Ketika Anwar Ibrahim menunggu hari-hari beliau akan dimasukkan penjara Amerika Syarikat sudah pun mencari pengantinya. Anwar yang satu ketika dahulu adalah orang harapan Uncle Sam kini sudah tidak lagi berguna untuk dipertaruhkan. Anwar menepati ciri-ciri yang dicari mereka tetapi sekarang ini beban yang dibawa Anwar tidak lagi dapat menawarkannya untuk keistimewaan tersebut kepada kuasa penjajah alaf baru itu.
Sememangnya dalam perancangan dan melaksanakan polisi mereka, Amerika Syarikat mengguna pelbagai cara, atas pelbagai nama (seperti kebebasan, demokrasi ddan seumpamanya) serta orang-orang tertentu dalam sesebuah negara itu sendiri untuk memudahkan kerja-kerja mereka. Menjatuh dan menaikan seseorang pemimpin sesebuah negara amat kerap dilakukan oleh Amerika Syarikat.
Mereka lakukan kerja-kerja espionage ini melalui pelbagai agensi kerjaaan mereka - secara penuh kerahsiaan yang akhirnya terbongkar. Contoh-contoh yang telah mereka lakukan tersangat banyak. Lazimnya selepas terlaksananya perancangan mereka, negara itu menjadi kacau-bilau atau tunduk patuh kepada segala apa kehendak Amerika.
Sebab itulah apabila Anwar dipecat dari menjadi TPM, beberapa pemimpin kanan negara penjajah tersebut bingkas membela beliau.
Dari Naib Presiden Al Gore, Setiausaha Negara Madeleine Albright hingga kepada John Mallot, Dutanya di Kuala Lumpur, (dan berkali-kali juga suara sahabat karibnya Paul Wolfowitz kedengaran) kesemua mereka terpaksa menyuarakan bantahan kerana orang harapan mereka dipenjarakan.
Walaupun terpenjara semenjak 1998, mereka masih percaya dan menaruhkan harapan Anwar masih berupaya untuk membantu mereka. Maka, sebaik sahaja Anwar terlepas, Anwar terus berkampung di beberapa pusat penting di Barat yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam menerbitkan buku Rand Corporation "Building Moderate Muslim Networks" (BMMN).
Perancangan terperinci yang disebut dalam buku BMMN ini amat penting untuk kita baca, faham dan sedar bahawa gejala-gejala yang melanda kita saban hari adalah tidak lari dari perancangan musuh. Kelantangan suara-suara songsang Liberal-Moderat dan kelicikan kerja-kerja jahat puak Liberal-Moderat semuanya ini tercatat dalam buku BMNN dan juga buku terbitan Rand Corporation yang terdahulu "Civil Democratic Islam". Kedua-dua buku
ini dengan jelas menyebut sumbangan dana berterusan Amerika Syarikat melalui barua-barua moderat mereka (baca:
The “Moderate Baruas”) untuk tujuan membawa sesebuah negara dan para pemimpinnya di bawah telunjuk Uncle Sam.
The U.S. government should make an explicit decision to help build moderate Muslim networks and link these efforts to overall U.S. strategy and programs.
Dengan pelbagai imbuhan lumayan, Anwar memang telah dapat memainkan peranannya untuk menjadi budak suruhan Amerika. Hasil perancangan Rand Corporation supaya kerajaan menubuhkan sebuah yayasan mirip Asia Foundation, yang sangat berjaya meliberalkan umat Islam di Asia khususnya di Indonesia, maka dengan dana USD$50,000,000 maka Foundation for the Future (FFF) ditubuhkan pada tahun 2006 - ketika
Anwar masih berulang alik di antara Tanah Airnya dengan negara tajaannya. Anwar dilantik sebagai Pengerusi dan Presiden FFF.
Ketika Anwar memegang jawatan penting dalam FFF inilah timbul skandal Paul Wolfowitz dengan teman wanitanya, Shaha Riza. Anwar bertindak untuk menyelamatkan sahabat karibnya dengan membawa keluar Shaha Riza dari World Bank ke FFF. World Bank pula membayar USD$21,000 kepada Anwar pada tahun 2006.
Dengan kemungkinan disumbat ke dalam penjara dan sokongan orang ramai semakin merosot terhadap "agenda perubahan" Anwar yang semakin hari dilihat semakin menjadi agenda sendiri dan keluarga sendiri. Banyak gerak langkah menjadi kEjang kerana nafsu tembolok semakin diketahui umum. Setiap percaturan atas nama rakyat bermatlamatkan keuntungan peribadi. Maka semua ini menjadi suatu bebanan yang Uncle Sam tidak mahu menanggung lagi.
Umur sudah tidak lagi menyebelahi Anwar. Untuk menghadapi PRU akan datang, Anwar sudah mencecah umur 70an. Kelompongan pimpinan untuk menganti KETUM partinya sukar disambut oleh barisan muda yang ada. Pakatan Rapuhnya mungkin tinggal dua dahan sahaja untuk mendepani PRU14 - dahan Islamiknya, yang merupakan tulang belakang jentera pilihanraya, mungkin sudah gugur patah dimakan anai-anai parasit dalam parti PAS.
Amerika tidak mahu ketinggalan kerana kegagalan Anwar itu. Mereka sudah pun menyusun rapi mencari altenatif kepada Anwar. Saya yakin beberapa bidak telah pun dikenalpasti. Ciri-ciri bidak baru Amerika ini seharusnya mempunyai ciri-ciri apa yang Anwar punyai 30-40 tahun lalu. Orang itu kini sedang di"grooming" malah jika kita teliti - sememangnya bidak ini sudahpun menunjukkan keupayaannya.
awas bidak dlm umno!.
BalasPadamKarektor dan ciri2 peribadi pada diri KJ adalah menyerupai Anwar Ibrahim. Malah, ada yang gelar KJ sebagai Anwar Ibrahim 2.0. Meletakkan KJ sebagai pemimpin UMNO adalah satu kesilapan besar.
BalasPadam