Rabu, 10 Ogos 2016

Apa & Siapa Sebenarnya Pilihan Najib..!


Tanya india ( bukan keling tau) bunting di estet pun boleh tahu jawapan yang selayaknya untuk Najib lakukan sekarang ini..! 

Kalau ada liputan radio di bulan dan bintang pun tentu isu Najib, 1MDB dan derma mendominasi berita mereka..! Begitulah besarnya kesan yang Najib telah cemarkan kepada negara Malaysia yang sebelum ini terkenal dengan sebuah kerajaan yang 'Bersih, Cekap dengan penuh Amanah' serta sebuah negara ekonomi pesat membangun paling maju yang akan menjadi negara maju pada 2020.

Namun...ditangan Najib ianya suram..! ianya seakan terpadam..! 

Ada sesetengah kaul kata Najib tahu dan menyedarinya..! Malah ada yang berkata bahawa Najib sendiri mahu mengakhirinya..! Namun wujud perasaan takut yang membelenggu..! Apakah Najib selamat jika benar ia mengundur dan mengendur kan diri?

Persoalan itu menyebabkan Najib dilihat semakin terdesak dan tersedak untuk terus menerajui pemerintahan sehingga PRU yang akan datang walaupun hakikatnya penghakisan sokongan terhadap dirinya sudah jelas semakin pudar malah sokongan keatas partinya juga semakin longgar. 

Jika PRU13 yang lalu sokongan hanya sekadar 49% bagaimana pula dengan segala pembongkaran dan pendakwaan yang terakam dan terbukti boleh menambah sokongan dan undi dalam PRU14 yang akan datang?

Namun jika didalam PRU14 yang akan UMNO dan BN tumbang...! apakah Najib juga boleh menarik nafas lega dan selamat? Melihat kepada suasana dan  penerimaan rakyat akan isu yang berbangkit jelas rakyat mahukan pembelaan..! rakyat mahukan keadilan..! 

Makanya ia berkisar kepada masa semata..! Sama ada sekarang Najib mengundur atau menunggu masa untuk di'undur'kan oleh rakyat..!

Hakikatnya apa yang menjadi asas kepada penentangan terhadapnya ialah jawatan yang masih Najib sandang..! Sedangkan jika Najib berundur maka tentunya penubuhan parti baru dan gerakan yang dibawa oleh Tun Mahathir pasti akan layu..! Perjuangan mereka satu iaitu mahu Najib berhenti..! 

Sehingga kini, Jelas lah bahawa Najib menyayangi jawatan dan dirinya lebih dari parti dan kerajaan yang dia wakili..! Najib mementingkan diri..! Makanya rakyat tiada pilihan selain membalas apa yang Najib berikan..! Semakin kuat Najib tarik...semakin kuat juga lah kesan lantunannya didalam PRU nanti..! Tunggu..!

Bagaimana pula jika Najib mengundurkan diri sekarang? Siapa yang bakal dipilih untuk mengganti nya?

Apakah benar Najib jujur dan ikhlas terhadap Zahid seperti mana sokongan dan dokongan Zahid terhadapnya?

Soalnya kalau benar Najib yakin dan percaya kepada Timbalannya itu kenapa susah sangat untuk Najib menyerahkan tampuk pemerintahan kepadanya? 

Sedangkan Najib tahu itu sahaja lah satu satunya jalan untuk memperkasa sokongan parti dan seterusnya menguatkan kerajaan disamping menutup semua pintu dan jendela yang marak membahang..! 

Persoalannya..yakin ke Najib terhadap Zahid?

Atau..

Apakah Najib hanya berasa selamat jika sepupu nya mengambil tempat?

Didalam UMNO pula sekarang ni kuat berita bahawa pertandingan peringkat Timbalan Presiden sedang disusun..! perjumpaan demi perjumpaan bukan sahaja berlangsung di dalam negara malah sampai ke London dan Australia..!

Orang orang sepupu juga sudah sinis memanggil Zahid sebagai abang Z yang menggambarkan bahawa Zahid sudah sampai ke siling..! sudah tidak boleh ke atas lagi..!

Bagi pemimpin UMNO mereka bukan peduli kuasa yang akan berkubur..! bagi mereka ialah jawatan didalam parti..! Itu sebab UMNO lemah dan hina sebegini rupa di zaman Najib ini..!

Apakah sebenarnya yang sedang bermain di fikiran Najib? 

Berhenti atau diberhentikan..!

Zahid atau sepupu yang menjadi pilihan..!

Bila dan siapa?

Soal asasnya..Najib boleh selamat ker???

Lu Fikir La Sendiri!!!

45 ulasan:

  1. Mana Najib akan pilih sesiapa. Tentu praktis "divide and rule" secara nampak ke tak nampak. Praktis yang British kolonial lakukan berpuluh, malahan beratus, tahun dalam sejarah. Di merata dunia. Oleh kuasa kolonial lain jugak.

    Zahid memang nampak sebagai the logical choice. Tapi mana ada logik dalam UMNO di bawah Najib? Integriti pun dah bersiung di humban ke tingkap. Tradisi? Apa tah lagi. Korapsi? Bukan main lagi.

    Dan ingat, Khairy Ketua Pemuda pun dah kata, jangan ambik tak endah parti baru 3M itu. Sebagai amaran kpd siapa? Tahu saja le. Mencucuk jarum, to plant the seed of discontent in UMNO against the party leadership.

    Kan Khairy dah kata dulu lagi - dia nak jadi PM di umur 40. Masa nya lebih kurang sekarang, Beb.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau Clinton pecah tradisi USA sebagai wanita calon presiden pertama, apa salahnya anak muda pecah tradisi Malaysia. tak kesahlah sama ada boboi ke, baby ke atau sesiapa jua asalkan jangan terikat dengan tradisi lama saja. untuk maju kenalah berubah, kan, kan?

      Padam
    2. Betul apa yg chai 9.54 cakap tu....yg penting Najib turun Dari takhta Dan mungkin, mungkin umno terselamat.

      Padam
  2. Hishamudin? Tak masuk buku, Bang. Najib biarkan aje pembodek pembodek nya mikirkan Mudin mungkin pilihannya. Tapi Mudin bukan kuat sangat. Di pilihan parti dulu nyaris tak menang tanding jawatan Naib Presiden. Najib kena siku sini siku sana nak dapatkan Mudin menang.

    Mudin tak kuat sokongan grass roots. Mana Najib percaya Mudin boleh merintah sebagi PM. Asyik main kasi amaran aje. Kan dia dulu di kenali sebagai Menteri Amaran masa dia Menteri Dalam Negeri.

    Najib mesti ngarap orang yang ganti dia boleh buat keputusan tegas dan pegang jawatan bagi tempoh lama, sampai dia mati. Mesti ingat, kalau tak, tentu dia kena dakwa di mahkamah pasal 1MDB dan berbilion dalam akaun dia.

    BalasPadam
  3. Pilihan? Kedutaan Turki laaa bengong. Admin ni pulak tanya soalan mcm budak terencat akal nak jawab periksa upsr.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu pas UPSR ke, Jing?

      Padam
  4. Najib....najib

    Saman sivil DoJ dah dimulakan
    Parti Bersatu selamat didaftarkan
    Dengar Justo terima pengampunan
    Apakan terjadi terus jadi bualan
    Berita C4, tong simen, pembunuh upahan
    Ada kemungkinan ianya berulangan?

    BalasPadam
  5. Hahaha, Jing Jibo @ DAP Red Bean Suspect mesti frus bagi nak mampos kena tanya pas UPSR ke tak.

    Kalau aku lah, berkayuh tongkang lah aku ke Lautan Cina Selatan. Ikat batu di kaki, terjun.

    BalasPadam
  6. najib pasti layu sebelum kembang..
    ibarat mengkuang layu pak malau, seri mersing
    pembodek hanya membodek kerjanya tetapi tiada kuasa untuk mempertahankan najib..

    BalasPadam
  7. Aku rasa Jing Jibo @ DAP Red Bean Suspect @ Tak Mahu Makan Pil Gila memang sakit dah nak mati.

    Dah tak giat lagi masuk sini. Kalau tak, menulis bertalu talu dia.

    Darah tinggi, heart attack dia kot. Macam mana tak nya, kena sebat, belasah, sekel, ketuk, pelangkong kepala dia tiap hari pagi petang siang dan malam, mana tak blood pressure sentiasa naik aje.

    Sebagai manusia aku kesian. Sebagai seteru, aku buru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kot dia di heret ke Tingkat 7 Bangunan KOMTAR Pulau Pinang sebab cover dia dah pecah, orang dah suspek dia DAP Red Bean, tak di bayar lagi, malas lah dia, demoralised.

      Aku lebih suka kalau dia sakit, mati. Divisive, destructive, biadap, tak ikut peraturan, anarchistic, punya character di sini.

      Padam
  8. Zahid atau sepupu - Najib msti pilih org yg dia fikir boleh selamatkan dia dari kena heret ke mahkamah sampai dia mati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut undang undang, hak tuntut hutang boleh lesap kalau senyapkan sehingga 12 tahun.

      Hutang Najib kpd rakyat, mesti rakyat tuntut tiap hari sampai dia mati.

      Bukan sikit hutang, bukan soal duit aje, bukan soal khianat dan dengkikan hak dan kepentingan Melayu aje, bukan soal lenyapkan DEB aje, bukan soal biasiswa utk penuntut2 Melayu aje .....

      Bukan soal buang ISA, EO dan Akta Hasutan yang lindungi Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan berkenaan Ketuanan melayu, hak dan kepentingan Melayu, Kedudukan Istimewa Melayu aje .........

      Bukan aje soal jatuhkan maruah Melayu bila dia kata dia Bugis, "pendatang jugak" .......

      Padam
  9. Susah2 lambung syiling la. Kata org Takde agama tu suara tuhan.

    BalasPadam
  10. Saman sivil DoJ nun jauh di sana
    Akan bermula sedikit masa lagi
    Hendak tak hendak dimuntahkan bukti kesemuanya
    InsyaAllah siapa MO1 dengan resminya akan kita ketahui

    Alhamdulillah, parti Bersatu selamat didaftarkan
    Sebagai parti alternatif untuk macai najib organisation
    Harap diterima rakyat patriotik sekalian
    To avoid the country from total destruction
    Semangat mengembalikan zaman kegemilangan
    We can claim back "one of the most promising nation"

    Justo was jailed for trying to extort money
    With his case he brought a sinister thievery
    It had been claimed the biggest kleptocracy of the century
    Latest news he gets Royal pardon from Thailand King
    I believe many will have kepala pening pening
    The worst could be murmuring in sleep walking

    Some will smile some will sing
    There will be no end to opining and spinning
    The thought of c4, cement drum and assassin
    Will send shivers in our spine and skin
    Will history repeat itself as a continuation
    For he has no choice to avoid condemnation

    .......sigh........

    BalasPadam
    Balasan
    1. If only Justo can be and will be extradited to this country, questioned and interrogated fully, the 1MDB penyeleweng dan pengsonglap duit berbilion charged in court .......

      Alas, we know, so long as he has power, that will never happen........

      But we wait for Parti Bersatu in full swing and the PRU14 voters will swing........

      Padam
    2. Najib will bribe voters like Tun M said he did at PRK SB and KK recently. Maybe a lot of cash by the Cash Is king fler at PRU14.

      Those who want a share can apply to transfer election places to the PRK13 marginal-win ones.

      But Parti Bersatu, PAS and HARAPAN have planned to ensure 1 to 1 fights in the constituencies. Hope UMNO/BN will be trounced.

      Padam
    3. Parti Bersatu needs to have at least 38 seats ie 1 seat more than Dap in order to be relevant. Anything less than that is considered game over for them.

      Padam
  11. Susah2 lambung syiling la. Kata org Takde agama tu suara tuhan.

    BalasPadam
  12. Mintak admin shut out pomenbawahpokok....

    Kalau tak dapat contribute jangan jadi bodoh...macai najib kah tidak....tak kesah....he spoils the debate

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semekom, manis nya Bahasa. Aku org Anwar, sejak tun Ngan Anwar nak join aku pun sokong tun. Ko bleh berbeza pendapat tu normal.Ko pernah Tgk rafizi dgn noh Omar saling maki maki. Paling kesat pun sindir tahap kesat. Ye la hati dah panas. Tu Baru pro. Jgn marah.

      Padam
  13. PARTI MOMOK BERSATU BRRJAYA DITUBUHKAN.. MAKA BERSATU LAH PUAK PLURALIST MURTAD.. SYIAH KAFIR..KRISTIAN EVANGLISTA DAP KOMUNIS G25..LIBRAL..LGBT DAN GAY DI BAWAH 1 PAYUNG DAN SLOGSN SELAMATKSN MALAYSIA DNG ERTI HANCURKAN ISLAM DI MALAYSIA DNG PLURALIST MURTAD. .SHIAH KAFIR..EVANGLISTA DIBAWAH SATU PAYUNG...

    HATI2 DNG MUSUH ISLAM DAN JANGAN KATA HAKAK TAK PAYUNG NANTI.....!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini lebih spoil discussion. Ini Jing Jibo @ DAP Red Bean Suspect @ Tak Mhu Makan Pil Gila. Kita hentam dia saja. Sampai bila bila.

      Dia tak mahu makan pil gila. Selalu cakap tak tentu arah. Pedulikan apa dia kata. Tapi hantam dia.

      Padam
    2. bila Meley lobi mereka dituduh Meley first; bila LGBT lobi apa salahnya kalau disebut LGBT first, kan kan kan?

      Padam
  14. 9.23..

    Sapa nak hancur islam? Itu fitnah....Allah saje yg akam ampun anda

    Yang adalah seorang muslim munafik yang mencuri dan merompak hak rakyat. Ini bukan fitnah air liur.....ini bukti berdokumentasi. Kalau anda seorang muslim sejati, tahu halal dan haram, bukan pemakan dedak...anda tidak sokong pemimpin islam yang korul.

    Ingat dosa pahala hak Allah swt.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  15. Tak ada siapa didunia yang berminat mendengar isu lapuk dan isu klise takde noktah (seperti politik) di kala ini waima berita tentang presidential race di AS iaitu berita penting untuk politik dunia, telah tenggelam dalam kemeriahan sukan Olimpik.

    Dalam kita dimomokkan oleh satu atau dua politikus bahawasanya nama negara teruk tercemar di luar sana dan yang ada kaitan dengan isu-isu politik, rupa-rupanya politikus ini ketinggalan sesuatu.

    Apa yang mereka ketinggalan ialah berita politik bukanlah berita yang paling diminati di serata dunia. Berita yang paling diminati sekarang ini adalah berita sukan.

    Selain Moto 3 yang menjadi topik bualan warga dunia, dunia juga bercerita tentang regu terjun 10 meter platform. Keharuman dua berita ini sudah cukup untuk menghilangkan bau hanjing seperti mana yang dimomok momokkan.

    Muahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jing Jibo,

      Kau kata "bahawasanya nama negara teruk tercemar di luar sana". Memang benar. agus kau cakap gitu. Kau sedar. 7 negara luar dah siasat Jibo selewengkan 1MDB dan songlap berbilion msuk akaun dia dll.

      Bagus juga kau kata Parti Bersatu "yang menjadi topik bualan warga dunia". Hebat parti yg di inspirasikan Tun M itu. Dia terkenal di dunia. Parti Bersatu pun akan begitu jugak. Terutama bila di bualkan di merata dunia sekarang.

      Padam
    2. Pihak yang bakal mengundi bukanlah pembaca laman seperti laman blog ini saja. Majoriti pengundi adalah mereka yang melayari blog sukan, berita umum dan hiburan.

      Makanya apabila warga bergembira, jangan hairan kalau mereka akan memberi undi kepada pihak yang memberikan mereka kegembiraan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

      Padam
    3. 10.22,

      Do not act ignorant and arrogant. You are going complacent....wow thats interesting

      Padam
    4. Jing Jibo 1022,

      Mana kegembiraan nya, kalau ha nya di kasi dedak - melukut pun tak dapat, dedak tarak zat langsong, banyak sangat makan, jadi bodoh macam kamu.

      Mana secara langsung atau tidak langsung nya. Selalu nya penuh pekong. Korang melopong.

      Padam
  16. 9.23,

    Kalau nak baca apa itu fitnah yang nak hancur muslim yang lain.....bacalah blog Raja Petra Kamaruddin (RPK). Orang inilah yang mempamirkan dirinya seorang pemfitnah...baca sejarahnya...sampai sekarang tiada seorang pun mempercayai beliau kecuali/barangkali najib dan anda sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Ha nya yang desperado aje yg baca RPK separuh Mat Salleh tuh.

      Padam
  17. Yang menang pingat perak untuk malaysia di olimpik itu orang islam ke kafir???
    Saya tak bacalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg jilat bontot Jibo tu kamu ke? Ada kena mengena dgn tajuk atau isi pos ke?

      Padam
  18. Hidup Parti Madey .... Sudah jilat ludah sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. yah siapa daftar dapat rawatan Botox percuma

      Padam
    2. Pahal cakap pasal botox. Itu alat kecantikan yg murah, cheap. Kak Roz jijik dgn botox. Dia pakai potong hidung, koyak mata, rabakkan mulut dsb nya.

      Ah well ... pakai plastic surgeon lah.

      Padam
    3. Jing Jibo 12:01 PTG,

      Ko jilat bon.ot Jibu aje le.

      Padam
  19. dengan sekelip mata Tuhan boleh cabut segala kuasa, jawatan, gelaran, harta...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doakan lah gitu kpd Jibo. Rakyat nak tengok dia di dakwa. Di heret ke mahkamah. Pasal 1MDB dan mcm macam lagi.

      Pasak Altantuya tak tau le.

      Padam
  20. "Apakah sebenarnya yang sedang bermain di fikiran Najib?"

    Soklan ini aku boleh jawabkan.... Si Lanun Bugis Nyut Nyut sedang berfikir di Negara mana dia nak bersara dengan wang Berbillion2 USD.

    BalasPadam
  21. Jgn la block aku. Aku ni tak pandai mencarut. Kenapa nak join group ni kena maki maki org je ke. Aku punya org kat sg buluh. Jadi nak menyelit pun kene marah. Rilek, selame ni aku Baca je maki hamun korang, Baru cakap skit dah kene sound. Ape la.Tak open langsung

    BalasPadam
  22. Boleh lepaskan penyamun begitu sajakah? Habis tu, siapa nak tanggung hutang riba 1MDB RM52 billion?

    BalasPadam