Rabu, 12 November 2014

Siapa Di Jabatan Imigresen Yang Seronok Menjual Orang..!


Imigresen adalah pintu..! pintu masuk warga asing kedalam negara..! Melalui Imigresen juga la setiap warga asing keluar meninggalkan negara..! Baik kerana melancong, kerja atau pendidikan atau apa jua secara halal dan sah mesti melalui pintu Imigresen..! 

Manakala yang masuk secara haram, seludup, dijual oleh orang tengah itu lain kira..! Tapi semua yang masuk melalui pintu halal jelas pihak Imigresen mempunyai maklumat dan data..! Itu sebab kita ada angka hingga mencecah lebih 6 juta warga asing yang menghirup pelbagai kenikmatan yang tersedia didalam negara..!

PUTRAJAYA: Jangan pandang ringan kebanjiran pekerja asing di negara ini kerana mereka mungkin boleh menguasai ekonomi jika terus mendapat peluang, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Kebanjiran pekerja asing di negara ini harus dipandang serius dan ia membimbangkan apabila dianggarkan terdapat 6.7 juta golongan itu dan daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta sahaja mempunyai permit yang sah, katanya.

Jumlah sebenar pekerja asing yang berada di negara ini mungkin lebih ramai dengan anggaran dibuat mengikut nisbah seorang pekerja yang mempunyai permit membawa sekurang-kurangnya seorang pekerja yang tiada permit, katanya.

"Ketika ini mungkin mereka menguasai bidang separuh mahir contohnya dalam bidang pertanian, buruh dan sebagainya, namun siapa sangka suatu hari nanti golongan ini akan menguasai bidang profesional pula," katanya.

Rakyat Malaysia dijumlahkan mencecah 30 juta orang, dengan lebih 6 juta orang warga asing yang tinggal didalam negara bermakna setiap 5 orang warganegara akan terdapat seorang warga asing..!

Kalaulah berlaku huruhara yang dicetuskan oleh warga asing..agak agak pihak keselamatan dapat kah bertegas dan menanganinya dengan berkesan?

Selagi warga asing ini bermaharajalela selagi itu la para mahasiswa dan rakyat tempatan terpaksa bersaing untuk mendapat kerja..!

Ini belum dikira lagi penyakit yang dibawa..! Itu sebab penyakit TB yang sudah lama dibasmi kini menular dan menjadi penyakit yang mengancam nyawa rakyat..! Gejala sosial yang dibawa juga menggunung..!

Kita semua tahu dimana puncanya..! puncanya ada di pintu Imigresen..! Benar ada pengusaha rakyat tempatan yang mengambil kesempatan dan mengambil jalan mudah namun ianya masih berpunca di Imigresen..!

Bila agaknya SPRM nak gempur Imigresen secara besar besaran..! Pelbagai program dah kita buat..! Program pemutihan, program 6P dan banyak lagi tidak akan berkesan jika pihak Imigresen tidak di'putih'kan dan dipulihkan..!

Ada yang kenyang dan terlalu kenyang dengan perniagaan 'jual orang' ni..! Biar kita 'jual' segera mereka yang menjadi pengkhianat kepada negara ini sebelum mereka terus terusan menjual negara kita kepada warga asing..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Dulu banyak anggota s.b tahan kakitangan imegresen yang menjadi pengkhianat negara dibawah i.s.a,Cuba bayangkan pegawai rendah wanita mempunyai simpanan tunai berjuta dirumah,akhirnya pengkhinat2 ini dilepaskan Dari tahanan I.s.a oleh menteri k.d.n sewaktu ITU....and a Nak tahu siapa?dia adalah sepupu najib...hishamudin tun HusSEIN@ penceroboh bukan pengganas

    BalasPadam
  2. KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA JUGAK HARUS DISIASAT....WARGA ASING HARAM ATAU TIDAK YG TINGGAL LEBIH MASA HARUS DIROTAN DAN DIDENDA ... BAGI MAJIAKAN PULA YG MENGAJI WARGA ASING TANPA PERMIT SAH HARUS DIROTAN MENGIKUT BERAPA BILANGAN PEKERJA ASING YG MEREKA ADA, DENDA SEBANYAK RM 20 RIBU SEORG SERTA PENJARA.. SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA MAJIKAN SUPAYA AMBIL PENDUDUK TEMPATAN SEBAGAI PEKERJA MEREKA...TAK GUNA JIKA DAPAT MENARIK PELABURAN ASING MASUK DAN MELABUR DIMALAYSIA JIKA 90% PEKERJANYA WARGA ASING....

    BalasPadam
  3. Boleh tak dibuat kajian tentang penguatkuasa kerajaan (Imigresen, Polis, Kastam, Dewan Bandaraya, Majlis Daerah, Jabatan Hutan, JPJ, dan lainlain yang sewaktu dengannya) setiap seorang yang mengambil rasuah (dan ditangkap) membawa berapa orang lagi penerima rasuah bersamanya?? Kalau yang menerima rasuah hanya sebilangan kecil dari mereka tentu pendatang asing tidak ada seramai itu dalam negara sebab antara penguatkuasa berkenaan tentu ada kerjasama dan perhubungan.........

    BalasPadam
  4. Pegawai atasan Ds Zahid sendiri yang mendapatkan minit menteri bagi Dp10.Bawa pekerja pada dasarnya gaji Rm2.5k tapi sebenarnya gaji Rm900 macam mana nak bayar cukai pendapatan.Satu minit harga Rm1.5k , ejen bangla tekan pekerja Rm12k.Semua sijil kelayakan pekerja adalah palsu tapi boleh lulus.Sprm tak boleh siasat ke ? Dah berpuluh ribu yang masuk Malaysia !

    BalasPadam
  5. Malaysia ada berbagai-bagai peraturan tapi penguatkuasaannya lembik....lemah. Disamping itu hukuman yang dikenakan pun entah apa-apa. Cuba ikut cara penguatkuasaan yang diimplimentasikan oleh jiran di Selatan....

    BalasPadam
  6. aku anggota rela...maklumat di mana pendatang ramai semua aku tahu...kalau kat kilang papan muka cina tapi makan sireh..myanmar le tu...jika aku lapor dia orang akan di tangkap....tapi aku bimbang 2..3 bulan org sama muncul semula dan sembelih aku...siapa susah...jaminan keselamatan tidak ada...sebab negara kita tidak di pagar...semua bolos..

    BalasPadam