Selasa, 2 Ogos 2016

SPRM Udah Mati Yop..?


Apabila kuasa bermaharajalela..! 

Kematian SPRM

Adalah merupakan dua hari yang sukar bagi saya; pertama melihat bekas orang nombor satu dan nombor dua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull - meninggalkan organisasi yang mereka membantu menubuhkan.
Saya masih ingat hari-hari saya bersama mereka, membincangkan cara-cara untuk menjadikan SPRM sebuah organisasi yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia.
Dengan sokongan dan galakan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kami membincangkan berhubung undang-undang dan model yang harus kami teladani.
Abu Kassim cenderung dengan model Hong Kong dan beliau memberitahu mengenai sokongan padu dan kerjasama yang sedia dihulurkan oleh pihak berkuasa Hong Kong.
Abu Kassim juga kagum bahawa Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong mempunyai banyak jawatankuasa ‘pemantau’ tetapi saya masih ingat memberitahu kedua-dua mereka ketika mesyuarat di rumah saya bahawa jawatankuasa tidak akan memberi banyak halangan jika kita membenarkan campur tangan politik.
Pada masa itu kami tidak menjangka Pak Lah akan "bersara" begitu awal dan dengan itu kami berasa "selamat" daripada sebarang gangguan politik.
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua mereka dan berharap mereka tidak akan berundur begitu sahaja.
Sesetengah orang berkata mereka tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di negara ini tetapi mereka sekadar bercakap mengenainya di kedai-kedai kopi.
Mungkin, Abu Kassim dan Shukri boleh melakukan sesuatu yang lebih, seperti bercucap kepada rakyat Malaysia secara teratur tentang pentingnya integriti demi masa depan kita sebagai sebuah bangsa dan negara.
Mereka tidak perlu menyertai parti politik tetapi mereka tidak boleh berdiam diri. Mereka mempunyai profil dan mereka telah dipilih oleh Pak Lah untuk membantu negara membasmi rasuah. Mereka mesti meneruskan misi itu.
Dalam nada ini saya agak kecewa dengan Pak Lah kerana berdiam diri. Beliau menubuhkan SPRM dengan semangat berkobar-kobar, tetapi kini hanya menyaksikan kemusnahan dan penghinaan yang dilemparkan ke atas suruhanjaya itu, termasuk penganiayaan terhadap mpegawai kanan yang dipilihnya sendiri, tanpa sebarang kata.
Untuk mengharapkan Raja-Raja Melayu "campur tangan" dalam perkara ini, kita mungkin terlalu banyak tetapi yang pasti bekas perdana menteri tidak bersikap sedemikian. Jika kita mengambil berat tentang negara ini, maka kita harus tampil.
Saya juga tertekan selepas hari yang panjang di mahkamah mendengar penghujahan Jumaat lalu oleh Jabatan Peguam Negara bahawa kuasa Peguam Negara (AG) untuk mendakwa ataupun tidak adalah sesuatu ‘pertikaian yang tak boleh diadili’ atau ‘justiciable’.
Dalam bahasa mudah, Peguam Negara boleh melakukan apa sahaja yang beliau mahu, dan mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memohon bantuan untuk mengetahui mengapa Peguam Negara membuat keputusan tertentu.
Kuasa segala gala..! Walau tergadai nusa dan bangsa..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

23 ulasan:

  1. Dia ni Zaid..bukan boleh percaya cakap dia..tiada integriti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak dgr ckp dia pun sprm memang dah dicincang hancur.
      Hanya tunggu jibo blah baru semua ok.
      Hancurlah ko jibo...amin.

      Padam
  2. Yobdedak....yg dah mati tu zaid...tak ke mana2. Melalak je lebih...kehkehkeh...

    BalasPadam
  3. doj tarik balik perintah sekatan...
    kah kah kah...mohd azreen betul-betul dah mati kutu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko yg mati akal tak faham mangkok hayun haha...
      Doj hanya benarkan proses bikin filem diteruskan. Duit untung filem tetap kena tahan. Dgn kelonggaran ni dapat anak jibo bayar pelakon, pekerja dan vendor di amerika tu. Doj fikir rakyat dia.
      Anak jibo tetap kena dakwa. Jgn berangan lah hoi konon tarik sekatan....phuii...

      Padam
    2. Maaf kan dia sahabat. Budak baru nak up. Memang mudah ejekulasi pra matang.

      Padam
  4. Selepas pak lah tutup bpr dan tubuhkan sprm 'semua macai protun ketakutan he.he.he.

    Macai protun semua nak bpr ditubuhkan balik dikawal oleh tun m selepas mukhriz jadi pm bolehlah sprm ditutup Dan kuasa bpr bawah jabatan pedana menteri maka bergenbiralah puak protun itu

    Itulah kehendak macai protun he.he.he.

    Betul tak macai protun he.he.

    BalasPadam
  5. Jika ikut sejarah siapa bagi kuasa mutluk pada peguam negara, jadi macai protun jangan menyalahkan orang, jadi salahkan tun m ITU ubah undang2 itu he.he.he

    BalasPadam
  6. kelentong doj makin terserlah..
    maka agenda konspirasi yg diberitahu oleh raja petra makin nyata kebenarannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah jauh kau ketinggalan kau ni. Atau stim malam semalam tak abis lagi. Kes sudah ditutup lah. Lemah minda otak udang betul kau ni. Itu lah kau, orang nyanyi, kau pun nak nyanyi. Tak sedar suars sumbang . Gi balekk praktis.

      Padam
    2. 'doj Sudah ketakutan..malaysia sangup dedahkan penipuan Doj itu pada dunia ini
      Macai protun dulu harapkan doj ambil tindakan sudah ketakutan takut kes rasuah doj terdedah,
      Lupa hidup di amerika siapa ADA Wang mereka akan sembah
      Bagi je dua RM pada doj ITU diamlah dia orang itu, sebab ITU kes Hillary Clinton diselesaikan dengan merasuah pegawai doj Lynch ITU.
      Sebab ITU trump cakap doj hanya untuk orang white house berkuasa
      mohd azren bodoh tak tahu situasi politik amerika

      Padam
  7. hah ha haa..the five of damned:
    MudDay, The-Aim, Gunny, Z-tea, A Boo Cast Him...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan azwan bro ke?., orang kata dia tu bodoh piang. Betul ke?

      Padam
  8. SPRM will move forward to be great .... yg mati adalah akal jahat madey kutty ... dia akan berhenti buat onar bila Allah SWT seru dia kembali ke rahmahtullah ... itu lah yg terbaik buat Malaysia tercinta ����

    BalasPadam
  9. ...will end up: 'the gospel'(translate to malay)...

    BalasPadam
    Balasan
    1. the gospel = injil

      Padam
    2. Mak kau suruh baca al Quran. Bukan bible.

      Padam
  10. hah ha haa..the five of damned:
    MudDay, The-Aim, Gunny, Z-tea, A Boo Cast Him...
    ...will end up: injil

    BalasPadam
    Balasan
    1. the five of damned are western educated... their daily life are western styled, inclined to non believers practices...non Islamic at all...

      Padam
  11. Woi KJ. kalau nak lantik cycbrtroop tu biar pilih yg matang dikit. Bukan budak ¾ masak. Buat homework malas, selalu ketinggalan bas, kuat membuat. Sebab itu bagi hujah macam budak² pt3. Atau Umno dah kehabisan stok ahli² cerdik pandai. Yg tinggal hanya yg boleh tangkap muat. Lain kali kau sound kat budak² kau. Jgan mentedarah garam je, tapi satu pun x boleh harap. Kira² ckap mat Salleh. 1 cents no used. • p/s. Jgn kau baca 1mdb pulak. Kau pun sama ngong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah ha haa.. mohd azreen sekolah atap dah mula nak emosional...

      Padam
  12. Putra Merdeka mabuk!
    Dia cakap Najib jatuhkan Pak Lah?
    Matdey yang jatuhkan Pak Lah sebab tak mahu teruskan projek jambatan bengkok. Bila tak teruskan, banyak projek kroni terbengkalai.
    Dia ingat semua yang baca artikel dia ni semua bangang?

    BalasPadam