Selasa, 18 November 2014

Giliran CM Sarawak Membuat Ancaman..!


Lain hulu, lain parang..! lain dulu lain sekarang..! Nampaknya semua taikun taikun balak di Sarawak kena ambil perhatian ketegasan CM Sarawak ini..! 

Jangan salah kan Adenan Satem..! Beliau tahu dan cukup lama bersabar dengan kerenah taikun taikun yang hidup senang lenang dengan berbekalkan sekeping kertas kelulusan..! Lebih teruk hasil hutan dirompak siang hari didepan mata para penguatkuasa..! 

Time up..! no more..! its payback time..! Kenyataan 'jantan' Adenan ini tentunya disambut gembira oleh rakyat Sarawak..!

Kalau tak boleh terima sila kemas kain baju dan barang pejabat keluar dari Sarawak..! Lama dah puak ni merompak dan menyamun hasil bumi Sarawak..! Cuba cari tempat lain untuk merompak..!


Jangan Cari Pasal Dengan Saya - Adenan Satem


Adenan mengejutkan hadirin dengan ucapan yang memberi amaran kepada pelaku kegiatan pembalakan haram di Sarawak, Isnin.
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memberi amaran kepada taikun balak negeri itu supaya tidak cuba 'cari pasal' dengan terbabit dalam kegiatan pembalakan haram.
Sambil melabelkan industri pembalakan di negeri itu sebagai korup, beliau berikrar akan 'mewujudkan rasa takut kepada Tuhan dalam kalangan mereka yang tidak jujur'.
Adenan yang menjemput enam hartawan balak Sarawak supaya menandatangani ikrar integriti mengambil peluang memberi amaran berhubung kegiatan pembalakan haram yang berleluasan di negeri itu.
Menamakan hartawan itu sebagai KTS, Rimbunan Hijau, Samling, Shin Yang, Ta Ann dan WTK, beliau menegaskan: "Jangan cuba cari pasal dengan saya."
Manakala, mesej kepada pihak penguatkuasaan pula, katanya, mereka yang diamanahkan tugas itu tidak perlu bersikap toleransi apabila berdepan dengan pelaku kesalahan itu.
Beliau juga menggambarkan situasi rasuah di negeri itu berada pada tahap paling buruk, sekaligus menandakan pegawai penguat kuasa tidak menjalankan tugas dengan berkesan.
"Ada sesetengah daripada mereka ini berpura-pura tidak tahu. Alasannya mudah, sama ada mereka bodoh, penakut atau terbabit rasuah.
"Takut kepada samseng atau ancaman lain tidak boleh menjadi alasan untuk tidak melakukan apa-apa.
"(Kepada pelaku pembalakan haram) jangan cuba nak main-main dengan saya. Saya akan tahan anda dengan bantuan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan agensi-agensi lain," katanya yang menyebabkan hadirin di kalangan menteri kabinet, penjawat awam dan hartawan balak negeri itu tergamam.
Adenan berkata, aktiviti pembalakan haram memberikan Sarawak reputasi yang buruk di peringkat antarabangsa dan kerana itu kerajaan negeri serius memerangi amalan rasuah terutama yang membabitkan industri balak.
Sehubungan itu, sebagai Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Negeri, beliau memutuskan untuk tidak mengeluarkan lagi lesen pembalakan baharu dan mengingatkan pemegang lesen sedia ada supaya memantau aktiviti kontraktor atau sub-kontraktor bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam pembalakan haram.
Pada majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) untuk agensi kerajaan dan swasta dalam sektor perhutanan negeri itu, Adenan berkata, menerusi kerjasama SPRM, kerajaan negeri menganjurkan beberapa siri seminar mengenai integriti untuk kira-kira 2,000 anggota penguat kuasa di seluruh negeri ini.
Sehubungan itu, katanya, semua menteri Kabinet dan menteri muda Sarawak akan membuat ikrar integriti menentang amalan rasuah dalam masa terdekat.
Katanya, beliau akan meminta semua pegawai dan kakitangan jabatan dan badan berkanun kerajaan negeri menandatangani ikrar integriti itu dahulu sebelum membawanya kepada semua anggota Kabinet negeri.
"Saya yakin menteri dan menteri muda akan menandatangani ikrar ini dalam masa terdekat," katanya.
Menurutnya, pembangkang mempersoalkan mengapa anggota Kabinet lain tidak mengikut langkah beliau berikrar untuk tidak membenarkan anggota keluarga dan saudara mara memohon lesen konsesi balak atau tanah negeri, yang dilakukannya pada Jun tahun ini.
"Adalah tidak adil untuk mengatakan mereka (menteri dan menteri muda) takut untuk menandatangani ikrar integriti itu (hanya) kerana mereka tidak melakukannya lagi. Adalah tidak adil menuduh mereka tidak jujur," katanya.
Teruskan Tan Sri, doa restu dan sokongan rakyat sentiasa mengiringi..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

10 ulasan:

  1. Syabas KM Sarawak.

    BalasPadam
  2. Jika benar (masih tanda tanya), ketegasan yang di ucap mesti sampai ke akar umbi mesti semarak dan di perkasakan sepenuh nya.

    Semua nya mesti bermula dan di gerakkan dari KETEGASAN Pemimpin-Pemimpin Utama ! Suara-suara seperti ini sudah lama tidak di dengar...

    Itu kenapa semua jentera kerajaan begitu lemah sehingga semua pelaku kemungkaran berkuasa dan berleluasa kerana boleh di jual dan di beli !

    BalasPadam
  3. kalau lah dia ni perdana menteri malaysia sekarang, alangkah bagus....

    BalasPadam
  4. Aku masih ingat ketika ke Limbang bertahun dulu, SEDIHnya. Dari bandar, aku dapat melhat sungainya yg. indah, dipenuhi balak-balak terapung, yg. membahayakan feri dan juga penduduk kpg-kpg Air kaum Bumiputera serta merosakkan sungai. .Aku lihat perahu dan bot dari kpg. Air ni punya susah payah mengelak balak-balak terapung ni. Juga, banyak jlnraya di Limbang termasuk di kpg-kpg rosak akibat lori balak/kelapa sawit yg. kadang-kadg dipandu laju pula tu, serta pencemaran udara akibat lori ni mengeluarkan asap berkepul-kepul!

    Sedangkan kaum Bumiputera Limbang masa tu, yg. aku jumpa cuma berniaga gerai-gerai makan kecil. Tetapi bangunan-bangunan besar termasuk hotel-hotel besar kepunyaan kaum Pendatang yg. aku syak Taukeh-taukeh Balak ni, makin meningkat kat Limbang – kerana rakyat Brunei yg. kaya ramai ke Miri dan Limbang! Bahkan transpot guna 4WD dimonopoli kaum Pendatang dan dikenakan tambang-cekik-darah utk.ke Miri!

    Harapnya SPRM juga menyiasat PERAMPASAN Tanah-tanah negeri tepi pantai di Miri oleh Taukeh-Taukeh balak ni! Kan SPRM dah cakap, hasil RASUAH akan disita, jadi tolong ambil balik tanah-tanah negeri tepi pantai yg. telah diROMPAK ni – tak kiralah walau Banglo-banglo besar dah dibina! Bagi balik kat rakyat dan buat selamanya sbg. Tanah Adat – bina UiTM utk. Bumiputera, Hotel-hotel BUMIPUTERA murah tetapi canggih, dan taman pantai yg. panjang - utk. kegunaan dan kegembiraan semua rakyat termasuk yg. MISKIN – tanah pantai sebenaqnya bukan hanya kepunyaan VIP!

    Dan sekiranya RASUAH dah dibuktikan, tolong juga TANGKAP CEO-CEO sy. balak ni serta CEO-CEO Sy. ladang kelapa sawit , walaupun selalunya tuanpunya, sy. sama. Sebab tanah-hutan terutamanya tanah-hutan Adat, selepas dibalak akan dijadikan ladang kelapa sawit – maka tanah-hutan tersebut terus jadi kepunyaan taukeh-taukeh balak ini! Dan kenakan DENDA BERJUTA di samping hukuman PENJARA utk. CEO-CEO korporat ini – yg. selama ni ingat mereka KEBAL dari undg-undg akibat kemewahan/kekuasan mereka!

    Begitu juga bagaimana Miri boleh menjadi pusat PELACURAN termasuk PATI GRO dari Filipina/China terutamanya; yg. mana pelanggan utamanya disyaki dari omputih/si KAPIR Shell Brunei – yg. aku syak sindiket ini juga dikuasai Geng-geng Kongsi Gelap. Haritu polis ada tangkap GRO-GRO dari China; tapi lapuran berita tu seolah nak kita simpati pd. GRO tu yg. kononnya di 'eksploit‘; HANTAQ saja balik negeri depa!

    Bahkan Miri yg. terkaya minyak-gas di Asia Tenggara ini mahu dijadikan pusat Kristian Extremis pro Zionis/ISrael di Borneo – oleh puak PENGGANAS pemisah Sabah-Sarawak yg. ditaja CIA/Mossad/NATO di S‘pura! Sebab itu kena perbanyakkan pembinaan MASJID/SURAU/Sek. Agama/Univ. Islam utk. kaum BUMIPUTERA Islam/Melayu di seluruh Baram; dan juga POLIS BUMIPUTERA, serta POLIS ISLAM (lain dari Polis Syariah) utk. menerima dan meyiasat sebarang aduan BUMIPUTERA serta umat Islam kerana Islam adalah AGAMA PERSEKUTUAN yg. sepatutnya diLINDUNGI dgn. amat KETAT mengikut undg-undg Perlembagaan.

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  5. Sebagai rakyat sarawak berketuruna melayu, saya angkat topi dan ucap syabas kepada denan. Malangnya perkara ini telah berlaku berpuluh2 tahun mulai rejim tun rahman dan made worse by taib who is now the TYT. Saya cabar denan jangan cakap current incidents........should go back as far as possible......get the real culprits.Jangan ada selective investigations. Once again...congratulations denan...our new cm

    BalasPadam
  6. Aku cadangkan najib turun biar adenan ambil alih jawatan dia....biar najib jadi p.m bagi rosmah je!!!!....Nak jadi pemimpin kena tegas,kalau dengan cina pun macam ais Kat Padang kawat,ni kan pulak kau nak pergi mendamaikan konflik 2 pihak di negara orang!!!kau buat orang tergelak najib oiiiiii

    BalasPadam
  7. cina cina pendatang tak kira dari semenanjung ka sabah ka serawak ka kebanyakanya membuat onar dikawasan tsb. bangsa yang paling tak boleh dipercayai. tamak duit.

    BalasPadam
  8. THEY MUST PAY WHAT THEY'VE DONE ON LAST GENERAL ELECTION.JANGAN INGAT DIA BOLEH SENANG SENANG TIKAM MELAYU DARI BELAKANG.MELAYU PUN ADA HATI DAN PERASAAN.BILA MANA PIHAK LAIN MENGKHIANATI MEREKA.

    BalasPadam