Isnin, 10 November 2014

PANAS ~ Kenyataan MB Pahang Yang Akan Disiarkan Di Muka Hadapan Utusan Esok..!!!


Takkan berani barua@macai di utusan mengeluarkan kenyataan YAB MB Pahang dibawah ni..! Adil ke??? 

Isu jenayah perlu didedah..! Isu jenayah mesti diambil tindakan..! Semoga pihak Polis, SPRM dan pihak berwajib yang lain dapat mengambil tindakan sewajarnya..!

Tapi bukan menyiar sesuatu yang sengaja disensasi..! sengaja dibuat dan direka cipta untuk memenuhi tembolok tuhan politik mereka..!!! Tak gitu??? 

Dengar dan fahamkan...!


Rakaman Video berkenaan adalah mengenai isu pendatang asing yang akhirnya menjadi kontroversi dan berlarutan diantara Utusan Malaysia (Awang Selamat) dengan Menteri Besar Pahang Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob. 

Sidang Akhbar berkenaan diadakan pada 6hb November 2014 betempat di Yayasan Pahang dan diadakan berikutan isu pendatang asing yang menempati Cameron Highland serta memonopoli sektor pertanian sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia. 

Menteri Besar Pahang ada menegur pihak Utusan Malaysia dalam hal memberikan tajuk kepada artikel berkenaan dengan menyatakan bahawa tajuk adalah kurang sesuai dan tidak tepat serta mengelirukan. 

Tidak benar sama sekali apabila ada pihak yang mendakwa bahawa Menteri Besar melatah dan terlalu emotional dalam isu berkenaan. Yang dinyatakan adalah Menteri Besar meminta pihak akhbar (Utusan Malaysia) berhati-hati dalam memilih perkataan untuk dijadikan tajuk berita yang ingin dilaporkan, jangan hanya mengutamakan keuntungan jualan akhbar semata-mata tanpa mengambil kira bahawa tajuk berkenaan mengelirukan rakyat dan memberi pandangan negatif. 

Bahkan dalam sidang akhbar berkenaan, Menteri Besar Pahang dengan jelas mengalu-alukan laporan sebarang akhbar mengenai sebarang isu namun haruslah dengan cara dan bahasa yang jelas dan tidak mengelirukan rakyat. 

Sidang akhbar berkenaan dihadiri berbagai media di negeri Pahang, namun kolumnis Awang Selamat tidak hadir bersama, justeru tulisan beliau selepas sidang tarikh berkenaan adalah diragui kejujurannya apabila beliau menganggap Menteri Besar Pahang melatah dan emosional walhal beliau tiada ditempat kejadian. 

Tindakan pihak akhbar serta sebilangan laman media sosial 'menghentam' Menteri Besar Pahang bermula isu Bangla di Cameron Highland dilihat sebagai usaha terancang pihak tertentu yang berkepentingan dalam usaha memberi imej buruk kepada Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob selaku Menteri Besar Pahang. 

Crew PahangKu Media yang turut serta di sidang akhbar berkenaan merasa bertanggungjawab untuk memberi penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku ketika sidang akhbar berkenaan serta menafikan sekeras-kerasnya sebarang tuduhan dan tohmahan yang mengaitkan Menteri Besar Pahang sebagai melatah dan emotional sebagaimana laporan Utusan Malaysia. ~ Editor - 

Sumber pahang-ku.

Baca juga desakan YAB MB Pahang kepada pihak SPRM agar siasatan di Cameron Highland dipercepatkan...!


KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat mempercepatkan penyiasatan berhubung wujudnya amalan rasuah dan salah guna kuasa di Cameron Highlands.

Amalan ini mendorong kepada penerokaan tanah haram secara berleluasa hingga menyebabkan berlaku banjir lumpur yang teruk di kawasan tanah tinggi itu.

Katanya, tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap pihak yang terlibat.

"Saya harap SPRM akan meneruskan dan mempercepatkan siasatan sebab dalam berita dan akhbar-akhbar (mengatakan adanya perlindungan) daripada ahli politik yang semua menumpu kepada menteri besar.

"Kita (kerajaan negeri) tidak pernah mencampuri undang-undang, sesiapa pun daripada menteri besar sampailah ke bawah," kata Adnan.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah yang disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Bandar Indera Mahkota di sini.

Adnan berkata pihak kerajaan negeri melalui Majlis Daerah, Pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Perhutanan tidak mempunyai kakitangan mencukupi selain tidak mempunyai peruntukan kewangan untuk menangani apa saja permasalahan yang berlaku di kawasan tanah tinggi itu.

"Bukan senang bagi agensi penguatkuasa yang kecil bilangan kakitangannya untuk mengambil tindakan, bukan itu sahaja, mereka ini berhadapan dengan pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh.

"Justeru, kerajaan persekutuan akan mengambil usaha untuk menjalankan operasi yang difikirkan wajar dan kerajaan negeri akan memberikan sokongan penuh," katanya.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata pihaknya ada menerima laporan dan maklumat berkaitan dakwaan wujudnya jenayah rasuah di sebalik isu penerokaan haram tersebut.

Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Tolong cakap pada MB Tu....kalau bukan sebab tajuk Tu pun utusan dah untung. Aku Ni sejak berkurun dah Baca utusan. Ingat dia hebat sangat ke...

    BalasPadam
  2. This is a hopeless MB. If he cannot solve the cameron highlands problem, then step aside. Let someone else do it. Adnan can enjoy his retirement. Apal punya MB. Zaman dah berubahlah.

    BalasPadam
  3. Menteri Besar.. or Menteri Balak ?
    MB... it could stand for anything rite ?
    but for the "person".. Anwar.. Menutoh Bontot.. also MB loorrrrr

    BalasPadam
  4. Bahasa mnunjukkan bangsa...wartawan yg tak ada etika penulisan

    BalasPadam
  5. Kalau Utusan Malaysia tak bongkarkan...apa yg si Denan ni akan buat? Biarkan sahaja Cameron Highland menjadi penternak pendatang asing?

    BalasPadam
  6. semua kat atas CH tu pendarang asing. biar diia runtuh semuanya.
    diaorang yang sedap mentekedarah dapat untung, orang lain yang kena bencana dan support diaorang pulak. tak perlu bantu penjenayah yang menceroboh tanah tanpa lesen.

    BalasPadam
  7. Kiat cuba berbuat baik dan kita boleh terima boleh terima kenyataan MB Adnan cuma yang perlu kita dapat penjelasan , adakah sidang media itu dibuat setelah lapuran utusan mengenai kebanjiran PATI di CH atau sebelum.

    BalasPadam