Jumaat, 26 Ogos 2016

Najib Tak Berapa Selera Ke?


Seorang Islam pasti tahu dan menyedari bahawa tiada bezanya dikalangan manusia dihadapan Allah kecual taqwa..! 

Derma? kuasa? harta? bini? anak tiri? tak hebat mana pun..!

Badan Peguam: Najib, Apandi sama di sisi undang-undang

Semua individu adalah sama di sisi undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Sehubungan itu mereka harus bertanggungjawab di bawah undang-undang.
Perkara itu diberitahu oleh Badan Peguam Malaysia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dalam permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan peguam negara membersihkan perdana menteri daripada kes 1MDB.
Di hadapan Hakim Datuk Hanipah Farikullah,  Badan Peguam juga menyatakan bahawa 1MDB melibatkan wang pembayar cukai dan disokong oleh jaminan kerajaan.
Atas sebab ini, Badan Peguam berkata ia mempunyai kepentingan untuk mencabar keputusan yang dibuat oleh peguam negara kerana skandal 1MDB "melibatkan dana awam yang hebat dan tidak pernah didengar di negara ini".
Mereka berhujah bahawa Najib mungkin mempunyai konflik kepentingan kerana beliau juga adalah menteri kewangan dan pengerusi penasihat lembaga 1MDB.
Badan Peguam juga menegaskan bahawa Apandi juga mungkin bertindak di dalam konflik apabila membuat keputusan membersihkan Najib dan menasihatkannya agar tidak memberi jawapan di parlimen.
"Siasatan oleh agensi-agensi asing di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura dan Luxembourg juga hebat dan tidak pernah didengari.
"Laporan mengenai masalah 1MDB adalah satu kes salah laku yang besar dan terang-terangan dan ia mempunyai refleksi dahsyat di Malaysia," Badan Peguam Malaysia memberitahu mahkamah.
Mereka berkata, bagi sebab-sebab ini, mahkamah perlu memberi kebenaran kepada mereka supaya permohonan penuh semakan kehakiman boleh didengar berdasarkan merit.
Ini adalah permohonan kali ketiga untuk mencabar keputusan peguam negara.
Sebelum ini, mahkamah mendengar secara berasingan hujah daripada peguam yang mewakili bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan untuk mencabar keputusan Apandi kerana tidak mendakwa Najib.
Badan Peguam Malaysia diketuai oleh sepasukan peguam termasuk Tommy Thomas, Datuk Ambiga Sreenevasan, S Ravindran dan Fahri Azzat.
Mana mahu lari beb..! 
Lu Fikir La Sendiri!!!

32 ulasan:

  1. 🏃🏃🏃🏃🏃🏃

    BalasPadam
  2. kesian dengan kau ni Bro...tak payah cakap pasal surga neraka lah...kesian diri tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biarlah... Admin ckp benda betul..setiap yg salah ada hukumnya...kalau yg kecil slh cpt didakwa..yg besar salah pura2 tk tahu..prOoTt 💨💨

      Padam
    2. Oleh kerana dia kesian diri dia dan rakyat semua yg dirompak di depan mata, setiap hari tanpa jemu dia menyedarkan kita tentang kezaliman yg mesti dilawan.

      Padam
    3. Anuar = dedakman
      Kui kui kui

      Padam
    4. En. Anuar..
      Buat baik dibalas baik..buat jahat di balas jahat..dalam Al quran pun ada sebut..patut en anuar kesiankan diri En Anuar dan Najib..

      Padam
  3. Sempena hari jumaat yang mulia ini, saya nak tanya beberapa soalan yang saya akui luar dari tajuk tapi merujuk pada tajuk itu sendiri.

    Perlukah negara mengadakan jawatan

    ■ mufti?
    ■ menteri hal agama?

    2. Kita di dakwah oleh para agamawan viz,

    ■ berani bercakap benar
    ■ berani kerana Allah swt
    ■ berani menegur kemungkaran

    3. Mengapa orang islam selalu minta orang lain

    ■ menghormati agama wal hal perlakuan kita langsung tak mencerminkan apa itu islam,agama pegangan kita
    ■ menyetujui rancangan islam kita untuk kebaikan semua umat atau rakyat malaysia, namun kemungkaran yang muslim lakukan telah mengancam seluruh rakyat baik yang muslim atau tidak.

    Timbulnya persoalan di atas KEBISUAN ORANG YANG KONONNYA BERILMU AGAMA.

    Yang sungguh anehnya, hudud ke, tak solat jumaat ke, tak puasa ke, khalwat ke dan lain2.....di situ alim ulama bertekak, berteriak, ngampu mengampu, kutuk mengutuk....mereka saja betul

    AKAN TETAPI DALAM KES 1MDB dan WANG SRC......TIBA2 SEMUA ILMUAN AGAMA JADI BISU, PEKAKKAN TELINGA DAN PURA2 TAK LIHAT....

    .........sigh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ilmuan agama yg bisu akan ditimpa bala...pd diri dan keluarga mereka.

      Padam
    2. Duit 1MDB ditabur kat ketua kampong, pak imam dan sebagai nya dengan 'ibadah' trip for umrah & haj......errr semua jadi halal bil halal???

      Sengat 2.6 billion, 42 million kemudian menipu di siang hari di bulan ramadhan pakai baju melayu bersongkok, duduk bersimpul alim dalam masjid, beri ceramah-ucapan tahap phulamak, siap 'berentourage' beramai ramai dengan pak menteri dan pegawai umrah ke mekah.....maka segala gala nya nampak cukup warak???

      KJ pun ada bawak pemuda 'berentourage' berumrah....duit dari mana macam mana belakang kira....

      So, apa nak buat melayu muslim senang di buai gambaran alim dan warak para pemimpin aka bugis-lanun dan 40 penyamun maka nya di tanggung beres, tak gitu?

      Nih bukan fitnah ya sekadar apa yang kelihatan cukup jelas dan terang di imbas kembali hanya untuk menimbulkan kesedaran pada yang masih lena....

      Padam
  4. Agama itu dagang tanda akhir zaman

    BalasPadam
  5. Bukan niat saya mempertikaikan agama Allah ini. Hanya sedih memikirkan mengapa orang yang kononnya bergelar ulama ata ilmuan agama gagal menolak kemungkaran ini. Terlalu cetek kah pemikiran para ilmuan ini.

    Cuba kita lihat komen harussaini pada kenyataan rozario quentin pasal DoJ....langsung tak masuk akal. Pemikiran dia contradict apa yang dinyatakan oleh prof hanafiah!!!!!!

    Macam mana orang bukan islam menghormati kita jika cerdik pandI kita langsung tak nampak keilmuan mufti dN atau prof ini...sedih betu rasa di hati

    BalasPadam
  6. Ini lah manusia akhir zaman. Yg pakar atau ahli agama diam membisu apabila kemungkaran berlaku di mata. Buka lah mata dan minda mu wahai Bangsa Melayu.

    BalasPadam
  7. Kekuatan sebuah negara bukan terletak atas penyatuan sebuah bangsa atau rakyatnya. Sama dengan laungan nasionalisma.

    Sebagai melayu dan beragama islam, kekuatan kita bukan kerana kita melayu atau beragama islam. Kekuatan kita ada pada perilaku kita yang menjadi tauladan atau contoh.

    Negara Saudi, sungguh pun tidak 99.9% rakyatnya muslim, namun tiada kekuatan apa2. Sumber minyak di anugerah Allah swt langsung gagal menjadikan negara ini negara contoh. Ramai yang tidak mencerminkan kehidupan mereka sebagai orang muslim yang dicontohi.

    Sebaliknya negara sesetengah barat jauh leboh menonjol walaupun mereka bukan muslim. Negara2 ini maju ke hadapan walaupun kita mempertikaikan agama anutan mereka. Banyak contoh progresif yang langsung tak menyalahi agama islam.

    Di malaysia, kita mahu orang menghormati kita dan agama kita anuti namun perlakuan kita as a malay jauh menyimpangi apa yang kita sepatutnya berperangai....mencuri bukan budaya melayu dan dikutuk agama kita...namun masih ramai yang sokong. Bila dituduh mintak bukti. Diberi bukti kata foreign interference. Dah tak dapat jawab kata fitnah, fitnah dan fitnah. Bukti2 betdokumen semua fitnah. Ditanya yang mana satu fitnah....tak dijawab.....last2 guna polis, guna macc guna ini guna itu untuk menyembunyi kepalsuan kepercayaan mereka.

    A strong islamic conviction can resolve kleptocracy in malaysia today. There is will there is a way. Tak nak seribu dalih

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  8. Suruh budak kutty tunggu masa nak golll tu...taubat la... kirja mcm cifut babi daaaa.....!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2.49

      Mengapa peflu tobat?

      Padam
    2. Tak mustahil 2:49 gol terlebih dahulu melintasi orang yang jauh lebih tua dan punyai banyak bakti terhadap negara ini.

      Sama sama ler taubat jangan ingat diri tuh kuat sangat...

      Padam
  9. Badan Peguam tu beleter saja kuat, cuba masuk calun mengundi tengok, untung2 menang dan boleh tubuh kerajaan. Kalau cuma nak beleter saja nenek aku lagi pandai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nenek kau belajar undang undang bawah pokok kelapa di tepi pantai ke???

      Tak pasal pasal nenek kau jadi sasaran akibat bodoh nya sang cucu...

      Padam
  10. bosan lah isu ni jer. dosa dia orang tanggung sendiri la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benda nih macam nih.....

      Andai badai tsunami kelihatan jauh bergulung sedang hampiri dan adakah kita perlu terus tercegat memerhati sehingga ia memghentam pantai dan baru kita sedar dan bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri dan kalau boleh harta benda sekali????

      Andai bosan, duduk dalam hutan pun akan diganggu aggas unggas dan nyamuk....tak termasuk yang buas lagi....maka perlu terus berasa bosan?

      Padam
  11. Apalah yg admin risau sgt kalau najib tak ada selera pun.
    Dia selera tak selera itu dia punya pasallah. Kecuali lah kau yg suapkan dia laki bini.

    Mcm tak ada benda lain nak bincang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita lupakan 1MDB
      Kita lupakan jo low....
      Kita sanjung semua pimpinan umno....
      Tiada umno....boleh kebuluran

      Padam
    2. Jo low hebat..
      Pandai buat duit berbilion...
      Sokong ameno...
      sokong ka0k rossy...
      Sokong pok jib

      Padam
    3. Sokong tun....
      Bukan dpt duit.....
      Hehehe

      Padam
  12. dosa memang la dia orang tanggung sendiri tapi wang dicuri digunakan untuk pembaziran memuaskan nafsu tamak haloba pemimpin dan kuncu2nya memang kami tentang habis dan mereka mesti dihukum dibumi nyata insya Allah , diakhirat Allah maha mengetahui.

    BalasPadam
  13. Betul dosa mereka tanggong sendiri. Tapi yg bersekongkol pun kena tanggung dosa kerana tak menegur. Bukti dah jelas. Kalau USDOJ fitnah saman sajalah. Jangan tunggu lama lama. Jgn tunggu hari Selasa saja, hari lain pun boleh saman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bukti ada knp fbi tak tangkap lagi reza, jho lo, kerbaubesi, najib rosmah dlll...
      Doj - Dept of Jamban
      Fbi - Fuxking Bitch Intelligent

      Padam
    2. Patut ler si lanun-bugis bangangkan orang orang yang berselerak macam 6:40 nih....

      Sebab si lanun-bugis penyamun pun ada Art of Lying errr DECEPTION, direct translation.....SENI SI LANUN BUGIS adalah

      Seni MENYAMUN
      seni MENIPU
      seni KELENTONG
      seni TEMBERANG
      seni SONGLAP
      seni PURA PURA
      seni CAKAP BESAR tapi buah kecut....

      Bangang sangat tak mahu baca process undang undang dan segala implementation and carrying of justice....kalau dah bangang, bangang ler selama nya....

      Padam
  14. Jual dan beli produk di http://jual2u.com

    BalasPadam
  15. Ingatlah wahai pembaca sekalian kata2 PERMATA rosmah Mansur....

    "It's my money too...." Kalau tak betul sila saman sarawak report.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rosmah maksudkan duit dlm tabung ayam atas almari kat rumah dia. Kau tu pekak badak.

      Padam
  16. Tak boleh salahkan dia. Dia dah mengaku pahlawan bugis. Siapa tak kenal bugis...

    BalasPadam