Jumaat, 14 November 2014

Hadi & PAS Hanya Menunggu Masa..!


Benar...bahawa Anwar dan komunis DAPig begitu berpengaruh untuk merosakkan hamPAS...! Mencatur hala tuju parti dan menentukan barisan kepimpinan parti hamba abdi tersebut NAMUN ianya tidak akan berjaya jika tiada dikalangan pemimpin dan ahli hamPAS yang setia dan berjaya menjadi barua nya..!

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentu boleh buat pekak telinga kecaman pemimpin DAP terhadapnya berhubung isu tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Walaupun, beberapa pemimpin PAS termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar mempertahankan ketidakhadirannya dalam mesyuarat berkenaan, itu sekadar melepas batuk di tangga sahaja.
hadi pas
Teguran Mustafa dan Mahfuz kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menjadikan isu ‘ponteng ‘mesyuarat untuk menyerang Presiden PAS itu, tidak boleh mengubah kenyataan bahawa PAS hanya parti yang kuat menyalak tetapi langsung tidak digeruni oleh DAP serta PKR.

Hadi sendiri pun tidak respons kenyataan Guan Eng kecuali mengaku kepada media, bahawa beliau memang kurang sihat kebelakangan ini selepas menerima rawatan sakit jantung beberapa bulan lalu.

Isu besar yang dihadapi Hadi sebenarnya adalah kemungkinan wujudnya usaha menjatuhkan beliau yang datang  dari peringkat dalaman parti sendiri.
Bukan rahsia lagi, sudah ada gerakan mahu menurunkan ahli parlimen Marang itu sejak isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang melihatkan Hadi menentang arus dengan menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendapat restu PKR dan DAP.

Pengakuan ahli parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kemungkinan wujudnya usaha untuk menjatuhkan Hadi bagai mengesahkan bahawa kedudukan Hadi dalam PAS sudah terancam.

Walaupun Nik  Abduh berpendapat,  Hadi masih mendapat kepercayaan akar umbi tetapi berapa ramai pemimpin PAS yang sudah tampil mempertahankan Hadi ketika wujud kritikan hebat menggesa beliau supaya bersara dari jawatan tertinggi PAS  itu.

Mungkin dikalangan pemimpin PAS,  pendapat mereka kini berbelah bahagi sama ada menyayangi Hadi atau lebih menyayangi PR dan masa depan PAS bersama sekutu mereka iaitu DAP dan PKR.

Sudah tentu isu kesihatan Hadi adalah senjata terbaik golongan ini untuk memaksa Presiden PAS itu melepaskan jawatan sebelum pemilihan pucuk pimpinan parti tahun depan.

Hakikat ini diakui Nik Abdul yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bahawa jawatan tertinggi yang digalas Abdul Hadi itu boleh dicabar mengikut amalan demokrasi dalam parti.

Namun, mampukah  Hadi bertahan sehingga usaha menyingkirnya secara demokrasi oleh kumpulan Anwarinas di dalam PAS  pada pemilihan parti atau mungkin pada bila-bila masa daripada  sekarang?.

Mungkin Hadi sudah ada jawapan kerana beliau sendiri tahu, dirinya  tidak banyak pilihan kerana Hadi ibarat sudah jatuh ditimpa tangga kerana DAP dan dalaman PAS terus menekannya. BNBBC.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan