Selasa, 16 Februari 2016

Orang Ada Ada La Katakan..!


Berkuasa dan berada..!

Sebanyak 16 tong disediakan sebagai hadiah untuk diserahkan kepada bakal menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika majlis pertunangan anaknya, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demikian menerusi satu klip video berdurasi hampir dua minit yang dimuatnaik di portal berita, Free Malaysia Today, hari ini.
Kata Tun Mahathir lagi, beliau melihat sendiri hadiah-hadiah tersebut yang diangkat oleh dua orang anggota tentera.
“Kalau tanya MAS punya orang dia kata, bertong-tong beli barang. Kadang-kadang tak dan (sempat) punggah lagi yang ini, beli yang lain pula.
“Saya pi (pergi) dia punya majlis bertunang. Saya terkejut, 16 tong hadiah dua orang askar angkat. Ini tong, bukan dulang,”katanya.
Jelas Tun Mahathir lagi, antara barangan yang dilihat ialah jam, kasut, baju dan kain.
“Ia bukan sikit. Macam-macam ada dalam tu. Jam ada, kasut ada, baju ada, kain ada, pasal lalu tepi saya,”ujar beliau.
Tambah Tun Mahathir, beliau hadir ke majlis pertunangan tersebut ketika itu kerana masih mempunyai hubungan yang baik dengan Najib.
“Mana dapat duit beli benda-benda yang macam ni. Lepas itu bila perkahwinan,luar biasa. Raja pun tak pernah buat perkahwinan macam ini. Bunga saja RM3 juta. Ini orang yang pergi la cerita.
“Kalau kita tengok Najib ni punya perbelanjaan cukup besar. Ini semua cara hidup yang tidak kena bagi seorang perdana menteri,”ujar Tun Mahathir lagi.
Itu pun cara melonjakkan ranking kemewahan Malaysia dalam dunia kot..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. belanja duit haram.. haramjadah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bro...duit haram...dapat pemimpin.... haramjadah.

      Padam
    2. Dpt bini betina minang puaka macam tulah, nafsu syaitan boros membazir!!!
      Rupa dah macam nenek sihir

      Padam
  2. Agak agak dedak berapa tong pulak yer??!!..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dedak dapat tong taik yang najib tabur atas lantai, itupun jilat licin, pengkhianat agama dan bangsa!

      Padam
  3. Teruskan pendedahan2 seperti ini.Pastikan Umno dan BN terus berkubur di pru 14 nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi najib kat atas tu, yang jadi mangsa umno.

      Padam
  4. Allah Huakhbar....
    Susah2 lah....kalau ini satu fitnah atau setidak2nya sesuatu yg terang lg nyata mengaibkan saudara seagama...fikir2kan lah apa yg akan kita kawab nnt di hadapan Allah subhanahuwata'ala....

    BalasPadam
  5. Allah Huakhbar....
    Sudah2 lah....kalau ini satu fitnah atau setidak2nya sesuatu yg terang lg nyata mengaibkan saudara seagama...fikir2kan lah apa yg akan kita jawab nnt di hadapan Allah subhanahuwata'ala....

    BalasPadam
  6. Ramai orang Islam dah lupa "ayat sujud antara dua sujud". Memohon agar ditutup aib diri tapi di sini berlumba2 mengaibkan orang. MUNAFIK!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sifat pemimpin boros rakus wajar didedahkan di saat rakyat ditekan dengan GST!!..

      Padam
  7. Umno dah checkmate, najib dan mahathir sudah berpatah arang dan sudah tidak ada jalan pulang.Syabas tuan punya bloger serangan anda dan kawan2 benar-benar melumpuhkan Umno/BN.Sudah sepatutnya mereka ditukar di pru akan datang.Kita bina kerajaan baru yang lebeh berseh.

    BalasPadam
  8. tun m pun dah jadi mcm orang melayu kebanyakan yang suka memfitnah. sepatutnya tahan lah askar tu, inilah peluang dia untuk membongkar sal najib. tanya hadiah ape tu, untuk siapa dan tangkap lah gambar, upload baru lah tidak memfitnah. dia, tun m orang kan respect kat dia. bila tun m cerita sal dulu macai macai boleh terima bulat2, tapi bila kita cerita sal tun m semasa memerintah 22 tahun orang kata cerita lama, tak payah cerita lah pelik gak. semalam rpk keluar gambar surat yang tun m sign manupulasi pasaran saham malaysia. tak nak cerita ke. gst ni orang melayu yang mengeluh susah cina tak kata ape pun. sal orang melayu malas 1.5 juta kerja kosong didalam malaysia betapa teguh nya ekonomi malaysia. 1.5 juta kerja kosong nak diberi kepada warga asing, cam mane hidup nak senang 1.5 juta kuasa membeli dah bagi kat bangla. kalau nilai dalam rm berapa billion. kutuk pun bangsa sendiri gelak je lah. ha3x

    BalasPadam
  9. Kalau fitnah,saman la...baru blh dengar semua cerita...masaalah nya najib berani ke saman...

    BalasPadam