Sabtu, 15 November 2014

Najib Dengar Ke Tidak..!


Semakin ramai mendesak agar Akta Hasutan dikekalkan..! Mahu penambahbaikkan namun bukan menghapuskan Akta yang telah menjamin keamanan didalam negara selama ia ditegakkan..!

Daripada bekas Ketua Hakim, Ketua Polis, Ketua Negara hingga la ke rakyat biasa telah pun bersuara, takkan la suara mereka ini tidak relevan, tidak transform, tidak berpijak dibumi nyata..!

Najib dengar ke tidak..!!!

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Perundingan Melayu (MPM) pada Sabtu menggesa kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan ditambah baik kerana undang-undang itu perlu bagi sebuah negara majmuk.

Pengerusi Biro Perlembagaan MPM Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata akta itu memang relevan bagi menjaga keselamatan negara ini yang berlatarbelakangkan kehidupan berbilang kaum, agama dan adat resam masyarakat.

Katanya, akta itu juga perlu diperkukuhkan bagi menjamin keharmonian, perpaduan dan ketenteraman nasional.

Beliau berkata, ketiadaan Akta Hasutan seperti yang dicadangkan oleh beberapa pihak akan mengakibatkan golongan tertentu mencerca perkara-perkara sensitif membabitkan keamanan negara.


"Isu-isu seperti isu mengasingkan Sabah dan Sarawak daripada Semenanjung Malaysia atau mencerca dan mencela agama sudah pasti akan pecah-belah sebuah negara yang aman dan harmoni," katanya dalam sidang media mengenai Akta Hasutan di sini Sabtu.

Abdul Aziz berkata Akta Hasutan mempunyai ruang untuk ditambah baik atau diperkukuhkan jika perlu untuk disesuaikan mengikut peredaran zaman berdasarkan perkara-perkara sensitif.

Kerajaan sebelum ini bercadang untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikan ia dengan akta baharu yang dikenali Akta Keharmonian Nasional. 

Tambah Abdul Aziz, Akta Hasutan tidak boleh dimansuhkan kerana keamanan dan kestabilan dalam negara boleh tergugat serta beberapa perkara sensitif melibatkan institusi Diraja, hak dan keistimewaan Bumiputera serta kebebasan bersuara boleh tercabar.

Mengimbas kembali sejarah kewujudan Akta Hasutan 1948, beliau berkata selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969, Parlimen telah meluluskan akta itu dan pindaan telah dilaksanakan dengan empat perkara sensitif seperti dicatat dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh disentuh oleh mana-mana pihak.

Empat perkara itu ialah kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera (Perkara 153), Kedudukan Raja-Raja Melayu (Perkara 181), Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan (Perkara 152) dan Hak-Hak Kewarganegaraan (Bahagian III), katanya.

"Persoalan isu-isu sensitif dianggap sebagai satu daripada punca rusuhan 13 Mei, 1969. Dengan itu diputuskan dilarang untuk mempersoalkan empat isu sensitif itu," katanya.

Sambil itu...

Di sebalik gesaan ramai pihak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan, Majlis Perundingan Melayu Malaysia berpendapat ia harus dikekalkan.
Ini kerana, kata Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangannya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, ia memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja jika hendak dimansuhkan.
Katanya, akta tersebut diperkenalkan bagi memelihara keharmonian dan kestabilan negara dan mengelak berlakunya insiden tidak diingini seperti ketegangan antara kaum.
"Tindakan meminda, memansuh atau memperkukuhkan Akta Hasutan perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
"Akta itu tiada kaitan melindungi mana-mana agama dan kaum. Ia dikuatkuasakan ketika era kolonial. Kenapa pula British mahu mempertahankan Melayu?" katanya.
Beliau berkata tindakan memansuhkan akta itu juga bakal menyaksikan pemansuhan Seksyen 3(1)(f), yang pernah dipinda bertujuan melindungi hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Hak Kerakyatan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, yang diklasifikasikan sebagai "perkara sensitif."
"Tindakan ini perlu selari dengan Artikel 159(5) Perlembagaan. Ini bermakna Parlimen perlu mendapatkan keputusan Majlis Raja-Raja sebelum memansuhkan Akta Hasutan 1948," katanya.
"Isunya di sini ialah, adakah patut kita membahaskan pemansuhan akta ini sedangkan tiada perundingan dengan Majlis Raja-Raja?" soalnya.
Aziz berkata tidak relevan cadangan memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional.
"Kalau hendak buat Akta Perpaduan, itu cerita lain, tetapi jangan sentuh Akta Hasutan," katanya.
Turut hadir pada sidang media itu bekas Ketua Polis Negara Tun Muhammed Hanif Omar, yang juga merupakan penasihat Majlis Perundingan Melayu.
Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. ALAMAK...LEMBAPNYA...

    Kenapa Tak mengesa supaya Najib Ah JIB GOR Letak Jawatan Terus... Tak Payah Buang Masa Semua Orang!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mansuhkan akta hasutan 1948 ug merugikan ramai melayu...baik mansuhkan najib...untungkan ramai melayu....umno ada telur?...

      Padam
  2. Najib akan berbisik " aku cuma ikut cakap Rosmah saja , jika dia kata patut dikekalkan , saya akan kekal kan jika dia kata tidak , maka akta hasutan akan di mansuhkan

    BalasPadam