Rabu, 12 November 2014

PANAS ~ MALAYSIA TOLAK TPP..!


Pemimpin perlu bijaksana..! perlu ada keberanian dan ketegasan..! Pemimpin yang hanya reti mengikut telunjuk para konSETAN dan para punahsihat tentu memberikan kesan buruk kepada rakyat dan negara..!

Seperkara lagi yang menjadikan seseorang pemimpin itu hebat ialah dia mempunyai kemahiran mendengar..! Mendengar dan memahami kehendak rakyat..! 

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak memerlukan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), iaitu perjanjian perdagangan bebas antara 12 negara, termasuk Malaysia dan Amerika Syarikat.

"Bagi saya TPP tak perlu. Tak ada TPP pun kita dapat bangunkan negara kita, jadi negara maju.

"Jadi apa perlunya TPP? Itu pendapat saya. Jadi kalau kerajaan tak nak terima pendapat ini terpulanglah kepada orang ramai sama ada bersetuju dengan kerajaan atau tidak," katanya selepas Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014, semalam.

Dr Mahathir, dalam temu ramah eksklusif dengan Sinar Harian pada Julai 2013 berkata, Malaysia tidak akan mempunyai keupayaan sama dengan negara maju untuk mempertahankan diri jika syarikat antarabangsa mencabar dasar kerajaan di tribunal antarabangsa, seperti dibenarkan di bawah peruntukan Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) dalam TPP.

Pendirian Dr Mahathir itu dikongsi bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Daim berkata, beliau tidak bersetuju keputusan kerajaan mahu menandatangani TPP kerana ia akan memberi persaingan yang agak sukar kepada negara.

“Saya ingat banyak lagi pihak tidak setuju. Pertamanya kerana ia dilakukan untuk negara-negara besar yang membangun dan syarikat besar, justeru menyukarkan (Malaysia) untuk bersaing.

“Keduanya apabila kita terlibat dengan perjanjian ini, kerajaan perlu melakukan dasar ekonomi terbuka dan ia memudahkan segala perkara masuk ke negara ini,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata, segala kajian mengenai perkara itu juga perlu didedahkan kepada semua pihak berkaitan sebelum keputusan diambil.

“Tetapi bila saya minta hasil kajian tersebut, mereka tidak bagi. Sepatutnya ia perlu dibincangkan bersama.

“Benda kalau baik jangan disembunyikan. Jika tidak baik pun jangan diselindungi, kerana akhirnya rakyat akan tahu juga,” katanya.

Beliau mencadangkan isu TPP dibawa ke Parlimen dan dibentangkan kepada semua wakil rakyat agar mendapat persetujuan semua.

“Minta pandangan wakil rakyat. Ia perlu kerana melibatkan kepentingan masa depan rakyat,” katanya.

TPP, yang kini dalam proses rundingan akhir, dikritik banyak pihak kerana pelaksanaannya dikhuatiri menyebabkan harga ubat-ubatan di Malaysia meningkat.

Ia juga dibimbangi menjejaskan keupayaan kerajaan membuat dasar bagi kepentingan rakyat apabila syarikat antarabangsa dibenarkan mencabar dasar kerajaan yang menyebabkan kerugian kepada mereka di tribunal antarabangsa melalui ISDS, termasuk dalam isu kesihatan dan pencemaran alam sekitar.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengeluarkan kenyataan kelmarin bagi memaklumkan rundingan TPP yang bermula pada 2010 kini memasuki peringkat akhir.

Rakyat Menolak TPP..! Negara tak perlukan TPP..! Pemimpin tunggu apa lagi?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan