Nasib kau la labu labu..!
KUALA LUMPUR - "Audit datang ayam tiada, yang tinggal hanya reban (ayam)".
Kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Mohd Arif Ab Rahman ini menggamatkan suasana di dalam Auditorium Perdana Angkasapuri di sini, semasa Sesi Bersama Media:Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3, hari ini.
Mohd Arif menjelaskan demikian ketika menjawab pertanyaan media mengenai program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) yang didakwa tidak membantu meningkatkan pendapatan para peserta.
Beliau berkata, MOA yang merupakan satu daripada kementerian terlibat dalam program 1Azam, menyediakan pelbagai bantuan kepada peserta untuk meningkatkan pendapatan termasuk pemberian benih ayam, namun terdapat peserta yang tidak memanfaatkan sepenuhnya bantuan tersebut.
"Kita (MOA) beri benih ayam, bila kali pertama jual kita suruh mereka, belilah anak ayam lain. Tapi, ayam habis dijual, duit pun habis dan lepas itu bila audit datang, yang tinggal hanya reban," katanya.
Beliau berkata, sikap peserta yang gagal menggunakan bantuan dengan sebaik-baiknya perlu diatasi kerana jika dibiarkan, ia tidak akan membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.
"Kemiskinan satu perkara yang sukar diatasi. Jika (diri sendiri) tidak mahu meningkatkan pendapatan, maka bantuan (yang diberi pun) tidak akan berhasil," katanya.
Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang Isnin lepas, mendedahkan terdapat peserta 1Azam tidak menggunakan peralatan atau bantuan yang diterima atas beberapa sebab termasuk ia tidak dapat menjana pendapatan akibat persaingan, kekurangan modal dan sebagainya.
Peserta juga mendakwa mereka merupakan Ahli Isi Rumah (AIR) yang belum berminat menjalankan aktiviti berdasarkan peralatan yang diterima, telah berusia dan tidak mampu mengendalikan atau mengusahakan perniagaan. - Bernama.

Lu FIkir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan