Ahad, 28 Ogos 2016

Cukup Cukup La Najib & Pandi..!


Berpada pada la..! selebat mana pun hujan pasti berhenti..! Yakin la..!

Cadangan Tun Ariffin Berhubung SPPK Wajar Diberi Perhatian Serius

CADANGAN Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria agar Peguam Negara tidak lagi mengetuai Suruhanjaya Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman (SPPK) amat positif dalam usaha mengelakkan sebarang persepsi bahawa badan kehakiman tidak benar-benar bebas.
Dalam sistem demokrasi seperti di Malaysia, tiga cabang kuasa iaitu Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman (Legislative, Excecutive, Judiciary) adalah bebas daripada satu sama lain. 
Dalam hubungan inilah Tun Ariffin menegaskan perlunya Peguam Negara tidak lagi mengetuai SPPK untuk menghindar unsur ‘pertentangan kepentingan’ (conflict of interest).
Ini kerana, Peguam Negara adalah anggota eksekutif manakala pegawai-pegawai kehakiman, termasuk hakim mahkamah sesyen dan majistret, terletak di bawah bidang kuasa badan kehakiman.
Tetapi kerana Peguam Negara mengetuai SPPK, maka beliau mempunyai bidang kuasa terhadap hakim-hakim mahkamah sesyen dan majistret termasuk dalam urusan pelantikan, kenaikan pangkat, perpindahan dan isu-isu disiplin.
Keadaan ini sememangnya boleh mewujudkan persepsi mengenai kebebasan mahkamah-mahkamah berkenaan. Kerana hakim-hakim mahkamah seyen dan majistret adalah di bawah Peguam Negara yang juga berfungsi sebagai Pendakwa Raya, akan wujud andaian mereka akan ‘akur’ kepada ketua mereka.
Apa yang ditegaskan oleh Tun Arifin pada Persidangan Pegawai-Pegawai Kehakiman di Kuala Lumpur baru-baru ini bukan perkara baru. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim pernah berkata pada 2006 bahawa pihak kehakiman berhasrat mencadangkan kepada kerajaan untuk memansuhkan SPPK.
Menurut beliau, hakim mahkamah sesyen dan majistret mesti diserapkan ke dalam sistem badan kehakiman kerana bimbang akan wujud gangguan ‘tangan ghaib’ jika mereka kekal sebagai kakitangan kerajaan.
Sehingga kini, ia belum menjadi kenyataan. Oleh itu penegasan semula oleh Tun Arifin menampakkan bahawa isu ini amat penting dan perlu diberi perhatian segera oleh kerajaan.
Matlamatnya murni iaitu untuk memastikan badan kehakiman dilihat sebagai benar-benar bebas dan tidak dipengaruhi oleh cabang lain dalam kerajaan atau mereka yang mempunyai kepentingan tertentu. 
Secara mudahnya, pendakwaan di mahkamah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Jabatan Peguam Negara dan hakim mahkamah sesyen serta majistret adalah daripada perkhidmatan yang sama. Sehubungan itu mungkin wujud persepsi tertentu terhadap penghakiman oleh hakim mahkamah sesyen atau majistret walaupun realitinya mungkin tidak begitu.
Inilah yang cuba ditekankan oleh Tun Arifin mengenai betapa perlunya hakim mahkamah sesyen dan majistret tidak lagi berada di bawah bayang-bayang Peguam Negara. Ini agar sebarang syak wasangka  dapat dihapuskan dan mahkamah sesyen atau mahkamah majistret tidak dilihat sebagai dibayangi oleh Jabatan Peguam Negara. 
Tun Arifin memberikan gambaran jelas berhubung senario ini. Menurutnya, apabila pegawai kanan daripada Jabatan Peguam Negara, apatah lagi jika Peguam Negara itu sendiri menjalankan pendakwaan, maka lagi ‘menggeletar’ hakim mahkamah sesyen dan majistret mengendalikan kes. Ini kerana di hadapan mereka adalah pegawai berpangkat lebih tinggi dan ketua mereka.
Bagaimanapun, itu bukan bermakna penghakiman mereka dalam satu-satu perbicaraan akan memihak kepada ‘tuan’ mereka. Apa juga keputusan mereka pastinya berdasarkan pertimbangan teliti berdasarkan fakta dan bukti yang ada di hadapan mereka.
Tetapi yang  penting ialah bagaimana kita dapat memadam terus sebarang persepsi negatif bahawa hakim mahkamah sesyen atau majistret tidak bebas melaksanakan tugas. Jangan diberi ruang walau sekecil mana pun untuk persepi ini wujud. 
Justeru, cara terbaik ialah dengan pengasingan perkhidmatan kehakiman secara ‘total’ daripada badan eksekutif dan Peguam Negara hanya mengetuai perkhidmatan perundangan sementara perkhidmatan kehakiman diterajui oleh badan kehakiman itu sendiri.  
Dalam hal ini, Tun Arifin menyarankan, perkhidmatan kehakiman diketuai oleh seseorang yang berada di dalam perkhidmatan tersebut. Ini kerana tokoh berkenaan lebih sesuai dan mahir bagi mengendalikan perkhidmatan kehakiman. 
Dalam hubungan ini, beliau mencadangkan Ketua Pendaftar Mahkamah mengetuai perkhidmatan kehakiman. Cadangan ini dilihat sangat munasabah kerana ia meletakkan garis pemisah yang nyata antara perkhidmatan perundangan dan kehakiman.   
Pada masa yang sama, ia membolehkan kedua-dua perkhidmatan tersebut ditadbir dengan lebih lancar dan sistematik. Ini kerana, kedua-dua perkhidmatan itu semakin berkembang dan jumlah mereka yang terlibat dalam kedua-dua perkhidmatan semakin bertambah.
Menurut Tun Arifin lagi, ketika SPPK diwujudkan dahulu, jumlah kakitangan kedua-dua badan perundangan dan kehakiman itu tidak ramai. Namun kini terdapat 636 kakitangan perkhidmatan perundangan dan 4,787 dalam perkhidmatan kehakiman sehingga April 2016. 
Oleh yang demikian, saranan Tun Arifin adalah wajar diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali juga mengesahkan telah menerima kertas cadangan pemisahan badan perundangan dan kehakiman ini dan sedang mengkaji mengenainya.
Diharapkan ada sesuatu keputusan yang positif akan lahir daripada cadangan dan kajian ini. Cadangan yang bernas dan membawa kebaikan tidak harus dibiarkan tersimpan sebegitu lama.
Cadangan asal oleh Tun Ahmad Fairuz dibuat pada 2006. Dalam tempoh itu sehingga kini tiada apa yang terhasil. Sedekad kemudian, Tun Arifin mengulangi cadangan yang sama.
Kali ini, umum ingin melihat ia benar-benar menjadi kenyataan.
Lu Fikir La Sendiri!!!

23 ulasan:

  1. Tun Arifin boleh kritik Najib tanpa perlu takut dilucutkan jawatan Ketua Hakim Negara.

    Tapi kalau zaman Tun Mahathir jd PM, belum tentu Tun Arifin selamat drp Tun Mahathir. Rekod sepanjang zaman masih kekal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cukuplah jib...dlm keadaan sekarang klau dia sentuh tun arifin pasti kedudukan dia semakin terancam..jln selamat ialah..cash is king..protT

      Padam
    2. MO1 = Lanun Bugis Penyamun 1MSB

      Hollywood Actor 1 = Leonardo di Caprio

      Pemgkolom Pelir Lanun Bugis 1 = Anon 10:40 PTG

      Padam
    3. Jln selamat ialah cash is king? Dah tua pun bodoh lagi...

      Padam
    4. 10:59 - anak babi gila.

      Padam
    5. Najibun tak pernah sentuh mereka yang buat kerja resmi tapi Najibun tak boleh pejam sebelah mata terhadap mereka yang buat kerja lain dari tugasan resmi, contohnya kerja kerja konspirasi. Dalam konteks ini Pak Ripin hanyalah buat kerja hakiki dan dengan itu tak ada sebab untuk Jibun termakan kata kata yang di hamburkan oleh si batu api, kah kah kah.

      Padam
    6. Masa madey singkir hakim ko buat ape?..gentel telor sampai bisu..sekarang baru nak bukak mulut..

      Padam
  2. Cadangan itu bagus tapi apakah sebelah pihak boleh mengubahnya yakni apakah bertepuk sebelah tangan akan keluarkan bunyi?

    Lihatlah isu tajaan politik dan NGO yang di bawa masuk dari luar apakah ianya akan di persetujui oleh semua dan tanpa persetujuan semua apa jua cadangan akan kekal sebagai cadangan.

    BalasPadam
  3. 10:59 - Anak pelakun filem lucah

    BalasPadam
  4. 1059 pm pelakun veteran filem lucah

    BalasPadam
  5. Memandangkan pembangkang mempunyai peluang untuk kuasai Federal, mahukah mereka bersetuju dengan cadangan Pak Akim itu? Kalau mereka bersetuju bermakna mereka tidak dapat privilege sebagaimana yang dimiliki oleh lawan mereka (BN).

    Kalau Penang dijadikan contoh di mana pihak semasa perlukan status quo dikekalkan agar dapat mengklepet tapi peluang itu akan hilang kalau status quo diubah! Makanya tidak mungkin mereka akan bersetuju untuk ubah status kuo kalau ianya menyusahkan pengklepetan. Nahi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib kaki klepek dan dah pun klepek 14 billion dengan sekutunye..

      Padam
  6. Cukup cukup lah tu caii bahalol bingai PuteraAmerika
    Belum cukup luaskah lagi jalan ngko rintis ke neraka
    Hasut kasii pecah hancur Melayu mamang ngko suka
    Reka apa saja asal dapat dedak darii Matdey bangka

    BalasPadam
  7. Settel la satu2 dulu.. jangan tunjuk bangang bodoh ssgt... settel deklarasi mamak pundek nk mmpos penipu... settel dulu DoJ dan FBI bila nk saman.. bila nak tangkap.. bila nak sita.. bila nak rampas assets. . Spork bila nak bertindak.. Swiss.. England. . Lesotho. . Uganda.. dll nak bertindak pada 1mdb.. bila .. bila lagi.. jangan tunjuk ssgt bodoh bangang fitnah tuhh.. kirja macam CIFUT BABI... butuh la babi kerala nihh.... puiiiiiii....!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg tunjuk bodoh tu engkau sebenarnya jing... yg fitnah pun engkau jugak jing... negara lain dah bertindak ikut step mereka bukan main sembur aje macam kau jing... dengan bini kemain takut kat sini nak jadi hero kunun..tuiihhh
      jing jibo selamanya bodoh bodoh bodoh bodoh dan bodoh

      Padam
    2. 12.50 memang bodoh Doj dahsita harta perompak..perompak kena bagi penafian sehingga awalseptember untuk elak harta dirampas..riza nak bagi bukti ape yg dia beli aset dengan duit semah..ha3

      Padam
  8. Ikut step aleeutoo... kah kah kah.. duit rasuah DoJ dan FBI dan berpuluh jota dah abis... satu kirja pun tak jalan... lain yg disuruh lain pulak yg dibuat kah kah.. bodo bodoo.. mamak kerela krna bodo dng USA dan proksi yahudi... kah kah kah... step aleutoo la puiii.....!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerja ape yg tak jalan?saman dah difailakan..harta dah di sita..4 perompak belum bagi bukti penafian tuduhan saman untuk elak harta dirampas..

      Padam
  9. Cai cai mamak kerala memg aleeutoo..btul tu anon 1.28pg...
    Diorg ni sedia dibebalkn @ dbodohkn oleh mamak kerala @ yahudi amerika smpi mati agaknya...hati manyak jahat woooo...

    BalasPadam
  10. cadangan ... biasalah lepas era madey kutty berakhir mmg boleh cadang apapun ... tapi baik atau tidak itu budi bicara AG ... tunggu je lah jawapan pertimbangan AG ... so tak payah nak beri tekanan bagai .. better go fly kite !!!

    BalasPadam
  11. Tun Ariffin cuak tu, Mana tahu kalau Muhyiddin naik jadi PM dan dg tekanan Mahathir, sekali lagi Malaysia akan memecah rekod dunia dg menyingkir Ketua Hakim Negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa madey singkir hakim ko buat ape?..gentel telor sampai bisu..sekarang baru nak bukak mulut..

      Padam
  12. Ariffin itu dah kena juai kpd Najib semasa kes liwat. Sekarang dia nak nampak cam bebas. Inilah sendiwara monyet2 lantikan UMNO.

    BalasPadam