang mahu diperkenalkan oleh MCA, tidak sepatutnya diadakan. Alasannya supaya orang Cina tidak lupa akar. Bentuk akar bagaimana yang hendak diingati?  

Rakyat Sabah dan Sarawak, tidak pernah hilang akar dan jati diri kaum mereka meskipun mereka tidak ada sekolah berasaskan kaum. Saya amat bimbang, jika cadangan MCA ini diluluskan, selepas ini semua kaum di Sabah dan Sarawak meminta pula supaya sejarah pemimpin kaum mereka yang tidak kurang pentingnya dalam sejarah untuk ditonjolkan. 

Apakah sumbangan pejuang seperti Mat Salleh, Rentap, Antanum, Sharif Masahor dan ramai lagi di Sabah dan Sarawak, tidak sehebat bekas pemimpin MCA? 

Keempat, selama ini, silibus BM di SJKC/T berbeza dengan silibus SK. BM di SJKC/T dimudahkan sedikit kerana tidak mahu membebankan mereka. Itupun masih ramai yang gagal. Jika ramaipun yang berjaya, kebanyakan menghafal, bukan dengan kefahaman yang sebenar.

Bukti menunjukkan, ramai yang mendapat keputusan yang baik dalam BM ketika PMR dan SPM, tetapi bila tiba bab lisan atau kemunikasi, berlaku sebaliknya. Puncanya mungkin disebabkan ketika di sekolah rendah, silibus BM dimudahkan. Pertuturan BM dicampuradukkan dengan bahasa ibunda.

Justeru, sudah sampai masanya silibus BM diseragamkan di semua sekolah. Tidak kira di SJKC atau SK. Jika MCA hendak memastikan anak-anak tidak lupa akar, kenapa tidak boleh bersusah sedikit dalam mengakar agenda negara.

Kelima, pimpinan NGO pendidikan Cina seperti Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong hendaklah dirombak. Mereka yang terlalu chauvinis dan perkauman hendaklah ditukar kepada yang lebih liberal dan mementingkan agenda negara.

Keenam, jika MCA benar-benar bersungguh-sungguh mahukan murid-murid SJKC pandai dalam BM, saya cadangkan agar menyokong terlebih dahulu inisiatif yang telah dirancangkan oleh Kementerian Pendidikan sejak dahulu lagi untuk memandaikan murid-murid SJKC. 

MCA perlu fokus dalam hal ini. Perjuangan MCA akan diingati dan dihargai jika perancangan ini berjaya. MCA tidak perlu membuang masa mencampuri hal ehwal agama Islam, seperti isu memakai tudung di kalangan para pekerja wanita di negeri Kelantan. Itu hak mereka. MCA tidak perlu gatal mulut dan gatal tangan. Jaga kain sendiri, kerana kain sendiri juga berserabut.

Akhirnya, saya masih beranggapan bahawa sekolah satu aliran adalah yang terbaik untuk kita semua. Jika tidak dapat dilaksanakan, jadikan semua sekolah menjadi Sekolah Wawasan (SW) yang menempatkan semua pelajar dalam satu bumbung.

Untuk makluman, sehingga kini, kerajaan telah menempatkan hampir 40 ribu guru terlatih di SJKC. Sebanyak RM 2 bilion dibelanjakan setiap tahun untuk membayar gaji guru-guru dan operasi-operasi mengurus di SJKC di seluruh negara. Daripada hampir 2000 SJKC, sebanyak 455 mempunyai kurang daripada 150 murid. Itupun kerajaan terus bantu.  Peliknya, arahan kerajaan masih diabaikan?

2 ulasan:

  1. Haram kan sahaja sekolah vernakular....duit berbillion billion ditabur ke arah sekolah vernakular ini...

    dan apa rakyat dapat???

    anak - anak kaum cina yang diasuh dari kecil untuk membenci kaum melayu,india, kadazan, iban dan lain2.

    ingat ya....

    berbillion-billion ringgit setiap tahun untuk sekolah vernakular yang jadi ular beracun !!!!

    BalasPadam
  2. Waktu zaman komunis,sekolah cina la tempat membiaknya ideologi komunis Dan setelah mereka kalah pada tahun 89,sekolah jenis khinzir la pulak tempat membenih kebencian kepada kerajaan....!!!!dalam perlembagaan Ada ke tulis skjkhinz perlu di beri peruntukan??

    BalasPadam