Jumaat, 21 November 2014

RON95 Bakal Turun..!


Kalau dah harga minyak dunia turun...!

BIAR HARGA RON95 IKUT APUNGAN TERURUS

21 NOV: Antara topik perbualan orang ramai minggu ini adalah isu penurunan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen kepada RM2.55 sen pada Selasa.
Disebalik penurunan harga bahan api yang dikaitkan penggunaannya oleh golongan berada atau mewah, orang ramai bertanya kenapa harga petrol RON95 tidak turun.
Ramai juga yang marah kerana harga minyak dunia atau minyak mentah Brent turun kepada US$78 setong pada Rabu.
pamminyak
Pada pendapat mereka, sepatutnya dengan penurunan harga itu, harga petrol di negara ini wajar turun berbanding RM2.30 seliter bagi RON95 dan RM2.20 bagi diesel.

Lebih memeningkan kepala adalah apabila Indonesia mengumumkan pengurangan subsidi bahan api di negara itu sehingga 30 peratus berkuat kuasa mulai 18 November, tarikh sama harga RON97 di Malaysia diturunkan.
Pengurangan subsidi itu sekali gus menyebabkan harga petrol di Indonesia meningkat sebanyak 2,000 rupiah daripada 6,500 rupiah (RM1.78) kepada 8,500 rupiah (RM2.33) seliter, manakala harga diesel pula dinaikkan daripada 5,500 rupiah (RM1.55) kepada 7,500 rupiah (RM2.10) seliter.
Bagaimanapun, tentu ramai rakyat negara ini tidak tahu bahawa Indonesia menggunakan RON88 – bahan api dengan oktan yang lebih tinggi dan kurang baik untuk enjin kenderaan.
Ini bermakna dengan harga RM2.33 seliter di Indonesia dan dibandingkan RM2.30 di Malaysia, mutu bahan api di negara ini lebih baik dan lebih murah.
Namun, persoalan utama yang dinanti-nanti oleh orang ramai, adakah kerajaan akan menurunkan harga RON95 ekoran penurunan harga RON97 dan harga bahan mentah dunia itu.
Perlu diketahui, ketika kerajaan mengumumkan harga RON95 naik 20 sen pada 2 Oktober lalu, rakyat masih mendapat subsidi 28 sen manakala diesel sebanyak 32 sen.
Itu perkiraan pada bulan Oktober tetapi kini pada bulan November, harga sebenar termasuk cukai adalah RM2.43 sen, bermakna subsidi kerajaan kini hanya 13 sen sahaja seliter.
Manakala bagi diesel pula, subsidi hanya tinggal 12 sen sahaja seliter.
Bagaimanapun, besar kemungkinan jumlah subsidi itu sudah semakin mengecil jika penurunan harga minyak mentah dunia terus diambil kira.
Justeru itu, sudah tentu rakyat berharap kerajaan mengumumkan sesuatu berhubung harga RON95 dan diesel dalam tempoh terdekat.
Besar kemungkinan mesyuarat Kabinet pada Jumaat akan membincangkan keputusan ini tetapi jika ada pengumuman mengenainya, ianya bukanlah dalam tempoh sehari dua ini.
Ini kerana Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Chua Tee Yong sudah menyatakan kerajaan mungkin mempertimbang untuk menyelaraskan harga petrol RON95 jika harga minyak mentah dunia antara US$70 dan US$75 setong.
Sehingga Rabu, harganya turun kepada US$78 setong.
Katanya, jika harga terus jatuh, sudah tentu Kementerian Kewangan akan mengkaji kemungkinan sama ada menyelaras harga RON95.
Jika ia turun di bawah harga tertentu, kemungkinan ia akan melepasi tahapi subsidi yang diberikan.
Tentu kerajaan ada beberapa pilihan dalam menangani isu harga RON95, diesel dan subsidi bahan api di negara ini.
Antara boleh difikirkan adalah membenarkan harga runcit RON95 ditentukan oleh ‘apungan terurus’ dan bergantung kepada kuasa pasaran sama seperti RON97.
Ini boleh dilakukan jika harga RON95 sebanyak RM2.30 sudah melepasi tahap subsidi kerajaan.
Penetapan harga boleh dibuat sekali setiap bulan
Kerajaan boleh menetapkan satu harga siling jika harga bahan api itu naik semula, contohnya sehingga RM2.50 untuk melaksanakan semula pemberian subsidi yang diikuti dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi seperti dirancang sebelum ini.
Bagaimanapun, pemutusnya di tangan kerajaan yang sentiasa memikirkan cara terbaik untuk manfaat rakyat di negara ini.
Apung..apung jugak..! jangan sampai apung rakyat tak tertampung...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. OK--- MINYAK TURUN -- HARGA BARANG BOLIH TURUN KE??????
    kalau esok harga minyak naik semula ---- harga barang mesti naik lagi.......
    kerajaan bijak ke.........atau nak jadi kerajaan yang popilorrr tapi rakyat yang tanggung....
    Najib oh Najib..... Nanti Jadi macam lagu Bangau oh Bangau.........kami orang Kampung,,

    BalasPadam
  2. ah jib gor is digging his own grave

    BalasPadam
  3. alooo..bro..kalau najib atau menteri2 nye tak dpt berkuasa pd pru akan datang pun...mereka takde hal punye...harta dah melambak makan tak habis 7 keturunan...tapi kalau dapat kat pembangkang pun..nasib rakyat macam ni juga mungkin lagi teruk...jika ditakdirkan pembangkang dpt tawan putrajaya....ibarat mereka mendapat harta rampasan perang...tentu sibuk berbagi sesama sendiri...bercakaran merebut jawatan...rakyat..penyokong& pencacai...tetap spt sekarang...kais pagi makan petang...kais petang makan malam...

    Pakcik Sambal Tempoyak.

    BalasPadam
  4. Masa terbaik untuk menghapuskan subsidi.. bila lagi rakyat nak menjadi dewasa dan matang..

    BalasPadam
  5. naik bising.....turun bising.....lantak ko la labu.......

    BalasPadam