Isnin, 3 November 2014

Berhenti La Menjilat Amerika..!


Cukup cukup la bersandar dibelakang Obama..! Obama hanya alat Yahudi..! Alat Israel untuk menghalalkan tindakan jahat mereka menguasai dunia..! Presiden Amerika hanya alat...! 

Walaupun Obama tidak bercakap buruk kepada Malaysia tapi kerajaan Amerika tetap dengan agenda jahat mereka..! Itu sebab Kedutaan mereka campur tangan dalam isu Akta Hasutan, baca di sini.

Amerika dan Israel antara 5 negara yang tidak mengundi Malaysia untuk menduduki kerusi Majlis Keselamatan PBB bulan lalu..! Berhenti la menjilat Amerika..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tindakan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mengambil sikap berdiam diri dan tidak mengkritik kerajaan Malaysia menunjukkan beliau menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Obama sebenarnya menghormati keputusan Najib dalam mencorak kepimpinan negara.
   
Katanya, walaupun sikap Obama itu dikritik akhbar berpengaruh The Washington Post semalam, beliau tidak memberi sebarang reaksi kerana tidak mahu mencampuri urusan kepimpinan Najib.
   
"Malah Obama, dia sokong apa juga tindakan yang dilakukan oleh Najib. Pembangkang akan kata macam-macamlah, nak memburukkan negara kita di luar negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sarapan Pagi 1Malaysia yang bertema Bersama Meraikan Kepelbagaian anjuran Wanita Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
    
Tengku Adnan berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar The Washington Post semalam yang menggesa Obama berpegang kepada janjinya mempertahankan demokrasi dan mengaitkan Malaysia sebagai negara yang perlu ditegur kerana kononnya melancarkan tindakan luar biasa keras terhadap pemimpin pembangkang, ahli akademik dan wartawan dalam dua bulan lepas.
   
"Saya berterima kasih kepada Presiden Obama yang telah mengeluarkan satu kenyataan di mana dia bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Najib sebagai seorang pemimpin dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, dengan konsep wasatiyyah beliau dan juga segala apa yang dilakukan untuk kebaikan Malaysia," katanya. - Bernama

7 ulasan:

  1. Sampai mcm tu sekali...
    Hurmmmmm

    BalasPadam
  2. Sepatutnya Malaysia tidak perlu melayanai kehendak Amerika walaupun mereka tikda mengkritik bukan bererti kepimpinan Najib itu baik. Najib terlalu lemah dalam menjawap isu yang berkaitan dengan ketuanan melayu, tanah melayu dan agama islam malah membiarkan pembangkang dan rakan sekutu BN menyuarakan pendapat yang bertentangan walaupun komponen BN tahu erti dan makna bersama BN.

    Najib seharusnya mengambil pendekatan seperti Tun Mahathir yang ternyata lantang dan berani menyuarakan pendapat sendiri malah menggunakan sepenuhnya penasihat beliau dari kalangan rakyat Mlaysia.
    Untuk Ku Nan usah lah terlalu mengampu , jika benar Najib diperlukan oleh rakyat , letakkan dia bertanding pada PRU akan datang diluar Pekan.. Yang pasti hancur. Kun Nan faham tak ertinya..

    BalasPadam
  3. X faham ka korang lagi? Sebab Najib kena 'pegang' lha, maka melayu makin hancus sekarang. Dan keduanya, sebab tu anuar dah x dipandang US dan yahudi sebab diorang boleh KAWTIM dengan boneka baru, di mana lebih senang deal dengan PM (yang ada kuasa penuh dalam negara) daripada ketua pembangkang yang gagal mengikut rencana yahudi (sebenarnya digagalkan oleh ALLAH S.W.T).
    SOALANNYA: SIAPA YANG AKAN MENGGAGALKAN NAJIB PULA?
    ADAKAH NAJIB MAMPU MEMENUHI KEHENDAK USA DAN YAHUDI?
    JAWAPANNYA: SEMUA ORANG MELAYU (KHASNYA UMNO) KENA TANYA PADA DIRI SENDIRI.
    JIKA KAMU SEMUA TAK MAU JADIK HAPRAK, SILA BERTINDAK DENGAN ME-NYAH NAJIB DARIPADA KERUSI PM.
    NYAWA HAYAT ANAK CUCU HANG SEMUA DALAM TANGAN HANG. CEPATLAH BERFIKIR DENGAN CERDAS DAN BERTINDAK DENGAN PENUH PANTAS TAPI BIJAK. NAJIB SEDANG MENJADI BARA DALAM SEKAM. LAMBAT KAMU MEMADAMNYA, PADAHLAH BANGSA KORANG.
    DAN JIKA NAJIB JUGA GAGAL, DIA JUGA TAK AKAN DIPANDANG OLEH US.
    PAU 2014 MENJADI PETUNJUK KEPADA USA ---> SAMADA NAJIB IKUT CAKAP AKAR UMBI MELAYU ATAU NAJIB IKUT CAKAP USA.
    DAN, SIAPA BONEKA BARU DALAM RADAR USA?
    JENG3X.... HANGPA PIKIR LHA SENDRI.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dapat kt DAP alamatnya hang kena duduk dlm hutan la takpun kena halau dari Tanah Melayu..tak payah la buat teori bodoh hampa

      Padam
  4. Pengampu macam tengku adnan ni le yang membuat najib sentiasa ceria mentadbir negara.....padahal majoriti melayu mahu dia letak jawatan!!!!

    BalasPadam
  5. Nasib baik Najib merintah klau boleh kat PR dah lama rusuhan kaum berlaku.

    BalasPadam
  6. Ah Jib Gor Pon Nak Ikut stail Nuar Berahim... Kasi Obami LIWAT Ah Jib Gor leeeeer...

    BalasPadam