Khamis, 11 Ogos 2016

Kebenaran Pasti Mengatasi Kebathilan..!


Bukan kerja mudah untuk mendakwa orang berkuasa dan sekutunya..! namun bukti yang ada disamping sokongan dunia pasti akan memberikan kekuatan dan keyakinan untuk mendepaninya..!

DOJ berdepan cabaran perundangan besar 1MDB

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat bakal berdepan dengan cabaran perundangan yang besar dalam kes 1MDB, menurut Financial Times.
Antaranya, ujar akhbar kewangan dari United Kingdom itu, pihak pendakwa harus berjuang habis-habisan bagi meyakinkan para saksi untuk memberi keterangan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.
"Memperolehi dokumen luar negara turut melibatkan perjanjian bantuan perundangan bersama yang merupakan proses yang memakan masa.
"Dalam banyak kes termasuk 1MDB, pihak pendakwa berdepan kesukaran membongkar laman web syarikat palsu dan tipu-helah lain yang menutup maklumat pemilikan," jelasnya.
Walau Kendall Day yang mengepalai bahagian pelucutan aset dan pengubahan wang haram DOJ sendiri mengakui ia bukan sesuatu yang mudah.
"Saya boleh memberitahu kamu dari pengalaman peribadi bahawa kes-kes rasuah dari apa jua bidang adalah sesuatu yang sukar," menurut beliau.
Financial Times turut memetik peguam Washington, Jack Blum yang mendedahkan beberapa hakim Amerika enggan mengendalikan kes-kes yang dipercayai sepatutnya dibicarakan di mahkamah asing.
Pada 30 Julai yang lalu, Peguam Negara Amerika Syarikat, Lorretta Lynch mendedahkan DOJ akan memulakan prosiding mahkamah untuk merampas aset yang didakwa diperoleh menggunakan dana 1MDB yang disalah gunakan.
Ia sekali lagi menyeru, Perdana Menteri Najib Razak yang berulang kali menafikan penyalah gunaan wang rakyat dan telah 'dibersihkan' oleh peguam negara Malaysia, untuk meletak jawatan.
Antara lain, aduan mahkamah DOJ menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan Malaysia, Jho Low yang dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga perdana menteri.
Dokumen itu juga menyebut "Malaysian Official 1" sebanyak 36 kali dan mendakwa bahawa individu berkenaan meraih keuntungan daripada 1MDB.
Pihak pembangkang tempatan menyifatkan pegawai itu tidak lain tidak bukan ialah Najib.
DOJ sukarkan kehidupan kleptokrat
Sementara itu, Presiden Global Financial Integrity, Raymond Baker memberitahu Financial Times bahawa DOJ telah menyukarkan kehidupan kleptokrat.
Pada masa yang sama, beliau berkata, kaedah yang kurang formal telah berjaya dengan lebih cepat.
Pada 2013, sebagai contoh, Tunisia berjaya mendapat semula sejumlah AS$28 juta yang dicuri oleh isteri Zein al- Abidine Ben Ali selaku diktator yang digulingkan dua tahun lebih awal menerusi panggilan telefon.
"Gabenor bank pusat Tunisia dipanggil gabenor bank pusat Lebanon. Mereka melakukannya atas dasar hubungan peribadi. Lebanon melalui beberapa undang-undang kecil gimnastik, perolehi wang dan hantar kembali," kata Baker.
Rakyat Malaysia perlu kuat dan terus menyokong usaha membasmi kemungkaran..! Sebab tu dilaporkan juga...
Khairuddin fail dokumen DOJ bagi sokong semakan kehakiman
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memfailkan dokumen tuntutan mahkamah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bagi menyokong permohonan semakan kehakiman terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Peguam Khairuddin, Mohd Haniff Khatri Abdulla mengesahkan afidavit difailkan pada Isnin lalu berserta dengan laporan tindakan mahkamah Amerika setebal 136 muka surat itu sebagai eksibit.
Beliau berkata, afidavit itu dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada hari yang sama.
Permohonan semakan kehakiman Khairuddin akan didengar pada Jumaat ini untuk menentukan sama ada kebenaran boleh diperolehi untuk memulakan prosiding mahkamah penuh.
Khairuddin pada 3 Februari lalu memfailkan usul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Apandi dengan alasan bahawa pelantikan sebagai peguam negara adalah tidak sah.
Dalam usulnya, Khairuddin berkata cara bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilucutkan adalah menyalahi undang-undang kerana melanggar Perkara 156 (6) Perlembagaan Persekutuan.
Bekas timbalan ketua Umno bahagian Batu Kawan itu juga memohon untuk mengketepikan segala tuduhan terhadapnya.
Khairuddin didakwa mensabotaj ekonomi selepas beliau membuat beberapa siri laporan terhadap 1MDB dengan pelbagai agensi penguatkuasaan asing.
Kertas takkan mampu membungkus api..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

19 ulasan:

  1. Dah rampas ka blommmm.... harta yg mahu dirampas... kat singapork nape tak tunjuk skali.?
    masalah bila nak rampas...bila nak dakwa.. bila nak sita. .. bila nak jatuh hukum...FBI bila nak tangkap dan beku harta tsb... bila.... bila nihh... bila lagi..

    DoJ@Dog...FBI... Spork.. makan gaji buta ... buat kirija pun lembab. .. harta kat negara sendiri pun tak bole bikin cepat.... memalukan... makan gaji buta saja... gaji mau busat busat... kirija banyak lambat...

    Api tak mampu membungkus taik taik kaki fitnah dan pembohong....

    lu fikir la sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asyik sibuk nak sita harta orang tapi harta Saddam dalam bentuk wang tunai, bond, emas, perak, seni dan barang antik siapa yang jarah dan bila hendak di pulangkan? Apapun sebagai kuasa besar mereka boleh buat apa saja waima PBB, + dan - , serupa OIC yakni Oh I See. Donia donia.

      Padam
    2. Naper lu kepanasan hahahaha. Seperti nyawa najib di ujung tanduk. Lu cari lah tokey lain...hahahaha. Riwayat pemakan pemakan dedak dah hampir sampai kepenghujung Hahahahahihihihiheee.

      Padam
  2. Betul ke tu harta diaorang. Wow kerja ke bisnes dpt kumpul harta banyak2. Kalau jln nya betul aku raspek anak tempatan berjaya kat tempat org. Tapi kalau sebaliknya. Tak tau la.

    BalasPadam
  3. mas di Singapore dah siasat ke belum?
    Doj amerikan dah siasat ke belum?
    Semua dah belum bekukan harta 1mbd ITU ke belum he.he.he
    Dulu ADA macai protun cakap siasatan 7negara Dan ADA macai protun cakap siasatan 4negara 'mana satu yg betul.
    Kes dalam negara amerika Dan Singapore dia belum selesaikan he.he.he
    Di Singapore siasat dulu menantu Lee kuay yu ITU hilang kan 800billon
    Di amerika siasat dulu Hillary Clinton, HSBC Dan goldman sachs ITU

    Lama2 pengikut protun jadi Gila sebab layan tun m ITU...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg sibuk dedak doj tu cepat kan siasatan wat pe, tentu ikut sistem mereka .mengapa kau tak dedak kerajaan kita yg jalankan siasatan semula atas bukti² terbaru yg ditemui. Takkan masih nak wat slamba rock je..

      Padam
    2. Tulis desak jadi dedak. Keybod pun dah kena virus dedak

      Padam
  4. Tak juga la, zaman tun ok pe. Bapak saya gaji $700. Sekolah kan 5 anak. Boleh buat rumah. Tahun90 bawa mak Ngan saya pegi haji Lagi. Mak suri rumah. Tak mewah, tapi cukup.Lepas je zaman tun laki bini tak keje tak cukup. Dia korup tu dia dgn tuhann. Janji rakyat tak Susah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau dengar cerita walhal Hishamudin Ryes yang duduk di menara gading boleh nampak dengan mata sendiri kemelaratan dan kelaparan waktu itu. Dia masih hidup dan kau boleh tanya dia di kedai Tukar Tiub. Key bro.

      Padam
    2. Pernah Baca Dlm suara keadilan, dari briffile. Tu saya akui, Dlm sebuah negara biasa la.Ada Susah senang. Kerana itu lah tuhan dah wajibkan bayar zakat 1400 tahun dulu. Ape yg Saye nak sampaikan nilai wang dulu Dan sekarang. Saya dari dulu Baca tulisan Dia dari 2008. Banyak Benda yg tak tahu jadi ambik tahu. Roger

      Padam
    3. Dia pun dah duduk 1 table dgn tun. Arwah nik aziz Pernah cakap dlm tv masa tun mula 2 keluar umno. Org bijak macam tun kalau Dia sudi dgn pas ape salahnya kita bagi peluang. Tu Pasal la Saye cakap perjuangan pas macam kabur lepas nik aziz pergi. Org dah berumur insyaalah berubah, dulu kalau tun syg pangkat, sekarang mungkin Dia sayang negara. Bagi peluang. Mungkin Dia akan perbaikki segalanya.

      Padam
    4. Kemelaratan dan kelaparan boleh dielak kalau ada jaring ekonomi tapi bukan dasar ekonomi yang gah tapi penerima manfaat terbesar adalah tangan tangan ghaib. Dalam kata lain tak apalah kalau nak baiout kroni dan sedara sendiri asalkan hak rakyat diagihkan samarata. Kalau itu dibuat, insiden Memali mungkin tidak jadi lakaran hitam sejarah.

      Padam
  5. Tang kena siasat tu Saye no komen, tak Pernah Komen pun. Cuma baca Dan senyap. Tu biar diorang buat kerja masing2. Kita rakyat kena hadapi Hari2 mendatang. Janji anak bini makan, ada tempat tinggal. Alhamdulilah.

    BalasPadam
  6. Saya tak nampak apa-apa kekalutan pun.
    Pembangunan Negara terus berjalan sesat.
    Infrastruktur dan kemudahan untuk rakyat seperti jalanraya, sekolah, hospital dll sentiasa diperbaiki dan ditambah.
    Projek-projek kerajaan berjalan terus tanpa terganggu.
    Pelaburan pihak swasta dan syarikat asing tetap berkembang.
    Gaji kakitangan kerajaan sentiasa naik dari tahun ke tahun dan bonus tahunan juga diberi.
    Warga asing berpusu-pusu datang ke Negara ini untuk menumpang cari rezeki.
    Kerajaan yang dah sedia ada sekarang ini ok apa.
    Apahal nak buat kacau bilau mahu tumbangkan kerajaan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat port klang kebanyakan Pomen Lori dipenuhi pwrkerja asing, majikan tak nak ambik anak tempatan. Mane yg tau buat kerja $2800. Saye Pernah offer $1800. Yg pandai sikit, buta je Dia Tolak. Tak Rasa rugi ke duit dgn ilmu Dia org ambik kat negara kita. Tu pun dengar samsung kt negeri 9 dah Cabut.

      Padam
    2. Kat port klang kebanyakan Pomen Lori dipenuhi pwrkerja asing, majikan tak nak ambik anak tempatan. Mane yg tau buat kerja $2800. Saye Pernah offer $1800. Yg pandai sikit, buta je Dia Tolak. Tak Rasa rugi ke duit dgn ilmu Dia org ambik kat negara kita. Tu pun dengar samsung kt negeri 9 dah Cabut.

      Padam
  7. Semua aset tu kat luar negara, esp usa
    Orgnya dah tau, lokasi harta dah tau siap tunjuk gambar.
    Apa lg yg doj, fbi mahu?

    Tangkap aje laaa...sita aje laaa...dakwa aje laaa. Kalau tak dpt mo1, tangkap yg dua ekor tu dulu.

    Apa lah bengap lembab bangang sgt buat kerja. Terhegeh hegeh mcm beruk Uganda pencen kena paksa panjat pokok kelapa.

    Dah berapa kali aku ulang.

    BalasPadam
  8. Khairudin?... Jamban cangkung tu?
    Elok sgt dduk dlm parti baru.
    Patutlah Doj - dept. Of Jamban nak sita harta, rupanya maklumat tu dtg drp si jamban cangkung.

    Satu dunia kena kelentong dek si jamban cangkung.

    BalasPadam
  9. Jing Jibo jenis yg biasa jambang cankong. Baring pun terkongkong. Anjing le katakan.

    BalasPadam