Kalau pemimpin Melayu sedar dan tahu bahawa amanah yang digalas akan dipersoalkan diakhirat maka semua pemimpin Melayu perlu sedar dan mencari jalan persamaan..! Terlalu banyak perbezaan namun kita semua tetap mempunyai persamaan.
Tauhid kita sama, darah bangsa yang mengalir didalam tubuh badan juga sama malah kita semua tiada negara lain selain bumi bertuah ini sahaja la yang bakal kita wariskan kepada generasi yang akan datang..!
Jangan berlengah..! Jangan mencari helah..!
Orang Melayu berisiko menjadi "Red Indian" di tanah air mereka sendiri jika PAS dan Umno tidak bekerjasama mempertahankan kerajaan daripada DAP dan PKR, bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran hari ini.
Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, PKR dan PAS tidak akan dapat "mengawal" DAP seperti cara Umno "mengawal cita-cita MCA dan Gerakan".
"Orang Melayu akan menjadi Red Indian di tanah mereka sendiri. Percayalah, ancaman terhadap orang Melayu tidak pernah seserius ini sepanjang sejarah kaum ini.
"Sekarang kita berpecah dan digunakan. PAS dan Umno mesti berfikir untuk berkolaborasi, bersatu atau bekerjasama sekurang-kurangnya di peringkat persekutuan demi mempertahankan kerajaan daripada jatuh kepada DAP dan PKR," kata Hamid dalam ucapannya pada Konvensyen Perpaduan Negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur hari ini .
Konvensyen itu dianjurkan gabungan 58 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang bersedia membahaskan satu draf Memorandum Perpaduan Negara.
Hamid berkata, PAS perlu kenang semula perjuangan asalnya, iaitu bagi melindungi orang Melayu dan Islam, sambil berkata, bekerjasama dengan DAP dan PKR hanya menafikan tujuan asal penubuhannya.
"DAP tak boleh diharap... mereka lebih chauvinistik daripada MCA dan Gerakan. PAS dan PKR tak boleh kawal cita-cita DAP seperti mana Umno mengawal cita-cita MCA dan Gerakan. Jadi, PAS mesti bekerja dengan Umno,” katanya.
Katanya, PKR juga tidak boleh diharap memperjuangkan kepentingan orang Melayu, kerana ia memperjuangkan nasib "hanya seorang Melayu," jelas merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hamid berkata sekiranya PAS dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menyertai Barisan Nasional (BN), kerajaan pusat boleh diselamatkan walaupun terdapat sokongan kuat komuniti Cina terhadap DAP.
Bagaimanapun, katanya, penyokong DAP daripada kalangan kaum Cina mungkin juga menukar fikiran mereka setelah mengambil kira untung ruginya sekiranya mereka terlibat dengan BN.
"Orang Cina beroperasi berdasarkan untung rugi. Itu saja yang mereka fikirkan. Bagi mereka, 'maaruf' (kebaikan) itu untung, 'mungkar' (kejahatan) itu rugi. Dan kita tidak mahu menyingkirkan orang Cina," kata Hamid.
Beliau juga menggesa kaum India di Malaysia bertanya diri mereka sendiri sama ada mereka percaya PR boleh berkhidmat lebih baik untuk mereka dibandingkan dengan BN.
"Umno berada di landasan yang betul. Umno patut terus menjadi parti dominan orang Melayu dan Islam.
"Tetapi, masalahnya terletak pada pemimpinnya. Faktor nombor satu membuatkan orang benci Umno ialah persepsi yang mereka korup,” katanya.
Beliau berkata, Umno mesti memperbetulkan persepsi ini dan menyediakan peluang bagi lebih ramai golongan profesional memegang jawatan parti, sambil membangkitkan kemungkinan ramai yang menyokong PAS kerana sebab ini.
"Kalau ini berterusan, Umno akan kehabisan pemimpin," katanya memberi amaran.
Melayu sedang diancam dan terancam..! Apa tunggu lagi..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Terimakasih Najib Ah Jib Gor,
BalasPadamDato Seri Najib akan dikenali senagai BAPA KEMUSNAHAN BANGSA MELAYU
Salah besarle kalau orang anggap persepsi korup tu terhad kepada orang UMNO.
BalasPadamTunku Abdul Aziz masa nak keluar DAP pun Lim Guan Eng nak suap dengan jawatan gaji besar. Dia bukan orang UMNO pun. Mungkin mereka anggap Melayu memang murah dan mudah nak beli.
Kita patut bandingkan dgn. BUMIPUTERA Palestin-Arab, hampir nak diHAPUSkan 90% tanah PUSAKA mereka oleh si Yahudi Zionis -JAHANAM dn. kerjasama sekutu Barat-KEPARAT mereka dari US/UK/NATO, yg. HIPOKRITnya, asyik nak PAKSA kat atas Dunia Islam, “Demokrasi/hak asasi"-PENIPU mereka!
BalasPadamMcm. kita kat Tanah Melayu ni yg. kerana asyik terlalu bertolak ansur, maka kita BUMIPUTERA Islam/Melayu sampai hanya miliki 20% dari Tanah Melayu PUSAKA nenek moyang kita ini! Dan pemimpin Islam/Melayu hanya kerana nak menang ala-"Demokrasi/hak asasi"-PENIPU si Barat-ZIONIS, asyik TUNDUK kpd. bangsa PENDATANG mcm-KULI - sedgkan puak PENDATANG RASIS asyik boleh HINA ISLAM/umatnya, NEGARA ISLAM kita ini, dan MENGHINA BUMIPUTERA Islam/Melayu adalah 'PENDATANG'; serta si MUSUH Islam/Melayu ini juga asyik MEROMPAK Tanah Rizab Melayu kita!
Sedagkan PENJAJAH ISrael dan S'pura yg. kononnya mengamalkan "demokrasi/hak asasi"-si Barat/Zionis tu pun akan terus bawa BERJUTA kaum PENDATANG KAPIR utk. MENGURANGkan jumlah BUMIPUTERA Islam; maka si PENDATANG/PENJAJAH KAPIRDAJAL terus MENANG dan selamanya dpt. MENGUASAI bumi BUMIPUTERA Islam tersebut!
Lihat bagaimana undg-undg terbaru Israel yg. menjadikan ISreal sbg. negara Yahudi dgn. MENGHAPUSkan hak BUMIPUTERA Palestin/Arab termasuk Bahasa Arab sbg. bahasa kedua; dan mana-mana Yahudi dari seluruh dunia boleh menjadi rakyat ISrael (sedagkan NEGARA ISLAM kita ni punyalah TAKUT nak beri KERAKYATAN pd. pelarian Islam Rohingya, Palestin, Syria, Iraq dsbnya) - di akhbar (pro-Zionis) http://www.theguardian.com/world/2014/nov/23/israeli-cabinet-approves-bill-defining-nation-state-jewish-people , Israeli cabinet approves legislation defining nation-state of Jewish people, Peter Beaumont in Jerusalem The Guardian, 23 November 2014!
Dani kita di Tanah Melayu ISLAM ni yg. dahlah hanya miliki 20% dari tanah PUSAKA kita, bahkan di 'BLACKMAIL' supaya terus TUNDUK oleh si MUSUH Islam/Melayu, kpd. "demokrasi/hak asasi"-PENIPU-si Barat/Zionis tu!
Makcik Sambal Belacan.
Perbandingan rakyat palestin dengan melayu bagaikan langit dengan bumi dimana pemimpin melayu yang bijaksana ini dengan rela hati dan bermurah hati menerima syarat syarat dari penjajahan british agar menerima pendatang sebagai warganegara sekiranya mahu merdeka.
Padamjadi tak payah lah kita nak salahkan org lain atas kebodohan pemimpin kita sendiri.
lebih lebih lagi sekarang ne org melayu tidak lagi bersatu.
sendiri mau ingat...
duda sambal kuini
Umno x perlu bergabung dgn pas pun xpe kerana pas sudah penuhi dibontoti oleh ahli munafiq,apa yang perlu umno lakukan buang najib,kj,nazri,saipudin,hishamudin, dan yang utama sekali dengar suara akar umbi Dan jaga bumiputera Sabah Sarawak.....
BalasPadamGary Steven Robert(H.M AFF Suzuki)
KALAU UMNO NAK TERUS RELEVAN DI HATI RAKYAT TERUTAMA MELAYU....TURUNKAN NAJIB, HISHAMUDIN, KJ, SAIPUDDIN, SHABERY CHIK SEBAB MEREKA INI NAK LIBERALKAN NEGARA INI MELALUI KEMENTERIAN YANG DIAMANAHKAN KEPADA MEREKA.
BalasPadamBermula dengan pemberian berjuta warganegara kepada pendatang, bermulalah perjuangan .org melayu selepas merdeka.tanpa henti...
BalasPadamdengan erti kata lain org melayu sendiri yang mencari penyakit so......
carilah ubatnya.
Bagaimana melayu nak kuat kalau semua senjata yang boleh digunakan oleh mereka telah dimusnahkan atau diberi kepada orang lain?...
BalasPadam