Berikutan itu, beliau mencadangkan agar kesalahan itu dimansuhkan memandangkan kewujudan peruntukan tersebut tidak konsisten dengan amalan demokrasi.

“Malah, untuk berkempen pilihan raya pun tidak boleh. Sebab itulah selama ini tiada sesiapapun yang dituduh atas kesalahan itu.

“Jika demikian, untuk apa kesalahan itu dikekalkan dalam undang-undang. Ini hanya memberi gambaran bahawa kerajaan bersifat autokratik,” katanya dalam ucaptama Konvensyen Perpaduan Nasional anjuran Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam Penggerak Perpaduan Nasional di Pusat Islam di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hamid turut mengemukakan enam lagi cadangan iaitu:

* Urusan mengenai Akta Hasutan 1948 perlu dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

* Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional tidak sepatutnya mengambil alih perkara yang terletak dalam bidang kuasa KDN dan Peguam Negara.

* Prosedur biasa yang mana kementerian menentukan dasar dan penggubalan dibuat Jabatan Peguam Negara manakala keputusan muktamad dibuat oleh Kabinet perlu diikuti.

* Ketepikan draf Rang Undang-undang Harmoni yang digubal oleh Majlis Peguam.

* Akta Hasutan hendaklah dilaksanakan dengan tegas.

* Bubarkan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara dan Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar.

Apa kerja JK Undang Undang dan Dasar tu..! cuba baca dan fahamkan...

SATU daripada tajuk penting dalam projek pendemokrasian di negara ini ialah melakukan pembaharuan dalam cara kita menggubal, membahas dan meluluskan undang-undang. Secara spesifik, ialah mewujudkan secara formal, proses keterlibatan dalam menggubal undang-undang.

Ia sebahagian daripada kandungan cadangan penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang (SPU), yang dikemukakan Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), yang dipengerusikan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dengan Lim Chee Wee sebagai timbalannya dan saya salah seorang anggotanya. SPU telah diluluskan MKPN pada 15 Oktober lalu dan merupakan sebahagian daripada laporannya yang akan diserahkan kepada kerajaan kelak.

Saya telah berkongsi tentang proses keterlibatan ini di diskusi “Agenda Pembaharuan Parlimen” bersama Maria Chin Abdullah (Bersih 2.0) dan Syahredzan Johan (Majlis Peguam) dengan Ahli-ahli Parlimen, pada 15 Oktober lalu; dan di forum “Reformasi Undang-undang” anjuran SUARAM Pulau Pinang bersama Hannah Yeoh (Speaker, Dewan Undangan Negeri Selangor) dan Ahli-ahli Parlimen R. Sivarasa dan  Liew Chin Tong, pada 20 Oktober lalu.

Apa faedahnya??? Apa yang gila sangat nak diturut kehendak musuh? Jangan jadi bodoh..! Segera bubarkan kumpulan haram ni..!

Sebelum rakyat sendiri membuat keputusan membubarkan kerajaan lemah lagi bacul macam ni..!

Lu FIkir La Sendiri!!!