Sabtu, 8 November 2014

Air Kencing Positif..Chong Wei Bakal Di Gantung..!


KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei disahkan positif bahan terlarang 'dexamethasone' dalam ujian sampel B yang dilakukan di Hospital Universiti Olso, Norway, Rabu lepas.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Norza Zakaria memberitahu sidang media pada Sabtu bahawa beliau menerima keputusan rasmi itu daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Jumaat.

Bagaimanapun, nama pemain tersebut masih belum boleh didedahkan sebelum selesai proses siasatan dijalankan oleh BWF, katanya.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Chong Wei terbabit dalam skandal doping selepas bahan 'dexamethasone' ditemui dalam air kencingnya semasa ujian rawak dijalankan pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.

'Dexamethasone' adalah sejenis ubat steroid dengan kesan antiradang bagi kegunaan rawatan pelbagai masalah kesihatan dan pemulihan termasuk reumatologi.

Norza berkata kes itu akan drujuk kepada panel pendengaran doping BWF dan keputusan jatuh hukum akan diketahui dalam masa dua minggu.

BAM akan bekerjasama dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bagi menangani isu berkenaan dan peguam yang pakar dalam undang-undang sukan, Mike Morgan dari England telah dilantik bagi membantu isu ini, katanya.

-- BERNAMA

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. umur dah meningkat....apa lagi...nak kekal stamina...minum jer la segala jenis ubat. apa lagi nak cakap...
    si kj zumba dah kalangkabut. bolih pinjam loyar nuar....pandai pusing...gerenti menang....

    BalasPadam