Rabu, 19 November 2014

1MDB ~ Apa Kata Speaker Dewan Rakyat..!


Mad Maslan minta maap..! bagus ler..! zaman terlajak lajak sekarang ni kan..! 

Terlajak kata, terlajak perbuatan semuanya boleh disusul dengan perkataan MAAF..!

Tapi kalau terlajak perasan..! Macam mana yer..!!!

“Tidak ada niat langsung untuk mengelirukan dewan, bermakna katanya ada enam perkataan yang tidak disebut pada ketika itu oleh kerana dia sedang diasak.”
Itulah keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak usul Ahli Parlimen  PKR Pandan, Rafizi Ramli yang mahu merujuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.
DS Pandikar Amin Mulia
Pandikar Amin berpendapat bahawa Ahmad tidak berniat mengelirukan dewan sewaktu menjawab soalan Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Utara, Tony Pua tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 6 November lalu.

“Tidak payahlah dibahas atau dirujuk ke mana-mana jawatankuasa. Jadi saya harap perkara ini selesai,” kata Pandikar Amin lagi.
Sehubungan itu tambahnya mengikut peraturan mesyuarat 10(4) ayat di dalam hansard boleh dibetulkan dengan menambah ayat-ayat dengan keputusan speaker.
Beliau berkata demikian selepas meneliti hujah Rafizi dan Ahmad sendiri di Dewan Rakyat pagi Selasa.
Ahmad ketika berhujah membuat permohonan maaf kepada sidang Dewan Rakyat kerana kenyataan yang dikeluarkannya pada 6 November lalu kekurangan enam perkataan iaitu “Tidak ada surat jaminan lain semua”.
ahmad 1mdb
“Saya dengan ini memohon maaf dan menerima kekhilafan atas tertinggalnya enam perkataan tersebut yang menyebabkan salah faham.

“Saya tidak ada sebarang niat untuk mengelirukan dewan. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang lemah itu daripada hambaNya. Maaf dan terima kasih,” kata Ahmad.
Hansard Parlimen pada 6 November menunjukkan Ahmad hanya menyebut “tidak ada surat apa semua” berhubung sama ada wujudnya surat sokongan daripada kerajaan untuk hutang 1MDB.

Biar perasan handsome jangan perasan pandai..!!! Cerdik tak boleh di ikut, bodoh tak boleh di ajar...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan