Selasa, 4 November 2014

Anwar Liwat Saiful ~ Mahkamah Kata Pergi..! Penjara Kata Mari..!


Walaupun ditangguh dan tertangguh..! Keadilan tidak akan pernah lenguh menanti Anwar untuk menerima balasan dari perbuatan terkutuknya itu..!

Sebenarnya Mahkamah rakyat telah lama memutusakan bahawa Anwar adalah seorang peliwat..! Sama seperti kes liwat pertamanya dahulu..!

Istana Keadilan adalah pemutus rasmi bagi merealisaikan keputusan mahkamah rakyat yang menantikan syurga penjara untuk Anwar bersemadi..!

LU Fikir La Sendiri!!!

PUTRAJAYA: Perjalanan prosiding rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari keenam di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Barisan pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mahu menghabiskan keseluruhan hujahnya yang tinggal kira-kira 30 peratus pada sebelah pagi.

Beliau terus menperincikan isu DNA sebelum penghujahan terakhir daripada barisan pembelaan diperdengarkan.

Pelanjutan sesi prosiding ini yang bermula sejak Selasa minggu lalu masih belum mendapat sebarang petanda sama ada barisan hakim bakal membuat keputusan segera atau menetapkan tarikh lain untuk berbuat demikian.

Berikut adalah perkembangan sesi prosiding di Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan hari ini:

3.05 petang:Setelah berbincang, Hakim Arifin menangguhkan sesi prosiding ke hari Khamis.

3.00 petang:Gopal meminta hakim memberi masa kepada pasukan pembelaan agar Ramkarpal dapat menyediakan hujah bertulis bagi menjawab isu DNA yang dibangkitkan oleh Shafee.

2.50 petang:Shafee membuat rujukan pantas tentang isu kredibiliti dan prosiding pendakwaan.

2.40 petang: Shafee memberitahu sidang mahkamah tentang gambar Saiful di majlis minum teh. Menurutnya, sebelum ini peguambela Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengatakan bahawa Saiful kelihatan ceria, tetapi Shafee memberitahu, Saiful sebenarnya dalam keadaan sebaliknya. Gambar itu bersifat subjektif dan tidak boleh menyokong hujah pasukan pembelaan kerana menurut Shafee, testimoni daripada jurugambar itu perlu diambil kira.

2.35 petang:Prosiding disambung semula. Shafee meneruskan pembentangan baki hujahnya.




1.10 petang:Shafee masih belum menghabiskan hujah. Hakim Arifin menangguhkan prosiding ke jam 2.20 petang.



12.35 tengah hari:Shafee berhujah tentang sampel DNA yang diambil dari rektum boleh bertahan lebih lama berbanding sampel dari peri-anal.



Shafee seterusnya mahu berhujah berdasarkan sebuah tulisan perubatan dalam bahasa Thailand tetapi rumusannya dalam Bahasa Inggeris. Namun, ia mendapat bantahan Ramkarpal atas sebab kandungan penulisan itu tidak difahami dan hakim menerima. Shafee meneruskan hujah yang lain.



12.15 tengah hari:Shafee meneruskan hujah tentang teori perpindahan kesan DNA seperti yang dibangkitkan mengenai seluar dalam yang dipakai Saiful ketika bertemu Dr Osman. Kesan itu dikatakan  mungkin terjadi akibat pemeriksaan awal sebelum Dr Osman tidak jadi meneruskannya.



11.50 pagi:Shafee berhujah berdasarkan gambar-gambar bahan bukti dari lokap iaitu tuala muka yang telah digunakan, ubat gigi yang penutupnya terbuka dan air dalam botol air yang sudah terbuka dan diminum.



11.45 pagi:Shafee menyebut tentang kemungkinan ketika Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi memeriksa bahagian sulit Saiful, dia telah meninggalkan DNAnya sendiri lalu memberi kesan pada bahan bukti.



11.10 pagi:Prosiding disambung semula. Shafee meneruskan hujah mengenai DNA berdasarkan testimoni saksi. Menurutnya, faktor degenerasi bukan masalah dalam ujian menentukan identiti DNA.


10.50 pagi:Hakim Arifin merehatkan prosiding dan akan disambung pada jam 11 pagi.



10.45 pagi: Shafee membaca testimoni pakar kimia yang memeriksa sampel air mani dari tubuh Saiful. Beliau menjelaskan bahawa pakar terlibat mengesahkan bahawa sperma yang diperiksa masih mempunyai membran kepala. Membran itu sudah mampu memberikan bacaan DNA yang mencukupi.



10.35 pagi:Shafee menyentuh soal sampel air mani yang didakwa pasukan pembelaan sebagai tidak unggul untuk dijadikan bahan bukti. Sambil memetik kes contoh dari luar negara yang relevan, Shafee berhujah bahawa walaupun tidak mendapat sampel yang terbaik dalam kes Saiful, namun bacaan DNA yang diperolehi adalah unggul dan boleh diterima pakai.



10.15 pagi:Hakim Tun Arifin Zakaria bertanya pada Shafee apakah tujuan kes-kes contoh itu dibacakan. Shafee menjawab, itu adalah untuk panduan agar penghakiman dapat mendalami istilah 'konspirasi' seperti yang diuar-uarkan pihak pembelaan Anwar. Menurutnya, butiran dakwaan 'konspirasi' perlu dihuraikan secara teliti untuk memelihara integriti maklumat dan menginspirasi keyakinan.



10.10 pagi:Merujuk kepada kes-kes contoh yang dipetik itu, menurut Shafee, tertuduh atau perayu juga mempertikaikan banyak pihak lain dan menggunakan istilah 'konspirasi' bagi menutup kesalahannya.



10.00 pagi: Berdasarkan kes-kes contoh yang disebut dalam hujahan kerangka, Shafee menekankan bahawa pengabaian alibi tidak boleh dilakukan. Ini merujuk kepada pertikaian mengenai saksi yang tidak dipanggil bagi membuktikan alibi Anwar.


9.40 pagi:Selepas menyentuh tentang isu saksi alibi, Shafee memetik beberapa kes yang dibicarakan mahkamah di luar negara, untuk membuat perbandingan relevan tentang dakwaan, alibi dan pemprosesan DNA sebagai bahan bukti penting.



9.25 pagi:Barisan panel lima hakim tiba di kamar mahkamah dan sesi prosiding dimulakan.

Kredit kepada ~ astroawani.

1 ulasan:

  1. Anwar soalkan isu DNA tak bertuan dari bibir anus Saiful, dan mengejek Shafee yang cuba ketengahkan DNA itu mungkin milik Dr Osman.

    Tapi HAKIM dan Orang Ramai berminat dengan DNA dalam dubur Saiful yang matching dgn DNA dari botol, berus gigi dan tuala good morning dari lokap.....

    BalasPadam