Ahad, 28 Februari 2016

Gani Setuju Kenyataan Muhyiddin..?


Paling mudah...Gani sanggah dan nafikan kenyataan Muhyiddin..! Tapi...!!!

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak mahu mengulas dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan siasatan dalam kes membabit SRC International.
Dalam satu kenyataan hari ini, Muhyiddin mendakwa Gani telah menunjukkan bukti kepadanya mengenai wang yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dari syarikat milik negara, SRC International.
"Saya tidak mahu ulas apa-apa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Muhyiddin dalam kenyataannya mendakwa bahawa Gani telah memberitahunya sendiri mengenai perkara itu beserta dengan buktinya sekali yang didakwa sah merupakan suatu perbuatan jenayah.
Terdahulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat deposit RM42 juta daripada SRC International dan AS$681 juta dari satu akaun luar pesisir ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Peguam Negara yang baru, Tan Sri Mohamed Apandi Ali awal bulan ini berkata tidak ada kes tetapi SPRM merayu keputusan tersebut.
Semalam, Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menggantung Muhyiddin dari jawatan timbalan presiden.
Ia kerana Muhyiddin dilihat tidak menjalankan tugas sebagai timbalan presiden Umno.
Selain itu Muhyiddin lantang mengkritik kepimpinan Najib berkenaan syarikat pelaburan negara 1MDB dan juga isu derma bernilai RM2.6 bilion.
Ini bukan kes kena pinang lalu tersengeh sengeh@terhegeh hegeh tertunduk malu..! Ini cerita setuju atau tidak dengan kenyataan Muhyiddin tu..! Senang..! Apa yang tak nak ulas pulak???
Kalau fitnah..! kalau tak betul..! cakap tak betul..! Kenapa tak nak ulas???
Kenapa???
Lu Fikir La Sendiri!!!

36 ulasan:

  1. Bodohnya kau admin. Gani iyakan...maknanya dia menipu sbb waktu tu siasatan belum dimulakan. Lgpun menjadi kesalahan sekiranya Gani tunjukkan hasil laporan pd anggota kabinet (walaupun sudah ada siasatan). Gani nafikan...maknanya TSMY menipu. Tu sbb dia diam. Jgn ghairah sgt mcm TSMY admin. Lu pun kantoi bodoh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Analisa bodoh syok sendiri..

      Padam
    2. Tanpa Nama28 Februari 2016 8:43 PG, siasatan belum mula mangkuk apa lagi, siasatan dah dimulakan lebih kurang hampir sebulan sebelum Tan Sri Gani dipecat kononnya masalah kesihatan itu.

      Tindakan Tan Sri Gani memaklumkan hasil siasatan kepada Tan Sri Muhyiddin tak salah dari segi undang-undang kerana Tan Sri Gani memberikan taklimat mengenai perjalanan kes itu kepada pemimpin negara.

      Walaupun Najib sebagai Perdana Menteri, tetapi suspek utama kes itu adalah Najib, maka takkan Tan Sri Gani nak dedahkan hasil siasatan itu kepada Najib pula. Maka pemimpin utama negara yang perlu tahu perjalanan dan hasil siasatan kes itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

      Balaci cybertrooper Najib perlu jelas pasal peraturan sebelum buat analisas, kerana banyak sangat jawapan bodoh dan analisa bebal korang yang menjadi bahan jenaka kononnya korang nak tunjuk pandai, tapi akhirnya menyerlahkan kebodohan korang sahajalah.

      Lagi satu, wang RM 42 juta yang Najib kata tak tau pun wang itu dari SRC International yang dimasukkan ke akaun Najib tu Najib dah pulangkan ke belum lagi? Wang negara tu, walaupun Najib kata dia tak tahu wang itu wang dari SRC International, maka dah tahu sekarang ni silalah pulangkan semula wang itu kepada SRC International.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    3. Anon 8:43

      Anda tahu Chronology of Events? Bodoh nya kamu terlalu TERSERLAH!

      Kalau sejarah yang pendek tidak boleh paham, apa lagi nak diharap sejarah yang dah panjang dan lama......

      Bodoh nya kamu nak disama kan otak udang pun tak boleh.....terlalu bengap berfikir dan menilai! Jangan otak pun tak ada kutttt!

      Padam
    4. Maacaai najibun otak besar akal tak ada.nafsu besar berani tak ada.mata besar tapi buta...

      Padam
    5. Anon 8.43,

      Kalau gani menipu, adakah zeti dan macc menipu juga?

      Kalau nak cari kebenaran dan fakta, guna sikit otak yang tuhan bagi

      The task force was "set up" for najib to run in a circle. Gani, Zeti nad MACC dah buat long before the task force commenced. Look, the events following that;

      1.muhyiddin n shafiee removed
      2.gani removed
      3.macc guys got arrested and transferred out.
      4.deputy head of SB evicted
      5.some blogs were blocked
      6.anything to do with najib were "destroyed", khairuddin n matthias arrested.

      The list goeos on and on

      Why do you think azalina so sore with gani?

      Why talk about toppling goverment when the problem is that of umno president?

      As a lawyer,does she have only a pea brain?

      Shameless undesirable human being pn earth

      Padam
    6. btul admin oi...mangkuk nie jer yg bijak pasal die lebih banyak ke lebih dlu makan dedak dari ko...

      Padam
    7. Abu Bakar...pls get your facts right. Bulan Mei 2015, Gani bgtau TSMY kesalahan Najib. Jun 2015 pasukan penyiasat ditubuhkan dan mulakan sisatan. Gani kena berkecuali dlm penyiasatan ini. Setelah lengkap siasatan, baru gunakan kuasa mutlak dia menentukan Najib salah atau tidak. Ko ni tersedut habuk dedak ke??

      Padam
    8. Tanpa Nama28 Februari 2016 2:22 PTG, Tan Sri Gani memang berkecuali dalam penyiasatan ini, sebab yang menyiasat bukanlah Tan Sri Gani, tetapi dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu PDRM, SPRM, dan BNM yang menyiasat skop tertentu yang telah ditetapkan.

      Macam mana nak siasatan lengkap baru boleh Tan Sri Gani gunakan kuasa mutlak dia untuk dakwa Najib atas kesalahan jenayah sedangkan Najib pecat Tan Sri Gani semasa siasatan itu sedangakn dijalankan?

      Malahan dalam isu Tan Sri Gani memberitahu kepada Tan Sri Muhyiddin mengenai perkembangan kes itu, itu adalah perkara normal, memang menjadi kelaziman Peguam Negara memberikan taklimat kepada pemimpin tertinggi negara dalam kes-kes sensitif dan berprofil tinggi untuk makluman pemimpin negara, kebiasaan taklimat diberikan kepada Perdana Menteri, tetapi dalam kes ini Najib selaku Perdana Menteri adalah suspek jenayah utama kes ini, bodohlah beritahu Najib, maka orang kedua kanan dalam hirarki pentadbiran Negara adalah Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu , maka taklimat diberikan kepada Tan Sri Muhyiddinlah.

      Manakalah tindakan Tan Sri Muhyiddin tidak memaklumkan mengenai maklumat yang diperolehinya dalam taklimat oleh Tan Sri Gani sebelum ini, adalah disebabkan kes itu sedang berjalan dan dalam siasatan, malahan pihak SPRM dan Panel Penilai Operasi SPRM masih berunding dengan Peguam Negara, maka Tan Sri Muhyiddin tak dedahkan apa yang beliau tahu itu kerana tidak mahu masuk campur dalam urusan SPRM, tetapi bila SPRM pun diikat kaki dan tangan dan dipaksa mengikut telunjuk Najib, maka Tan Sri Muhyiddin perlu bertindak.

      Kalau Najib dan kuncu-kuncu atau balaci Najib tak puas hati, sila buat laporan polis pasal perkara ini dan Tan Sri Muhyiddin saya rasa sangat menantikan perkara ini kerana dia boleh dedahkan apa yang dia tahu kes itu.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  2. Sudah gharu, cendana pula kau ni, Putera Merdeka.
    Gani takut kena masuk dalam tong dram dan di simin.
    Tu sebab NO COMMENT.........KIHKIHKIH.

    BalasPadam
  3. Di Israel sendiri pun tak berlaku keadaan seperti di Malaysia sekarang ini dalam segi politik.

    Tak ada lagilah mana-mana menteri Israel dipecat oleh Perdana Menteri Israel kerana mengkritik Perdana Menteri Israel, itu di negara Yahudi, negara haram Israel pun tak bersikap diktator seperti Najib ni.

    Di Malaysia kononnya Najib pemimpin berjiwa besar, bila ahli kritik ahli kena pecat, bila pemimpin di bawah Najib tegur Najib, maka pemimpin di bawah Najib itu pula dipecat.

    Ini membuktikan perilaku Najib dan kuncu-kuncunya dalam MT UMNO tu lebih teruk dari perangai Yahudi di negara haram Israel tu, walaupun Yahudi di negara haram Israel tu merompak tanah air warga Palestin.

    Nanti janganlah pula ada balaci Najib kata saya sokong Yahudi pula, kerana saya nak bandingkan walaupun Yahudi tu jahat, tapi perangan Najib dan kuncu-kuncunya dalam MT tu terutama Zahid lebih teruk dari perangai Yahudi.

    Buktinya Tan Sri Muhyiddin dipecat kerana tegur Najib dan nak selamatkan parti serta negara dari dipelingkupkan oleh Najib, tetapi MT UMNO bukannya nak baiki keadaan, tetapi mereka sibuk nak memperkuatkan kedudukan mereka sampaikan tak peduli apa jadi dengan parti, sampaikan tak peduli jenayah dan perlakuan salah berleluasa dalam pentadbiran kerajaan dan parti.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abu Bakar, pecat tpm dan menteri ni berlaku sejak mahathir jd pm. Maknanya mahathir juga diktator. Betul tak?

      Padam
    2. Chai 12.31,

      "Mahathir diktator. Betul tak?"

      Kalau mahathir diktator rakyat tak hidup susah, ditindas Dan dizalimi.

      Kita lihat negara jiran seperti Marcos filipina Dan Suharto indonesia Bagaimana kah bentuk pemerintahan
      mereka? Rakyat dianaiya hidup merempat! Sehinggakan terpaksa datang ke Malaysia untuk mencari rezeki! Jangan lupa Dan rakyat semua tidak pernah lupa bahawasanya Tun Mahathir lah yang memberi peluang, membuka pintu untuk mereka mencari sesuap nasi Dan mencari rezeki yang HALAL!

      Bagaimana pula dengan Najib? Adakah duit "DERMA" itu halal? Apabila terang Dan jelas undang2 SPRM mengatakan Ianya adalah HARAM?

      Padam
    3. Tanpa Nama28 Februari 2016 12:31 PTG, Anwar dipecat sebab dia terlibat dengan jenayah rasuah dan kelakuan tak senonoh, bukannya sesuka hati dipecat begitu sahaja.

      Tapi Tan Sri Muhyiddin dipecat hanya kerana bertanya kepada Najib pasal RM 2.6 bilion dan RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib itu. Bukannya jenayah pun tanya pasal RM 2.6 bilion dan RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib itu, sebab ditanya pun sebab nak tahu wang itu dari mana, sebab jumlahnya sangat besar tak sepadan dengan pendapatan Najib sebagai penjawat awam walaupun berjawatan Perdana Menteri, takkan dalam tempoh 6 tahun jadi Perdana Menteri ada simpanan sampai RM 2.6 bilion dan RM 42 juta pula, kalau pun Najib simpan dari 40 tahun dulu pun, Najib kena simpan lebih RM 5.4 juta setiap bulan untuk sampai jumlah RM 2.6 bilion itu, gaji Najib selama ini ada ke sampai RM 5.4 juta sebulan? Maka sebab tak munasabah wang sebanya itu boleh ada dalam akaun Najib itu maka Tan Sri Muhyiddin tanya, tanya itu bukannya jenayah pun, itu pun nak kepastian dari Najib, tapi Najib tak berikan jawapan, tapi tindas Tan Sri Muhyiddin pula.

      Sila jawablah apa yang saya utarakan itu, tak payah putar belit tak tentu hala merapu sana sini lagilah, bersikap jujurlah.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  4. Dulu admin sokong kerajaan bukan main. Bila ada gerakan antinajib, tiba2 admin bertukar topeng. Sebenarnya admin kurang berfikir, hanya gunakan emosi dan kepala lutut untuk pakai topeng apa. Apa kesudahan dgn gerakan antinajib? Nampaknya tak membuahkan hasil. Org yg diharapkan dpt membantu menumbangkan najib juga akhirnya tutup mulut. Muhyidin sendiri akui terperangkap dlm konspirasi jatuhkan najib. Akuinya, org yg dulu beria-ia meminta bantuan TPM utk kenakan najib juga sudah menjauhkan diri. Apa ni admin? Ini semua kerja bodoh la admin!. Cuba lihat bagaimana dap bergerak. Dap bukan tiada krisis, tapi gerakerja yg kemas dan konsisten, dap menjadi parti dominan dlm pr. Dlm umno/bn, blogger mcm admin ni yg tumpang sekaki rosakkan politik melayu terbesar malaya. Bukan membina tp membinasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini bukan soal nak menentang Najib sesuka hati tanpa sebab, tetapi apa yang berlaku kini adalah suatu yang sangat dahsyat.

      Wang RM 2.6 bilion kononnya derma kepada UMNO, tapi masuk akaun Najib, Najib joli sesuka hatinya, tak pernah langsung serahkan ke akaun UMNO wang itu walaupun kata wang derma untuk UMNO, lepas tu tetiba saja kata wang itu dikembalikan kepada penderma bakinya RM 2.03 bilion sedangkan tak ada orang lain dalam parti yang tau pasal perkara ini, tak ada minta persetujuan parti pun, apa kejadahnya semua ini?

      Lepas tu wang milik negara, milik syarikat berkaitan kerajaan iaitu SRC International, entah macam mana ajaib boleh pula ada maklumat akaun peribadi Najib dan masukkan wang itu ke dalam akaun peribadi Najib sedangkan Najib kata dia tak tau pun wang itu dari SRC International dan tak pernah arahkan pun wang itu dimasukkan ke akaun peribadinya itu, perkara bodoh apakah yang cuba disogokkan oleh Najib kepada rakyat ni? Ada ke Najib dah pulangkan semula wang itu kepada SRC International selepas dah tahu wang itu dari SRC International?

      Kau tu Tanpa Nama28 Februari 2016 8:43 PG yang merosakkan negara ini, menyokong perkara salah, menyokong perbuatan jenayah, itu lagi merosakkan negara ini bukan setakat parti sahaja rosak, rakyat pun jadi mangsa, negara pun boleh rosak dengan perangai orang macam kau tu.

      Sila jawab pasal isu RM 2.6 bilion itu dan isu RM 42 juta itu jika Najib tak buat salah.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. 9:37

      Sokong kepada yang BENAR, IHKLAS, BERADAB, JUJUR, AMANAH, kepada pemimpin yang ADIL dan SAKSAMA.....

      DAP tuh orang benci sangat.....especially melayu-kampung, sekarang nih, UMNO lagi orang terlajak BENCI dan MENYAMPAH....cuba buat pungutan suara dalam UMNO sendiri nampak lah nanti betapa sokong atau sebalik nya kepada PENYAMUN-PENIPU-PENYANGAK BUGIS!

      Tak payah tengok jauh, FB si LANUN-BUGIS ajer orang dah beribu menyumpah, gi tolong sana lah......, BANGANG!

      Padam
    3. Najib, Zahid, Adnan Mansor yang perasan Tengku, Salleh Keruak, dan kuncu-kuncu mereka boleh syok sendiri dengan kuasa yang mereka ada setakat sekarang ini, bila dah tak ada kuasa politik kelak, tak ada jawatan, tak ada pangkat, korang tahulah macam mana undang-undang akan dikuatkuasakan terhadap korang nanti, korang tunggulah saat itu, insya Allah kamu semua akan mendapat pembalasan atas perlakuan buruk kamu semua itu.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    4. What a stupid comment?
      Admin not stupid like you. He knows what is wrong and right.
      Kerajaan makan taik pun semua makan taik.
      Typical Dedakman.
      You should feel ashame of yourself.

      Padam
  5. Kata dengar dari "mulut kuda", tapi faham hanya setelah baca "The Edge".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab itulah sampai sekarang tak ada penjelasan mengenai apa dah jadi dengan wang RM 42 juta milik SRC Internatioanl yang ada dalam akaun peribadi Najib sebelum ini itu, apakah Najib dah pulangkan wang itu semula kepada SRC International selepas mengetahui perkara itu? Mengapakah tiada tindakan lanjut terhadap isu kemasukkan wang berkenaan ke dalam akaun peribadi Najib, kalau pun Najib kata tak tau apa-apa, maka orang yang masukkan wang itu ke dalam akaun peribadi Najib perlu disiasat, pasal apa dia buat macam itu, apa motifnya?

      Tapi pasal apa siasatan mengenai SRC International ini diarahkan dihenti terus dan kes terus ditutup? Ini menjadi persoalan kepada kita semua.

      Apa yang jelas, hak negara perlu dipertahankan, hak kita sebagai rakyat negara ini perlu dipertahankan juga.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Sorrylah Saudara Abu Baksr perjelasan yg anda utarakan tidak menyakinkan dgn ini aku istiharkan sokongan aku kepada Najib untuk terus menerajui negara..sekian terimakaseh!.

      Padam
    3. Tanpa Nama28 Februari 2016 11:35 PG, lantak kau sahajalah, hanya orang yang buta hati, tak reti nilai sahajalahlah yang akan berkelakuan seperti kau ni yang sokong Najib semberono itu.

      Kau sendiri tak dapat nak jelaskan macam mana wang milik SRC International boleh ada dalam akaun peribadi Najib, malahan kau sendiri tak dapat nak jelaskan pasal apa Najib buat wang RM 2.6 bilion yang kononnya derma kepada UMNO tapi satu sen haram pun tak pernah diberikan kepada akaun UMNO, dijoli dan dijadikan seperti harta peribadi Najib sahajalah.

      Kalau itu pun kalau tak boleh jawab, maka kau hanya semberono menyokong Najib tu hanya dua sebab sahajalah, pertama mungkin kau menyokong buta tuli sebab kau diberi habuan, keduanya mungkin kau terlalu bodoh dan buta hati serta tak peduli halal atau haram lagi, sebab itulah perbuatan jenayah, maksiat keji sedemikian pun kau boleh sokong lagi, kau pilihlah mana kedudukan dalam kedua sebab itu, atau mungkin kedua-dua sebab itu menjadikan kau bongok sebegini rupa.

      Walau apa pun aku akan tetap pertahankan negara ini, aku ada hak terhadap negara ini aku akan pertahankan hak aku sebagai warga negara ini.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  6. Orang ramai dok cerita duit rm42 juta src, syarikat milik mof, masuk akaun najib. Najib tak nafi, ag tak nafi. Apasal duit tu masuk akaun najib? Apasal 3 org besar src tak balik mesia lagi, dan bersihkan nama najib. Bagi tau la mereka yg pindahkan duit tu tanpa pengetahuan najib, baru ada kait dgn penjelasan ag. Kalu najib mati, duit tu jadi harta pusaka keluarga dia.
    Bab duit rm2.6b tu pulak, mulanya tak ada, tdm saja buat fitnah, kemudian nak jalankan siasatan kat peg. Sprm, maka keluar la wang derma. Sapa yg keluarkan kenyataan ini? Sprm yg cakap untuk elak isu ni tutup. Menderu para cai bela dan iakan wang derma, tapi najib tutup mulut terus. Boleh pulak najib guna wang derma untuk berbelanja mewah. Ni kata ag. Najib guna wang derma tok arab dan bkn duit src. Tok arab kata bkn derma, tapi wang pelaburan. Kesian gak kat cai, kerana ingatan singkat walaupun ada yg jadi doktor, bks wartawan dan berpelajaran belaka. Fokus tang fakta. Bkn tang nak jatuhkan najib. Boleh atau tak boleh?

    BalasPadam
  7. 1MDB ni memecah belahkan org melayu. Why not org. yg menubuhkan 1MDB dipertanggungjawabkan ke atas segala yg berlaku. mohon kesemuanya yg terlibat berbalik le ke pangkal jalan eratkan saf org melayu kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju ia itu 1MDB mempecah-belahkan orang Melayu.
      1MDB
      1 = Satu
      M = Malaysia
      D = Dalam
      B = Bahaya

      Padam
  8. Salam saudara Abu Baakar..Semalam 27/2 group enkorang war2kan akan ade satu move bagi tujuan menjatuhkn Najib.Disini saya nk tahulah brape % telah dicapai hasil dri move tersebut..sekian terimakaseh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama28 Februari 2016 11:47 PG, ini bukan soal berapa peratus pencapaian untuk menjatuhkan Najib, tetapi ini adalah perjuangan untuk menyelamatkan negara ini, Najib perlu ditumbangkan, Najib perlu diheret ke muka pengadilan terhadap pengkhianatan yang dia buat terhadap negara ini.

      Ini bukan soal syok sesuka hati nak jatuhkan orang, tetapi ini adalah untuk mempertahankan negara ini dan mempertahankan hak kami sebagai rakyat, kau tu lainlah Najib tabur habuan ke kau, sebab tu membabi buta menyokong apa sahaja yang Najib buat.

      Sila Tanpa Nama28 Februari 2016 11:47 PG beri penjelasan mengenai isu RM 2.bilion dan RM 42 juta dalam akaun Najib tu, itu sahaja pun dah membuktikan bahawa Najib telah menyeleweng, menggelapkan wang, mencuri harta rakyat, takkan itu pun nak disokong juga, hanya orang bodoh, dan orang yang sanggup menjual maruah kerana ditabur habuan seperti kau sahajalah yang akan sokong perbuatan terkutuk sedemikian.

      Kami rakyat perlu usaha sendiri untuk pertahankan hak kami, pihak yang berkuasa dan ada pangkat serta ada kedudukan dalam negara ini bukannya nak tolong kami, semuanya senyap membisu menjaga pinggan dedak masing-masing, tunggu Najib tabur dedak ke pinggan mereka itu.

      Kami kini sudah tak harapkan para raja atau sultan untuk bantu kami, kami sudah tak harapkan pihak berkuasa agensi kerajaan untuk bantu kami, kami sudah tak harapkan para mufti dan para ahli agama dalam kerajaan untuk bantu kami, kami ditinggalkan dan dibiarkan terkontang kanting tanpa ada mereka bantu kami, maka kami tak harapkan mereka lagi, biarlah mereka dengan dunia dedak mereka, kami pula akan terus berjuang untuk mempertahankan negara kami dan mempertahankan hak kami sebagai rakyat Malaysia.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Abu Bakar, ko asyik minta penjelasan pasal duit bilion2 tu kpd pengomen kt sini. Ko dpt maklumat tentang salah laku najib dari mana? Jika ko dptkan maklumat tu melalui media, tak perlulah ko merepek minta pengomen beri penjelasan. Siapa pengomen yg boleh bagi ulasan? Kalau jawapan dari peguam negara dan badan penyiasatpun ko tolak, siapalah pengomen utk ko percayai. Terpulanglah masing2 nak percaya yg mana hasil kebolehan masing2 berfikir. Cuma hrp ko tidaklah minta sesuatu secara tak cerdik dan salah tempat. Bagus kalau pi jumpa najib sendiri luahkan apa yg tak puas hati, bukan merepek salahkan siapa yg tak anti najib. Satu perkara aku nk bgtau ko, bukan anti najib tidak bermaksud akan sokong najib dlm pru akan dtg. Kita boleh tengok nanti siapa lebih matang, yg kuat menyalak tapi tak undi atau yg diam tapi mengundi...

      Padam
    3. Tanpa Nama28 Februari 2016 12:45 PTG, kau ni dah ketinggalan basikal ke? Lembab bebenor kau ni.

      Dalam isu salah laku Najib, dah sah diakui oleh Najib dan Apandi Ali sendiri bahawa dalam akaun peribadi Najib ada RM 2.6 bilion dan RM 42 juta.

      Wang RM 42 juta tu berasal dari SRC International, macam mana wang SRC International boleh ada dalam akaun peribadi Najib pula?

      Wang RM 2.6 bilion tu pula katanya derma dari tok arab kepada UMNO, tapi wang itu tak pernah diserahkan kepada UMNO, dijoli sesuka hati oleh Najib dan diperbuat seperti harta peribadi Najib sahajalah, maka itu adalah pecah amanah.

      Bukankah itu dah terbukti sebagai perlakuan jenayah? Kau ni baru keluar dari gua ke? Atau baru bangun dari koma selama 50 tahun sampai tak faham apa-apa pasal isu ini?

      Maka tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap Najib, tapi Apandi Ali dah bersekongkol dengan Najib, dia halang Najib dari didakwa, Apandi dah jadi peguam peribadi Najib, bukannya lagi Peguam Negara, kerana Peguam Negara kena bertindak demi kepentingan Malaysia, tapi Apandi khianat terhadap Malaysia dan bersubahat dengan Najib pula.

      Kes ni sangat jelas dan mudah seperti kata Ketua Pegawai Penyiasat SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  9. Ghani 4 tahil tu pun haramjadah juga tu manusia celaka...dia tk berani nk buka mulut takut semua kejahatan dia terbongkar...banyak kejahatan yang dia buat dgn tun dlm kes anwar...
    Tun pasang gani haramjadah untuk jatuhkan anwar...
    Sekarang najib pasang pandi untuk jatuhkan muhyidin...
    Dulu muhyiddin tinggalkan anwar,
    Skrg muhyiddin kena tinggal...
    Inikah perangai pemimpin2 umno haramjadah...pusing2 benda yg sana dia orang buat...
    Kalau nk manusia2 dajjal ni kena sumbat dalam penjara undilah pembangkang...
    Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang kau melalut tak tentu arah ni apahal Tanpa Nama28 Februari 2016 12:55 PTG?

      Dalam kes Anwar, masa Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Presiden Parti, dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, dipecat dari parti, Anwar terlebih dahulu telah diberikan ruang dan peluang oleh Tun Dr. Mahathir dan ahli majlis tertinggi UMNO serta jemaah kabinet untuk memberikan penjelasan dan penerangan terhadap tuduhan yang didakwa terhadap Anwar itu, tetapi Anwar tak dapat nak jawab semua tuduhan itu, Anwar hanya maki hamun dan menhentakkan penumbuk ke meja sambil maki hamun dalam perjumpaan tersebut, kalau tak percaya sila tanya Najib sendirilah, Najib adalah antara ahli mesyuarat majlis tertinggi UMNO dan ahli jemaah kabinet ketika itu.

      Tan Sri Muhyiddin pula dipecat dan digantung jawatan tanpa diberi ruang dan peluang untuk bela diri langsung, terus dipecat dan digantung jawatan begitu sahaja.

      Jangan nak putar cerita tak tentu hala pula. Kerana Anwar lepas kena pecat dia hasut rakyat supaya memberontak menentang kerajaan, tapi Tan Sri Muhyiddin Yassin bila dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, dia minta rakyat bersabar dan bertindak mengikut undang-undang, begitu juga bila Tan Sri Muhyiddin digantung tugas dari jawatan Timbalan Presiden UMNO, beliau minta rakyat bertenang dan bertindak mengikut undang-undang, Tan Sri Muhyiddin tak hasut rakyat berdemonrasi di jalanan, tak pernahlah Tan Sri Muhyiddin menyuruh rakyat melakukan huru hara dalam negara ini, itulah bezanya pemimpin yang berjiwa besar macam Tan Sri Muhyiddin berbanding dengan manusia tamak seperti Anwar itu.

      Tanpa Nama28 Februari 2016 12:55 PTG tak tau apa-apa, jadi tak payahlah nak merapu tak tentu hala.

      Pertahankan hak negara, pertahankan hak rakyat, ini negara kita, ini tanah air kita, ini tempat kita berteduh, pertahankan hak kita dan negara kita.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  10. Abu Bakar...ko ni penjilat tegar Tun M sampaikan xde se kuman pun salah Tun yg ko nmpk. Tun bukan dewa la...Abu bakar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada aku pernah kata Tun Dr. Mahathir tu maksum ke dewa ke wahai Tanpa Nama28 Februari 2016 1:41 PTG? Isunya ketika ini adalah kes jenayah Najib, bukannya ada kena mengena dengan Tun Dr. Mahathir pun.

      Kalau kau kata Tun Dr. Mahathir buat jenayah, sila lapor kepada polis, bawa bukti kepada pihak berkuasalah, melalak sana sini apa kejadahnya.

      Walau apa pun, sila jawab pasal itu RM 2.6 bilion dan RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib tu, sampai sekarang korang tak jawab lagi apahal?

      Bersikap jujurlah.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Dulu najip fitnah tun m berkonspirasi dgn wsj dan sarawak report utk fitnah dia pasal wang dlm akaun dia. Tetapi terbukti mmg wujud duit itu.

      terbukti juga tun m tidak memfitnah. Ada ke si najip mintak maaf kat tun? Takde kan?

      Padam
  11. Gani takut masuk dlm tong drum..kikiki

    BalasPadam