Kerajaan Negeri Selangor akhirnya menyerahkan kembali kitab Bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) sejak 2 Januari lalu.
Majlis penyerahan kitab itu berlangsung di Istana Alam Shah pagi Jumaat dengan diisaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Berita itu turut disebarkan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali melalui laman Twitter beliau, pagi ini.
“Penyelesaian yang baik kepada isu rampasan kitab Bible berbahasa Melayu yang mengandungi perkataan (kalimah) Allah.
“Kitab Bible dikembalikan kepada orang Kristian,” tweet Azmin.
Turut dikongsikan oleh Azmin dua keping gambar majlis berkenaan di mana beberapa orang kenamaan turut kelihatan.
Turut menyaksikan majlis itu adalah Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan beberapa pemimpin gereja dari Selangor, Sabah dan Sarawak.
Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak merampas 321 buah kitab Bible bahasa Melayu dan Iban dari PBM kerana didakwa melanggar Enakmen 1988 Jenayah Syariah Negeri Selangor.
Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara berpendapat tiada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible tersebut, sekali gus mahu kes berkenaan ditutup pada 11 Jun lalu. therakyatpost.

Bukan main lagi dari MB, Mufti, SUK malah Tuanku Sultan pun turut serta..!!!
Namun...

Penyerahan semula kitab Bible yang mengandungi perkataan "Allah" dilaksanakan dengan syarat ketat iaitu bahan itu tidak diedarkan di sekitar Selangor, kata Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, kitab itu yang diserahkan kepada Biskop dari Kuching, Datuk Bolly Lapok pada Jumaat, hanya untuk kegunaan penganut Kristian di Sarawak.
"Penyelesaian itu adalah sikap hormat menghormati yang wujud, selain memahami sensitiviti agama lain di negara ini.
"Sultan Selangor juga mengharapkan penganut agama lain turut melindungi sensitiviti umat Islam di negara ini, terutama di Selangor dan berharap pengedaran dan cetakan kitab Bible yang mengandungi perkataan "Allah" tidak lagi dilakukan kerana ia melanggar Enakmen Agama Bukan Islam 1988," katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!