Rabu, 12 November 2014

ALAMAK...Berhenti Jika Gagal ~ Tun M..!!!


Nampaknya Tun M terus melepaskan das tembakan..! sudah berdas das tembakan dilepaskan dan tentunya Tun M tidak akan berhenti untuk terus melepaskan tembakan..!

Tembakan kali ini mungkin boleh dibaca kemana arah muncung senjatanya namun jika dibaca dua kali, tiga kali dan berkali kali..! 

Macam 1 peluru 2 burung jer...! Tentu ada jawapan tersendiri..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR - Beri peluang kepada orang lain memimpin jika seseorang pemimpin itu gagal menguruskan sesuatu hal, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
   
Beliau berkata, jika sesuatu perkara gagal dijayakan dengan sempurna, seseorang pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan menyerahkan tugasnya kepada orang lain yang difikirkan layak.
   
"Saya percaya bila kita dah lama dan kita tak berjaya, bagilah kepada orang lain. Saya sendiri pun berhenti sebab nak bagi tempat kepada orang lain.
   
"Kalau tak boleh nak jayakan usaha kita, kita serah kepada orang lain dan kita sokong orang lain.
   
"Itulah cara-cara kita nak jadi pemimpin," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 di sini, hari ini.
   
Dr Mahathir mengulas mengenai kritikan beliau sebelum ini mengenai kepimpinan Umno Selangor yang perlu berundur.
   
Menurut beliau Umno Selangor perlu menerima hakikat mereka perlu berundur selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan PRU13. - Bernama

2 ulasan:

  1. Tun sape Ketua Perhubungan UMNO Selangor 2008-2012? tak kan depa dok diam jer bila kena tegok.

    BalasPadam
  2. 'Beban' pemulihan kepimpinan UMNO Negeri Selangor adalah tanggung jawab ketua UMNO Negeri. Seorang ketua kalau dah kena 'sportlight' patut faham dan maklum. UMNO Selangor agak perlahan dan seolah tenggelam bersama reputasi pilihanraya 10,11 dan 12.
    Kalau orang lahir diSingapura boleh diterima jadi MB Selangor, itu adalah isyarat kehendak pengundi Selangor yang mementingkan kualiti kepimpinan kerana Selangor adalah kependudukan terpadat di Malaysia yang terdiri dari pelbagai lapisan bangsa dan berlatarbelakang pendidikan dan maju.
    Oleh yang demikian UMNO Selangor mesti berwajah baru dan sedia dengan orientasi cabaran politik urbanisasi berkempimpinan profesional dan bersifat antarabangsa. Seeloknya UMNO selangor segera mendapatkan perkhidmatan perunding atau konsultan politik sebagai think tanker kerana legasi UMNO mesti gah di Selangor. Mungkin Tun layak diberi penghormatan sebagai pegawai kanan khas UMNO pusat bagi mengkhusus kepimpinan baru UMNO Selangor dari kalangan ahli yang ada personaliti,berprestasi tinggi dan bertenaga.

    BalasPadam