Layan...
PAU 2014 - MUHASABAH BUAT UMNO
Wahai UMNO, masa berjalan begitu pantas. Kini, kamu sudah memasuki PAU ke-65. Masa yang cukup lama, setelah memenangi PRU demi PRU. Menunggu kelangsungan PRU 14, itupun jika menang.
Ingatlah pesanan Konfucius ini, pertama, jika mahu menjadi pemimpin, pertamanya, jaga rumahtangga, anak isteri dengan baik, boleh menjadi contoh, sebab orang memerhatikan kamu. Kedua, nak pastikan rumahtangga itu menjadi baik, pastikan diri sendiri berakhlak mulia dan boleh diteladani, sebab kebaikan rumahtangga bermula dari diri kita. Ketiga, nak pastikan diri sendiri menjadi baik, pastikan hati itu bersih. Keempat, nak pastikan hati itu bersih, asasnya adalah sifat ikhlas.
Persoalan saya, adakah orang UMNO ada sifat seperti itu? Adakah kita benar-benar mengutamakan rakyat? Terangkatkah memartabatkan agama, bangsa dan negara selama berkuasa? Tepuk dada tanya iman. Saya tidak nafikan ada, tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki.
Wahai UMNO, contohilah pemimpin terdahulu, sanggup berkorban jiwa raga. Mahatma Gandhi, seorang pemimpin agong India, sentiasa menaiki keretapi kelas ketiga untuk bertemu rakyat. Apabila ditanya; “kenapa selaku pemimpin besar, menaiki keretapi kelas ketiga, bukan pertama?. Gandhi menjawab: aku memilih kelas ketiga, sebab tidak ada kelas empat”.
Menurut Gandhi, pemimpin yang berdosa adalah pemimpin politik yang tidak berprinsip. Mahu kaya, tetapi malas bekerja. Akhirnya, mengamalkan rasuah. Mahukan agama, tetapi tidak mahu berkorban.
Masih adakah pemimpin seperti Gandhi hari ini? Wahai UMNO! bukan maksud saya selepas ini, kita berpakaian compang-camping atau menjadi papa kedana. Apa yang tersirat dan tersurat, pemimpin mesti bersama rakyat dan menyelami hati nurani rakyat. Susah senang dirasai bersama.
Jangan sampai ada pemimpin yang terlampau kaya, sehingga ada rakyat yang terlampau miskin. Hari ini, seolah-olah kelihatan berlaku. Ada yang berlagak dengan rumah dan kereta besar. Anak-anak dihantar ke sekolah swasta dan luar negara.
Menjadi pemimpin atau ketua bahagian (cawangan) seolah-olah tiket untuk menjadi kaya. Maka, berlaku pertandingan merebut jawatan. Bagi mengekalkan dan memenangi jawatan tersebut, berbagai perkara akan dilakukan, termasuk merasuah. Akhirnya, kita ajar rakyat hidup memberi dan menerima rasuah. Tidak takutkah kita dengan api neraka?
Pemimpin dipilih bukan kerana akhlak dan daya intelektualnya, tetapi pemimpin dipilih berasaskan berapa banyak habuan yang diberi.
Wahai UMNO, kita sudah tidak ada masa lagi. Bangunlah sekarang sebelum terlambat. Telitilah menasihat ini. Pertama, berakhlaklah dengan akhlak Islam. Pastikan diri kita boleh menjadi teladan. Kewujudan kita amat disegani dan dihormati. Pemergian kita nanti akan ditangisi. Jawatan itu amanah, ada perkiraan dunia dan akhirat. Orang pertama yang akan dihisab adalah pemimpin. Adakah kita memimpin rakyat ke jalan takwa?
Kedua, tegurlah pemimpin, termasuk raja, jika mereka melakukan kesilapan dan kesalahan, secara berhikmah. Jangan hipokrit. Jangan bodek mereka. Itu menempah kecelakaan. Rasulullah dan 4 Khalifah kita juga ditegur rakyat. Ingatlah, kita semua manusia biasa, bukan Nabi.
Ketiga, perangi rasuah habis-habisan. Jangan menikam sesama sendiri kerana kita bersaudara. Tolak pemimpin yang mengamalkan rasuah. Rasuah hanya akan menjahanamkan kita.
Keempat, pertahankan hak kepada yang berhak demi pembangunan negara bangsa tercinta, bersumberkan perlembagaan. Agenda kebangsaan mesti diperkasakan, tanpa rasa takut kepada ugutan ultra kiasu.
Kelima, marilah kita bersama-sama membawa negara ini menuju keredhaan dan keampunan Allah. Jangan undang kemurkaan Allah dengan berbuat dosa dan maksiat.
Akhirnya, marilah kita hayati pesanan Dato' Onn Jaafar, YDP UMNO, ketika PAU 1, 1946. Nasib Melayu hanyalah akan dapat diperkekalkan dengan kesatuan hati sesama mereka.
Meskipun sesama kita berlainan fikiran dan fahaman, taraf dan kedudukan, tetapi hakikat tujuan dan maksud kita hanya satu, iaitu kita hendak meninggikan dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa kita. Kita berkehendak supaya tanah air dan bangsa kita terselamatdan kuat, dan hanyalah boleh kuat jika kita bersatu padu.
Marilah kita tunjukkan, hanya dengan persatuan di antara kita, akan lahir satu bangsa yang hebat, boleh berdiri di atas tapak kaki sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar, mengatasi bangsa lain. Marilah kita bersatu dan berusaha bagi faedah bangsa kita. Marilah kita bekerjasama dan menyamakan perusahaan kita itu bagi melayakkan diri kita menjadi satu bangsa yang besar. Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha. Tunjukkanlah bahawa kita ini sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang berani menghadapi bahaya dengan bersatu hati (Mac 1946).
Ketika PAU ke-2(1950), Dato’ Onn secara sukarela mengundurkan diri dari takhta kuasa. Beliau meminta supaya dirinya tidak dicalonkan sebagai YDP bagi sesi 1951/52. Nyata sekali Dato’ Onn tidak mengejar dunia. Kuasa bukan segala-galanya bagi beliau. Bukan seperti kita hari ini, kalau boleh mahu mati di takhta kuasa. Bangunlah wahai UMNO sebelum terlambat!
Aku rasa amat "termalu" dengan China yang sorang ni ...!
BalasPadamApa yang saudara Redhuan Tee katakan itu memeng benar tetapi orang Melayu mudah lupa. Bila ditegur, dia panaslah sekejap, panas macam kueh PAU. Sekarang ni ramai ahli2 dan pemimpin2 UMNO berhimpun di bangunan PWTC, Semasa mereka berada disana samalah seperti kueh pau panas dalam oven, keluar dari dewan nanti??
BalasPadamKalaulah ada pemimpin UMNO nak jadi payung dan kembali kepada agama ,bangsa dan negara...aku sanggup tadah dada ini jadi perisai jika ada kiasu atau yahudi nak bunuh kau orang...amacam berubahlah cepat...apa tunggu lagi...aku ada kat sini dan rasa ramai lagi sanggup mati demi agama ,bangsa dan negara...aku tahu dengan berkorban saja agamaku akan terus subur...pejuang ISIS pun kecut perut dengan aku kerana aku menyintai syahid dengan cara yang betul..
BalasPadamBetul2.. saya faham apa yg sdra 9.55ptg luahkan.
BalasPadamAda rakyat kita yang pergi ke jalan yang salah untuk memartabatkan Agama. dan juga Bangsa
Krn dlm negara sendiri tiada pemimpin Melayu yg benar2 ikhlas berjuang untuk Agama dan Bangsa. Berjuang utk bangsa bukan bermaksud menindas bangsa lain, sebaliknya memperkasakan bangsa Melayu supaya selari dan segagah bangsa lain dlm semua bidang kebaikan.
Tidak menggadaikan hak Melayu kepada bangsa lain. Selama ini pun bangsa lain bebas memijak kepala Melayu tapi masih tidak apa. Ini masalahnya bila pemimpin Melayu lupa daratan seperti Ku Nan dan Najib. Melayu dh korban mcm2 tapi masih nak cakap Melayu tak korban?
Kenapa Cina tak boleh disentuh? Kalau sentuh media mereka menyerang, apakah kita tak berani lawan?? sampai bila nak jadi dayus??
PEMIMPIN BANGSAT
BalasPadamMELAYU MEREMPAT
UMNO=PAS=PKR=Penjilat tegar burit cina cina DAP/MCA/GERAKAN
kehidupan berlandaskan Al-Quran dan hukum Allah.......insyallah selamat.
BalasPadam