Rabu, 17 Ogos 2016

HOT ~ Kenapa Doktor Anti Penuaan Letak Jawatan..?


Kenapa pulak? kenapa sampai letak jawatan? apakah kerana malu terbabit dengan skandal yang didakwa meyeleweng menggunakan duit SRC untuk membeli ubat anti penuaan? atau letak jawatan  kerana malu bahawa ubat yang dibekalkan selama ini terbukti gagal dan langsung tidak mujarab???

Layan...

Doktor 'rawat' Najib, Rosmah letak jawatan dalam NGO antipenuaan

Doktor yang dikatakan pernah merawat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selama bertahun-tahun meletak jawatan sebagai naib presiden sebuah organisasi antipenuaan.
Perkara itu didedahkan oleh Presiden Society For The Advancement of Hormones and Healthy Aging Medicine Malaysia (SAHAMM), Dr Selvam Rengasamy dalam satu kenyataan hari ini.
"Dr Sidiq (Mohamed) telah meletak jawatan sebagai naib presiden SAHAMM kerana dia tidak mahu SAHAMM diseret dalam perkara yang melibatkannya atas sifat peribadinya," kata Rengasamy dalam kenyataan itu.
Sidiq disebut dalam laporan Sarawak Report pada 3 Ogos sebagai individu berpangkat tinggi yang dikatakan dikenal pasti dalam dokumen yang bocor sebagai "B1".
Isterinya didakwa menggunakan RM1.15 juta daripada dana SRC International yang dialihkan untuk membeli hormon antipenuaan.
Malaysiakini  cuba menghubungi Sidiq mengenai perkara itu tetapi tiada jawapan.
Sementara itu, Rengasamy juga berkata dalam kenyataan itu bahawa SAHAMM tidak mengetahui pembayaran yang dibuat oleh mana-mana pelanggan kepada Sidiq.
Beliau mengesahkan SAHAMM bukan sebuah klinik tetapi satu pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang memperkenalkan rawatan-rawatan antipenuaan.
Katanya, organisasi itu pada umumnya melibatkan diri dalam mengajar dan menyebarkan maklumat mengenai rawatan antipenuaan.
"Kami mendekati Sarawak Report untuk memberi penjelasan selepas kami dibanjiri dengan pertanyaan daripada pesakit dan rakan-rakan profesional di luar negara," katanya.
Rengasamy menulis surat terbuka kepada Sarawak Report selepas laman web itu menerbitkan artikel tersebut, mendakwa pembelian hormon pertumbuhan anti-penuaan berkenaan.
Beliau mendakwa artikel itu mencemarkan reputasinya dan juga SAHAMM.
"Saya menulis e-mel ini tanpa prasangka atau niat jahat. Saya tidak mempunyai apa-apa jawatan politik.
"Saya menulis untuk merayu kepada idea-idea kewartawanan tertinggi dan prinsip-prinsip yang anda dedahkan dalam Sarawak Report dan meminta anda membantu membetulkan beberapa ketidaktepatan berkenaan dengan cerita anda pada 3 Ogos.
"Saya amat sedih dan terkejut dengan artikel di atas yang telah mencemarkan reputasi dan juga SAHAMM," surat itu dipetik.
Rengasamy, yang juga pakar obstetrik yang diperakui dan pakar sakit puan dengan 32 tahun pengalaman menegaskan dalam suratnya bahawa beliau adalah seorang "doktor" dan tidak terlibat dalam mana-mana politik.
Beliau tidak merawat perdana menteri atau isterinya atau mana-mana ahli politik, katanya.
"Saya presiden SAHAMM dan Sidiq adalah naib presiden dan ini hanya hubungan profesional," katanya.
Selain pembelian hormon pertumbuhan anti-penuaan, Sarawak Report juga mendakwa dana SRC digunakan untuk tujuan berkenaan.
Sebelum ini, Najib mengakui RM42 juta wang SRC dimasukkan ke akaun peribadinya.
Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku dan menjelaskan Najib tidak mengetahui dana SRC itu dipindahkan kepadanya.
Najib berulang kali menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan menuduh mereka yang terbabit dalam tuduhan itu berkonspirasi untuk menjatuhkannya.
Atau letih dan mengalami sakit tulang belakang kerana kerap membongkok? kenapa?
Mana tau macam gambar contoh dibawah ni..!
Itu kan contoh..!
Yang pasti dan jelas baca kenyataan yang berwarna merah diatas tadi tu..!
Duit siapa???
Lu Fikir La Sendiri!!!

49 ulasan:

  1. Amboi garang nya rupa di gambar itu. T kasih Putra M mengeluarkan gambar itu - tak pernah nampak tenungan begitu mendalam, kerutan muka begitu muram.

    Hingga nampak benjol di dahi - lepas berkuntao atau kena penumbuk melampau? Takkan prosediur anti-penuaan macam itu.

    Gambar di bawah itu pulak melutut mencium tangan - aku ingat tadi si laki menjalankan istiadat penabalan FLOM.

    BalasPadam
  2. Nasib baik SR itu berpangkalan di Brexit, kalau di Amerika dah tentu para doktor yang difitnah akan mendapat gantirugi berbilion ringgit.

    Sama macam isu VW dan pelepasan asap, kat Amerika VW kena bayar AS 20,00o bagi setiap pelanggan walhal di Brexit para pelanggan tak dapat apa-apa.

    Makanya SR harus bekerja untuk warga Brexit supaya mereka dapatkan keadilan macam di Amerika dan bukannya menjadi portal upahan untuk warga pembangang di bekas tanah jajahan Britain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. VW betul bersalah, ada bukti, mengaku. SR tak bersalah, bukti yang ada ia lah penyelewengan dan pengsonglapan wang 1MDB.

      Jadi, apa nak di saman? Tak berani. Hilang bola.

      Tambah pulak pendirian peribadi Jibo penakut, amat risaukan kalau saman, kena panggil jadi saksi, kena soal peguambela bertalu talu, takut tersasul keluar rahsia skandal lain dia pulak.

      Padam
    2. Nasib baik najis pm kt msia.
      Kalau kt amerika mmg dh kesa masuk court.

      Sama mcm kes penipuan VW dan pelepasan asap. VW kena bayar ganti rugi padahal dimsia pelangan VW tidak dpt apa2.

      Makanya SR harus bekerja utk rakyat msia supaya mereka dpt keadilan spt diamerika dan bukannya menjadi portal bangang spt tv3 di bekas tanah jajahan britain

      Padam
  3. Peguam Negara Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku. Najib mengakui RM42 juta wang SRC dimasukkan ke akaun peribadinya. Pandi kata Najib tak tahu duit SRC itu dimasukkan ke akaun dia.

    Apa daaaaaa ......... ingat rakyat ni bodoh ke? Kalu gitu, depa berkali lebih bodoh. Kerja celaka lagi.

    BalasPadam
  4. STOP PRESS ON UMNO MP BODOH CASE -

    Police report lodged against Umno MP over 'MO1 is Agong' remarks
    Malaysiakini ‎

    Former Langkawi Wanita Umno member Anina Saadudin (now a BERSATU Protem Committee member) has filed a police report against Umno lawmaker Nawawi Ahmad, who had surmised that Malaysian Official 1 (MO1) is the Yang di-Pertuan Agong.

    BalasPadam
  5. "Selain pembelian hormon pertumbuhan anti-penuaan, Sarawak Report juga mendakwa dana SRC digunakan untuk tujuan berkenaan.

    Sebelum ini, Najib mengakui RM42 juta wang SRC dimasukkan ke akaun peribadinya".

    Sebenarnya tidak ada cara untuk menentukan sama ada wang 42 juta yang bercampur dengan 600 juta wang Pak Arab dalam akaun yang dikendalikan oleh ramai orang itu, telah digunakan atau tidak.

    Apapun isu ini secara tidak langsung menunjukkan tahap integriti bank yang berada di bawah BNM dalam menjaga kerahsiaan akaun pelanggan. Kalau akaun pembesar boleh bocor, akaun marhaen tak perlu cakaplah.

    Kalau ditoleh belakang, kalau akaun marhaen semudah itu jatuh di tangan sindiket, tak hairanlah kalau sindiket Skema Macau berjaya mengaut keuntung berjuta ringgit dengan bermodalkan maklumat simpanan di akaun pelanggan tertentu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau berlaku kebocoran maklumat pelanggan, meskipun sekadar maklumat kad kredit dan kalau ianya berlaku di AS, semua pihak ambil berat dan serius. pembocor akan dikejar sampai lubang cacing dan segala usaha diambil untuk halang kebocoran seterusnya. apa yang berlaku di sini adalah menyedihkan. kalau kebocoran berlaku di sini, pelangganlah yang disalahkan seolah-olah pelanggan tak pandai jaga rahsia peribadi! kah kah kah

      Padam
    2. Bukan kah Jibo ada lebih dari satu akaun?

      Pahal pun, takkan dia takda pembantu untuk cek dan mengira yang mana satu di bank akaun mana.

      In the first place, awat ada banyak sangat akaun? Dah memang nak menipu ke?

      Padam
    3. Kalau dah membohong, menipu rakyat, menyeleweng 1MDB dan mengsonglap berbilion Ringgit tuh, macam mana pun rakyat akan tahu jugak.

      Sekarang merata dunia dah tahu. Kalau ancient Roman general, fall on your sword lah. Kalau samurai, hara kiri lah. Kalau Lanun Bugis, pasang sauh bukak layar lah.

      Padam
    4. duit 40 sen sumbangan dari si A dimasukkan oleh si B dalam tabung milik C yang mengandungi wang sedia ada sebanyak 600 sen sumbangan dari si D, hanya Superman Dap yang dapat cari wang 40sen tadi dan dipisahkan dari wang asal sebanyak 600sen.

      dan kalau pun si C gunakan wang sebanyak 40 sen untuk beli ais krim, hanya Minah Brexit saja yang boleh tahu sama ada wang 40 sen itu datang dari wang sumbangan dari A atau wang 600 sen sumbangan dari si D.

      Padam
    5. Yang tak boleh tahan tu ia lah membohong dari A sampai Z.

      Padam
    6. Hahaha, pasang sauh bukak layar. Bukan tutup atau turunkan layar. Jadi, kapal tuh di tiup angin nak berjalan, tapi tak boleh, sebab di pasang sauh. Penghabis nya, karam.

      Geliga jugak otak Nakhoda Panglima Matimung Mandatung (dia kata dia "pendatang jugak") Palangpong Terlopong tuh. Ada bangsa Melayu siap di definasikan di Perlembagaan, ada Bahasa melayu siap di kanunkan sebagai Bahasa Resmi di Perkara 152 Perlembagaan, si Najib nak hebohkan pasal Bugis.

      Punya sewel pemikiran.

      Padam
  6. Mengapa tak guna petua org tua² pakai bedak sejuk campur kunyit macan prempuan myamar kat pasar borong tu. Suci dan tanpa was was. Tak perlu lah guna duit rakyat wei...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha, gud un, azren.

      Padam
  7. Jing Jibo dah nak mampos lagi. Dah sakit teruk tuh, tak lagi menyalak mcm biasa.

    Demoralized kot tengok gambar bos laki bini mcm berperang di atas tuh.

    BalasPadam
  8. Siti asmah Botak skinhead juga jadi pujaan tun m ITU, botak skinhead juga banyak habiskan beli rambut palsu itu,
    Cerita tokong kini tak boleh pakai hanya cerita je tak ADA sertakan bukti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang terrer sekali ia lah rambut sarang tebuan. Bodoh punya manusia duit berbilion, hair set sampai beribu Ringgit sekali buat, tapi mcm sarang tebuan.

      Padam
    2. Xde bukti tp doktor botox letak jawatan.
      He.he.he.

      Cai, kalau sokong najis payment dia kira mcm mn?
      Serious berminat ni

      Padam
    3. Kau ni kalau mak bapak kau tak suka Najib ngan rosmah, kau tentu ludah muka org tua kau tu.

      Padam
  9. Matdey keling kerala dah sampai tahap sawan hysteria
    Hanya kerana agenda peribadii dia buat perangai paria
    Manakala di bawah D.S. Najib rakyat aman hidup ceria
    Kesimpulannya Matdey petualang dan D.S Najib satria

    BalasPadam
    Balasan
    1. di bawah Najib lah yang rakyat hidup sangsara, kena GST, harga barangan pulak melambung tinggi, tak di peduli dek gomen Ahjib.

      Berbilion di songlap tapi siapa yang senang, siapa yang kena beban kalau tak rakyat sebab 1MDB terhutang RM53 bilion, IPIC pulak tuntut RM28 bilion. Kot nanti ada GST2.

      Padam
  10. Dr Sidiq (Mohamed) itu patut keluarkan kenyataan apa peranan dia coba menduakan Tuhan nak stop ageing process kpd Jibo dan bini dia.

    Juga apasal beli hormon begitu banyak hingga berjuta juta Ringgit.

    Hormon itu di buat dari apa? Hormon babi ke? Kalau gitu akan meletop orang PAS, buang duit kertas RM90 juta itu ke tanah di jalan raya ke hape.

    BalasPadam
  11. Syabbas BN diketuai Najib menerajui kerajaan pusat
    Setiap masa pembangunan terus berkembang pesat
    Ini lah yang sangat didengki si Matdey dajal bangsat
    Amat lah sedih dia disokong cai-cai anjiing liar sesat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Membohong menipu ambik lah toilet paper mulut kau kesat

      Padam
    2. dengki? Najib lah mengkhianat dan mendengki -

      Yang khianat dan dengki kpd kaum Melayu ia lah Najib. Negara ini negara Melayu, beribu tahun di kenali sebagai Tanah Melayu, bapak dia Melayu, tapi dia kata dia Bugis, "jugak pendatang". Dia lanyakkan maruah Melayu, dengkikan, khianati kaum Melayu.

      Najib buang ISA yang membendung kegiatan subversif DAP yang anti-Melayu, anti-Islam dan cetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Najib buat keputusan buang Akta Hasutan yang melindungi Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan berkenaan hak dan kepentingan Melayu, termasuk Kedudukan Istimewa Melayu di Perkara 153.

      DAP tak suka Perlembagaan, tak hormatkan Bahasa Kebangsaan, tak suka sejarah negara ini, sepatut nya Najib cari jalan atasi masalah susah nak bina rakyat Malaysia, tapi, dahlah Muhyiddin mestikan Sejarah di sekolah sekolah, dia buang Mahyuddin pulak.

      Betapa pengkhianat nya Najib kpd kaum Melayu, dia jugak senyapkan DEB, buang Kementerian Pembangunan Usahawan yang membiming peniaga2 Bumiputera. Dia mesti di buang pronto.

      Padam
  12. Matdey dulu terkenal sebagai Maha Fira‘un kuku besi
    Dia marah rakyat yang menentang melaluii reformasi
    Kini dah tebalik kuang dia ajak rakyat berdemonstrasi
    Punca pun hanya kerana apa dia minta Najib tak kasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak betul. Yang nak demonstrasi ia lah Najib korapsi amat sangat, seleweng 1MDB dan songlap berbilion masuk akaun dia, bini dia, anak tiri dia, kroni dia. Malu Malaysia keseluruh dunia, 7 negara luar siasat salah laku 1MDB, DoJ USA nak rampas harta 1MDB yang di misappropriated and laundered, Spore pun dakwa 1 dpd 6 jongos Jibo ke mahkamah.

      Padam
  13. Cai-cai Matdey awalnya kemain semangat bersemarak
    Merata tempat kat blog ini penuh taik cai anjing berak
    Namun apa dihujah hanya fitnah dusta abok pun tarak
    Sekali Kejora amuk cai-cai anjiing habis larii berselerak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jing Jibo sekor saja di sini, selalu dah nak mampos, berkali kali kena tegur, bahru nak masuk.

      Orang tua ini rasa nya dah kena heart attack, dulu masuk sini pagi petang siang malam sampai pukul 1,2,3 pagi. Lepas heart attack, tak gitu selalu. Tapi kalau dia mati pun, takpa.

      Padam
  14. D.S. Najib melaksanakan pentadbiran cara berhemah
    Segenap lapisan rakyat dibantu dari rumah ke rumah
    Dia sentiasa tenang sabar hadapii fitnah dan tohmah
    Ini le membuat cai-cai anjing Matdey semakin lemah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi berkuasa bley cakap tenang...dah takda kuasa nanti dengan anjing2 dia masuk kedalam

      Padam
  15. Babi punya bloger.
    Kalau pasal mengaibkan saudara seagama kau bukan main lg.
    Bloger babi tak takut dosa kali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teruskan maki hamun chai, tangan taip akan diangkat untuk dijawab di mahkamah akhirat.

      Sedap duit haram hanya sementara chai.

      Padam
  16. 2 juta untuk rawatan usia bukanlah mahal kalau dibandingkan dengan wang yang dibelanjakan untuk botox yang perlu diulang suntik bebrapa ratus kali untuk seumur hidup.

    dari segi perbandingan pula, ubat-ubat berkuasa tinggi bagi merawat beberapa penyakit memanglah mahal yakni ada yang sampai berharga 200K untuk satu sesi rawatan.

    apa yang SR cuba sembunyikan ialah hampir semua ubat yang mahal-mahal dikeluarkan oleh syarikat Eropah sama ada tulen atau palsu adalah termasuk negara beliau sendiri.

    dalam keghairahan SR mendedahkan betapa mahal perkhidmatan yang diberikan oleh 'trader', SR semacam buat-buat lupa bahawa trader mendapatkan bekalan dari pekilang.

    justeru kalau pekilang meletakkan harga yang terlalu mahal, trader tidak ada pilihan selain menjualnya pada harga yang mahal jua.

    kalau SR mahukan perkhidmatan yang murah, mereka sepatutnya siasat kenapa pekilang di negara beliau menjual produk pada harga yang terlalu tinggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 8.40 apa pentingnya rawatan anti penuaan dengan pentadbiran dan menjaga hal ehwal rakyat dan negara?

      Dari mana datangnya sumber 2 juta tersebut? Berapa gaji najib setahun?

      Najib dan rosmah nak nampak muda?

      Padam
    2. Dengan duit berbilion Ringgit dalam akaun depa, tentu depa nak hidup sampai bila bila.

      Maharaja Chin Shih Huangdi nak begitu, kerahkan ahli alchemy di zaman dia sediakan minuman awit muda yang mengandungi "traces of mercury". Hah kau, tak lama dia mampos. Ada dalam sejarah negeri China oleh CP Fitzgerald.

      I don't mind if that happens to you know who.

      Padam
  17. Cai-cai anjing Madey memang jenis hati busuk dengki
    Tapi bila kena tibai teruk sekor-sekor dah angkat kaki
    Seronok sakat dia orang ni jap lagi mula ler caci maki
    Bahkan ada menyalak serupa anjing jantan lapar puki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau tak jawab penulisan pasal Najib pengkhianat dan pendengki bangsa Melayu ye? Tak dapat nak jawab? Sebab cukup di kasi bukti?

      Padam
    2. Dari punca dengki maki dan pukimak ko tu otomatik kaki diangkat untuk jawab segala soalan di mahkamah akhirat

      Padam
    3. Jenis Jing Jibo bukan pedulikan akhirat. Kalau tak, bos dia tak seleweng 1MDB dan songlap berbilion.

      Takpa lah, nanti Tuhan balaskan kezaliman dia kpd rakyat.

      Padam
    4. Alamak Mahkamah akhirat pulak dah.
      Kat situ AGapandi pun kantoi bro!!!! Jing Jibo dah putus oksigen ye... alat pernafasan kan ada. Otak kalau tak 'bernafas' boleh jadi gila bro.

      Padam
  18. Tak kisah hidup selama lama nya ke ape, aku geli ati msg dari kawan tadi -

    Nakhoda Panglima Matimung (sikit bahasa T’ganu/ Kelate’) Mandatung (dia kata dia "pendatang jugak") Palangpong Terlopong (tak pasti siapa dan di mana yg gitu) ..

    BalasPadam
  19. menerima rawatan alternative drpd clinic dato siddiq tidak lah murah.

    hanya orang berada n pesakit 'desperate' saja yg akan terpaksa mencuba teknik rawatan nya.

    dia sendiri tlh mengakui pd saya bahawa najib n rosmah adalah d antara orang kenamaan yg menerima perkhimadtan nya sejak 7/8 tahun yg lalu.

    jika kadar bayaran yg d kenakan adalah saperti mana yg d laporkan maka kita bolih fikirkan jumlah pendapatan nya. amat lumayan sekali.

    saya juga mendapat maklum bahawa banyak ubat ubatan (drugs) yg d guna nya terpaksa d bawa masuk dgn secara tidah sah olih kerana ia nya tidak mungkin akan mendapat kelulusan pihak berkuasa kesihatan.

    ubat yg d guna nya utk merawat penyakit kanser saya juga d bawa masuk secara tidak sah.

    ini lah kelebihan pihak2 yg mungkin menggunakan perlindungan orang yg paling berkuasa utk menjalankan perniagaan tanpa d ganggu gugat.

    apa sekali pun kita harus mengucap tahniah kpd nya kerana tlh berjaya mempengaruhi 'pasangan pertama Negara' utk mencuba teknik awet muda yg d jaja nya.

    ingin juga mengetahui pelnggan2 nya yg lain.

    'selling d promise of eternal youth is most sought after amongst those wth xtra (own or public) money 2 spare'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Treating cancer is different. But questionable practice, procedure or drugs for long life is a no no.

      Padam
    2. agreed. his selling point is alternative medicine. so it covers every unconventional method under d sun.

      high time 4 d ministry of health 2 hv a closer look at d clinic's activities.

      in desperation I had 2 spend a bomb 4 my cancer treatment. habis duit pencen!!!.

      Padam
    3. I wonder if the procedures and medication, and the standard used in government hospitals in this country are at par with those in the US.

      I suppose not, as you went to a private practitioner.

      True, they are having more and more specialists in govt hospitals now, but are the SOPs, the equipment etc the same as in US?

      I hope they are, as very many people cannot afford the private clinics or private hospital treatment.

      Padam
    4. If not, life in certain circumstances may be by the courtesy of one's financial means. Sad.

      This is the sort of things the billions "lost" should be used for.

      Padam
  20. INI APA CITER????

    KUALA LUMPUR, Aug 17 — In a sarcasm-laden Facebook post today, national cyclist Azizulhasni Awang who clinched the bronze for the keirin event at the Rio Olympics expressed thanks to Terengganu Mentri Besar Ahmad Razif Abd Rahman who had offered no state aid despite previous pleas.

    The pint-sized athlete who has been given the moniker “Pocket Rocket Man” pointed out that Ahmad Razif had done little to help both he and fellow Terengganu native, another national cyclist Fatehah Mustapa in the course of their preparations for the Olympics.

    “To the Terengganu menteri besar Datuk Ahmad Razif, Fatehah and I still want to thank you though you refused to help me and Fatehah, both Terengganu natives who fought at the World and Olympic levels.

    “Thank you for not buying us a ‘Roadbike’ for us to use in preparation for the Olympic Games despite a proposal being sent about a year ago prior to the Rio Olympics.

    “Thank you too for not giving us any feedback and staying silent when my manager called you. For your knowledge Datuk MB, Fatehah and I who are world and Olympic-class athletes have always been overlooked by you Datuk MB. Maybe it is because of the fact that we trained overseas,” Azizulhasni wrote on his Facebook page.

    Both Azizulhasni and Fatehah have been training in Melbourne, Australia in preparation of the Games.

    However, Azizulhasni hoped Ahmad Razif would take the ribbing positively, expressing hope his criticism would help “open the eyes” of the authorities to look into their state athletes’ welfare in future.

    Azizulhasni’s remarks appear to be in response to Ahmad Razif’s congratulatory message as reported by national news agency Bernama earlier today.

    The mentri besar said the state would reward the 28-year-old as an incentive for winning the medal to inspire others.

    “Thank you Azizulhasni, who never tires in carrying the Malaysia spirit to the world stage. Thank you also to all the coaches and their families. The Terengganu people are proud with the Pocket Rocket Man!,” Ahmad Razif was quoted saying.

    Azizulhasni crossed the finishing line behind defending champion Jason Kenny from Britain and Dutchman Matthijs Buchli, making him the first-ever Malaysian cyclist to win a medal in the Olympics.

    Azizulhasni, who was earmarked as gold medal prospects, won the Olympic medal in his third attempt after failing to qualify for the finals in the 2008 Beijing Games and sixth placing at the 2012 London Games.

    Azizulhasni’s bronze medal feat is the second medal for the country after diving pair, Pandelela Rinong and Cheong Jun Hoong contributed a silver in the synchronised 10m platform last Tuesday.

    Credit to - See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/thanks-for-doing-nothing-to-help-terengganu-born-olympic-bronze-medallist-t#sthash.j6B3l2PL.dpufam

    Mungkin ahmad razif sibuk kot? Betul ke ahmad razif offer pulau di tengah terengganu kepada orang asing? Anak negeri ditirikan?

    BalasPadam