Hakim pun manusia, Hakim pun boleh kecelaruan minda..! Hakim pun ada minat..! Hakim pun ada nafsu..! Kerananya Hakim boleh terkhilaf..! Terkhilaf boleh tapi bukan cenderung untuk membenarkan kesalahan..!!!
Jadi..???
Jadinya kita tak perlukan Hakim yang sebegini..! Kerajaan perlu bertindak menilai semula keupayaan seseorang Hakim dalam membuat penilaian..!
Rakyat mendesak..! Kerajaan ada hak..! Soalnya bertanggungjawab ke yang diatas tu? Berani ke? Atau memang sejenis macam Hakim tu jugak..!
BANGI, 21 Nov – Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad membongkar implikasi buruk perundangan negara apabila Mahkamah Rayuan membatalkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 dengan memberi tafsiran liberal kepada perlembagaan.
Katanya, hakim-hakim dalam kes itu telah mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap perintah agama Islam.
Jika mereka menerima bahawa kesalahan itu adalah kesalahan terhadap perintah agama Islam, maka sepatutnya mereka mengesahkan bahawa peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan.
“Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu.
“Sebaliknya, mereka merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain, lebih-lebih lagi merujuk dan mengikuti penghakiman-penghakiman Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan India.
“Perlembagaan negara-negara itu tidak serupa dengan Perlembagaan kita. Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita.
“Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai-nilai kita. Hakim-hakim itu juga nampaknya sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat.
“Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, para hakim dalam kes ini juga memakai prinsip “reasonableness” yang diketengahkan oleh Supreme Court India yang memberi kuasa kepada hakim-hakim untuk mengisytiharkan undang-undang yang dibuat oleh Parliament tidak sah atas alasan ianya“unreasonable”.
“Itu sudah melanggar bidangkuasa Badan Perundangan (Parlimen). Mahkamah hanya boleh mengisytiharkan sesuatu undang-undang itu tak sah jika ia bercanggah dengan Perlembagaan, bukan kerana pada pandangan seseorang hakim undang-undang itu “unreasonable”,” katanya lagi.
Pada 7 November lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 66 tersebut adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi masalah kecelaruan identiti jantina (GID).
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail,30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan undang-undang.
Untuk itu ujar Tun Hamid, berdasarkan alasan penghakiman yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu, undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat, kesalahan meminum minuman yang memabukkan, kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga, boleh diisytiharkan tidak sah.
“Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis. Nampaknya apa yang saya khuatir akan berlaku telah mula berlaku,” kata beliau.
Membenarkan Hakim bermasaalah ini kekal memutuskan sesuatu penghakiman hanya akan menyebabkan asas negara ini menjadi semakin tempang..!
Asas negara yang tempang akan menyebabkan ketamadunan negara ini tumbang..!
Hancur la maknanya jika kita benarkan puak liberal ini subur dalam negara...!
Najib ada akal ni tak...!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Asas negara yang tempang akan menyebabkan ketamadunan negara ini tumbang..!
Hancur la maknanya jika kita benarkan puak liberal ini subur dalam negara...!
Najib ada akal ni tak...!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Hakim pun ade yg bodoh. Hakim pun ade yg bebal dan munafik..Mereka pun manusia cuma berada didalam kelas yg bodoh.
BalasPadamHakim Bodoh dilantik oleh Pemimpin Bodoh..
BalasPadamBuang Pemimpin Bodoh, kedua-duanya terbuang secara automatik.
Nyah Berambuskan Najib Ah Jib Gor
Kenyataan yang memang betul dan perlukan tindakan yang tegas kerajaan dibawah PM Najib. PM Najib jangan lagi tidor dan dibuai oleh kaki ampu yang telah terbukti banyak menyusahkan rakyat.
BalasPadamDulu tun mahathir pernah buang run saleh abas sebab tak sesuai dgn agenda kerajaan. Jika najib tak buang hakim yg kelihatan terlalu liberal bermakna najib setuju dgn mereka. Kita tunggu apa najib nak buat. Kalau najib tak buat apa2, ahli umno wajib buang najib sebelum rakyat terbanyak muntah dgn najib... Parah kalau satu negara termuntah... Hanyir sampai new york ooooo...
BalasPadamNajib : "Ada aku kesah..."
BalasPadamNajib peduli apa ahli umno cakap...sebilangan besar ketua umno bahagian amat selesa dan kenyang buncit perut di bawah kepimpinan najib..
BalasPadamKetua umno bahagian sekarang pun sama dengan najib,,peduli apa ahli umno cawangan cakap..
ketua umno bahagian bukan fikir pasal melayu sekarang..yang mereka fikir apa program nak buat supaya duit peruntukan boleh dilangsaikan sebelum akhir tahun. ..tambah yg berjawatan exco..banyak loit lol...
Jadi maknyah memang salah.. Tapi undang2 syariah bukan tentang pondan shj. Ia ada mcm2 dan boleh ditokok tambah oleh puak ulamak sesuka hati. Semua undang2 syariah adalah menjerut tengkuk umat islam SAHAJA.
BalasPadamTak solat jumaat- penjara..sebat
tak bayar zakat-penjara..sebat
tak puasa-penjara dan banyak lagi..
semua dipenjara tapi kapir penyembah berhala diberi keampunan oleh ulamak kita. Kamu boleh sembah patong. kami tak kacau. Kata ulama.. kamu agama kamu. Boleh pulak puak ulama bertoleransi dgn kapir.
P/s. Jgn sampai ada org islam yg menyesal kerana tidak dilahirkan sebagai kristian suuudah.
Tun Abdul Hamid dah bilang “Itu sudah melanggar bidangkuasa Badan Perundangan (Parlimen). Mahkamah hanya boleh mengisytiharkan sesuatu undang-undang itu tak sah jika ia bercanggah dengan Perlembagaan, bukan kerana pada pandangan seseorang hakim undang-undang itu “unreasonable”,” katanya lagi.
BalasPadamJadi, baiklah AG-LIBERAL/KPN suruh SIASAT kerana disyaki ada kes PENIPUAN dgn. MELANGGAR bidangkuasa Badan Perundangan! SPRM juga harus SIASAT! Ini bukan jenayah KECIL kalau undg-undg Perlembagaan dan undg-undg Syariah di PUTARBELIT dgn sewenangnya itu! Patutnya dibenaqkan MEKANISMA supaya lapuran polis boleh dibuat terhadap kes mahkamah yg. tidak memuaskan hati rakyat - apalagi, hakim-hakim juga manusia biasa yg. juga mesti mematuhi undg-undg!
Makcik Sambal Belacan.
Makcik Sambal Belacan.
BETUL TU! MULA MULA BUANG PEMIMPIN BEROTAK LIBERAL DARI UMNO. SENARAI TERATAS : 1)NAJIB 2)HISHAMUDIN 3)KJ 4)SAIPUDIN 5)SHABERY CHIK KEMUDIAN BARU BUANG HAKIM YANG BEROTAK JIJIK DAN LIBERAL.
BalasPadam