Khamis, 13 November 2014

MP BN ajak Menteri Berperang..!


Nampak sudah tidak boleh sabar lagi Ahli Parlimen BN ni..! ini semua kerana tekanan dan janji yang masih belum tertunai..! Pilihanraya negeri pulak dah semakin dekat ke muka pintu tapi janji masih tinggal janji..! Itu yang hangin satu badan..!

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing hari ini berang dengan sikap Kerajaan Pusat yang masih tidak meluluskan peruntukan bagi mengatasi masalah banjir kilat di Sarawak khususnya di kawasan beliau.

Beliau yang kecewa dengan perkara itu berkata, sudah berapa kali membangkitkannya, namun sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan.

Menurut ahli parlimen itu, beliau tidak tahan lagi dimaki oleh rakyat yang kecewa dengan sikap kerajaan BN yang gagal menyelesaikan masalah itu.

Katanya, semalam sahaja beliau dua kali dihubungi oleh seorang wanita, dan memakinya kerana marah dengan kejadian banjir kilat yang berlaku.

Sedangkan kata beliau, kejadian banjir kilat di Bintulu katanya boleh dielak jika kerajaan pusat meluluskan peruntukan bagi mendalamkan Sungai Sebiew.

"Sebelum pilihan raya janji, bila sudah pilihan raya tak buat..ini sengaja bagi modal kepada pembangkang.

"Memang ini kong kali kong punya," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 peringkat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau dalam pada itu turut membidas sikap kerajaan yang dilihat lebih gemar memberi pampasan kepada mangsa banjir berbanding menyelesaikan punca kepada masalah itu.

"Bila banjir, kena bayar pampasan lagi. Bukan mereka terima kasih, lagi maki sama kita.

"Bagi RM500, RM1,000...boleh belia apa, seluar dalam saja.

"Kalau menteri tak jawab baik-baik, kali ini perang punya," 

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Rakyat didahulukan itu satu pembohongan besar. Sebenarnya isteri diutamakan. Program PERMATA mendapat ratusan juta.

    ingat undi bn bukan untuk senang. Hanya kroni sahaja yg senang. hanya CINAdan INDIA yg kaya. Melayu tetap merana.

    Dimana UMNO perintah disitu Melayu Merana

    BalasPadam