Semoga kita dan negara diselamatkan dari malapetaka dan bencana..!
KUANTAN: Seorang pekerja kebun sayur maut akibat tertimbus dalam kejadan tanah runtuh, seorang kanak-kanak dipercayai lemas, manakala kira-kira 150 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan akibat banjir kilat di Cameron Highlands pada Rabu malam.
Kanak-kanak lelaki yang dipercayai lemas dalam kejadian hujan lebat dan tanah runtuh itu berasal dari Kampung Kuala Kelah, manakala penduduk yang dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet itu dari 37 keluarga dikawasan itu.
Bagaimanapun, tiga lagi yang tertimbus berjaya diselamatkan dan mengalami kecederaan.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Morni Mamat berkata, pekerja kebun sayur yang maut itu adalah warganegara Nepal dan identitinya belum dikenal pasti.
"Dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Baru Ringlet itu, seorang lagi lelaki warganegara Indonesia turut cedera," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit sedang giat dijalankan.
Morni berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 10 malam berkenaan dua kawasan di Cameron Highlands mengalami banjir dan tanah runtuh iaitu di Kampung Bertam dan Kampung Baru Ringlet.
"Kita juga menerima laporan tiga lelaki turut tertimbus di sebuah bengkel di Ringlet. Seorang darinya hanya tertimbus separuh badan, dua lagi terperangkap sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata, mereka yang tertimbus itu terdiri daripada dua warga India dan seorang warga tempatan.
Ketiga-tiga mereka yang cedera parah itu berjaya diselamatkan dan kini dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.
Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Cameron Highlands berkata, hujan lebat sejak lewat petang tadi menyebabkan air mula naik di sungai sekitar Pekan Baru Ringlet dan berlakunya banjir kilat kira-kira pukul 7 malam Rabu.
"Bagaimanapun kawasan di Lembah Bertam yang pernah berlaku banjir besar tahun lalu masih tidak terjejas setakat malam ini," katanya.
Pada Oktober tahun lepas, air dari Tasik Ringlet di Lembah Bertam melimpah menyebabkan banjir lumpur dan mengakibatkan lebih 100 buah rumah rosak dan tiga maut.
Lu Fikir La Sendiri!!!
bahana kerakusan manusia yg melakukan kerosakan dimuka bumi
BalasPadam>>>> mana pergi penguatkuasa.
NASIHAT YG PALING BAGUS UTK LAKNAT2 NI IALAH MAMPUS
BalasPadamBencana berpunca Hasil kerakusan bangsa khinzir Dan rasuah penguatkuasa maksimum haramjadah!!!
BalasPadam