Selasa, 2 Ogos 2016

Jenayah Berkumpulan..?


Cukup cukup la..! Cegah kemungkaran dan bukannya bersubahat dengannya..!


1. Bilakah pemimpin UMNO akan mengakui kebenaran tuduhan yang dibuat terhadap Najib? 

2. Sejak mula skandal 1MDB didedah, pemimpin-pemimpin UMNO cuba menidakkan tuduhan terhadap Najib.

3. Kononnya semua tuduhan ini berniat jahat – bertujuan untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang dipilih secara demokratik. Mereka sengaja lupakan bahawa Dato Abdullah, PM Malaysia Kelima juga dipilih secara demokratik tetapi dijatuhkan oleh Najib sendiri. 

4. Dalam negara demokratik banyak sudah pemimpin yang dipilih dalam pilihanraya yang dijatuhkan sebelum edahnya. Demikian PM Abbott Austraila. President Brazil digantung jawatan atas keputusan mahkamah tinggi supaya siasatan dapat dibuat keatasnya tanpa halangan.

5. Sekarang ini pula tuduhan dibuat bahawa saya yang membuat laporan terhadap Najib kepada Amerika Syarikat sehingga laporan berkenaan salahguna kuasa dan melesapkan wang Kerajaan dibuat oleh pasukan keadilan Amerika terhadap Najib.

6. Saya tidak buat apa-apa laporan. Tetapi jika saya buat laporan pun, hanya kerana itu kesalahan Najib tidak akan menjadi tidak salah.
7. Benang basah tidak mungkin ditegak. Percubaan pemimpin-pemimpin UMNO mendakwa Najib tidak bersalah tidak mungkin menjadinya tidak salah. Tuduhlah, kecamlah, makilah. Yang salah tetap salah.

8. Sejak skandal 1MDB didedah, bukti-bukti salahguna kuasa dan penipuan Najib menjadi semakin nyata. Bermula dengan laporan dalam akhbar, ia diikuti dengan laporan oleh Bank Negara, BPR, Auditor General dan PAC. Tiap satu menerangkan kesalahan Najib. Menjadikan laporan-laporan ini rahsia pemerintah tidak berjaya menutup isi kandungan laporan. Di zaman ini tidak ada cara bagi merahsiakan dokumen. Sarawak Report melapor berkenaan wang yang ada dalam akaun Najib di Ambank yang disertai dengan dokumen-dokumen yang tidak boleh disangkal. Najib tidak dapat membuat apa-apa, jauh sekali dari menyaman malu Sarawak Report.

9. Akhirnya Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bukan sahaja mengeluarkan laporan bertulis tetapi penjelasan dibuat secara terperinci oleh pegawai-pegawai DOJ melalui TV. Malaysia sudah jadi negara penipu dan rasuah yang terbesar di dunia. Semua orang berasa malu tetapi pemimpin UMNO sahaja yang tidak tahu malu.

10. Walaupun nama Najib tidak dicatit tetapi semua tahu bahawa Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysian Nombor 1) ialah Najib. Hanya yang bangang sahaja yang tidak kenal Najib sebagai Pegawai Malaysia Nombor 1. Dan mereka sahaja yang masih sanggup menerima Najib sebagai pemimpin mereka.
11. Wahai pemimpin UMNO berhentilah dari menipu diri. Kamu tahu Najib bersalah. Kamu tahu Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

12. Merahsiakan segala laporan berkenaan dengan kesalahan Najib melalui OSA mungkin mengelirukan sebahagian kecil dari rakyat Malaysia. Tetapi OSA tidak boleh rahsiakan perbuatan Najib di kalangan masyarakat dunia. Kamu, pemimpin UMNO akan dipandang hina kerana masih mencuba menidakkan penipuan Najib dalam pengurusan 1MDB.

13. Kerajaan sekarang menghadapi kekurangan dana. Untuk menampung beban hutang 1MDB rakyat dipaksa bayar cukai GST, tol dinaikkan, subsidi minyak dihapuskan, Langkawi dan Labuan sebagai pulau bebas cukai ditamatkan. Bajet yang besar dibuat tetapi Kementerian, Jabatan dan Agensi-Agensi Kerajaan diarah supaya mengurangkan belanja sebanyak 20%. Bayaran kontrak dilewat-lewatkan.

14. Untuk membayar hutang 1MDB, tanah Kerajaan yang bernilai RM 7000/- skp dibeli dengan harga RM 60/- skp dan dijual dengan harga RM 3,500 skp.

15. Sekarang laporan akhbar luar mendedahkan kontrak membina landasan keretapi di pantai timur yang ditawar oleh syarikat Cina sebanyak RM 30 billion dinaikkan kepada RM 60 billion, supaya lebihan dari harga kontrak sebanyak RM 30 billion boleh diguna untuk bayar hutang jaminan RM27bilion yang dituntut oleh IPIC, Abu Dhabi.
16. Hutang 1MDB boleh dibayar secara ini. Tetapi wang yang dilesapkan melalui 1MDB masih berada di tangan orang yang diketahui melesapkannya. Jenayah ini masih perlu ditangani melalui proses undang-undang. Dengan perkataan lain, walaupun hutang dibayar oleh Kerajaan, penjenayah yang menghilangkan duit 1MDB tidak terlepas dari dituduh dan dibicara dalam mahkamah.

17. Pemimpin-pemimpin UMNO perlu sedar akan hakikat ini dan mendesak supaya proses undang-undang dikuatkuasakan. Jika tidak kamu mungkin dianggap sebagai bersubahat dalam perlakuan jenayah ini.


Tak takut ke hukum tuhan..! tak malu ke anak cucu cicit yang akan mengenang..! Takde maruah diri ke? Atau memang semuanya dah gila..! gila apa?

Lu Fikir La Sendiri!!!

29 ulasan:

  1. BN tetap menang pilihanraya wlau berapa byk pun ko menyalak. BAHLOLL!FITNAH KAMU NI MEMBUAT PAKATAN TAIK HILANG LEBIH BYK KERUSI!!SORE LOSER

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ni fitnah tunjukkan yg betul.bangang abadi.oh lupa rba bekerja utk al jibun mmg auta n memaki aje

      Padam
  2. Taik gejah depan mata/hidung tak nampak/tak terbau tapi kuman diseberang laut pulak yg kau nampak.Apa kau ni Pesuruhjaya SPRM ( akan datang ke?). Kalau setakat lulusan undang2 jln raya jer, jgn nak memberanglah dolngok.

    BalasPadam
  3. Memang lawak giler:

    3. "Kononnya semua tuduhan ini berniat jahat – bertujuan untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang dipilih secara demokratik. Mereka sengaja lupakan bahawa Dato Abdullah, PM Malaysia Kelima juga dipilih secara demokratik tetapi dijatuhkan oleh Najib sendiri."

    Komen: Two wrongs dont make a right. Tapi apa lebih utama ialah ada dua perbezaan kritikal antara Mantan dan Jantan yang membuatkan Mantan tiada justifikasi untuk jatuhkan Jantan tetapi Jantan ada cukup justifikasi untuk ambil alih posisi nakhoda dari Manten. 1. Jantan adalah *** in waiting, MP dan satu kapal dengan Manten 2. Walhal Mantan hanyalah marhaen pencen, bukan *** in waiting dan tidak juga berkongsi kapal dengan Jantan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kapal nak karam sitebuk rba upahan al jibun

      Padam
    2. 1.01ptg
      Jantan? Jantan kat mana? Nothing to hide dia yang hide. Jantan ke gitu? Tun M tak hide pun...

      Padam
    3. Baru nak sedar hadhari masih ada pengaruh yang mampu merosakkan atau membantu kelancaran mana bahtera Melayu? Kik kik kik

      Padam
  4. Aku nk tergelak dgn statement no 3. Paklah digodam oleh najib utk turun kuasa. Demam belum kebah agaknya. Siapa yh godam paklah, najib atau mahathir? Saya ulangi siapa godam paklah, najib atau mahathir? Jangan lempar batu sembunyi tangan. Negarawan apa macam tu. Tanya paklah sendiri siapa orangnya yang kaki panggang kerusi pm semasa beliau jd pm? Statement yg lain aku boleh terima dan pm sekarang kalau perlu turun takhtapun saya tak ada masalah, tapi mempertanggungjawabkan orang lain atas kerja tangan dan kerja kaki sendiri sangat tidak bertanggungjawab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tun bantu jibun jadi pm tak bermakna jibun boleh sesuka hati buat negara ni cam keluarga dia yg punya..jibun pengkhianat negara mengupah rba pertahan pengsonglapannya dan rakan rakan sekutu.

      Padam
    2. Jibun sepatutnya hulur ucapan t kasih dan seterusnya balas budi. Buat semua yang disuruh oleh pembudi barulah bebas dari digangguan.

      Padam
    3. Siapa yg dapat kelebihan kalau Pak Lah turun? Najib ke Tun??

      Padam
  5. Jawatan aku mudah je tendar keretapi ITU tak dapat pada kroni tun m itu, itulah dulu bagi peluang tipu kerajaan manalah kerajaan tak marah

    Dah CAI tiga kes besar doj gagal selesaikan doj ITU antara kes nya kes Hillary Clinton, kes HSBC, kes Goldman Sachs. He.he.he
    Dah CAI ingat tak kata2 tu doj ITU hanya untuk orang di white house itu.
    Kami tahu permainan APA yg Cuba mainkan oleh white house itu

    Macai protun ini hanya tahu palsukan dokumen je, ingat kita orang tak reti baca dokumen ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila sebut clinton, teringat bill clinton letak jawatan sebab membiarkan monica isap xxxxx beliau. Kat Amarika , presiden letak jawatan sebab isap. Kat Malaysia. ?????????. Blur la.

      Padam
    2. En Azmin jgn terasa ye.

      Padam
  6. Buat masa ini pm Najib sedang berucap di jakarta convention center dgn mendapat sambutan hangat oleh para peserta dn anak tiri Najib telah dibebaskan sitaan harta oleh jabatan kehakimsn us.Berita seterusnya akn menyusul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Dibebaskan sitaan harta " kurang tepat....cuma hak milik Red Granite yang dibekukan oleh DOJ...TETAPI SAMAN SIVIL tetap diteruskan...tunggu sahajalah perbicaraannya kelak..

      Padam
  7. Jika merasakan tindakan DOJ itu tidak adil, kenapa kerajaan Malaysia tidak protes kepada kerajaan Amerika ?

    Kenapa perlu berusaha menafikan identiti Malaysia Official 1 adalah Najib kalau waktu sama mereka mendakwa Najib tidak terlibat pun dalam siasatan DOJ ? Mengaku sajalah sebab bukannya ada kesan pun kepada siasatan yang sedang dijalankan DOJ kalau Najib atau kerajaan mengaku Najib adalah Malaysian Official 1. 

    Definasi2 yang diberikan Malaysian Official 1 itu sangat jelas dan tidak mungkin dapat dinafikan lagi bahawa orangnya adalah Najib. Cubaan menafikan Malaysia Official 1 itu adalah Najib akan hanya buat rakyat mengesyaki wujud perkara negatif yang cuba disorokkan.  

    Lagi pun JELAS SEJELAS2NYA orang itu adalah Najib ! Janganlah memperbodohkan diri sendiri. 

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerajaan tidak memprotes tindakan DOJ sebaliknya Najib kata Malaysia akan beri kerjasama sepenuhnya dlm siasatan...gentle man...

      Padam
  8. Semuanya selari, konsisten dan tepat. Semuanya menunjukkan bahawa Malaysian Officer 1 ( MO1 ) adalah PM Najib.

    Tidak ada orang lain pun di seluruh pelusuk tanahair yang dapat memenuhi definasi MO1 sebagaimana yang diberikan oleh DOJ selain Najib. Semuanya tepat ke arah Najib .

    BalasPadam
  9. Siapa lagi yang mempunyai kuasa dan pengaruh besar dalam kedua2 1MDB dan kerajaan kalau bukan Najib ? Yang juga mempunyai pertalian dengan Reza Aziz ? Dan siapa lagi di dalam DUNIA ini sejak azali ( dari zaman Adam lagi sehinggalah sekarang dan mungkin hingga kiamat sekalipun ) yang menerima derma sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya secara senyap ?

    TIDAK ADA ORANG LAIN SELAIN NAJIB yang memenuhi kesemua definasi yang disebut oleh DOJ itu. 

    BalasPadam
  10. HANYA YANG BANGANG SAHAJA YANG TIDAK KENAL NAJIB SEBAGAI MO1  !  !


    Kalau kerajaan mahu menafikan MO1 itu Najib, maka kerajaan harus menolak saman DOJ itu ! Protes ! Keluarkan satu kenyataan kepada seluruh dunia bahawa kerajaan menolak apa2 maklumat berkaitan MO1 seperti yang terkandung dalam writ saman DOJ itu. 

    Lawan ! Pertahankan kredibiliti, integriti dan imej Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia !

    BalasPadam
  11. Soala no 1 tu maaķ aai.... bonyinyer macam real jer.. mcm.nak paksa orang laen percaya apa yg dilapor.. masalahnya tunjukkan la bokti dan.fakta yg najib sangkut ... takkan nak suruh otg suma caya betita fitnah... DOJ dah kemuka bokti k blomm... dah sita assets ka blomm... tunjukkan.kan la... bodoo....!!

    BalasPadam
  12. Beraninya najib pegi jakarta, tak takut kena tangkap fbi ke?

    Atau najib dah bagi sepuluh ringgit sorang kpd agen fbi tu supaya pi main jauh-jauh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang tak bersalah mana takut dgn FBI CIA.....he he

      Padam
  13. Cilaka lahanat punya DOJ...dah dia tarik balik pulak perintah saman pembekuan asset dan akaun2 bank yang dibuat hari tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. All future profits earned by production firm Red Granite from the blockbuster hit 'The Wolf of Wall Street' will be kept separate pending the outcome of the US Department of Justice's lawsuits to seize more than US$1 billion 1MDB-linked assets.

      The deal between the Hollywood production firm owned by Prime Minister Najib Abdul Razak's stepson Riza Aziz, and the DOJ was disclosed in a court filing, The Wall Street Journal (WSJ) reported.


      Jangan mengarut oi....dah masuk lawsuits utk pembekuan harta yg berkaitan 1mdb. Profit wolf pun kena tahan.
      Doj ada cukup bukti. Jgn risau takde sapa boleh bagi dedak atau pecat Doj dan Fbi.

      Padam
  14. Ni apa cerita polis taknak siasat 3 Tansri pulak. Laporan azwan hanya 'andaian'. Tu hari blog proumnu pukul gong kata azwan ada bukti. Bukan main tuduh 3 Tansri pengkhianat negara.

    Atau....seseorang dah takut masuk court. Takut terburai semuanya....ish ish ish....hidup dalam ketakutan. Apa nak buat, pilihan sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang lebih pelik ialah kenapa AKJ yang berkipas sakan walhal tiada kena mengena dengan 3 stooges berkenaan. He he

      Padam
  15. Kalau mavam tu seharusnya 3 tan sri pencen tersebut harus menyaman azwan bro demi maruah mereka.

    BalasPadam