Sabtu, 1 November 2014

Anwar Liwat Saiful ~ 1st Gear Shafee Buat Anwar Tersusuk 4cm...!


Hujah hari pertama Tan Sri Shafee sudah menyebabkan Anwar Aljub goyang..! Isnin sambung boleh jadi Aljub pengsan beb..!

PUTRAJAYA: Persoalan tentang perbandingan istilah 'tanpa rela' dengan gangguan seksual di tempat kerja turut ditanyakan kepada peguam dakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari keempat prosiding rayuan kes liwatmembabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Dua istilah tersebut digunakan semasa beliau menyampaikan penghujahannya hari ini di Mahkamah Persekutuan berkenaan situasi yang dihadapi oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Istilah 'tanpa rela' membawa maksud yang lebih mendalam berbanding konsep 'consent' atau 'persetujuan' melakukan sesuatu perkara," ujar Muhammad Shafee.

Tambah beliau, seseorang boleh bersetuju melakukan sesuatu perkara tetapi tanpa rela, misalnya dalam kes gangguan seksual.

Muhammad Shafee memberi contoh, jika seseorang yang diganggu secara seksual oleh majikannya, dia sudah menjadi mangsa perlakuan tersebut.

"Tapi jika ditanya padanya, 'adakah perlakuan tersebut dibuat sepenuh jiwa dan raga', jawapannya tentulah tidak. Dia mangsa gangguan seksual.

"Masyarakat mudah menerima dan memahami kes gangguan seksual di pejabat, maka kenapa kita tidak memahami kes yang sama (dihadapi Mohd Saiful) selama empat bulan?" tanya Shafee.

Mohd Saiful bekerja sebagai pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim selama empat bulan sebelum akhirnya membuat keputusan untuk berhenti.

Dalam kes yang sedang dibicarakan itu, gangguan seksual yang ditanggung Mohd Saiful adalah perlakuan liwat, kata Muhammad Shafee.

"Kenapa kita perlu memandang ringan pada kes Saiful? Kalau kes gangguan seksual lain yang berlaku di pejabat khususnya melibatkan wanita, semua orang akan menjerit dan banyak NGO akan campur tangan," kata beliau.

Tambah Muhammad Shafee, perkara yang dihadapi Mohd. Saiful adalah salah satu bentuk gangguan atau serangan seksual.

"Sama seperti kes liwat yang berlaku di penjara antara banduan lelaki tanpa kerelaan mangsa, itu juga kes serangan seksual.

"Bukan hanya wanita, lelaki juga perlu dilindungi daripada perlakuan ini," tegas beliau.

Lu Fikir La Sendiri!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan