Khamis, 13 November 2014

DUN Johor ~ Khalid Tambah Tanah Rizab Melayu..!

Syukur Alhamdulilah..! Pemimpin Melayu/Islam mesti ada kesedaran sebegini..!

JOHOR BAHRU 13 Nov. - Jumlah tanah rizab Melayu di Johor meningkat sebanyak 432,000 hektar atau 22.8 peratus keluasan negeri setakat September tahun ini berbanding sebelum 1957.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika berucap membentangkan Bajet Negeri 2015, beliau berkata, sebelum 1957, tanah rizab Melayu di Johor adalah 152,000 hektar atau lapan peratus daripada keluasan negeri.


“Oleh itu, yakin dan percayalah bahawa kepentingan orang Melayu, khususnya tanah rizab Melayu, tidak pernah dan tidak akan sesekali dipinggir dan digadaikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha kita membangun dan memodenkan Johor,” kata beliau hari ini.


Kerajaan negeri juga, kata beliau, membuat keputusan untuk tidak memperbaharui hak milik pajakan 78.4 hektar tanah di Kawasan Perindustrian Larkin, Johor Baharu.


Sebaliknya, kawasan terbabit akan diwartakan sebagai rizab Melayu secara berperingkat mengikut tarikh luput pajakan dan dijadikan kawasan penempatan orang Melayu. - BERNAMA



Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan: