Ahad, 30 November 2014

SOLIDARITY Checkmate Najib..!


PAU 2014 dah selesai...banyak isu yang diperkatakan namun isu utama yang hangat@hangit diperkatakan ialah isu Akta Hasutan..! 

Kita boleh faham kenapa Najib memilih tajuk dan perkataan solidariti..!

Kerana solidariti ahli UMNO la Najib terpaksa mengumumkan keputusan mengekalkan Akta Hasutan 1948..! Kerana kesatuan dan perpaduan ahli UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan barisan pemimpin telah menyebabkan Najib membuat keputusan..!

Alhamdulilah...syabas kepada semua umat Melayu dan Bumiputera yang kuat, tekad dan bersatu dalam mendepani isu penting ini..!

Apapun terima kasih kepada Najib kerana memilih untuk akur dan mengakui bahawa pandangan akar umbi tetap didahulukan serta menjadi keutamaan..! Membuktikan slogan sejuk 'zaman kerajaan tahu semua sudah berlalu' benar benar wujud dan berlaku..!

PAU kali ini juga sukar bagi Presiden UMNO kerana terpaksa menafikan pandangan dan saranan para punahsihat..! Cerita punahsihat yang kecewa kita cerita lain masa...!

Rakyat menarik nafas lega..! Rakyat menghela nafas selesa kerana yang menjadi punca sudah kembali ke alam nyata..! Segala yang samar sudah jelas didepan mata..! Habuk yang menghalang sudah keluar dari biji mata..! Cuma tindakan berkesan sahaja yang kita pinta agar maruah bangsa terus dibela..!

Selamat berjuang dan mood hujung tahun ada juga yang selamat bercuti..!

Tahun ni kita tak tahu dimana lagi? macam tahun lepas para pemimpin bersolidariti di Ibu Kota London, boleh adakan mesyuarat Agong kerana ramainya hingga tersandong kaki..! Ahli  marhaien cuma tumpang dengar dan tengok tv..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

pss..Siapa Menteri yang nak bercuti ke Europe? ada cerita panas katanya..!!!

3 ulasan:

  1. Awat kuasa memansuh akta tu terletak sepenuhnya dlm tgn pm ka?

    BalasPadam
  2. Kuasa tu terletak dalam tangan LGE ...tapi sayang orang melayu menentang.. nampak berjaya sbb melayu dan bumiputra majoriti di Msia.

    BalasPadam
  3. Credit should be to the malay NGOs, ex-Judge, but not so much umno. Coz umno no balls to express directly to the leaders and public their stand to keep SA. If any, umno used others (NGOs, academics, etc) to push and pressure the government. After the PAU2014 let's see if any umno leaders got the balls to remind their leadership and supporters on solidarity.....

    BalasPadam