Baca dan fahamkan...
Beza antara Sekolah Agama dan SJK
Saya cuba mengelakkan untuk menggunakan istilah ultra kiasu setelah dinasihati oleh rakan seperjuangan, kerana ada yang beranggapan saya merujuk kepada semua orang Cina. Wal hal tidak. Tetapi, mutakhir ini serangan demi serangan mereka keterlaluan. Tidak berlapik dalam berbicara.
Ultra kiasu mempersoalkan kedudukan Sekolah Agama (SA) yang terdiri dari murid beragama Islam sahaja, juga bersifat perkauman sama seperti Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).
Pertama, jawapan saya, SA tidak perkauman dan tidak rasis kerana operasinya dibenarkan oleh perlembagaan, dan telah dipersetujui oleh semua kaum. Malah kewujudan institusi agama (Melayu) yang lain juga tidak rasis, seperti UiTM, JAKIM, Majlis Agama, Jabatan Agama dan banyak perkara lain berkaitan Islam.
Kedudukan Islam bukan sahaja hanya terkandung dalam Perkara 3, tetapi ia juga harus dibaca bersekali dengan Perkara 8, 11, 12, 121, 150 dan kedudukan Yang di Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam. Bukti ini menunjukkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai kedudukan keistimewaan berbanding yang lain.
Melalui kuasa perlembagaan inilah, Seksyen 36 dan 37 Akta Pelajaran 1961 digubal dan mewajibkan mana-mana sekolah yang menerima bantuan kerajaan supaya memperuntukkan pengajaran agama Islam dengan syarat jumlah pelajar di sekolah itu tidak kurang daripada lima belas orang. Semua perbelanjaan bagi pengajaran itu dibiayai oleh kumpulan wang yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan (Mohd Salleh Abas 1985).
Fakta ini menunjukkan Islam, diberikan keistimewaan berbanding agama lain meskipun perlembagaan turut menjamin hak kebebasan beragama. Dana awam boleh digunakan untuk pembangunan syiar Islam.
Bukan Islam di Malaysia amat bernasib baik, kerana kerajaan menyediakan peruntukan untuk pembangunan SJK dan juga rumah ibadat, walaupun tidak disebut dalam perlembagaan. Inilah toleransi dan keadilan yang tidak ada tolok bandingnya.
Perlu diingatkan, lebih dari 15 buah negara di dunia menjunjung agama dalam perlembagaan negara masing-masing, mengikut siapakah yang menjadi majoriti (Kristian, Islam atau Buddha). Antara negara Kristian adalah Ireland (Perkara 6), Norway (Perkara 1), Denmark (Perkara 3), Sepanyol (Perkara 6), Argentina (Perkara 2), Bolivia (Perkara 3), Panama (Perkara 36), dan Paraguay (Perkara 3). Manakala, negara Islam ialah Afghanistan (Perkara 1), Iran (Perkara 1), Iraq (Perkara 13), Jordan (Perkara 2) dan Syria (Perkara 3) dan negara Buddha ialah Thailand (Perkara 7). Kesemua negara ini memberikan keistimewaan kepada agama mereka. Jadi, apa masalahnya?
Kedua, kesemua pelajar sekolah agama boleh menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu (BM) dengan baik. Majoriti mereka lulus BM dalam peperiksaan.
Cuba ultra kiasu kaji berapa ramai pelajar SJK yang gagal dalam BM dan langsung tidak boleh berkomunikasi dalam BM, sehingga kelas peralihan (remove class) terpaksa diwujudkan bagi membantu.
Mana dalam ada dunia ini satu sistem yang menyediakan kelas khas untuk mereka yang buta bahasa kebangsaan, kecuali Malaysia? Hargai usaha kerajaan ini.
Ketiga, dahulu SA kebanyakan dibangunkan oleh rakyat atau umat Islam, termasuk dana bantuannya. Ia dikenali sebagai SA Rakyat (SAR). Sekolah agama bantuan penuh kerajaan tidak banyak, berbanding bilangan SJK berganda-ganda bilangannya yang dibantu sepenuhnya oleh kerajaan hari ini.
Itupun SJK tidak mahu mengikut arahan kerajaan supaya ditambahkan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek BM. Sebarang cubaan untuk memandaikan murid-murid SJK dalam BM ditentang kerana takut penguasaan bahasa ibunda terjejas.
Keempat, saya adalah kalangan anak Cina pada usia belasan tahun yang mengikuti kelas agama dan mengambilnya dalam peperiksaan. Sepanjang P&P yang berlaku, ustaz atau ustazah tidak pernah tanamkan kebencian kepada kaum lain (bukan Islam), kerana Islam tidak membenarkan.
Kelima, SA menggunakan bahasa pengantar BM, sedangkan SJK menggunakan bahasa asing (ibunda). Sudah tentu tahap kesayangan murid terhadap bahasa berbeza. Murid SJK lebih sayang bahasa ibunda dari bahasa kebangsaan. Mungkin di sini wujud tuduhan perkauman itu.
Keenam, bagi membuktikan perkara di atas, apa kata kita anjurkan debat atau syarahan atau hari interaksi antara SA dan SJK. Kita lihat, siapa yang akan lebih mudah berinteraksi dan bergaul. Saya amat yakin murid-murid SJK akan memencilkan diri, kerana mereka ada masalah komunikasi dalam BM.
Ketujuh, mungkin kepada sesetengah kaum, agama itu tidak penting. Tetapi tidak kepada umat Islam. SA bertujuan untuk mendalamkan pengetahuan umat Islam terhadap Islam. Mudah-mudahan dengan ajaran tersebut, mereka akan menjadi semakin baik dan bertoleransi. Sejarah membuktikan, penerimaan orang Melayu terhadap bukan Melayu yang datang berhijrah, sangat tinggi, disebabkan oleh pengajaran dan kefahaman mereka terhadap Islam. Sebab itu mereka dilayan dengan baik kerana tuntutan agama.
Kesimpulannya, jika ditakdirkan orang Melayu tidak faham Islam ketika mana penghijrahan itu berlaku, apakah kita ada seperti hari ini? Justeru, berpada-padalah bila bercakap. Ingatlah, melalui kefahaman Islam itulah yang menjadi kita boleh hidup selesa dan kaya raya di sini.
Tutup jaa sekolah sjkc...
BalasPadamLancau Ah Jib Gor penjilat Cinabeng
BalasPadam