Rabu, 19 November 2014

Pemimpin UMNO Perlu Jadi Jantan Bukannya Pondan..!


Kalau UMNO mahu terus kekal relevan...pemimpin dan ahli UMNO perlu berterus terang..! Keresahan ahli dan rakyat perlu diangkat oleh para pembahas untuk disampaikan kepada pucuk pimpinan..! Nyatakan kebenaran..! Keberanian perlu dalam perjuangan tapi bukan hanya keberanian mengampu yang mendatangkan kebencian ahli dan rakyat terhadap pemimpin..! 

UMNO perlu berubah jika tidak mahu melihatnya rebah ditangan pemimpin yang hanya tahu disanjung dan dipuja dengan senyuman lebar sambil ketawa berdekah dekah..! Hakikatnya penyakit tak pernah kebah..! darah dan menjadi nanah..! Rakyat meluat jangan kata tengok dengar pun nak muntah..! Masa tu kemana pergi pun rakyat tengok menyampah..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR - Perwakilan yang bakal mengambil bahagian dalam perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno (Pau) 2014 yang bermula Selasa depan perlu berani bersuara dan menegur sebarang kepincangan dalam parti. 
   
Mereka jangan sekadar memberi pujian melambung kepada pemimpin, kata beberapa penganalisis politik. 
Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, teguran membina itu penting untuk memastikan Umno yang merupakan parti keramat orang Melayu terus relevan, mantap dan benar-benar  mendasari keperluan masyarakat. 
Katanya, jurucakap perlu sedar bahawa mereka hadir ke perhimpunan tersebut untuk menyampaikan suara anggota parti di peringkat akar umbi amnya serta rakyat di seluruh negara khasnya dan bukan menjadi kaki "bodek". 
    
"Berucaplah mengikut keadaan sebenar. Kadang kala ada jurucakap yang hanya puji pentadbiran tapi tak berani tegur kepincangan yang ada dan ini amat merugikan masa.
    
"Perlu diingat bahawa perhimpunan (Umno) ini amat penting sebagai persediaan parti untuk menghadapi PRU14 dan jangan jadikan ia pentas untuk raih populariti," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 
Senada dengan Md Shukri, Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata, perwakilan tidak perlu mengucapkan sesuatu yang 'indah khabar dari rupa' demi menjaga hati pemimpin. 
    
"Jangan khabarkan semuanya elok dan baik sahaja sedangkan kalau ada kenyataan yang tak baik disimpan 'bawah karpet', bimbang nanti bila pecah tembelang ia akan mencemarkan imej dan nama parti. 
    
"Sudah sampai masanya ahli Umno berani menegur pemimpin dan pemimpin itu walau macam mana pahit teguran itu mereka harus telan," katanya. 
    
Ismail menarik perhatian perhimpunan kali ini harus menjadi medan terbaik untuk ahli Umno bermuhasabah, menginsafi diri serta mengukuhkan perpaduan yang sedikit keruh selepas pemilihan parti tahun lalu. 
    
"Saya dapati masih ramai yang ada rasa dendam dan dengki selepas pemilihan tahun lalu dan masalah ini perlu ditangani segera kerana jika tidak sampai bila-bila perubahan dalam parti tidak mampu dilaksanakan dengan berkesan," katanya. 
Sementara itu, Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, selain berani menegur pemimpin, jurucakap yang dipilih juga harus meluaskan skop perbahasan dengan membangkitkan isu-isu nasional seperti kenaikan kos sara hidup. 
    
Katanya, tindakan itu penting untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Umno bukan sekadar parti yang memperjuangkan nasib kaum Melayu, sebaliknya mampu menjadi 'juara' semua lapisan kaum, bangsa dan agama. 
    
"Buktkikan kepada orang di luar sana bahawa Umno boleh (jadi) parti yang hebat," katanya.
    
Perhimpunan Agung Umno 2014 akan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. - Bernama

4 ulasan:

  1. Umno????arghhhhhhhhhhmmmmmnnn(mengantuk).....lebih baik semua ahli umno serap ke mca/gerakan atau tukar umno kepada ucno.....!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam terbalik je saranan ko ni. Patutnya MCA dan gerakan diserap ke umno kerana nak dengar nama mca/gerakan dewasa ini pun macam tak wujud je...

      Padam
  2. perwakilan perlu kritik dasar dan pentadbiran semasa Kerajaan. jangan sebab vendetta semata sampai hilang adab. walaupun tegiuran pada org atas elok namun ni la nnt yang jadi senjata pihak lawan. sebab tu jangan fokuskan sangat pada batang tubuh orang yang anda tak puas hati tu. tak puas hati antara individu dalam satu organisasi tu biasala tapi jangan sampai menang sorak kampong tergadai.

    jentayu

    BalasPadam
  3. Tapi malangnya si mamat-mudin-ANGKUH-pro-US seolah tak dpt. terima KRITIKAN membina, seolah sesiapa yg. mengkritik pemimpin UMNO-LIBERAL, adalah tak rasional, emotional, bersifat perkauman dsbnya; dan tak perlu "racial/religious politics" dlm. UMNO kononnya - sedgkn UMNO tu kan parti yg. MEMPERJUANGkan Islam/umatnya terutamanya hak BUMIPUTERA Melayu; lagipun PENDATANG KAPIRDAJAL terutamanya dri. DAPBANGKAI/PKRSODOM asyik MENYERANG ISLAM/umatnya serta hak Bumiputera dgn. amat BUAS termasuk MEROMPAK Tanah Rizab Melayu kita! Dia ingat ini semua cerita dongengkah?!
    Jgn. hanya kerana nak pertahan kuasa, terus TUNDUK kpd. MUSUH Islam/Melayu mcm. KULI-BANGANG! Tak guna menang kalau ISLAM/umatnya serta TANAH dan HAK kita terus TERGADAI dan diPIJAK-PIJAK oleh si kaum PENDATANG serta setiap MUSUH ISLAM/Melayu termasuk dlm BN sendiri!

    Jadi takkanlah kita nak jadi si DUNGU; tak mahu terima REALITI yg. depa, si MUSUH Islam/Melayu juga menggunakan "racial/religious politics"!

    Dan lihat si mamat-pro-US ni lagi; seolah baginya agenda si DAJAL Barat-ZIONIS tak wujud - di SALAHkan hanya umat Islam atas
    PENJAJAHAN Barat-Zionis/ISrael di Iraq, Syria dsbnya! Kalau Menteri Pertahanan mcm. ni terusan - habislah KEDAULATAN/KESELAMATAN NEGARA ISLAM kita ini, serta seluruh Dunia Islam serta umatnya! Seolah juga dia tak baca lansung maklumat media ALTERNATIV yg. juga bijak pandai - aku syak hanya dia hanya tengok berita propaganda PENIPU yg. diKUASAI Barat-Zionis spt. CNN/Sky News/Fox News/Al Jazeera dsbnya!

    Lihat lebih lanjut di - http://www.utusan.com.my/rencana/pendekatan-umno-perlu-berubah-1.260237, Pendekatan UMNO perlu berubah, 18 November 2014!

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam